Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Pendidikan jasmani & Sukan


1) Pengajaran dan pembelajaran
2) Peralatan
3) Guru berkelayakan
4 ) Politik dalam sukan
5) Penggunaan dadah dalam sukan

ISU PERTAMA : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani


Kebanyakan golongan pendidik memberi persepsi yang negatif terhadap
subjek pendidikan jasmani. Kebanyakan pendidik mengangap pendidikan
jasmani sebagai subjek main-main dan hanya berbentuk ko-kurikulum yang
tidak berbentuk akademik. Maka pendidikan jasmani tidak diajar dengan
betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya.
Lebih malang ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini
tidak bersifat akademik dan tidak penting dalam peperiksaan. Maka pihak
pengurusan sekolah tidak mengambil berat terhadap pelaksanaan subjek
pendidikan jasmani di sekolah dan menganggap semua guru mampu
mengajarnya.
Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani
mengajar pendidikan jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil.
Sebagai contoh ialah kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan
jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-saraf, pertumbuhan organan,
pertumbuhan sosial dan emosi dan meningkatkan pengamatan dan
persefahaman dikalangan pelajar.

LANGKAH PENYELESAIN

Bagi mengatasi masalah ini, jurang akauntabiliti akademik subjek


pendidikan jasmani dengan subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan.
Strategi untuk meningkatkan akauntabiliti akademik subjek pendidikan
jasmani ialah mesti melaksanakan proses pengajaran dan pendidikan yang
betul oleh guru yang berkelayakan.
Subjek pendidikan jasmani juga perlu mempunyai proses penilaian yang
berterusan dari semua aspek melalui peperiksaan dan kad kemajuan pelajar
bagi mendapatkan keputusan yang baik.
Semua pihak harus mengiktiraf subjek pendidikan jasmani ini sebagai
subjek yang mempunyai akauntabiliti akademik sebagaimana subjek-subjek
lain di sekolah yang mempunyai matlamat dan objektif tersendiri.
Guru pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari semasa
ke semasa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani dengan betul dan tepat.

ISU KEDUA : PERALATAN

Kemudahan fizikal dan alatan

Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti


pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang permainan, padang
bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam
menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar
ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan
faktor nilai hartanah yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit,
ruang untuk sekolah menyediakan kemudahan agak terhad.
Sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi
kemudahan peralatan. Jika ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar
bandar, jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan untuk
pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan peralatan
yang agak uzur, alatan yang dan dimakan usia dan tidak selamat untuk
digunakan. Seandainya pihak pentadbir sekolah kurang berminat dalam
bidang sukan, maka tumpuan yang agak kurang diberikan, begitu juga
sebaliknya. Guru-guru terpaksa menggunakan kreativiti masing-masing
dalam pengajaran mereka bagi menarik minat pelajar.
Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada kemudahan dan
peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat pelaksanaan kurikulum
bertanggungjawab ke atas kemudahan dan peralatan untuk kegunaan kelas
pengajaran dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran. Ini
menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu
aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk
kurikulum Pendidikan Jasmani.

LANGKAH PENYELESAIN

Pertama sekali setiap sekolah harus mempunyai peralatan dan kemudahan


asas yang lengkap.
Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak
Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurangkurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut.
Pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan.

Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan


keselamatan pengguna perlu dititikberatkan.
Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan
kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan
yang sedia ada.
Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di sekolah.
Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis
peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka.
Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian
sesuatu peralatan sukan tersebut.
Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan
tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara penggunaan dan
pengendaliannya sendiri.
Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru dalam
mengajarkan pelajar lebih banyak jenis permainan sukan.
Sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan
aktiviti PJ, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran
dengan sekolah bagi mengelakkan masa dan kos.
Ini akan memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya
peralatan dan kemudahan yang ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru
untuk mengajar pelajar dalam proses pengajarannya.

ISU KETIGA : GURU BERKELAYAKAN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah sepatutnya


diajar oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang Pendidikan Jasmani
atau Sains Sukan (guru opsyen) kerana mereka telah didedahkan dengan
ilmu konten dan pedagogi semasa dalam kursus pengajiannya. Namun
demikian, masih terdapat guru-guru yang bukan dalam bidang Pendidikan
Jasmani atau Sains Sukan (guru bukan opsyen) diminta untuk mengajar mata
pelajaran tersebut. Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen
Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah.

Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata pelajaran


Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana mata pelajaran ini
tidak berunsur peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih kepada bermainmain. Tanggapan tersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada murid
untuk mereka menimba pembelajaran yang berkesan Persoalannya, adakah
guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya.
Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras
pengetahuan terutamanya ilmu konten untuk mengajar dengan berkesan
dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten sangat penting kerana
matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik
mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi
lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian
dalam aktiviti aktiviti Pendidikan Jasmani. Shanker (1985), telah melaporkan
bahawa guru di Amerika Syarikat yang dikaji menggunakan kemahiran
profesional am (ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk
dan kaedah pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani
situasi yang mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam
bidang yang diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten
daripada ilmu pedagogi am dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar di sekolah.
Pissanos & Temple (1990), melaporkan bahawa guru opsyen Pendidikan
Jasmani merasa kecewa dengan kualiti pengajaran guru bukan opsyen kerana
pengajaran mereka bersifat ikut apa yang cikgu suruh buat daripada
pengajaran yang berpusatkan bagaimana nak lakukan dan mengapa perlu
lakukan kemahiran itu. Harris (1992), menegaskan bahawa peranan guru
Pendidikan Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman,
kemahiran dan sikap melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi pengamal
dalam membudayakan sukan untuk kesihatan dan kecergasan. Kementerian
Pendidikan Malaysia (1997) pula menjelaskan bahawa peranan guru bestari
ialah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
sebagai aspek penting bagi menjamin tercapainya matlamat pendidikan
negara seterusnya wawasan negara.

LANGKAH PENYELESAIAN
Menempatkan lebih ramai graduan PJ di setiap sekolah, sekurangkurangnya empat orang guru - dua guru lelaki dan dua guru wanita - bagi
sekolah yang ada pelajar perempuan
Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititikberatkan bagi membentuk
guru yang mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal.
Pihak pentadbiran sekolah perlu memastikan bahawa guru yang
berkelayakan(guru opsyen) yang mengajar pendidikan jasmani bagi
memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih mendalam.

ISU KEEMPAT : POLITIK DALAM SUKAN

Politik memainkan peranan besar dalam perkembangan sukan samada dalam


atau di luar negara. Oleh sebab kerajaan ingin melihat sukan sebagai ejen
sosialisasi dalam memartabatkan negara, Kementerian Belia dan Sukan diberi
tanggungjawab tersebut. Kementerian Belia dan Sukan menjadi penaung
kepada badan-badan induk iaitu Majlis Sukan Negara dan Olimpik Malaysia.
Di bawah badan induk ini, terdapat pula gabungan badan sukan kecil.
Kebanyakkan badan ini dipimpin oleh mereka yang berpengruh. Keadaan ini
adalah satu fenomena yang sihat. Walau bagaimanapun isu yang sering
berlaku dalam sukan negara kita ialah perebutan jawatan tertinggi dalam
sesuatu badan sukan.
Apabila mesyuarat agung dilakukan, sering berlaku perebutan kuasa
untuk memimpin persatuan tersebut. Terdapat beberapa keistimewaan
sekiranya seseorang itu berjaya menjawat jawatan penting dalam sesebuah

badan sukan. Antaranya ialah menaikkan nama dan populariti pemimpin


persatuan tersebut disamping berjaya memperoleh habuan yang istimewa
jika pasukan di bawah naungannya berjaya.
Ada pihak yang sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk wang, lobimelobi dan mencari publisiti murahan untuk memenangi jawatan tersebut.
Berita pertelingkahan atau perbezaan pendapat antara pegawai-pegawai
dalam sesuatu badan sukan sering dipaparkan dalam akhbar. Terdapat juga
perbezaan pendapat antara presiden sesuatu badan sukan dengan pegawai
badan induk sukan. Isu-isu perbezan pendapat atau pertelingkahan ini
banyak berkisar mengenai pemilihan atlet, prestasi atlet yang merosot, elaun
atlet, pelantikan jurulatih serta disiplin atlet dan pegawai. Keadaan ini
memberi kesan yang tidak baik kepada atlet negara. Jalan penyelesaian bagi
isu-isu ini juga sering melibatkan pemimpin politik seperti Perdana Menteri
dan Menteri Belia dan Sukan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN POLITIK DALAM SUKAN


Kurangkan politik dalam persatuan sukan, banyakkan program sukan di
peringkat akar umbi dan dedahkan atlet dengan ilmu akademik supaya
mereka bijak berfikir ketika beraksi di gelanggang, bukannya semata-mata
bergantung kepada bakat.
Pemimpin persatuan bijak menyusun atur program dan pengurusan dan
membantu altet menguatkan minda dan mental yang cukup bersedia untuk
bersaing di peringkat lebih tinggi.
Penekanan harus diberikan kepada isu bagaimana menstabilkan
pemimpin persatuan serta meningkatkan hubungan dengan Kementerian
Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) supaya dapat bekerjasama
lebih baik.
Pemimpin persatuan sukan harus dipilih daripada mereka yang berkaliber,
tiada kepentingan peribadi serta meminta soal gaji, kebajikan dan masa
depan atlet diutamakan.
Sukan boleh ditukar kepada industri sukan masa hadapan yang dikawal
selia jawatankuasa Institut Sukan Negara bersama jurulatih negeri masingmasing.

ISU KELIMA : PENGGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Perkataan doping daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat


yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan
mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad
kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional
mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak
makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana
atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah
secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan
bercetak atau hubungan peribadi.
KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi
penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada
perubahan trend dalam masalah ini.Pengharaman dadah dalam sukan
mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau advantage)
kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan
makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan
jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam
arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan
dadah secara langsung atau tidak langsung.
Dadah yang diharamkan oleh IOCDiantara dadah-dadah lama yang telah
digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik.
Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin
memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam
pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang,
semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan
bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan
sejumlah 70 jenis dadah perangsang.

CONTOH PENYALAH GUNAAN DADAH OLEH ATLET

1)
Sebagai bukti, petikan artikel Berita Harian bertarikh 09 September
2009 menyatakan bahawa pelumba basikal Negara, Muhammad Fauzan
Ahmad Lutfi mengambil dadah terlarang (dadah rangsangan jenis nandrolone
iaitu sejenis steroid anabolik ) kerana ingin berada pada tahap kesihatan
yang terbaik selepas mendapat tahu dia terpilih buat mengikuti program
latihan elit skuad trek negara di Australia.
2)
Fauzan, 23 dalam petikan akhbar menyatakan beliau sebenarnya
mengalami kecederaan otot lutut kiri yang membuatkan dia bertindak
mengambil keputusan untuk mencari kaedah perubatan yang lain tanpa
menyedari ubat yang diambil telah diuji positif sewaktu Mini Olimpik.
3)
Trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti
Nur Masitah Badrini juga terpalit kesalahan dalam penyalahgunaan bahan
terlarang apabila didapati mengambil dadah jenis propranonol bertujuan bagi
mengurangkan debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian, 08 Sept 2009)
oleh Norbakti Alias.

LANGKAH PENYELESAIAN
Dengan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet
dan perkara ini perlu dilakukan pada peringkat bawahan.

Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling, ceramah, kempen


kesedaran dan sebagainya kepada para atlet agar mereka dapat berusaha
dan bekerja keras dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Selain itu, para atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab
atas apa sahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai
sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa.

Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada


Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan `kebersihannya daripada
dadah larangan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang


cergas melalui pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan
dan disamping itu juga pelajar diharapkan agar dapat meningkatkan
pengetahuan kesihatan ,memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Melalui mata prlajaran Pendidikan Jasmanim, pelajar dapat
mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

lakuan motor dengan menguasai kemahiran asasa pergerakan dan


permainan mengikut kemampuan diri. Pelajar dapat melakukan senaman dan
aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Melalui Pendidikan Jasmani juga,pelajar
dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin. Selain itu,pelajar dapat seimbang
dari sedi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

Sukan merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti


kecergasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Malaysia juga dapat
melahirkan atlet sukan yang cemerlang di peringkat dunia eperti Nicol Ann
David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia
berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah
kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain
menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam
bidang masing-masing. Oleh sebab itu, pihak kerajaan mahupun masyarakat
perlu bekerjasama mempertingkatkan mata pelajaran pendidikan jasmani
dan sukan di Malaysia daripada perkara-perkara yang dapat menjatuhkan
nama Negara kita dipersada dunia.

You might also like