Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Biodata Usahawan Mydin..YBhg.

Dato 'Haji Ameer Ali bin


Mydin

YBhg. Dato 'Haji Ameer Ali bin Mydin dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu,
Kelantan, dan merupakan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Dengan
sokongan kuat dan berterusan daripada ahli keluarga dan kakitangan, beliau membuat
Mydin pemborong terbesar dan peruncit di negara ini, yang beroperasi lebih daripada 95
cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Rantaian perniagaan MYDIN telah berkembang
ke dalam jenis perniagaan dari emporium, pasar raya besar, kedai serbaneka, pasar mini
dan bazar, dan perolehan MYDIN kini melebihi RM1.6 bilion setahun.
Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti
ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. "Jika anda tiba tepat pada masanya
anda lewat!" Moto ini telah memeluk oleh pekerja-pekerja dan ahli keluarga.
Dato 'Haji Ameer Ali telah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia
kesejahteraan. Beliau membuat sumbangan besar kepada pembangunan industri runcit
Malaysia bukan sahaja dengan aktif menyokong dan mempromosikan produk tempatan dan
IKS / PKS tetapi juga menjalankan perniagaan cara yang sihat dengan mengamalkan produk
dan perkhidmatan Halal.
Sebagai pengiktirafan sumbangan Dato 'Haji Ameer Ali kepada aspirasi Industri Peruncitan
Malaysia dan usahawan bumiputera, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah:

Malaysia Business Leadership Awards 2009 under the category of Master CEO of the year
2009 by Kuala Lumpur Chamber of Commerce

Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009 under the category of Personality Award

Pemenang ke-8 Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2009 di bawah
kategori Kepimpinan Kecemerlangan

Pemenang Anugerah Usahawan Tahun oleh Ernst & Young di bawah kategori
Master Entrepreneur 2007

Pemenang tahun Kepimpinan Excellencent (2007) yang dianugerahkan oleh Dewan


Perniagaan Melayu Kuala Lumpur Malaysia (DPMMKL) Dibentangkan oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Sultan
Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah

Anugerah Keusahawanan Asia Pacific Entrepreneurship Award (APEA) for Malaysia Region di
bawah kategori Usahawan Cemerlang 2007

Dianugerahi Dato '(DIMP) oleh Sultan Pahang pada tahun 1999

BUKU SEJARAH PENUBUHAN MYDIN "DI SEBALIK TABIR"


Tajuk : MYDIN : Disebalik TabirPenulis : Datin Dr. Hjh Siti Hawa MohdPenerbit : MPH
publishingTahun : 2012Page : 251Harga : RM12.00

Mydin Mohamed Holdings Berhad semalam melancarkan buku sejarah


penubuhannya, Mydin Di Sebalik Tabir, atau versi Inggerisnya Mydin The
Untold Story. Buku yang menceritakan tentang sejarah pahit maung
pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed, dalam membangunkan perniagaan
itu ditulis oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Dr. Siti Hawa Mohd.
Menurut beliau, buku itu memuatkan kisah tentang bagaimana MYDIN
bermula daripada sebuah perniagaan kecil-kecilan sehingga menjadi salah
sebuah pasar raya terbesar di negara ini.
Tambahnya lagi, idea untuk menulis buku ini bermula sejak tahun 1998, iaitu ketika beliau ditawarkan
jawatan sebagai Pengarah Sumber Manusia di Mydin. Namun, hanya dua tahun kebelakangan ini saya
baru berkesempatan untuk melengkapkan penulisan buku ini, katanya. Buku ini sesuai bagi mereka
yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta perniagaan, tanpa mengira umur dan
latar belakang sosial. Segala nilai murni yang ditonjolkan dapat dijadikan panduan oleh para pembaca,
terutamanya bagi yang berada dalam bidang perniagaan untuk menjadi seorang peniaga yang berdaya
saing.
Harga bagi buku ini ialah RM 12.90 bagi versi bahasa Melayu manakala RM 14.90 untuk versi bahasa
Inggeris. Majlis yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center (MVEC) Mid Valley itu turut dihadiri
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Dato Ameer Ali Mydin, beserta Ketua Pegawai
Eksekutif MPH Group, Datuk Ng Tieh Chuan. Para pembeli boleh mendapatkan buku ini di gedung buku
MPH bermula semalam, serta di semua cawangan Mydin bermula minggu depan.

Tuan Mydin Mohamed, pengasas dan pengerusi syarikat MYDIN Mohamed Holdings
Berhad mengumpulkan segala pengalaman beliau dari pelbagai aspek termasuk keusahawanan,

pemasaran, motivasi dan inspirasi dalam buku yang diberi nama MYDIN The Untold Story, atau
dalam versi Bahasa Melayunya

MYDIN Di Sebalik Tabir


Buku ini menceritakan kisah pahit manis Tuan Mydin yang membangunkan syarikatnya dari
Kelantan, sehingga kini menjadi sebuah syarikat gergasi yang mendominasi industri jualan barang
runcit di seluruh Malaysia.
Buku ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing, dan merupakan satu penghormatan besar terhadap
syarikat penerbitan dan jualan buku ini kerana diberi peluang untuk menerbitkan buku yang
menceritakan kisah kejayaan syarikat anak tempatan ini.

Menurut Ivy Tan, Pengurus Besar syarikat ini, beliau bangga dan berterima kasih terhadap
kepercayaan yang diberikan kepada penulis dan pemilik syarikat itu kerana memilih MPH Group
Publishing, untuk menerbitkan buku MYDIN Di Sebalik Tabir.
Tambah beliau, dengan kewujudan buku ini, maka masyarakat akan sedar tentangkepentingan
memulakan perniagaan, dan juga liku-liku yang bakal dihadapi apabila membuat keputusan untuk
berada dalam landasan 9/10 rezeki di muka bumi ini.

Siapa Penulisnya?
Kedua-dua buku versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ini ditulis oleh Datin Dr. Hajah Siti Hawa
binti Mohd, Pengarah Sumber Tenaga Manusia MYDIN Mohamed Holdings Berhad.

Dalam sesi pelancaran buku, beliau menyatakan keinginannya untuk menulis buku ini sejak tahun
1998. Akibat daripada kesibukan yang melanda untuk menguruskan syarikat ini, keinginan itu
terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Namun begitu, Datin Dr. Hajah bernekad untuk menyiapkan karyanya dan akhirnya ia berjaya
diterbitkan pada tahun ini.

Siapa Wajib Memiliki Buku Ini?


Buku ini berbeza dengan buku-buku perniagaan dan keusahawanan sedia ada yang dijual di kedaikedai buku. Ini kerana setiap ilmu yang dikompilasikan dalam MYDIN Di Sebalik Tabir adalah
pengalaman sebenar, yakni ilmu yang dipraktiskan setiap hari untuk membangunkan empayar
perniagaan sehingga MYDIN kini mempunyai 47 buah cawangan di Malaysia.

Selain itu, MYDIN juga turut meluaskan jenama syarikatnya menerusi:


3 pasaraya besar (USJ & Kuala Terengganu).
19 emporium.

2 bazar (Melaka dan Putrajaya).

14 pasar mini (MyMYDIN).

4 kedai serbaneka (MyMart).

5 kedai francais Mydin Mart.


MYDIN juga kini dalam perancangan untuk membuka 2 lagi cawangannya di Manjoi, Perak dan
Kulai, Johor.

Berdasarkan isi kandungan yang disampaikan menerusi buku ini, para pembaca yang perlu
memiliki MYDIN The Untold Story dan MYDIN Di Sebalik Tabir terdiri daripada golongan:
Tuan dan cikpuan yang ingin tahu bagaimana tercetusnya idea untuk menubuhkan MYDIN.
Pengalaman dan proses sebenar membina perniagaan menjual barangan runcit.

Elemen-elemen dan rahsia yang menjadikan perniagaan itu berjaya.

Nota motivasi yang akan membuatkan kita sentiasa bersemangat untuk membangunkan
perniagaan baru atau perniagaan sedia ada.

Maklumat Lanjut Buku MYDIN Di Sebalik Tabir


Pihak MPH menerbitkan dua versi buku dengan harga yang berbeza untuk golongan pembaca yang
berbeza iaitu:

MYDIN The Untold Story RM14.90 sahaja.


MYDIN Di Sebalik Tabir RM12.90 sahaja.

MPH juga menawarkan hadiah istimewa kepada pembeli buku ini. Di mana tuan dan cikpuan
akan menerima kad keahlian Meriah Blue Card Membership selama 1 tahun. Ia akan diberikan
kepada sesiapa sahaja yang membeli buku ini di mana-mana cawangan MPH mulai hari ini.

Ulasan Buku Menyusul dan Kata Keramat


Daripada Pemilik Mydin
Pihak Majalah Niaga akan melakukan satu ulasan khas untuk buku ini bagi menilai kualiti isi
kandungannya. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikpuan Nor Syariza
Muhamad Tahir, Unit Berita dan Media MYDIN Mohamed Holdings Berhad atas jemputan khas ini.

Pasaraya Mydin, Pengasas dan Sejarahnya


Pengenalan
Kumpulan Mydin,antara kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia, dengan
jualan tahunan mencecah RM 1.6 bil., bermula dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu pada tahun
1957. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, kini berusia 83 tahun, adalah pengasas Kumpulan ini. Beliau
dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang kepada keluarga Ghulam Hussein bin Jamal. Encik Jamal,
bapa kepada Ghulam Hussein, merupakan seorang imigran muslim dari India.
En. Mydin berbekal dengan simpanan peribadi , tiada jalan pintas, tanpa tongkat atau bantuan kewangan
dari kerajaan, mampu memulakan empire perniagaan hanya mulai dengan ruang kedai yang amat kecil.
Hanya selepas 22 tahun pada 1979, En. Mydin membesarkan perniagaan beliau ke negeri berhampiran,
Trengganu. Bayangkanlah begitu lama, sehingga 2 dekad! Usahawan muda masakini tidak begitu
bersabar, mereka sentiasa ingin melihat hasil dengan lebih pantas serta mencuba meneroka dengan

jalan pintas. Usahawan masakini kadang kalanya tidak memahami keadaan ini. Dalam alam perniagaan,
anda perlu belajar mengurus kewangan dan mengelak pinjaman yang berlebihan dikala sumber hasil
masih lagi terhad. Kini Kumpulan Mydin memiliki lebih daripada 90 kedai termasuk lapan buah pasaraya
besar dan Mydin wholesale emporium dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Keluarga Mydin
Mydin Mohamed pada tahun 1949 berkahwin dengan seorang gadis dari India berumur 15 tahun
bernama Rowshan Bhai. Mereka dikurniakan seramai tujuh orang anak, iaitu tiga orang anak perempuan
dan empat orang lelaki. Kini Kumpulan Mydin di terajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua, Dato
Ameer Ali Mydin. Beliau berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University,
California dalam tahun 1981, dan hanya menyertai perniagaan keluarga Mydin dalam tahun 1987 setelah
beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim.

Jatidiri Keluarga Mydin disebalik Kejayaan


Kejayaan Kumpulan Mydin pasti tidak dapat dipisahkan daripada jatidiri keluarga tersebut, yang
nampaknya banyak dipengaruhi nilai dan budaya keluarga yang berasal dari India, sungguhpun pengarah
urusan, Dato Ameer Ali merupakan generasi keempat yang bermastautin di Malaysia. Ayah kepada datuk
beliau, Encik Jamal berhijrah ke Malaysia dalam tahun 1916. Seperti ramai imigran lain, beliau adalah
diantara anak anak muda yang berani menyahut cabaran dan mengharungi lautan untuk mencari peluang
perniagaan di tempat baru. Mengikut cerita, ini berlaku setelah beliau terbaca akbar di India tentang
kejayaan imigran bangsa Cina di Malaya ketika itu.
Ghulam Hussein, bapa kepada Mydin Mohamed sudah cukup berjaya dalam perniagaan disekitar tahun
20-30han. Sungguhpun demikian, dengan nilai nilai dan budaya niaga yang kukuh, keluarga ini kekal
dengan sifat sifat yang perlu untuk kejayaan seterusnya. Persekolahan diutamakan dan En Mydin
dihantar ke sekolah Inggeris . Mereka kekal dengan cara hidup yang sedarhana dan berdisiplin. Kini,
setelah berjaya Encik Mydin masih lagi seorang yang suka merendah diri dan berjimat cermat.
Berpandukan penulisan yang kita dapati, sifat berjimat cermat merupakan nilai amat penting dalam
keluarga Mydin. Walau kadang kali ianya nampak keterlaluan dari kaca mata masyarakat Melayu,
sekurang kurangnya kita harus faham sifat berjimat cermat adalah sifat baik yang perlu dibudayakan
untuk maju kehadapan.
Keluarga Mydin juga berpegang teguh kepada kejujuran dalam keluarga dan dikalangan pekerja pekerja
mereka. Pembelotan pernah berlaku dimana supervisor kedai menggelap wang hasil jualan. Tindakan
disiplin, walaupun sukar dilakukan, terpaksa diambil dengan segera setelah terbukti kesalahan, dengan
menamatkan perkhidmatan kakitangan berkenaan. Pengurusan boleh memaafkan kesilapan, tetapi tidak
jika ia melibatkan penipuan dan ketidakjujuran. Sudah pasti persekitaran keluarga memainkan peranan
yang penting dalam kejayaan kumpulan ini. Ini kerana sekurang kurannya dalam tiga generasi kedua
dua ibu dan bapa mereka adalah dari keturunan dengan jadidiri yang serupa.
Satu lagi ciri ciri yang perlu diambil perhatian, Encik Mydin Mohamed tidak memulakan perniagaan
dengan ayahnya, sungguhpun ayah beliau sudah berjaya. Beliau memilih untuk mulai berkhidmat dari
bawah dengan perniagaan Mr. Peerbhai. Disini beliau menimba banyak pengalaman untuk mengurus

kedai runcit.
Begitu juga anak beliau Dato Ameer Ali Mydin juga tidak mulai berkhidmat dengan perniagaan ayah
beliau dari awal. Di sini pendidikan universiti menjadi prioriti sebelum beliau mulai bertugas dengan Arab
Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Hanya setelah menimba pengalaman
berkhidmat dalam bank dan setelah menjalin networking yang perlu, beliau mulai berkhidmat dalam
perniagaan keluarga.
Jelas nampak disini yang kejayaan kejayaan kumpulan Mydin berkait rapat dengan jatidiri keluarga,
pendidikan yang baik, pengalaman disekitar perniagaan yang moden dalam AMMB dan juga jalinan
networking yang mereka bina.
http://dahalmi.wordpress.com/category/artikel-business/

PEMBANGUNAN MYDIN
Pertumbuhan Pesat sejak 1987

Gambar Mydin Hypermarket, Subang Jaya


Dalam fasa yang kedua sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah melalui peringkat pertumbuhan yang
pesat, setelah Dato Ameer Ali menyertai Kumpulan. Jika sebelumnya, ia hanya memiliki dua buah kedai
sejak tertubuhnya pada tahun 1957 di Kota Bharu, sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah berkembang
pesat di seluruh semenanjung sehingga kini mampu memiliki lebih sembilan puluh buah kedai termasuk
beberapa buah pasaraya dan emporium, dengan nilai jualan berjumlah lebih daripada RM 1.6 bil.
setahun.
Kini, Dato Ameer Ali Mydin adalah Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd.

Program Transformasi Kedai Runcit(TUKAR)

Kumpulan Mydin adalah sebuah daripada pasaraya yang terlibat dalam program TUKAR dan berperanan
sebagai konsultan dan membantu dalam melaksanakan program ini.

Perubahan hasil Program TUKAR di sebuah pasar mini di Merlimau


Program ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Perdagangan dalam Negeri dibawah NKEA untuk
memodenkan kedai runcit tradisi. Proses transformasi ini merangkumi mengatur semula barang niaga,
melaksanakan point of sale system yang baru yang lebih effisien, dan meningkatkan rupa bentuk
disebelah dalam dan luar kedai. Kedai yang terbabit akan diberi pinjaman oleh Bank Rakyat sejumlah
diantara RM20,000 dan RM60,000.
Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M)
Sebagai tanggungjawab sosial dan berikutan kejayaan dalam Program TUKAR, Kumpulan Mydin telah
diberi kepercayaan oleh Kerajaan sebagai operator KR1M.
Sebagai Operator, Mydin membantu dalam memasang peralatan dan rek rek kedai , pengurusan
bekalan, IT Support untuk sistem jualan, kemahiran teknik dan penjualan, dan latihan.

Najib melawat KR1M di kelana Jaya

Sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, kini sudah terdapat kira kira 30 buah kedai Rakyat 1
Malaysia di Semenanjung Malaysia.

http://dahalmi.wordpress.com/category/artikel-business/

You might also like