Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

ADAT RESAM

KAUM INDIA
OLEH KUMPULAN BRADLEY
AHLI:(KETUA)
BRADLEY,MERVIN,AARON,YONG
YUNG SOON,WILFRED,ISAIAH DCRUZ

PENGENALAN KAUM INDIA


Masyarakat India merupakan etnik
ketigaterbesar di Malaysia
Masyarakat India kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini
Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat
India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat melayu.
Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan.

PENGENALAN KAUM INDIA


Seperti juga masyarakat
lain,masyarakat India juga terdiri
daripada pelbagai suku kaum,justeru
itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.

SEJARAH KAUM INDIA


Orang india Malaysia ialah satu kaum di
Malaysia yang berketurunan daripada mereka
yang berhijrah dari India Selatan semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu.
Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak
2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka
secara berkumpulan seperti komuniti Chitty
Melaka dan komuniti Mamak semasa
kesultanan Melaka dan semasa pendudukan
Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

SEJARAH KAUM INDIA


Tujuan penghijrahan mereka ke
Tanah Melayu ialah mensasarkan
tujuan perniagaan atau
perdagangan.Pada tahun 2005,orang
India merupakan lebih kurang 7%
daripada jumlah penduduk di
Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).

Adat Resam Dalam


Kenduri Buaian Kaum India
Majlis ini diadakan pada hari enam belas kelahiran bayi. Majlis ini
akan diadakan di rumah keluarga pihak perempuan.
Pada hari tersebut, bayi yang baru lahir akan dimandikan dengan
menggunakan tiga jenis minyakiaitu Minyak Kelapa, Minyak Jarak
dan Minyak Lenga. Selepas bayi dimandikan, upacara sembahyang
akan diadakan.
Kemudian , Orang tuabagi keluarga perempuanakan memakai
sembilan gelang tangan yang berwarna hitam dan 'Vasambu'pada
tangan bayi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bayi daripada
muntah mengikut kepercayaan nenek moyang Kaum India. Gelang
tangan akan dibuang satu persatu pada setiap mandian sehingga
habis. Selepas itu ,orang tua[perempuan] dalam keluarga akan
menyebut nama bayi tersebut sebanyak tiga kalipada telinga bayi .
Kemudian, bayitersebut akan dimasukkan ke dalam buaian. Nenek
kepada bayi tersebut akan mengayunkan buaian sambil menyanyi
lagu klasik kanak-kanak.

ADAT PERKAHWINAN
Thirumanam bermaksud penyatuan atau
ikatan suci melalui perkahwinan antara
pasangan suami isteri agar kekal hingga
ke akhir hayat.
Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam
masyarakat india iaitu vaitikat
thirumanam,tamil thirumanam, dan
diya thirumanam yang mana
perkahwinan ini dijalankan adalah
berlandaskan aspek suku kaum.

ADAT PERKAHWINAN
Antara adat yang dilakukan untuk
menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa
yang dilubangkan di bahagian atasnya,
menuang air susu kedalamnya,memberi
sireh, mencium tapak kaki kedua ibu
bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi
hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari
(ibu mertua)dan wang.

ADAT PERKAHWINAN
Biasanya pasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga
sebanyak tiga kali dan berkongsi
minum air susu bercampur pisang di
dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan
ini secara rasmi telah menjadi suami
isteri

ADAT KEMATIAN
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai
konsep kelahiran semula,iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun
selepas tidur. Sarjana India juga
menyatakan kematian adalah perpisahan
roh dan jasad,dimana jasad akan hancur
,tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam
masyarakat India,mayat akan dibakar atau
di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara
ini pelbagai adat di tentukan.

UPACARA-UPACARA
Upacara menanggalkan thaali.
Thaali vaangutal merupakan
upacara menanggalkan thaali
semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah
keluarga.Thaali iaitu rantai suci
perkahwunan hanya boleh
ditanggalkan oleh isteri setelah
suaminya meninggal dunia.

UPACARA-UPACARA
Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan
dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan
member penghormatan yang terakhir kepada si
mati dan mendoakan agar roh si mati akan
tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna
adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali
sebagai menandakan upacara tersebut telah
direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan
mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak
tiga kali sebagai tanda penghormatan.

UPACARA-UPACARA
Kollic catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang
mengadungi api.Periuk tersebut di angkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di
bahagian hujung dan diikat pada periuk.Kollic catti
dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun
bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang
telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk
ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi
mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa
kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia
seperti rambut yang baru tumbuh.

PERAYAAN KAUM INDIA


Setiap bangsa dalam Negara
Malaysia mempunyai perayaan yang
tersendiri bagi kaum mereka
tersendiri.Bagi kaum india mereka
merayakan perayaan mereka seperti
deepavali,thaipusam,dan
ponggal bagi setiap tahun.

PERAYAAN KAUM INDIA


Bagi perayaan Deepavali,penganut
hindu akan menjalani mandi minyak
yang melambangkan penyucian
badan dan semangat.Selepas
upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang
baru,penganut hindu akan
mengunjungi kuil,dimana patung
dewa hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.

PERAYAAN KAUM INDIA


Bagi thaipusam pula,merupakan
perayaan menghapuskan dosa-dosa
yang telah dilakukan di atas muka
bumi.Tidak semua penganut hindu
melakukan Nazar.Nazar yang
membawa maksud memohon
sesuatu hajat kepada dewa
Murugan dan jika permohonan
dikabulkan,maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran.

PERAYAAN KAUM INDIA


Bagi ponggal pula,perayaan ini
diraikan secara beramai-ramai.Iaitu
dengan memasak menggunakan
periuk yang kebanyakannya
diperbuat daripada tanah
liat,bertujuan untuk menandakan
masa mereka menuai hasil
tanaman.Ia membawa muhibbah dan
persaudaraan kepada mereka yang
lama terpisah.

PERAYAAN KAUM INDIA


Perayaan ponggal ini bolehlah
dianggap sebagai hari masyarakat
hindu mengukuhkan ikatan sesama
mereka.

You might also like