Professional Documents
Culture Documents
Kamus Pekerjaan
Kamus Pekerjaan
Spesifikasi Tugas: Tukang Jahit adalah individu yang membuat, membaiki atau
mengubah pakaian secara professional.
Spesifikasi Tugas : Tukang Kasut ialah individu membuat dan membaiki kasut
dengan menggunakan tangan dan peralatan seperti tukul, gunting dan gam.
Spesifikasi Tugas: Tukang Kayu Kapal adalah individu yang membuat kapal kayu
untuk kegunaan nelayan kecil, mengangkut barang- barang dan penumpang
dalam jumlah yang kecil.
Spesifikasi Tugas: Tukang Kayu Am ialah individu yang memotong kayu dan
mengukirnya untuk kegunaan biasa seperti membuat perabot, pintu, dan
sebagainya.
Spesifikasi Tugas: Tukang Bawah Tanah ialah individu yang bekerja dalam projek
pembinaan seperti membuat terowong, pembinaan paip, membina jalan raya,
dan sebahagian daripada pembinaan bawah tanah atau projek perlombongan .
Spesifikasi Tugas: Tukang Pentas Dan Studio merupakan individu yang bekerja di
belakang tabir ( belakang pentas) untuk mengawal aspek teknikal dalam sesebuah konsert,
teater, teater musical, opera atau persembahan langsung.
Spesifikasi Tugas: Tukang Kebun ialah individu yang terlibat menanam pokok
seperti bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran atau pekerja tapak semaian
( Plant Nursery).
Spesifikasi Tugas: Tukang Kunci ialah individu yang membuat, memasang ,dan
membaiki kunci, sistem kunci elektronik,kunci bermangga, perkakasan pintu dan
peralatan yang berkaitan.
Spesifikasi Tugas: Tukang Masak yang mana masak secara professional dalam dapur yang
direka bentuk secara profesional.Seorang bertanggung jawab penuh di dalam dapur termasuk bidang
pengurusan dapur.Mereka ini menyelia- selia semua staf-staf dapur,Mencipta menu yang sesuai untuk
hotel /restoran melalui berbincang dengan pengurus.
14. Tukang masak ( Perkhidmatan Persendirian)
Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Gula ialah individu yang bertanggjawab dalam
memasak manisan seperti gula- gula , kek dan sebagainya.
Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Malt ialah individu yang menyediakan masakan
berasaskan malt. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman seperti
minuman coklat malt, roti dan biskut.
Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Bijirin ialah individu yang menggunakan bijirin
seperti gandum untuk dijadikan roti atau pastri.
Spesifikasi Tugas: Chef Proses Kimia atau Chef gastronomi molekuler ialah
tukang masak yang mengabungkan proses sains bagi memahami sifat biologi
bahan makanan dan reaksi kimia serta fizikalnya ketika proses memasak
berlaku.
Spesifikasi Tugas: Tukang Masak , Ulat Sutera ialah individu yang memasak dan
memproses ulat sutera sebelum dijadikan gentian benang yang menjadi bahan
membuat kain sutera.
Spesifikasi Tugas: Tukang Nyala Rumah Asap ialah individu yang bertanggjawab
mengawal suhu rumah asap semasa proses menyalai( smoke) atau mengawet
daging bagi tujuan penyimpanan dalam tempoh yang panjang.
Spesifikasi Tugas: Tukang Paip Am ialah individu yang memasang , membaiki dan
menyelia paip seperti singki dapur, paip air untuk kegunaan domestic seperti
rumah, restoran dan pejabat.
Spesifikasi Tugas: Tukang pen ialah individu yang mempunyai kemahiran dalam
membuat pen buatan tangan dengan menggunakan kayu dan logam sebagai
bahan asas pembuatannya.