Jurnal 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

...

I P G M K A M P U S TEMENGGONG IBRAHIM
J O H O R B A H R U, M A L A Y S I A
Malaysians Teacher Education Institute,
Campus of Temenggong Ibrahim

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


(PRAKTIKUM FASA 3 - MINGGU 4)

TARIKH

: 21 FEBRUARI 2016 25 FEBRUARI 2016

ISU

: MASALAH KEHADIRAN MURID

1.0 MASALAH YANG DIFOKUSKAN


Salah satu isu terdapat di sekolah saya ialah masalah kehadiran murid kesekolah. Hal
ini merupakan satu masalah utama yang berlaku di kebanyakan sekolah. Kekurangan
kesedaran pentingnya hadir ke sekolah bermakna murid tidak mahu menimba ilmu.
2.0 PERKEMBANGAN ISU
Semasa minggu keempat saya di sekolah, guru disiplin memanggil semua pelajar yang
tidak hadir pada hari Ahad dan beratur di hadapan perhimpunan pagi sebelum masuk ke
kelas masing-masing. Guru tersebut bertanyakan soalan seorang demi seorang mengapa
mereka tidak hadir ke sekolah pada hari Ahad minggu yang lepas.
3.0 ANALISIS ISU
KENAL PASTI MENGAPA ISU TELAH DIPILIH
Isu ini telah dipilih kerana saya boleh dengan jelas memerhatikan masalah ini sejak hari
pertama saya di sini. Selain itu, isu ini dengan sepenuhnya melibatkan murid. Bagi
mengurangkan ia dari berlaku, saya perlu mengetahui kaedah sesuai dan betul untuk
menghadapinya.

MENGENAL PASTI KEMUNGKINAN PENYEBAB KEPADA ISU.

Isu ini boleh jadi banyak punca terutamanya satu faktor yang merupakan kekurangan
kesedaran tentang pentingnya pergi ke sekolah untuk menimba ilmu. Kurang motivasi untuk
belajar dan pergi ke sekolah dalam hidup mereka.
MENGENAL PASTI KELEMAHAN ISU
Salah satu kelemahan ialah isu ini ialah ia sokongan konsisten keperluan dari setiap
kalangan (ibu bapa, guru, sekolah, komuniti). Tanpa sokongan konsisten, murid akan
cenderung untuk lupa dan mengulangi kesilapan mereka berulang kali. Malahan boleh
bertambah teruk,murid tidak mahu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.
MENGENAL PASTI KEKUATAN ISU
Dengan kaedah sesuai dan konsistensi untuk menghadapi isu-isu ini, ia akan membantu
melaksanakan kesedaran murid untuk menghadirkan diri ke sekolah. Dengan membuat
beberapa penyelidikan mengenai isu-isu ini, ia boleh membantu guru menyelesaikannya
dengan lebih cepat, maka boleh menyedarkan murid masa depan terletak di sekolah.
RAMALAN DAN AKIBAT ISU
Kecenderungan masalah murid melayu kekurangan ilmu pengetahuan dan masa depan
yang tidak terjamin. Murid tidak dapat meneruskan pembelajaran mereka pada masa akan
datang kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan daripada asas lagi.
4.0 KAJIAN LAMPAU BERKAITAN DENGAN ISU
Terdapat banyak artikel mengenai masalah kehadiran murid ke sekolah. Artikel
menbincangkan punca masalah murid tidak hadir ke sekolah.

Misalnya, menurut

Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes, punca tidak hadir ke
sekolah bermula daripada diri sendiri, rakan sebaya, masalah keluarga, sikap guru dan
prasarana sekolah.

5.0 CADANGAN DAN IDEA DIBERIKAN BAGI MENYELESAIKAN ISU


Saya bersetuju dengan artikel Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil. Punca
utama ialah daripada murid tersebut, dan dipengaruhi oleh faktor yang lain. Bagi mengatasi
masalah ini, guru-guru di sekolah perlu merancang dan melaksanakan aktiviti sekerap
munkin yang menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan minat untuk menimba ilmu di
sekolah. Contoh, mengadakan hari ko-kurikulum dan menyediakan aktiviti yang melibatkan

semua murid dalam program tersebut seperti memasak mengikut unit beruniform dan
sebagainya.
6.0 TEMPOH MASA
Masa yang sesuai untuk mendidik murid-murid ingin pergi ke sekolah bermula daripada
sekolah rendah lagi. Bermula daripada prasekolah hingga ke tahun 6, murid-murid perlu
dididik dengan betul dan baik bagi menarik minat mereka ke sekolah.
7.0 TINDAKAN LANJUT YANG TELAH DIRANCANG UNTUK MENYELESAIKAN ISU
Tindakan lanjut yang perlu diambil ialah menyediakan program yang melibatkan semua
murid dan menarik minat murid agar sentiasa pergi ke sekolah. Murid akan suka pergi ke
sekolah jika sekolah mempunyai program-program yang menarik selain guru-guru yang baik
dan mesra.
8.0 PERLAKSANAAN TERHADAP LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
DIJALANKAN
Perlaksanaan yang ketara saya lihat, program 1 murid 1 sukan telah membuatkan peratus
kehadiran murid mencecah 90.1% yang hadir. Pada setiap hari selasa program 1 murid 1
sukan dijalankan dan saya dapat lihat kesemua murid melibatkan diri dan peratus tidak
hadir telah berkurang.
9.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, murid berminat dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan ingin
melibatkan diri mereka pada setiap aktiviti. Murid akan hadir ke sekolah bagi memeriahkan
lagi program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Disediakan oleh,

......................................
MUHAMMAD FURQAN BIN ABD MANAN
26 FEBRUARI 2015

You might also like