Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Asgment Amerika No.

2 Penjajahan Perancis di Benua


Amerika Utara (penerimaan geran)
By Rozilawati Junaidi in UMS HISTORY Students 10/11 Edit Doc
1.0

PENGENALAN

In 1598, The Marguis de la Roche received a grant from the King to colonize New
France..., Petikan ini memperihalkan bahawa pemberian geran oleh Raja penting dalam
memberikan pengiktirafan, jaminan, kelulusan dan sebagai lesen kepada peneroka-peneroka
Perancis untuk menjalankan dasar-dasar pemerintahan. Antaranya termasuklah, penerima
geran mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti politik, ekonomi dan sosial di wilayah
Amerika Utara. Hakikatnya, sistem geran ini sudah dijalankan di Perancis sejak awal abad
ke-16 lagi. Misalnya, pemberian geran oleh Raja kepada Marquis de la Roche pada tahun
1598 membolehkan beliau menubuhkan koloni seperti New France dan menjalankan dasardasar pemerintahan di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau dilarang melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan agama Roman Katolik. Menurut Rossiter
Johnson,
but he was required to keep in view the establishment of the Roman Catholic faith. [1]
Penggunaan sistem geran ini telah memberi kekuatan kepada Roche untuk melaksanakan
monopoli beliau tehadap kawasan di sekitar Saint Lawrence. Selepas kematian De la Roche,
pemberian geran diberikan pula kepada Sieur de Pontgrave iaitu seorang pedagang daripada
St. Malo. Menurut Rossiter lagi,
in 1603, the Sieur de Pontgrave, a merchant of St. Malo, having received permission
from the King to continue discoveries in the region of the St. Lawrence and make settlements
there, associated with himself Samuel de Champlain. [2]
Sistem ini masih diteruskan oleh para peneroka Perancis yang lain walaupun Roche
meninggal dunia. Jadi, pemberian geran oleh Raja Perancis telah mengiktiraf penjajahan
mereka di benua Amerika Utara.

2.1

FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN PERANCIS KE AMERIKA UTARA

Sememangnya, kedatangan imigran Perancis dikaitkan dengan implikasi pemberian geran


tanah oleh Raja Perancis. Jadi, kedatangan Perancis didorong oleh faktor ekonomi,[3] politik
dan sosial di wilayah itu.
Faktor utama kedatangan Perancis ke Amerika Utara didorong oleh adanya potensi ekonomi
khususnya di wilayah Louisiana. Kesannya, orang Perancis berpindah ke Amerika Utara dan
kemudiannya menetap di wilayah tersebut yang mempunyai tanah subur dan sesuai untuk
aktiviti pertanian.[4] Selain itu, perpindahan orang Perancis juga berpunca daripada untuk
mengelakkan diri daripada krisis ekonomi di Perancis pada abad ke-14. Menurut Knecht R. J,

The French economy in the first half of the sixteenth century was generally in good shape:
agriculture had recorvered from the crisis of the fourteenth century, urbanization was
growing apace, and trade, both domestic and international, was booming. [5]
Di samping itu, kedatangan Perancis juga dikaitkan dengan faktor bagi memenuhi
kepentingan dalam perdagangan bulu binatang. Kekayaan wilayah Amerika Utara seperti di
Quebec dengan hasil seperti bulu binatang mendorong kedatangan orang Perancis ke wilayah
itu. Jadi, pemberian geran oleh Raja membolehkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi
perdagangan di Amerika Utara.
Selain itu, kedatangan Perancis juga dikaitkan dengan faktor politik. Keadaan politik yang
berlaku di Eropah menyebabkan orang Perancis berpindah ke wilayah tersebut. Keadaan ini
dikaitkan dengan dasar imperialisme[6] yang diamalkan oleh kuasa Eropah termasuklah
Perancis. Hal ini berpunca daripada tindakan perluasan wilayah oleh kuasa-kuasa Eropah
yang bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi meluaskan pengaruh dan penguasaan
mereka. Misalnya, penemuan oleh Christopher Columbus yang mewakili Sepanyol menjadi
perintis kepada ahli pelayaran yang mewakili Perancis untuk turut menjalankan aktiviti
pelayaran dan penemuan. Menurut Corter Smith,
The arrival of Christopher Columbus in the Bahamas in 1492 was the beginning of a long
period of change for Native Americans. [7]
Kedatangan Perancis juga didorong oleh galakan daripada Raja Perancis. Misalnya pada
tahun 1524, Raja Francis 1 telah menghantar seorang wakil dari Itali iaitu Giovanni da
Verazzuno untuk menjalankan penerokaan[8] di sekitar Florida dan Newfoundland. Oleh itu,
galakan daripada pemerintah telah menggalakkan lebih ramai penerokaan yang akhirnya
membawa kepada penemuan wilayah di Amerika Utara.
Faktor sosial iaitu faktor agama juga telah mendorong kedatangan Perancis ke Amerika
Utara. Misalnya, Perang Agama yang meletus sekitar tahun 1559 hingga 1598 menyebabkan
keadaan negara Perancis tidak aman. Peperangan tersebut berpunca daripada ketegangan
antara penganut aliran Roman Katolik dan Protestan.[9] Kesannya, berlaku kemusnahan harta
benda serta turut mengakibatkan kematian. Di samping itu juga, terdapat ramai penganut
Roman Katolik berhasrat untuk menyampaikan risalah agama mereka seperti yang disarankan
oleh Pope.[10] Oleh itu, para mubaligh Perancis ini akhirnya mengambil keputusan untuk
berpindah ke Amerika Utara dalam usaha menyebarkan agama Kristian kepada penduduk
peribumi Indian.

2.2

TOKOH PELAYARAN AWAL

Sememangnya, pelayaran awal tersebut didorong oleh tajaan dan pemberian geran daripada
Raja yang memerintah Perancis pada masa itu. Jadi, sokongan daripada Raja menjadi perintis
dalam menggalakkan penerokaan wilayah di Amerika Utara sejurus selepas penemuan
Columbus.
Pelayaran pertama yang dihantar oleh kerajaan Perancis ke Amerika Utara dimulakan oleh
Giovanni da Verazzuno yang berasal dari Itali[11] pada tahun 1523. Aktiviti penerokaan
dilakukan bertujuan untuk mendapatkan kekayaan serta mencari laluan ke Lautan Pasifik.

Tajaan oleh Raja Perancis membolehkan beliau melakukan aktiviti pelayaran serta diberi
pelbagai bantuan dan kemudahan untuk membiayai kos pelayaran. Beliau berjaya menjelajah
ke Pantai Atlantik untuk mencari lembah sungai yang dapat dilayari ke arah daratan. Beliau
telah belayar hingga ke Newfoundland dengan empat buah kapal ke Amerika Utara. Namun,
hanya sebuah sahaja kapal beliau yang selamat tiba di wilayah itu. Kedatangan beliau
disambut baik oleh orang Indian pada masa itu.[12]
Seterusnya, pelayaran diteruskan oleh Jacques Cartier. Beliau juga telah dihantar oleh
kerajaan Perancis atas cadangan Philip Chabot. Beliau telah mengeksploitasi Newfoundland
dan menjelajah ke Sungai Saint Lawrence yang dianggapnya sebagai jalan menuju ke daratan
China.[13] Menurut beliau, nothing but frightful rocks and barren lands cover with scanty
moss[14] merupakan pemerihalan yang dibuat oleh beliau mengenai wilayah Amerika
Utara. Beberapa siri pelayaran beliau akhirnya berjaya menemui wilayah seperti Teluk
Chaleurs, Great Bay, dan juga Quebec. Oleh itu, pelayaran Cartier dianggap sebagai
pelayaran yang paling cemerlang disebabkan kejayaannya menemui banyak wilayah di
Amerika Utara. Jadi, penemuan oleh Cartier menjadi perintis kepada pembentukan koloni di
wilayah terbabit.[15] Pada tahun 1530, Perancis mula menuntut wilayah itu berikutan selepas
penemuan Newfoundland dan Semenanjung Gaspe oleh Cartier.
Pelayaran kemudiannya diteruskan oleh Samuel de Champlain yang diberikan geran oleh
Raja untuk meneruskan penemuan di wilayah itu.[16] Berbeza dengan pelayaran sebelum ini,
pelayaran oleh Verazzuno dan Cartier tidak mendapat geran daripada Raja. Keadaan ini
disebabkan, Raja hanya menaja pelayaran mereka. Champlain membuat banyak gambaran
berbentuk ilustrasi mengenai peribumi Indian. Menurut Rossiter Johnson, tinggalan beliau
yang berkaitan dengan pengembaraan merupakan sumber maklumat yang penting. Jadi,
penemuan beliau seperti di Port Royal membolehkan beliau menjalankan pelbagai dasar di
wilayah itu dengan adanya jaminan dan pengiktirafan melalui pemberian geran oleh Raja.
Hal ini kerana, pemberian geran menjadi lesen yang membolehkannya menjalankan aktiviti
ekonomi seperti perdagangan bulu binatang dengan peribumi Indian.
2.3

PEMUSNAHAN PETEMPATAN PERANCIS DI AMERIKA UTARA

Pada tahun 1540, France de la Roque seorang bangsawan Roberval mendapat anugerah yang
mengisytiharkan beliau sebagai Lord of Norumbega. Naib Raja Roy iaitu Leftenan Jeneral
di Kanada telah memulakan pengembaraan tetapi berakhir dengan cara yang paling hina.[17]
Tahun berikutnya pula, Roberval pergi ke Saint Lawrence yang akhirnya membawa kepada
pengurangan komuniti Perancis kesan daripada penyakit yang dihidapi. Jadi, sepanjang
tempoh ini, peneroka Perancis[18] belum lagi mendapat geran tanah daripada Raja untuk
memerintah wilayah di Amerika Utara.
Keadaan sebaliknya berlaku pada tahun 1598 apabila Marquis de la Roche mendapat
geran tanah daripada Raja untuk menjajah New France. Kemusnahan petempatan Perancis di
Amerika Utara berlaku disebabkan pertelagahan antara golongan Protestan dan Katolik[19]
yang masing-masing ingin meluaskan pengaruh. Manakala, pertikaian mengenai perdagangan
bulu binatang dan perikanan antara Perancis dan masyarakat Iroquois[20] menjadi
penghalang untuk membina petempatan baru. Pada tahun 1613, Sir Thomas merangka sebuah
suruhanjaya dan peraturan yang mengusir orang Perancis dari Acadia dan melarang Perancis
untuk membuat sebarang tuntutan di Acadia. Malah, kemusnahan Port Royal telah membawa
kepada kemerosotan kuasa Perancis di Amerika Utara.

2.4

PENGASASAN QUEBEC

Champlain telah memilih kawasan Stadacone yang berdekatan dengan petempatan peribumi
Indian. Sejarah pengasasan Quebec sangat rasional dan menjadi alasan kukuh bagi
Champlain.[21] Pada tahun 1622, Champlain diserang oleh orang Iroquois. Hal ini kerana,
Perancis mempunyai hubungan baik dengan suku Algonquins. Pada masa yang sama, tanah
jajahan juga mesti bebas daripada pengaruh golongan Protestan.[22] Keadaan ini disebabkan,
penganut aliran Katolik sahaja dibenarkan membina gereja di Quebec.[23] Misalnya, Emeric
de Caen menghentikan upacara keagamaan di sekitar Saint Lawrence oleh golongan
Protestan. Pada tahun 1627, Cardinal Richelieu digulingkan oleh De Caen dan meletakkan
kekuasaan New France ke tangan Persekutuan Seratus Syarikat. Konflik berlaku antara
Inggeris dan Perancis. Manakala, Champlain cuba untuk mempertahankan Quebec daripada
serangan Inggeris tetapi gagal. Akhirnya, Louis Kirk (Inggeris) telah mengambil alih Quebec
daripada penguasaan Perancis pada 20 Julai 1629.

2.5

PERANCIS DI ACADIA

Kedudukan Acadia yang strategik serta potensinya sebagai kawasan perikanan[24]


menyebabkan Cardinal Richeliau melakukan penjajahan pada tahun 1632 yang diketuai oleh
Isaac de Razilly.[25] Seterusnya, Raja Perancis telah memberikan geran kepada peneroka
Perancis untuk membina koloni di wilayah Amerika Utara.[26] Raja Perancis telah
memberikan geran untuk memerintah Acadia kepada Nicholas Denys, Isaac de Razillay, dan
Charles La Tour. Hak milik De Razillay telah dipindahkan kepada DAulnay de Charnisay.
Namun, pertikaian antara mereka bermula sejak tahun 1635 lagi. Charnisay menghadapi
musuh dengan menggunakan pengaruhnya di mahkamah. Pada masa yang sama, beliau telah
diarahkan untuk menangkap La Tour dan mengawal kubu. Namun, La Tour tidak bersetuju
atas alasan bahawa perintah itu adalah berdasarkan dakwaan yang salah.
Pada tahun 1644, Charnisay dilantik sebagai Gabenor di Acadia. Namun, tempoh
pemerintahannya singkat kerana meninggal dunia pada tahun 1650 setelah lemas di sungai
Port Royal. Setelah berita kematian Charnisay diketahui oleh La Tour, beliau kemudiannya
pergi ke Perancis dan menarik semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Beliau juga
mengambil semula kubu yang menjadi miliknya sebelum ini. Pada tahun 1667, peperangan
antara England dan Perancis[27] tamat dengan termeterainya Perjanjian Breda. Selain itu,
Perancis telah memberikan setengah daripada kawasan Saint Christopher kepada England.

2.6

PERANCIS DI NEW FRANCE

Semasa penjajahan Perancis ke atas New France, berlakunya peperangan antara peribumi
Indian yang melibatkan suku Mohawks, Algonquins dan Iroquois. Peperangan kerap tercetus
antara mereka. Selain daripada peperangan sesama suku peribumi Indian, Perancis juga turut
menghadapi tentangan daripada suku Iroquois khasnya. Manakala, suku Mohawks pula ingin
menghapuskan suku Huron dan Algonquins yang merupakan suku yang awal sekali menetap
di Sungai Saint Lawrence. Kemudiannya pada tahun 1650, suku Huron hampir musnah.

Malah, keadaan huru-hara turut berlaku di bandar utama. Jadi, penduduk yang terselamat
dibawa ke Quebec oleh mubaligh dan dipindahkan ke tempat yang selamat. Manakala pada
tahun 1665, Marquis telah menghantar 200 orang tentera untuk menyerang suku Iroquois.
Sebuah kubu telah dibina atas arahan pegawai Chambly. Pada tahun 1667, suku Mohawks
meminta supaya Perancis menghantar bantuan beberapa orang mekanik dan mubaligh
Perancis kepada mereka.
Jean de Brebeuf dan Gibriel Lalement telah mengambil alih bandar Hurons. Paderi Claude
Allouez iaitu seorang mubaligh Ottawas telah meneroka wilayah barat Lake Superior pada
tahun 1667 dan 1670. Manakala, Paderi Dablon pula meneroka wilayah Wisconsin.
Seterusnya pada tahun 1673, paderi Marquette dan Louis Joliet menemui Mississippi. Paderi
Hennepin pula mengiringi La Salle menyusuri Illionois hingga ke Mississippi. Pada tahun
1669, D Ibervilli dan abangnya De Bienville telah mengasaskan koloni Perancis di Teluk
Biloxi di Mississippi. Seterusnya, golongan Prostestan Perancis diminta untuk meninggalkan
Lembah Mississippi.

2.7

PERANG KING WILLIAM (1689 - 1697)

Perang King William merupakan perang yang melibatkan kuasa Perancis dan Inggeris.[28]
Pada awal peperangan, suku Iroquois telah menyerang bandar Montreal yang merupakan
petempatan orang Perancis pada tahun 1689. Maka, penyerangan oleh suku Iroquois
menyebabkan Calliers membalas dengan menyerang wilayah Hudson dan New York[29]
yang merupakan wilayah jajahan Inggeris. Pihak Inggeris pula bertindak memberikan
bantuan senjata kepada suku Iroquois. Seterusnya, penyerangan oleh Perancis diteruskan di
bawah pimpinan Frontenac dalam tahun yang sama.[30] Semasa tentera Perancis di bawah
pimpinan Sir William Phips pada tahun 1690, beliau berjaya menakluk Port Royal dalam
wilayah Acadia. Manakala, Inggeris telah melakukan serangan balas di sekitar Saint
Lawrence. Kemudiannya, Frontenac telah meminta bantuan ketenteraan daripada kerajaan
Perancis untuk menghadapi peperangan dengan Inggeris.
Faktor utama yang mendorong kepada tercetusnya perang ini berpunca daripada tindakan
perluasan wilayah oleh kedua-dua buah kuasa. Secara tidak langsung, ia mewujudkan
persaingan antara kedua-dua kuasa ini untuk mendapatkan wilayah yang luas.[31] Misalnya,
tindakan Perancis yang meluaskan penerokaan wilayah[32] di Amerika Utara menimbulkan
kemarahan pihak Inggeris.[33] Dasar Perancis yang banyak menakluk wilayah baru yang
mempunyai kepentingan ekonomi di Amerika Utara didorong semasa Perancis di bawah
pemerintahan Raja Louis XIV.[34] Perang ini meletus setelah William Of Orange ditabalkan
menjadi Raja di Britain.[35] Beliau telah menggunakan strategi dengan menghantar pasukan
perisikan[36] untuk mengetahui kekuatan pertahanan pihak Perancis. Sikap beliau yang
menentang keras tindakan Raja Perancis iaitu Raja Louis XIV yang giat menjalankan
perluasan wilayah merupakan punca tercetusnya peperangan ini. Keadaan ini disebabkan
tindakan Raja Louis XIV itu telah menggugat wilayah jajahan Inggeris di Amerika Utara.
Faktor berlakunya krisis antara kuasa Perancis dan Inggeris juga berpunca daripada
permusuhan antara penganut aliran Protestan dengan Katolik. Semasa Perancis berada di
bawah pemerintahan Raja Louis XIV yang beraliran Katolik, beliau telah ditentang oleh Raja
England yang beraliran Protestan.[37] Berbanding dengan suku Iroquois yang mempunyai
hubungan baik dengan Inggeris, suku Algonquin pula lebih memihak kepada Perancis dalam

peperangan ini. Selain daripada persaingan dengan pihak Inggeris di Amerika Utara, Perancis
juga turut bersaing dengan kuasa lain seperti Belanda.[38]

2.8

DASAR-DASAR PERANCIS DI AMERIKA UTARA

Dasar pemerintahan Perancis di Amerika Utara dikaitkan dengan pemberian geran oleh Raja
kepada orang Perancis. Keadaan ini disebabkan, pemberian geran telah mengiktiraf mereka
untuk menjalankan dasar pemerintahan, perdagangan, pertahanan serta penyebaran agama
Kristian Katolik di wilayah itu.
Hakikatnya, pemberian geran membolehkan bangsa Perancis menjalankan sistem
pemerintahan monarki mutlak. Begitu juga keadaannya dengan Marguis de la Roche yang
telah menerima geran daripada Raja. Maka, beliau mempunyai kuasa untuk menubuhkan
angkatan tentera, berperang, mengasaskan bandar, merangka undang-undang, menjatuhkan
hukuman dan memberi pengampunan.[39] Selain itu, pemerintah Perancis juga turut
mewujudkan beberapa buah bandar yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Misalnya,
bandar pelabuhan seperti Quebec dijadikan sebagai pusat empayar Perancis di Amerika
Utara. Sementara bandar Sault Sainte Marie dan bandar Detroit yang terletak di bahagian
barat menjadi garis pemisah bagi petempatan Perancis di utara Amerika Utara.
Sejak awal lagi, Perancis telah memberikan tumpuan dalam misi utama mereka iaitu untuk
menjalankan perdagangan bulu binatang di Amerika Utara. Oleh itu, Perancis telah
menjalankan beberapa dasar termasuklah dalam aspek ekonomi untuk memastikan hubungan
baik dengan peribumi Indian.[40] Keadaan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran dalam
aktiviti perdagangan mereka di wilayah tersebut. Secara tidak langsung, ia telah memudahkan
orang Perancis untuk menjalankan pelbagai aktiviti perdagangan terutamanya perdagangan
bulu binatang dengan orang Indian. Jadi, pemberian geran oleh Raja telah mengiktiraf aktiviti
perdagangan mereka di wilayah New France misalnya.
Selain itu, pemberian geran juga membolehkan pemerintah Perancis mengukuhkan bahagian
pertahanan di New France. Antaranya termasuklah, Perancis telah menubuhkan pasukan
ketenteraan di sekitar wilayah jajahan Perancis seperti di Quebec dan Kanada. Malah,
Perancis juga turut membina kubu yang berfungsi untuk memisahkan kawasan petempatan
orang Perancis dengan peribumi Indian. Jadi, langkah ini dapat mengelakkan berlakunya
krisis antara orang Perancis dengan orang Indian.[41] Malah, pembinaan Fort Louisbourg
yang terletak di pulau Cape Breton membolehkan Perancis untuk mengawal keluar masuk
pedagang ke teluk Saint Lawrence.
Malah, Perancis juga turut menjalankan penyebaran agama Kristian seperti yang terkandung
dalam geran. Namun begitu, kandungan geran hanya membenarkan penyebaran agama
Kristian Roman Katolik sahaja. Aktiviti penyebaran telah dilakukan oleh para mubaligh
Perancis. Misalnya, Lescarbot telah menyebarkan agama Kristian Katolik kepada orang
Indian yang tinggal di Acadia. Walaubagaimanapun, para mubaligh tidak memaksa peribumi
Indian untuk menerima agama Kristian.[42] Keadaan ini berlainan dengan orang Inggeris
yang gemar menyebarkan nilai-nilai sosial mereka kepada kaum peribumi Indian.
Hakikatnya, orang Perancis yang tinggal di kawasan pedalaman telah menyesuaikan diri
dengan budaya dan nilai sosial peribumi Indian.

3.0

KESIMPULAN

Konklusinya, pemberian geran oleh Raja merupakan satu jaminan daripada kerajaan Perancis
bagi menjalankan penjajahan dan pemerintahan di benua Amerika Utara. Jadi, dasar-dasar
pemerintahan yang dijalankan oleh Perancis berpandukan garis panduan yang terkandung
dalam geran. Oleh itu, pengiktirafan melalui pemberian geran merupakan lampu hijau yang
telah diberikan oleh Raja untuk memerintah wilayah itu secara rasminya. Penjajahan Perancis
di Amerika Utara hanya bermula sejurus selepas kedatangan orang Perancis yang terdiri
daripada para mubaligh, peneroka dan nelayan yang kemudiannya menetap di kawasan yang
dijumpai di Amerika Utara.[43]
Walaubagaimanapun, penjajahan bangsa Perancis dianggap berjaya disebabkan
kemampuannya untuk menjalinkan hubungan baik dengan peribumi Indian berbanding
dengan kuasa Eropah lain yang semata-mata ingin menerapkan nilai-nilai sosial kehidupan
mereka. Sememangnya, proses penjajahan Perancis di Amerika Utara didorong oleh motif
untuk meluaskan pengaruh dan persaingan antara kuasa-kuasa Eropah seperti Inggeris dan
Belanda. Kesan penjajahan Perancis sehingga tahun 1700 membawa kepada kewujudan
masyarakat majmuk[44] di Amerika Utara. Hakikatnya, pemberian geran oleh Raja
merupakan satu perintis yang membolehkan dasar perluasan wilayah dijalankan sehingga
berjaya membentuk sebuah empayar Perancis yang luas di benua Amerika Utara.

[1] Rossiter Johnson, A History of the French War, New York : Dodd, Mead, and Company,
1882, hlm. 19.

[2]Ibid., hlm. 20.

[3] Kesedaran mengenai potensi ekonomi di Amerika merupakan kesan penjelajahan pelayar
Eropah terawal seperti Christopher Columbus, Francisco Pizarro, dan Jacques Cartier
(French) yang menemui kawasan yang dipercayai kaya dengan hasil bumi iaitu emas.

[4] Hugh T. Lovin, Federal Intervention and Irrigated Farming at King Hill, The Pacific
Northwest Quarterly, Vol. 94 (No. 2) : pp. 59-68, 2003, hlm. 59.

[5] Knecht R. J., French Renaissance Monarchy: Francis I & Henry II (Second Edition),
United Kingdom: Longman Group Limited, 1996, hlm. 11.

[6] Imperialisme merupakan satu sistem penjajahan langsung oleh sesebuah negara terhadap
negara lain. Tujuan imperialisme dilakukan adalah untuk mengawal pengeksploitasian hasil
ekonomi tanah jajahan. Imperialisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu imperialisme lama
dan imperialisme baru.

[7] Carter Smith, Student Almanac of Native American History, United States: Greenwood
Publishing Group Inc., 2003, hlm. 49.

[8] Rossiter Johnson, Op. Cit., hlm. 6.

[9] Penganut aliran Kristian Protestan juga turut dikenali sebagai golongan Huguenot.

[10] Pope merupakan seorang paderi yang mengamalkan ajaran Kristian Roman Katolik.

[11] Rossiter Johnson, Op. Cit., hlm. 6.

[12] Ibid., hlm. 7.

[13] French Colonial Empire dalam <


http://www.thelatinlibrary.com/imperialism/notes/frenchempire.html. > diakses pada 05
Oktober 2011.

[14] Rossiter Johnson, Op. Cit., hlm. 9.

[15] Pada tahun 1541, Jacquis Cartier telah mendirikan sebuah petempatan di Quebec yang
berhampiran dengan petempatan suku Iroquois.

[16] Rossiter Johnson, Op. Cit., hlm. 20.

[17] Jaenen Cornelius J., French Expansion in North America, The History Teacher, Vol. 34
(No. 2) : pp. 155-164, 2001, hlm. 155.

[18] Adhitya Chandra Maas et. al., Garis Besar Amerika Serikat, Jakarta : Biro Program
Informasi Internasional Department Luar Negeri Amerika Serikat, 2005, hlm. 12.

[19] Rossiter Johnson, Op. Cit., 1882, hlm. 18.

[20] Clifford E. Clark et. al., The Enduring Vision, United States : Elm Street Publishing
Service, 1877, hlm. 66

[21] Rossiter Johnson, Op. Cit., 1882, hlm. 35.

[22] Sait, E. M., Theocratic Quebec, Annals of the American Academy of Political and Social
Science, Vol. 45 : pp. 69-82, 1913, hlm. 69.

[23] Justin Winsor, Virginia and the Quebec Bill, The American Historical Review, Vol. 1
(No. 3) : pp. 436-443, 1896, hlm. 436.

[24] James Phinney Baxter, The Description and Natural History of the Coasts of North
America (Acadia), The American Historical Review, Vol. 14 (No. 1) : pp. 161-163, 1908,
hlm. 162.

[25] Karl W. Butzer, French Wetland Agriculture in Atlantic Canada and Its European Roots:
Different Avenues to
Historical Diffusion, Department of Geography: university of
Texas at Austin, 2002, hlm. 454.

[26] Rossiter Johnson, Op. Cit., hlm. 66.

[27] Thwaites R. G., New France and New England, The American Historical Review, Vol. 8
(No. 2) : pp. 359-361, 1903, hlm. 361.

[28] Negara England telah mengalami krisis makanan seawal tahun 1695. Keadaan ini juga
merupakan antara faktor perluasan wilayah mereka ke atas wilayah Amerika Utara. Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk jurnal Karen J. Cullen, Kings Williams III Years : New Evidence
on the Impact of Scarcity and Harvest Failure during the Crisis of the 1690s on Tayside, The
Scottish Historical Review, Vol. 85(No.220):pp.250-276, 2006, hlm. 251.

[29] Rossiter Johnson, Op. Cit., hlm. 81.

[30] Ibid., hlm. 83.

[31] Carter Smith, Student Almanac of Native American History, United States : Greenwood
Publishing Group inc, 2003, hlm. 52.

[32] Elizabeth Howard West, De Leons Expedition of 1689 : An Annotated Translation, The
Quarterly of the Texas State Historical Association, Vol. 8, (No. 3) : pp. 199-224, 1905, hlm.
200.

[33] Bradley G. Bond, French Colonial Louisiana and the Atlantic World, United States :
Louisiana State University Press, 2005, hlm. 166.

[34] William Doyle, The French Revolution A Very Short Introduction, United States : Oxford
University Press Inc, 2001, hlm. 1.

[35] Sila rujuk Revolusi Gregorius dalam jurnal D. V Glass, Gregory Kings Estimate of the
Population of England and Wales, Population Studies, Vol. 3 (No. 4) : pp. 338-374, 1950,
hlm. 338.

[36] John Robert Moore, Daniel Defoe : King Williams Pamphleteer and Intelligence Agent,
Huntington Library Quarterly, Vol. 34 (No. 3) : pp. 251-260, 1971, hlm. 252.

[37] Frederick & Nash Jeffrey, The American People : The Creating a Nation and Society,
United States : Pearson Education Inc, 2003, hlm. 84.

[38] John A. Garraty, The American Nation : A history of the United States, United States :
Addison Wesly Educational Publishers Inc, 1998, hlm. 24 25.

[39] John A. Garraty, Op. Cit., hlm. 24 25.

[40] Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sejarah awal Amerika, sila lihat History Of The
United States Of America : World History Center dalam <http://historyworld.org/united_states_of_america.htm> diakses pada 2 oktober 2011.

[41] Masyarakat Iroquois merupakan antara peribumi Indian yang sangat agresif. Misalnya,
tindakan orang Eropah iaitu Inggeris yang menyebarkan corak kehidupan mereka
menimbulkan tentangan daripada kaum Iroquois.

[42] Brian Brazeau, Writing a New France,1604-1632 : Empire and Early Modern French
Identity, England: Ashgate publishing limited, 2009, hlm 98.

[43] New France dalam < http://www.u-s-history.com/pages/h1172.html > diakses pada


13 Oktober 2011.

[44] Selain daripada orang Perancis, masyarakat majmuk di Amerika juga terdiri daripada
orang Sepanyol, Belanda, Portugis dan Inggeris kesan daripada penjajahan kuasa-kuasa
Eropah tersebut pada satu masa dahulu.

You might also like