Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan
Pengertian bagi perkataan radikal ialah memperjuangkan perubahan-perubahan dasar
pada bidang atau keadaan politik. Golongan kiri atau radikal merupakan golongan
pembangkang atau pejuang yang membangkang tentang ideologi politik dan sistem demokrasi
di Tanah Melayu. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan yang menolak penjajahan.
Menurut Khoo Kay Kim, terdapat dua kelompok golongan kiri di Tanah Melayu. Pertama
ialah golongan yang bersifat kiri pelampau seperti Parti Komunis Malaya yang bersifat ganas
sehingga mengangkat senjata untuk berjuang. Kelompok yang kedua ialah golongan kiri yang
bersifat anti British.1
Pada tahun 1940-an, Tanah Melayu telah dijajah oleh British. Keadaan politik yang tidak
stabil di Tanah Melayu menyebabkan British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu
dan Malayan Union. Oleh itu, golongan kiri muncul pada ketika itu untuk memperjuangkan
hak bangsa Melayu. Mereka juga dikatakan memperjuangkan erti kata sebenar
merdeka demi mendapatkan kebenaran. Misalnya seperti golongan kiri di
Perak memperjuangkan tanah air walaupun sanggup mengorbankan
banyak masa dan tenaga demi tanah bangsa mereka sendiri. Antara
golongan penulis kiri pada zaman tersebut ialah Ahmad Boestamam, Abdullah C. D, Abdul
Majid Salleh, Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Chik, Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Ishak
Haji Mohamad, Jaafar Hussein, Yahya Nassim dan sebagainya.
Di dalam esei saya, saya akan mengkaji matlamat penulisan oleh
golongan kiri dengan menilai letak duduk karya mereka dalam aliran

Mohamed Salleh Lamry. (2006), Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi, Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 21.

pensejarahan negara. Penulis yang telah saya memilih ialah salah seorang golongan
radikal iaitu Shamsiah Fakeh. (Rujuk lampiran 1) Esei saya akan meneruskan perbincangan
tentang matlamat penulisan beliau berdasarkan Memoir Shamsiah Fakeh dan menjelaskan
tentang nilai letak duduk penulisan Shamsiah Fakeh dalam pensejarahan negara.

2.0 BIOGRAFI SHAMSIAH FAKEH


Shamsiah Fakeh dilahirkan pada tahun 1924 di kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik dan berasal
daripada keluarga yang miskin.2(Rujuk lampiran 2) Shamsiah Fakeh telah melangsungkan
perkahwinannya sebanyak 5 kali. Salah satu perkahwinan adalah bersama dengan Ahmad
Boestamam. Tetapi perkahwinan antara Ahmad Boestamam dan Shamsiah Fakeh hanya
bertahan selama tiga bulan sahaja. Hal ini kerana beliau berasa marah dan kecewa terhadap
Ahmad Boestamam yang tunduk kepada pertuduhan oleh pihak British dengan membayar
denda.3 Perkahwinan yang terakhir adalah bersama Ibrahim Mohamad. (Rujuk lampiran 3)
Perkahwinan ini terus berkekalan sehinggalah Ibrahim Mohamad meninggal dunia pada tahun
1996.
Titik tolak permulaan penglibatan beliau dalam politik adalah menyertai pertemuanpertemuan yang dianjurkan oleh pihak United Malaya National Organization (UMNO)
mahupun PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan membuat ucapan dalam satu
pertemuan yang disiarkan di akhbar Utusan Melayu.4

2 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 83.
3 Ramlah Adam, (1994), Ahmad Boestamam : Satu Biografi Politik, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka,
hal. 160.

3.0 MATLAMAT PENULISAN SHAMSIAH FAKEH


3.1 Membangkitkan Kesedaran Wanita
Kesedaran Shamsiah Fakeh tentang pentingnya perjuangan nasionalisme untuk
membebaskan tanah air daripada kuasa penjajah telah menyedarkannnya tentang penindasan
terhadap wanita dan mendorong beliau bangun berjuang bagi membebaskan kaum wanita
daripada ditindas. Pengalaman dan kisah hidupnya yang begitu perit sebelum menceburkan
diri dalam politik telah membangkitkan semangat beliau untuk menyedarkan kaum wanita
yang selalu ditindas oleh kaum lelaki. Melalui perjuangan beliau dalam sayap perjuangan
wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang kemudiannya dinamakan Angkatan Wanita
Sedar (AWAS) (Rujuk lampiran 4), beliau sering memberi ucapan bagi menaikkan semangat
wanita pada zaman itu dan telah mendapat sambutan yang baik dari kaum wanita apabila
beliau pernah didatangi seorang ibu yang datang memeluk erat beliau dan mengucapkan
selamat berjuang serta menyatakan sokongannya kepada perjuangan (PKMM).5
Malahan, Shamsiah Fakeh turut berjuang untuk membebaskan wanita daripada
penindasan kaum lelaki yang pada ketika itu turut dialami oleh beliau sendiri. Kaum wanita
pada masa tersebut telah banyak menderita dengan penindasan dari sistem feudalisme,
kapitalisme, imprealisme serta penindasan daripada kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab
serta ditindas oleh kaum lelaki yang terikat dengan peraturan agama dan adat resam kuno. 6
4 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 30.
5 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 36.
6 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 44.

Kebangkitan ini timbul kerana kesedaran Shamsiah Fakeh berikutan pengalaman beliau
bersama dua orang suami yang telah menceraikannya tanpa sebab dan salah. Hal ini turut
dibangkitkan oleh Shamsiah Fakeh dalam memoirnya bahawa:
Aku sendiri menjadi mangsa kuasa lelaki apabila aku pernah diceraikan
tanpa sebab atau kesalahan. Suamiku yang pertama telah menceraikan
aku ketika aku sarat mengandung lapan bulan.7
Keadaan ini bukan sahaja berlaku kepada Shamsiah Fakeh malah, kaum wanita pada
masa tersebut turut ditindas dan ditinggalkan oleh suami mereka. Oleh sebab itu, Shamsiah
Fakeh menunjukkan contoh yang baik dan berani memperjuangkan nasib kaum wanita. Bagi
beliau, dengan merdekanya Tanah Melayu taraf hidup kaum wanita dapat ditingkatkan.
Justeru itu, beliau menglibatkan diri dalam perjuangan kemerdekaan tanah air dan berani
memperjuangkan nasib kaum wanita.

3.2 Memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Air


Pada tahun 1945 iaitu semasa Perang Dunia Kedua, Jepun telah menyerah kalah dan
pemerintahan British di Malaya telah kembali bermula. Menurut penjelasan Shamsiah Fakeh
dalam memoirnya, beliau telah berusaha untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air
melalui beberapa usaha pada peringkat awalnya iaitu dengan menceburkan diri dalam
perjuangan-perjuangan yang dianggap parti sayap kiri yang telah wujud pada ketika itu seperti
Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ). Beliau mula aktif dalam gerakan nasionalis
antara tahun 1945 ke 1946 dengan menyertai PKMM. Namun, Shamsiah Fakeh mulai sedar

7 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 44.

bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO jelas tersasar dari panduan sebenar kerana
menurut beliau:
....merasa hairan terhadap politik UMNO ketika itu anti gerakan
nasionalis sayap kiri dan antisemboyan Merdeka. Itulah politik
UMNO yang sebenarnya pada ketika itu. Sepatutnya UMNO bersatu
dengan

PKMM

dan

pertubuhan

lain

yang

memperjuangkan

kemerdekaan. Tetapi sebaliknya UMNO telah bekerjasama dengan


pihak penjajah, menentang pertubuhan sayap kiri yang menentang
kuasa penjajah ketika itu.8
Abdullah C. D. turut menjelaskan dalam memoirnya iaitu Memoir Abdullah C. D.
bahawa dasar perjuangan UMNO dengan PKMM mempunyai perbezaan hakiki. (Rujuk
lampiran 5) Jelaslah, perjuangan parti UMNO atau dikenali parti sayap kanan bukan untuk
menuntut kemerdekaan malah menyokong pihak penjajah untuk melakukan diskriminasi
kepada rakyat di Tanah Melayu. Apabila pusat PKMM berpindah ke Kuala Lumpur, Shamsiah
Fakeh dilantik sebagai Ketua Bahagian Wanita PKMM. Atas cadangan Ahmad Bosetamam,
pertubuhan bahagian wanita PKMM ini diberi nama Angkatan Wanita Sedar (AWAS). 9 Pada
mulanya, beliau mengikuti beberapa orang pemimpin pergi ke merata tempat untuk memberi
penerangan kepada mereka tentang perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Selain itu,
beliau juga memberi penerangan tentang perlunya kaum lelaki dan perempuan serta seluruh

8 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 31.
9 Abdullah C. D, (2005), Memoir Abdullah C. D: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Petaling
Jaya, Selangor: SIRD, hal. 16.
5

lapisan masyarakat Melayu supaya bersatu padu di dalam sebuah organisasi atau parti politik
untuk berjuang menentang penjajah British demi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.10
Secara rasminya Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan pada tahun 1946 sebagai
pergerakan wanita PKMM. Shamsiah Fakeh menjadi Ketua Umum kerana beliau pandai
berpidato dan mampu membangkitkan semangat dan kesedaran pada pendengarnya.11 Melalui
pimpinan Shamsiah Fakeh, gerakan AWAS berkembang seiring dengan kesedaran masyarakat
untuk kemerdekaan Tanah Melayu. AWAS ikut serta dalam segala aktiviti-aktiviti politik
seperti

perarakan,

perhimpunan

dan

sebagainya

yang

bersifat

memperjuangkan

kemerdekaan.12 Usaha Shamsiah Fakeh bersama parti sayap kiri seperti PKMM, AWAS, API,
GERAM jelas menunjukkan kesungguhan beliau yang ingin menuntut kemerdekaan dan tidak
mahu hidup di bawah kuasa penjajah.

3.3 Menerangkan Peranan Tenaga Wanita Dalam PKMM


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tidak pernah membelakangkan tenaga kaum
wanita apabila Ketua Jabatan Wanita ditubuhkan yang dipimpin oleh Khadijah Ali. Namun,
setelah beberapa tahun kemudian, Shamsiah Fakeh telah dilantik mengambil alih tugas-tugas
tersebut melalui usulan yang dikemukakan oleh Musa Ahmad.13 Di bawah pentadbiran
10 Fatini Yaacob, AWAS Pimpinan Shamsiah Mengatur Strategi Menentang Penjajah, Dewan Masyarakat,
Mei 1991, hal. 21.

11 Fatini Yaacob, AWAS Pimpinan Shamsiah Mengatur Strategi Menentang Penjajah, Dewan
Masyarakat, Mei 1991, hal. 22.
12 Fatini Yaacob, AWAS Pimpinan Shamsiah Mengatur Strategi Menentang Penjajah, Dewan Masyarakat,
Mei 1991, hal. 22.
13 Ramlah Adam, Shamsiah Fakeh: A Nationalist or a Communist Jilid.VII, Universiti Teknologi
MARA (UiTM), Malaysia, Faculty of Administrative Science and Policy Studies, 2010, hal. 110.

Shamsiah Fakeh, Jabatan Wanita PKMM semakin bergerak maju bersama berganding bahu
dengan Angkatan Pemuda Insaf (API). Puncak kemajuan pimpinan Shamsiah Fakeh melalui:
...Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang merupakan sebuah badan
wanita yang tersendiri siap dengan perlembagaan dan pekik
perjuangannya, pekikan ini diteriakkan tangan kanan digenggam
dengan jari telunjuk ditegakkan seperti isharat memberi amaran.14
Perjuangan pertubuhan (AWAS) juga sangat besar dalam menuntut kemerdekaan tanah air.
Shamsiah Fakeh yang merupakan ketua (AWAS) bersama-sama pemimpin golongan radikal
lain seperti Ahmad Boestamam pemimpin (API) menyertai Kongres (AWAS) yang pertama
diadakan di Selangor pada 10-12 Oktober 1947. Melalui Kongres pertama ini, (AWAS) telah
mendapat sambutan yang baik daripada rakyat kerana kongres ini bertujuan untuk
memperkemaskan lagi pertubuhan AWAS dan mengatur langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan untuk membangkitkan kesedaran wanita dan tentang peranan yang dimainkan
oleh AWAS untuk perjuangan Kemerdekaan.15 Sehingga menjelang darurat, anggota AWAS
berjumlah lebih enam ribu orang dan cawangannya lebih enam puluh buah di seluruh
negara.16 Walaupun kepimpinan Shamsiah Fakeh dalam pertubuhan ini seringkali difitnah
oleh golongan sayap kanan, tetapi kesungguhan beliau untuk terus memimpin dan
memperjuangkan matlamat (AWAS) tidak pernah pudar.

3.4 Menjelaskan Peranan Rejimen Ke-10


14 Ahmad Boestamam, (1972), Merintis Jalan Ke Punchak, Kuala Lumpur: Pustaka Kejora, hal. 72.
15 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 47.
16 Mohd. Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia, Kuala Kumpur: Utusan Publications &
Distributors, hal. 333 dan 334.
7

Selepas British mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu, pihak PKM pula telah
mengeluarkan satu direktif bagi menjelaskan reaksi komunis terhadap segala tindakan British.
Isyaratnya bahawa komunis tidak akan tunduk kepada segala tekanan. Malahan PKM akan
mengembleng seluruh tenaga rakyat, terutama orang Melayu dalam menentang imperialisme
British. Musa Ahmad, Wahi Anuwar dan Abdullah C.D, ketiga-tiga komunis Melayu ini
merasakan telah sampai masanya orang Melayu bersatu di bawah sebuah Rejimen yang
dikendalikan sepenuhnya oleh orang Melayu.

17

Pada 21 Mei 1949, PKM telah berjaya menubuhkan Rejimen ke-10 yang dianggotai oleh
orang Melayu. Rejimen ini dinamakan Rejimen ke-10 kerana sebelumnya Tentera
Pembebasan Nasional Malaya sudah mempunyai sembilan rejimen. Oleh itu, rejimen orang
Melayu ini dinamakan Rejimen ke-10 yang telah menjadi bukti kebangkitan orang Melayu.
Keadaan ini telah menyebabkan pihak British telah mengerahkan kekuatan tenteranya yang
besar untuk menghapuskan Rejimen ke-10.18
Anggota Markas Besar Rejimen ke-10 diketuai oleh Abdullah C. D. Menurut Abdullah
C. D. melalui pertubuhan ini telah banyak pertempuran-pertempuran yang dilancarkan
Rejimen Ke-10 dan pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah mendorong
semangat massa rakyat menyokong Perang Anti-British.19 Pertubuhan Rejimen Ke-10 ini
tidak ketinggalan diceburi oleh Shamsiah Fakeh. Menurut Shamsiah Fakeh:

17 Abdullah C.D, (2007), Memoir Abdullah C.D: Penaja dan Pemimpin Rejimen ke-10, Edisi Baru,Selangor :
Strategic Information and Research Development Centre, hal. 72-74.

18 Abdullah C.D, (2007), Memoir Abdullah C.D: Penaja dan Pemimpin Rejimen ke-10, Edisi Baru,Selangor :
Strategic Information and Research Development Centre, hal. 72-74.

19 Abdullah C.D, (2005), Memoir Abdullah C. D: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Petaling
Jaya, Selangor: SIRD, hal. 98.
8

...aku pergi ke kampung menemui rakyat, memberi penerangan


tentang perjuangan bersenjata melawan penjajah British untuk
mencapai Kemerdekaan dan untuk menyatukan mereka supaya
memberi sokongan pejuangan. 20
Semangat beliau yang berkobar-kobar untuk menentang penjajah melalui perjuangan
bersenjata di dalam hutan sangat kuat dan beliau bertugas di bawah pimpinan Wahi Anuwar
bersama putera-puteri Melayu lain menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Kerja utama
beliau ialah penyusun massa. Beliau pergi ke kampung-kampung untuk menemui rakyat
untuk memberi penerangan tentang perjuangan bersenjata melawan penjajah British bagi
mencapai kemerdekaan dan menyatukan mereka supaya memberi sokongan kepada
perjuangan.21
Bagi memastikan Rejimen Ke-10 dapat dibanteras habis-habisan, pihak British telah
menguatkuasakan lagi undang-undang yang sedia ada dan melantik pegawai-pegawai baru
yang berkemampuan untuk membanteras Rejimen Ke-10. Anggota-anggota tertinggi Rejimen
Ke-10 seperti Abdullah C.D., Musa Ahmad, Abu Samah Kassim, Rashid Maidin dan
Shamsiah Fakeh terpaksa berundur ke Selatan Thailand.22
Segala pahit jerih perjuangan Rejimen Ke-10 dirakamkan melalui Memoir Shamsiah
Fakeh untuk memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa perjuangan tersebut adalah
20 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10, Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 66.
21 Shamsiah Fakeh, (2007), Memoir Shamsiah Fakeh : Dari AWAS ke Rejimen Ke-10, Selangor: Strategic
Information and Research Development Centre, hal. 66.
22 Abdullah C.D, (2007), Memoir Abdullah C.D: Penaja dan Pemimpin Rejimen ke-10, Edisi Baru,Selangor :
Strategic Information and Research Development Centre, hal. 75.

perjuangan orang Melayu yang bangkit menentang penjajah sehingga ada tentera mereka yang
terkorban. Rejimen Ke-10 bukan pengganas Komunis tetapi perajurit tanah air.

4.0 NILAI LETAK DUDUK TULISAN DALAM PENSEJARAHAN NEGARA


4.1 Sebagai Catatan Yang Berharga Dalam Memahami Sejarah Negara
Memoir Shamsiah Fakeh banyak merakamkan perjuangannya bersama pertubuhanpertubuhan sayap kiri dalam menuntut kemerdekaan negara dan menghentikan kekuasaan
penjajah. Pertubuhan sayap kiri seperti PKMM, AWAS, API, INSAF, GERAM telah
melahirkan semangat kesedaran tentang kepentingan bersatu dan mempertahankan Tanah
Melayu daripada ancaman jajahan British. Perjuangan berasaskan kemerdekaan ini berjaya
memikat dan menarik minat ramai anak-anak muda Melayu untuk turut serta dalam
perjuangan sayap kiri ini. Perjuangan radikalisme kemerdekaan ini kemudiannya disokong
oleh pergerakan-pergerakan bukan Melayu seperti AMCJA. Gabungan PUTERA-AMCJA
berjaya memperlihatkan kerjasama politik kepada umum bahawa orang Melayu dan Cina
boleh bekerjasama dalam membela nasib rakyat kelas bawahan dan menentang penjajah.23
Golongan nasionalis kiri ini juga seringkali dipanggil sebagai pengganas. Namun,
Shamsiah Fakeh turut menjelaskan dalam Memoirnya bahawa walaupun beliau menyertai
perjuangan bersenjata di dalam hutan, tetapi beliau tidak pernah membunuh musuh. Malah,
beliau mengatakan bahawa:
Sebenarnya anggota polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku
kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam
hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang
23 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10,Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 130.
10

membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya aku lah yang


terkena hujan peluru mereka. 24
Penulisan Memoir ini telah memberi satu nilai yang positif kepada pensejarahan
negara kerana pengganas yang sebenar adalah pihak penjajah dan bukan golongan kiri.

4.2 Sebagai Idola Pejuang Kebangsaan Kepada Generasi Muda


Penulisan Memoir Shamsiah Fakeh telah meletakkan nilai yang tinggi dalam pensejarahan
negara apabila beliau sendiri sebagai seorang pejuang wanita telah berani memperjuangkan
kemerdekaan tanah air. Memoir ini merakamkan detik-detik perjuangan golongan nasionalis
kiri yang berjiwa kental dan sanggup berkorban nyawa demi tanah air tercinta. Shamsiah
Fakeh, Abdullah C. D., Wahi Anuwar dan ramai lagi pejuang kiri yang berganding bahu
memasuki Rejimen Ke-10 dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Gandingan Shamsiah Fakeh dengan pejuang-pejuang nasionalis kiri lain terutama
Ahmad Boestamam telah memberi kesan yang hebat sehinggakan pihak penjajah. British
telah mengharamkan pertubuhan sayap kiri dan Ahmad Boestamam telah ditahan polis kerana
dituduh mengancam keselamatan awal.25 (Rujuk lampiran 6) Keadaan ini telah
membangkitkan semangat pejuang wanita seperti Shamsiah Fakeh mengikut rakan-rakannya
masuk ke hutan berjuang dengan senjata menentang penjajah. Seringkali persepsi negatif
pihak penjajah terhadap golongan nasionalis kiri yang berjuang di dalam hutan dimomokkan
24 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10,Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 131.
25 Ramlah Adam, (1994), Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 32.
11

untuk menutup kejahatan mereka seperti yang dikatakan oleh Shamsiah Fakeh dalam
memoirnya:
Sebenarnya penjajah Britishlah yang benar-benar pengganas. Mereka
membakar rumah rakyat dan tentera-tenteranya telah memperkosa
ramai wanita Melayu kita di kampung-kampung.26
Perjuangan Shamsiah Fakeh bersama pemimpin nasionalis kiri lain merupakan satu
nilai yang perlu dicontohi dalam pensejarahan negara kerana tidak ramai pemimpin yang
sanggup berjuang seperti golongan ini yang berani berjuang mengangkat senjata di dalam
hutan dan sanggup berkorban nyawa demi sebuah keadilan, kebebasan dan keamanan Malaya
pada masa itu.

5.0 KESIMPULAN
Memoir Shamsiah Fakeh telah banyak merakamkan peristiwa sejarah golongan nasionalis
kiri dan perjuangan beliau sendiri dalam usaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Walaupun secara keseluruhannya Shamsiah Fakeh menyokong penuh perjuangan parti sayap
kiri namun, beliau tidak mengecam secara ekstrim parti sayap kanan seperti UMNO dalam
penulisan Memoirnya.
Secara keseluruhannya, Memoir yang dihasilkan ini adalah satu Memoir yang banyak
memberi pengajaran dan teladan kepada masyarakat hari ini terutama kepada kaum wanita.
Namun, melalui penulisan ini beliau menunjukkan bahawa tiada yang mustahil jika kaum
wanita juga mampu bangkit bersama-sama memperjuangkan kebebasan tanah air. Penulis
yakin bahawa masyarakat yang membacanya akan dapat menilai baik buruk sejarah negara
26 Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke10,Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 69.
12

yang sebelum ini tidak ditonjolkan oleh kerana parti sayap kiri merupakan musuh kepada parti
sayap kanan yang lebih memihak kepada penjajah Inggeris. Bagi penulis, Memoir ini
mempunyai nilai letak duduk yang tinggi dalam pensejarahan negara kerana mampu
membangkitkan semangat nasionalisme pembaca dan mengupas sejarah negara dengan lebih
mendalam.

BIBLIOGRAFI
BUKU
Abdullah C. D, (2005), Memoir Abdullah C. D: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10,
Petaling Jaya, Selangor: SIRD.
Abdullah C.D, (2007), Memoir Abdullah C.D: Penaja dan Pemimpin Rejimen ke-10,
Edisi Baru, Selangor : Strategic Information and Research Development Centre.
Ahmad Boestamam, (1972), Merintis Jalan Ke Punchak, Kuala Lumpur: Pustaka
Kejora.
Mohd. Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia, Kuala Kumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Mohamed Salleh Lamry, (2006), Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan
Kemerdekaan, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlah Adam, (1994), Ahmad Boestamam : Satu Biografi Politik, Selangor : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Adam. (1994), Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsiah Fakeh, (2004), Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10,
Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
13

Shamsiah Fakeh, (2007), Memoir Shamsiah Fakeh : Dari AWAS ke Rejimen Ke-10,
Selangor: Strategic Information and Research Development Centre.

MAJALAH DAN SURAT KHABAR


Fatini Yaacob, AWAS Pimpinan Shamsiah Mengatur Strategi Menentang Penjajah,
Dewan Masyarakat, Mei 1991.
JURNAL
Ramlah Adam, (2010), Shamsiah Fakeh: A Nationalist or a Communist Jurnal
Administrative Science. Bil 7. hal. 105-123
LAMPIRAN 1
Memoir Shamsiah Fakeh yang ditulis pada 17 Jun 2002.

14

LAMPIRAN 2
Shamsiah Fakeh ketika berumur 13 tahun bersama ibunya Saamah Nonggok
dan adiknya Ramli sebelum beliau berangkat ke Sumatera untuk belajar di
Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah.

15

LAMPIRAN 3
Shamsiah Fakeh bersama suaminya yang terakhir Ibrahim Mohamad
dan tiga anaknya ketika musim sejuk di China pada tahun 1964.

LAMPIRAN 4
Shamsiah Fakeh merupakan bekas pemimpin Parti Komunis
Malaya PKM dan Angkatan Wanita Sedar AWAS.

16

LAMPIRAN 5
Memoir Abdullah C. D. digunakan sebagai rujukan tambahan.

LAMPIRAN 6
17

Ahmad Boestamam Satu Biografi Politik tulisan


Ramlah Adam sebagai rujukan tambahan.

18

You might also like