Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK


TARIKH : 3 MAC 2014
HARI : ISNIN
TEMPAT : STADIUM SABAK BERNAM, SELANGOR
BIL / MASA

PANDUAN (CUE)

8.30 pagi

Ucapan Aluan Pengacara


Majlis

PENGUMUMAN (ANN)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Yang Berhormat, Encik Mohd Azhar bin Jamaluddin,
Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong.
Yang Berusaha , Tuan Haji Zainal Abiddin bin Osman
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Yang Berusaha, Tuan Haji Kamalodin bin Mohamad
Guru Besar SK Hutan Melintang merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah
Hilir Perak
Yang Berusaha, Encik Bahauddin bin Yaakub
Guru Besar SK Dato Laksamana Raja Mahkota merangkap Pengerusi Kejohanan
Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak.
Dialu-alukan juga,
Para Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak
Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak
Yang Dihormati, pegawai-pegawai jemputan, ketu-ketua kontinjen, guru-guru
pengiring, para atlet dan sidang hadirin sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada sidang hadirin sekalian dan bagi pihak pengelola
Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak 2014 ,
majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen semua, berkumpul di sini,
bagi memeriahkan lagi kejohanan sukan pada hari ini.
8.35 pagi

Perarakan masuk kontinjen

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbuk di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Perarakan masuk pembuka acara.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Marilah sama-sama kita saksikan perarakan masuk kontinjen-kontinjen yang terdiri
daripada semua kelompok di dalam Daerah Hilir Perak.
Majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin mengiringi Yang
Berhormat, Encik Mohd Azhar bin Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri
Changkat Jong, menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen yang
mengambil bahagian. Dipersilakan.
*Perarakan masuk*
Tuan-tuan dan puan-puan,
Perbarisan diketuai oleh ...........................................
Hadirin sekalian,
Mendahului perarakan ialah kontinjen dari Kelompok 1 . Kontinjen ini diketuai oleh
________________________diwakili seramai _______ atlet.. Dengan motto
_______________, pasukan ini bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Berikut pula, ialah kontinjen dari Kelompok 2 . Dengan atlet seramai _____orang
,kontinjen ini diketuai oleh _______________________________________.
_____________________________________ menjadi pegangan keramat mereka pada
tahun ini.
Seterusnya ialah kontinjen dari Kelompok 3. Kontinjen ini diketuai
oleh__________________________dengan jumlah atletnya seramai ______ orang.
Saksikan pula kontinjen dari Kelompok 4 yang diketuai oleh
______________________ . Atlet-atletnya adalah seramai ________________
Dengan kekuatan seramai ______atlet, Kelompok 5 menampilkan dengan diketuai
oleh ____________________________________.
Kelompok 6. Menampilkan _____ atlet . Diketuai oleh ________________________
Seterusnya Kelompok 7. Dipimpin oleh ____________________. Mempunyai
_______ atlet.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, seterusnya kelompok 8. Menampilkan seramai
_______ atlet. Diketuai oleh __________________________________________.

Begitulah tadi kelapan-lapan kelompok dalam Daerah Hilir Perak, yang akan berentap
untuk tampil sebagai juara dalam kejohanan pada hari ini. Satu tepukan gemuruh untuk
mereka.

8.50 pagi

Doa

8.55 pagi

Semoga majlis lebih diberkati, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
doa yang akan dipimpin oleh Encik Mohd Bakhtiar bin Yacob. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Bakhtiar di atas bacaan doa itu tadi.

Lagu Negaraku
Lagu Negeri Perak

Sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berdiri bagi menghormati lagu
Negaraku diikuti Lagu Negeri Perak.
*Lagu Negaraku
*Lagu Negeri Perak

9.00 pagi

Ucapan PPD

9.15 pagi

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha , Tuan Haji Zainal Abiddin bin
Osman, Ketua PegawaiPendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha , Tuan Haji Zainal
Abiddin bin Osman, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak di atas
kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

Ucapan Perasmian

Majlis dengan ini mempersilakanYang Berhormat, Encik Mohd Azhar bin


Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong.,menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah
Rendah Daerah Hilir Perak 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Encik Mohd Azhar
bin Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong di atas kesudian
merasmikan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah Rendah Daerah
Hilir Perak 2014.
9.30 pagi
Penyampaian cenderamata
kepada Perasmi

Dengan ini , dijemput Yang Berusaha, Encik Bahauddin bin Yaakub mengiringi
Yang Berusaha Tuan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Tuan Haji Zainal
Abiddin menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Encik Azhar
Jamaluddin, di atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

9.35 pagi

Penyampaian cenderamata
kepada PPD

Seterusnya, dijemput pula Yang Berusaha, Encik Bahauddin bin Yaakub selaku
Pengerusi Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah, di atas kesudian hadir di kejohanan ini.

9.40 pagi

Bacaan Ikrar Kejohanan

Hadirin yang dihormati,


Bagi menyempurnakan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah
Rendah Daerah Hilir Perak, majlis dengan ini mempersilakan ____________________
tampil ke hadapan bagi mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan. Dipersilakan.

9.50 pagi

Perarakan keluar

Hadirin yang dihormati,


Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Sukan Balapan dan Padang
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hilir Perak pada tahun ini. Majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan
ini.
Perarakan keluar.

Dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar


meninggalkan arena.
Dijemput ________________________________________________ menikmati
jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
9.55 pagi

Acara Kejohanan Bermula

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk


bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN


Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara ...............
Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
...............................................................................................................
...............................................................................................................
Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH


Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Acara _____________________________
Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh .. dari kelompok/ SK
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh . dari kelompok/ SK
Dan johan/pemenang pingat emas acara Ialah dari kelompok/ SK..
Tahniah kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik . atas
kesudian menyampaikan hadiah.
KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK


TARIKH : 3 MAC 2014
HARI : ISNIN
TEMPAT : STADIUM SABAK BERNAM, SELANGOR
BIL / MASA

PANDUAN (CUE)

PENGUMUMAN (ANN)

Ucapan Aluan Pengacara


Majlis

Dijemput semua atlet daripada semua kontinjen masuk ke padang, dan berada di
hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan
kejohanan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Yang Berhormat, Encik Mohd Azhar bin Jamaluddin,
Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong.
Yang Berusaha , Tuan Haji Zainal Abiddin bin Osman
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Yang Berusaha, Tuan Haji Kamalodin bin Mohamad
Guru Besar SK Hutan Melintang merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah
Hilir Perak
Yang Berusaha, Encik Bahauddin bin Yaakub
Guru Besar SK Dato Laksamana Raja Mahkota merangkap Pengerusi Kejohanan
Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak.
Dialu-alukan juga,
Para Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak

Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak


Yang Dihormati, pegawai-pegawai jemputan, ketu-ketua kontinjen, guru-guru
pengiring, para atlet dan sidang hadirin sekalian.
Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan
balapan dan padang tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan
kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.
Penyampaian hadiah

Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian,


Tibalah masanya ke acara kemuncak kejohanan iaitu acara penyampaian hadiah.
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, pihak majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ..........................................................................................,
dengan diiringi oleh ............................................................................................tampil
menyampaikan hadiah.
Acara ..............................................
Tempat Ketiga ialah......................................
Tempat Kedua ialah .....................................
Johan ialah ..........................................
(JIKA BANYAK KATEGORI BAHAGI KEPADA BEBERAPA ORANG
PENYAMPAI)

Tanpa membuang masa lagi, diumumkan ,

Olahragawati dan Olahragawan


Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak 2014.
OLAHRAGAWATI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DAERAH HILIR
PERAK 2014,
________________________________________________
DARI KELOMPOK ____________
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara___________________________________________________
Kini diumumkan pula OLAHRAGAWAN KEJOHANAN BALAPAN DAN
PADANG DAERAH HILIR PERAK 2014,
________________________________________________
DARI KELOMPOK ____________
Beliau telah memenangi acara _________________________________
Dengan kutipan mata sebanyak______________,
JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DAERAH
HILIR PERAK 2014,
disandang oleh KELOMPOK _______.
Dijemput Ketua Kontinjen tampil menerima hadiah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ______________________________

10

menyempurnakan majlis sebentar tadi.


Ucapan Perasmian Penutup

Hadirin dan hadirat sekalian,


Untuk menyempurnakan penutupan Kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini,
majlis dengan ini menjemput ___________________________________________
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan
dan Padang Daerah Hilir Perak bagi tahun 2014.Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan
perasmian penutupan sebentar tadi.
Dengan itu,maka berakhirlah Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak bagi
tahun 2014
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan atlet-atlet yang berjaya. Kepada yang gagal
teruskan usaha ,jangan putus asa.
Bagi pihak pengelola kejohanan, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf di atas setiap kekurangan Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada
Yang Berhormat, Encik Mohd Azhar Jamaluddin di atas perhatian yang diberikan,
pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, seluruh pegawai kejohanan, ketua-ketua
kontinjen, para ibu bapa dan guru-guru yang telah memberi komitmen tinggi di dalam
menjayakan kejohanan balapan dan padang pada hari ini.

Kita akhiri sukan kita pada hari ini dengan 3 kali teriakan Hip Hip Horay

11

HIP HIP HORAY


HIP HIP HORAY
HIP HIP HORAY
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.

12

You might also like