Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA SUNGAI KOYAN

KERTAS KERJA
NAMA PROGRAM :
LATIHAN
KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM
KOR KADET POLIS

TARIKH :
24 FEBRUARI 2016

TEMPAT :
PADANG SEKOLAH , SMK FELDA SUNGAI KOYAM

ANJURAN :
KOR KADET POLIS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA SUNGAI KOYAN

1.0

PENGENALAN
Kertas cadangan ini disediakan bagi melaksanakan satu aktiviti iaitu Latihan kawad
kaki badan beruniform untuk ahli Kor Kadet Polis (SMK Felda Sungai Koyan).
Aktiviti latihan kawad kaki yang dilaksanakan ini mampu meningkatkan teknik
kawad kaki pasukan bagi ahli lama. Di samping itu, latihan kawad kaki ini juga
dapat memberi pendedahan kepada ahli-ahli baru pasukan Kor Kadet Polis.

2.0

TAJUK AKTIVITI
- Latihan kawad kaki badan beruniform Kor Kadet Polis.

3.0

TUJUAN PROGRAM

3.1
3.2
3.3
3.4

3.5

4.0

Membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada pelajar berkaitan


dengan kawad kaki.
Membentuk jati diri pelajar.
Memupuk semangat bekerjasama pelajar.
Melahirkan keseronokan kawad kaki dan saingan yang sihat melalui
pertandingan dengan menerapkan nilai-nilai supaya melahirkan pelajar
yang berdisiplin, bersemangat dan berkeperibadian tinggi.
Mendapatkan satu kumpulan kecil ( Platun / Peserta ) seramai 30 anggota
yang layak dan berkebolehan untuk menyertai Pertandingan Kawad
Peringkat Sekolah selain mencari calon untuk mengikuti Perkhemahan .

JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI


4.1

Penasihat

: Nurhafizah binti Amat

4.2

Jurulatih PDRM

4.3

Tempat Latihan

: Padang Sekolah SMK Felda Sungai Koyan

4.4

Tarikh

: 24 MAC 2016, Rabu.

4.6

Jumlah Ahli

: Semua ahli kadet polis (89 Ahli lelaki/wanita)

5.0

KAEDAH / STRATEGI PELAKSANAAN

5.1
5.2
5.3
5.4

6.0

Aktiviti yang dirancang berdasarkan tahap keupayaan kawad kaki pelajar.


Sesi program yang dirancang menyeronokkan, menarik minat dan
Menaikkan semangat untuk terus berlatih serta mengikuti aktiviti.
Menanam semangat untuk mencapai kejayaan kepada setiap
Pelajar melalui latihan yang dilaksanakan dengan menyeluruh.
Aktiviti yang dirancangakan dijalankan dari pukul 2.10 petang 4.00
petang.

TENTATIF PROGRAM
6.1 Tentatif Aturcara / Program :

2.10 ptg - Kehadiran Ahli Kor Kadet Polis SMK (F) SG KOYAN.
2.30 ptg Taklimat Kawad Kaki
3.00 ptg Latihan kawad kaki berjalan
4.00 ptg - Bersurai.

7.0

KUMPULAN SASARAN
Sasaran program adalah untuk semua ahli kor kadet polis SMK (F) Sungai Koyan.

8.0

PENUTUP
Saya amat berharap program latihan ini mendapat kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau pun tidak
langsung dalam menjayakannya. Hal ini kerana, program ini memberi manafaat
kepada murid-murid untuk menimba pengalaman baru serta mengeratkan hubungan
silaturrahim di antara guru dan murid. Di samping dapat mencungkil bakat-bakat
baru berkawad kaki dalam kalangan anggota Kadet Polis Sekolah diperingkat
sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

_________________

_________________

______________

Cik Nurhafizah Bt Amat

Cik Sutinah Bt Makminin

En. Rosdin B Rahmat

Guru Penasihat
Kor Kadet Polis
SMK (F) Sungai Koyan

Penolong Kanan Kokurikulum


SMK (F) Sungai Koyan

Pengetua
SMK (F) Sungai Koyan

You might also like