Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

BAB 2

POTRET
HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN
Bab ini memfokus kepada konsep

asas hubungan etnik dan aplikasinya.


Masyarakat multietnik, budaya dan
agama ciri utama kebanyakkan
negara.
Maka, perlu pemahaman yang tepat
tentang teori dan definisi untuk
menilai masyarakat yang berbeza
dalam pelbagai aspek.

MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK: ZAMAN


KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pemerintahan- perlembagaan

mengikut Islam ,Undang-undang Laut


Melaka & Hukum Kanun Melaka.
Perdagangan- Pemerintahan terbuka
& tadbir urus pelabuhan yang cekapjaga keselamatan pedagang melalui
Undang-undang Laut Melaka-Laksamana Melaka berperanan
hapuskan lanun dan perompak.

Corak Kependudukan- Zaman pluraliti

sebab proses penghijrahan secara


semulajadi dari Arab, India, China dan
lain-lain. wujud masyarakat baharu
Baba Nyonya, Melayu keturunan Arab
dan sebagainya.
Kepelbagaian Budaya- Melaka
menjadi kota multibudaya- pertembungan budaya besar dunia
misalnya, budaya alam melayu dengan
Eropah.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK ERA PENJAJAH BRITISH
Penjajah British memperkenalkan

prinsip, sistem, struktur dan


dasar pentadbiran baru.
Mempunyai pengetahuan ilmu
yang maju dalam bidang sosial,
kemanusiaan dan sains tulen.
Perdebatan ilmu (abad ke-15)
pemisahan antara agama dan
sains moden.

Semasa penjajah British datang ke

Alam Melayu Eropah mengalami


perubahan epistemologi
pemisahan antara negara (state)
dan agama (church).
Majoriti menyokong sains moden
dan menyebabkan agama menjadi
anutan individu.
Ilmu sains menjadi asas kepada
segala aspek kehidupan duniawi
manusia termasuk ilmu
pemerintahan dan pentadbiran.

KERANGKA TEORI
Teori merupakan satu
himpunan takrif atau konsep
yang memberikan gambaran
secara sistematik berkenaan
fenomena dengan
memperincikan hubungan
antara pembolehubah untuk
menerangkan dan meramalkan
fenomena tersebut.

Teori Ekologi
Robert E. Park (1950), merupakan ahli sosiologi

pertama yang membincangkan berkaitan


perhubungan ras.
Beliau dipengaruhi pendekatan Charles Darwin
(1859) berkaitan kemenangan bagi yang tergagah.
Menurut Park, manusia mempunyai dua bentuk
warisan iaitu:
1. Sebagai ahli sebuah kumpulan ras akan mewarisi
pusaka biologikal dengan perpindahan melalui
perkahwinan sesama kumpulan.
2. Sebagai ahli kumpulan sosial, manusia akan
memindahkan melalui komunikasi warisan sosial
kumpulannya.

Teori Ekologi Park boleh dirumuskan dalam

empat usul:
1. Penghijrahan membawa bersama, dalam
perhubungan yang tidak sama rata, manusia
yang mempunyai fenotaip yang berbeza.
2. Dalam perhubungan persaingan, manusia sedar
akan ciri-ciri status yang membezakan mereka.
3. Manusia yang berstatus tinggi enggan bersaing
atas dasar sama rata dengan mereka memiliki
status rendah.
4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh
kelompok manusia yang istimewa . Prejudis juga
mempertahankan kepentingan mereka dan
memperkukuhkan struktur kategori itu.

Teori Freudian
Teori ini diaplikasikan oleh John

Dollard (1937) dengan merujuk


kepada konsep prejudis sebagai
satu sikap untuk
mempertahankan hak orang kulit
putih.
Dollard telah mengusulkan
beberapa pandangan iaitu:

1. Kekecewaan psikologi individu


lahir daripada kehidupan sosial.
Kekecewaan dapat dikurangkan
dengan melakukan kekerasan
khususnya ke atas sasaran
tertentu.
2. Bagi orang kulit putih,
kehitaman dikaitkan dengan
ketakutan dan keinginan yang
terpendam.
3. Semakin lemah kuasa kelompok
minoriti, semakin sesuai kelompok

Teori
Struktur Fungsionalisme
Teori ini dipelopori oleh

Talcott Parsons (1975).


Antara sarjana yang menjadi
pengikutnya ialah W. Lloyd
Warner (1945), Gunnar Myrdal
(1944) dan Kingsley Davis
(1948).
Beberapa usul dalam teori ini
antaranya:

Individu bertindak kepada insentif dan


dikawal oleh hukuman dan denda.
2. individu mengejar kepentingannya
tetapi masyarakat mengikat
kepentingan ini dalam satu pola yang
sama kerana wujudnya pembahagian
buruh.
3. Individu juga berkongsi nilai bersama
untuk memakmurkan dan
mensejahterakan masyarakat.

1.

Teori Kelas
Oliver Cox (1948) mendapati masalah

hubungan ras dan etnik di US ada


hubung kait dengan masalah kelas dan
sistem kasta.
Cox berpandangan semua
pertelingkahan ras boleh dikaitkan
dengan dasar dan sikap golongan
kapitalis dan orang kulit putih
terhadap golongan orang bukan kulit
putih dan golongan buruh.

Prejudis dan ideologi ras

seperti sikap rendah diri


dipupuk seterusnya digunakan
untuk kepentingan politik dan
ekonomi kapitalis.
Cox melihat perhubungan ras
sebagai perhubungan
proletariat borjuis.
Cox mengusulkan beberapa
perkara seperti:

1. Apabila kapitalis eropah berkembang ke


kawasan kaya, wujud keuntungan untuk
memperoleh sumber buruh yang berbeza
dan menyebabkan buruh tertindas.
2. Dalam perhubungan yang tidak sama rata,
terbentuk keyakinan yang mendokong
ketidaksamaan itu. Perkara ini wujud dalam
masyarakat kapitalis yang memisahkan
buruh kulit putih dan hitam.
3. Kategori ras wujud dalam kehidupan
masyarakat kapitalis kerana:
a) menguntungkan pemerintah
b) pertembungan dalam masyarakat
belum sampai pada tahap yang

Teori Masyarakat Majmuk


Konsep masyarakat majmuk

diketengahkan oleh J.S Furnivall (1948)


dam M.G Smith (1965).
Ia bertujuan mengenalpasti masyarakat
yang terdapat di Asia Tenggara.
Furnivall menegaskan bahawa:
1. Setiap kumpulan berpegang kepada
agama, kebudayaan dan bahasanya, ide
dan cara hidupnya sendiri.

2. Individu akan bertemu, tetapi hanya


di pasar untuk membeli dan menjual.
3. Wujud satu masyarakat plural yang
mana mereka hidup bersebelahan
tetapi berasingan, dalam unit politik
yang sama.
4. Pembahagian buruh berlaku
mengikut garisan ras dalam bidang
ekonomi.

Teori Pasaran Buruh


Terpisah

Teori Edna Bonacich (1972 & 1973)

bermula daripada kesedaran terhadap


perbezaan kuasa dalam pasaran buruh
yang boleh mewujudkan pertelingkahan
antara golongan kulit putih dan kulit
hitam.
Teori Bonacich menyatakan bahawa:
1. Sesetengah pasaran buruh dipisahkan
berdasarkan garis etnik, kumpulan ras
bergaji tinggi dibezakan dengan buruh
bergaji murah.

2. Wujud tiga kelas utama


yang mempunyai kepentingan
berbeza:
a) Ahli kelas peniaga mahu
kepada buruh murah dan
lemah untuk bersaing.
b) Buruh bergaji tinggi
diancam oleh kewujudan buruh
murah.

3. Buruh bergaji tinggi


mengukuhkan kedudukan
dengan mengusir buruh
murah.
4. Pertelingkahan etnik berlaku
kerana persaingan
berdasarkan harga buruh yang
berbeza.

Teori Pilihan Rasional Tentang


Perhubungan Etnik
Antara tokoh yang mempopularkan

teori tersebut ialah Thomas Sowell


(1975), Thomas Schelling (1978),
Michael Banton (1997) & Mansor
Mohd Noor (2000).
Merupakan pendekatan teoris yang
meneliti realiti sosial dengan cara
melihat pilihan tingkah laku manusia
di peringkat individu dan kumpulan.

Teori mengandaikan bahawa:

1. Individu mempunyai matlamat dan


kecenderungan yang berbeza.
2. Individu bertindak untuk
memaksimumkan ganjaran material dan
kedudukan sosial.
3. Tingkah laku individu merupakan
fungsi sentimen peribadi dan
kepercayaan terhadap kelompok sebaya.

4. Apabila individu membuat satu


pilihan, pilihan lain akan tertutup.
5. Semasa individu bertindak ke
atas pilihan tingkah laku yang
dibuat, individu berkenaan akan
mewujudkan ikatan sosial yang
lebih erat dengan individu lain.
6. Apabila individu gagal
mendapatkan ganjaran maksimum,
dia akan mengembleng kekuatan

7. Apabila individu gagal


memaksimumkan kepuasan, dia
akan berpaling ke arah asas
agama dan ketuhanan.
8. Apabila individu memilih
mengembleng secara kolektif
berdasarkan warisan budaya,
batas kumpulan akan bersifat
terbuka.
9. Apabila individu memilih

Konsep Ras dan Rasisme


Ras kelompok sosial yang mempunyai

tanda pengenalan kolektif berasaskan


ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti
warna kulit, warna mata, rambut &
selainnya.
Rasisme pandangan, pemikiran atau
kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya
mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan wajah fizikalbiologikal atau ras semata-mata.

Rasisme wujud pada 2 tahap:


1. Individu kepercayaan dan sikap

individu.
2. Institusi melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi
masyarakat daripada ras yang
berbeza.

Konsep Etnik, Etnisiti dan


Etnosentrisme
Etnik sekelompok manusia

mengamalkan budaya yang hampir


seragam, termasuk adat resam,
pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Etnik dapat dikelaskan melalui
perbezaan budaya adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan
mengenai kecantikan, orientasi politik,
ekonomi dan hiburan.

Etnisiti rasa kekitaan sesuatu kumpulan

etnik tertentu.
Wujudnya satu kebudayaan dan subbudaya
jelas yang menyatukan anggotanya dengan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku
yang sama.
Etnosentrisme kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan
anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah jauh
lebih baik dan hebat daripada kelompok
lain.
Konsep ini juga membawa makna suatu
perspektif melihat kelompok lain daripada
lensa dan kaca mata etnik sendiri.

KONSEP BUDAYA
Budaya Budhi (Sanskrit) +

daya (Melayu).
Budhi kecergasan fikiran
dan akal.
daya kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh.
Budaya tenaga fikiran, usaha
rohani atau kuasa
menggerakkan jiwa.

Budaya suatu cara hidup yang

diamalkan oleh kumpulan tertentu. Ia


meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap & nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada
budaya kebendaan (material)
(makanan,pakaian) dan budaya bukan
kebendaan (bukan material)
(Bahasa,kepercayaan).

Dua peranan utama

pembentukan budaya:
1. Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian
serta identiti
2. Memupuk kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan

Budaya mempunyai ciri-ciri


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

tersendiri:
Dipelajari
Dikongsi
Sejagat
Diwarisi
Berubah
Mempunyai perlambangan
Adanya pandangan semesta

KONSEP PREJUDIS,
STEREOTAIP & DISKRIMINASI
Prejudis pandangan negatif

mengenali ahli atau kelompok etnik


tertentu tidak diluahkan secara
terbuka.
Tidak berasaskan maklumat yang
jelas, tepat atau mencukupi.
Melalui proses sosialisasi, sikap
prejudis disalurkan daripada satu
generasi kepada generasi lain.

Stereotaip kenyataan-

kenyataan umum yang negatif


terhadap sesuatu kumpulan
etnik merupakan gambaran
berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau
buruk yang ditujukan kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh
etnik lain.

Diskriminasi perbuatan

membanding-bezakan
seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.
Diskriminasi merupakan
manifestasi prasangka
(prejudis) yang wujud dalam

KONSEP-KONSEP TAHAP
HUBUNGAN ETNIK
Konsep Segregasi pemisahan atau

pengasingan antara satu kumpulan etnik


dengan kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara dari segi kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam.
Konsep Akomodasi proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan
etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.
A + B + C = A + B + C.

Konsep Akulturasi proses penerimaan

unsur kebudayaan dalam kalangan individu


atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain
yang berbeza.
Proses akulturasi tidak menyebabkan
kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Konsep Asimilasi proses percantuman dan
penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. A + B + C = A.

Konsep Amalgamasi proses

yang terjadi apabila budaya atau


ras bercampur untuk membentuk
jenis budaya dan ras baru.
Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi adalah dengan
terjadinya perkahwinan campur
antara kumpulan etnik. A + B + C
= D.

KESIMPULAN
Hubungan etnik tidak wajar dilihat

dari sudut luaran sahaja tetapi


lebih penting dari sudut
konseptual.
Kebanyakkan tinhkahlaku dalam
kehidupan diwarnai oleh sikap
negatif terhadap etnik lain.
Hubungan silang budaya berlaku
dalam kalangan masyarakat
pelbagai budaya.

You might also like