tinggal di hutan. Sang Kerbau suka keluar berjalan-jalan untuk mencari makanan seperti rumput dan bungabungaan. Sang Kerbau merupakan seekor haiwan yang baik hati dan sering menolong haiwan lain.
Pada suatu hari, ketika Sang Kerbau sedang mencari
makanan, tiba-tiba Sang Kerbau terdengar suara meminta tolong. Sang Kerbau terus mencari arah suara itu. Tidak
berapa lama kemudian, Sang Kerbau terserempak dengan
Sang Buaya yang sedang meminta tolong.
Sang Buaya mengaduh kesakitan kerana badannya
ditimpa oleh sebatang pokok yang besar. Sang Buaya meminta tolong kepada Sang Kerbau untuk mengangkat batang pokok yang menimpanya itu. Sang Kerbau berasa kasihan melihat Sang Buaya, tetapi dia berasa ragu-ragu untuk menolong.
Sang Kerbau bimbang dirinya akan dimakan oleh
Sang Buaya setelah dia berjaya mengangkat batang pokok itu. Sang Buaya berjanji bahawa dia tidak akan mengkhianati Sang Kerbau. Setelah yakin dengan kata-kata Sang Buaya itu, Sang Kerbau pun berusaha untuk mengangkat batang pokok itu dengan menggunakan tanduknya yang kuat. Setelah berjaya mengangkat batang pokok itu, Sang Buaya terus mengucapkan terima kasih kepada Sang Kerbau.