Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DEFINISI LANDSKAP

Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa atau secara
ringkasnya ia adalah suatu pemandangan luaran yang dihasilkan dari keadaan semulajadi atau
binaan yang meliputi apa sahaja yang dapat kita lihat di atas muka bumi ini seperti sesuatu
yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan,
tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan
manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan. Elemen-elemen yang terdapat
dalam landskap merupakan sumber utama yang digunakan dalam mereka bentuk landskap, di
mana terdapat 4 elemen asas iaitu tumbuhan,air,struktur,dan rupa bumi.
Manakala istilah pelandskapan pula adalah satu proses yang mana melibatkan kegiatan
merancang,merekabentuk,melaksana, serta menguruskan landskap untuk keselesaan,
keselamatan, dan keseronokan manusia disamping menjadikan suasana yang indah dan
harmoni dengan persekitaran semulajadi.

SENIBINA LANDSKAP
Pengertian senibina landskap menurut Laurie (1975) ialah perancangan dan rekabentuk tanah
dan air untuk kegunaan awam.

Manakala menurut Hubbard dan Kimball (1917) pula

senibina landskap merupakan Seni halus dimana fungsi utamanya adalah untuk mencipta
dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan
semulajadi negara. Namun, Garrett Eckbo (1950) menyatakan bahawa senibina landskap
adalah sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai
ruang untuk manusia hidup dan tidak termasuk pertanian dan perhutanan.
SEJARAH SENIBINA LANDSKAP
Menurut Laurie dalam An introduction to Landscape Architecture, sejarah seni taman atau
landskap perlu dikaji atas 2 sebab iaitu perhubungan manusia dan persekitaran dan tamantaman silam yang mempengaruhi rekabentuk taman-taman masa kini dan masa hadapan.
Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana
manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan sosial, ekonomi serta fizikal dan antara
fakta fizikal ialah iklim dan geografi. Selain itu, fakta yang terdapat dalam keperluan sosial

ialah kepercayaan agama, kepercayaan tradisi dan amalan serta falsafah dan kesenian.
Sekiranya melalui faktor ekonomi pula ia menunjukkan kemewahan.

You might also like