Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Yesus Kristus

(Dilencongkan dari Jesus Christ)

Dalam mozek abad ke-6 di Ravenna, Yesus digambarkan sebagai paderi dan raja Yunani-Rom


– Pantokrator ditabalkan yang memakai pakaian diraja berwarnatirian ungu, dan membuat gerak isyarat salib.

Yesus Kristus (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), [1] juga dikenali sebagai Yesus dari Nazareth, ialah tokoh


utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai Yesus Kristus, dengan ungkapan "Kristus" yang berasal
daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumaskan Minyak" (bahasa Yunani: Χριστός Christos) yang
sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: ‫יהושע‬ Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia,
beliau juga digelar sebagai Yesus Kristus.
Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Yesus ialah empat buah Gospel hukum
gereja dalam Wasiat Baru: Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian
bible dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh,
dibaptiskan oleh John si Baptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom Pontius Pilate disebabkan
[2]
tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom.   Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah
Yesus. [3]

Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Yesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada
kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam Wasiat Lama, serta
kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah Anak
Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-
dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Yesus
adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran
yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Christologi.
Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya
Yesus ke langit, danKedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa
Yesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.
Kronologi

Rencana utama: Kronologi Yesus


Pemerian yang terperinci mengenai kelahiran Yesus terkandung dalam Gospel Matthew (mungkin ditulis antara tahun
65 dan 90 Masihi) [4] dan Gospel Luke (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 100 Masihi). [5] Terdapat juga banyak
perdebatan tentang perincian-perincian kelahiran Yesus di kalangan cendekiawan Kristian, dengan sebilangan
cendekiawan mendakwa bahawa mereka tahu dengan tepat, baik tentang tahun mahupun tentang tarikh kelahiran
dan/atau kematiannya.

Pemerian kelahiran Yesus dalam Injil Matius dan Lukas tidak menyebut tarikh atau tahunnya. Dalam agama Kristian
Barat, perayaan diadakan secara tradisi pada musim liturgi Krismas, iaitu pada 25 Disember, suatu tarikh yang dapat
dikesan sehingga seawal 330 Masihi di kalangan orang-orang Kristian Rom. Sebelum itu dan masih pada hari ini
dalam agama Kristian Timur, tarikh lahir Yesus secara umumnya dirayakan pada 6 Januari sebagai sebahagian
perayaan Theophany [6] juga dikenali sebagai perayaan Epiphany. Perayaan Theophany ini memperingati bukan
sahaja kelahiran Yesus, tetapi juga pembaptisannya oleh John di Sungai Jordan dan mungkin juga peristiwa-peristiwa
lain dalam kehidupan Yesus. Banyak cendekiawan memperhatikan bahawa pemerian kegiatan gembala-gembala
dalam Gospel Luke menunjukkan tarikh musim bunga atau musim panas untuk kelahiran Yesus. [7] Mereka meneka
bahawa tarikh perayaan telah dipindah sebagai suatu percubaan untuk menggantikan perayaan Saturnalia Rom (atau
lebih khusus, hari jadi Sol Invictus, dewa pagan). [6]

Pada tahun ke-248 dalam era Diocletian (berdasarkan naik takhta Diocletian di Rom), Dionysius Exiguus mencuba


menentukan bilangan tahun sejak kelahiran Yesus, dan mendapat angka 753 tahun selepas pengasasan Rom.
Dionysius kemudian menetapkan tarikh kelahiran Yesus sebagai 25 Disember 1 ACN (untuk "Ante Christum Natum",
atau "sebelum kelahiran"), dan menetapkan 1 Masihi (1 AD) untuk tahun yang berikutnya. Dengan itu, sistem
penomboran tahun yang dikira dari tarikh kelahiran Yesus diasaskan: Anno Domini (yang diterjemahkan sebagai
"dalam tahun Tuhan kami"). Sistem ini menyebabkan tahun Dionysius Exiguus itu menjadi tahun 532 dan hampir
dua abad kemudian, sistem ini diterima dan menjadi kalendar utama dalam tamadun Barat, disebabkan perjuangan
lanjutan oleh Bede.

Bagaimanapun, berdasarkan gerhana qamari yang dilaporkan oleh Josephus, tidak lama sebelum kematian Herod


Agung (yang memainkan peranan utama dalam pemerian Matthew) serta juga pemahaman yang lebih tepat tentang
pewarisan Maharaja-maharaja Rom, kelahiran Yesus harus merupakan tahun pada atau sebelum 4 SM. Menghadapi
lagi kurang sumber-sumber dan juga kini lagi jauh daripada masa pengarang-pengarang Wasiat baru, penentuan
tarikh kelahiran yang lebih boleh dipercayai adalah sangat susah.

Tarikh tepat kematian Yesus juga tidak jelas. Banyak cendekiawan menganggap bahawa Gospel
John menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan Passover(juga
dipanggil Kuartodesimanisme) pada hari Jumaat, 14 Nisan, manakala gospel-gospel sinoptik (kecuali Mark 14:2)
memerihalkan waktu Santapan Terakhir yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru
sahaja sebelum penangkapan Yesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawan menganggap bahawa pemerian sinoptik
adalah secucuk dengan pemerian dalam Gospel John. [8] Selain itu, orang-orang Yahudi mengikut kalendar qamari-
suria dengan fasa-fasa bulan sebagai tarikh dan dengan itu, merumitkan penghitungan sebarang tarikh yang tepat
dalam kalendar suria. Menurut karya John P. Meier, "Seorang Yahudi Pinggir" ("A Marginal Jew"), memberikan
pertimbangan kepada tempoh jawatan peguam cara Pontius Pilate dan tarikh-tarikh Passover pada tahun-tahun dalam
tempoh itu, kematian Yesus kemungkinan besar boleh ditetapkan sebagai 7 April 30 Masihi atau 3 April 33 Masihi.[9]
[sunting]Kehidupan dan ajaran, sebagaimana yang dikisahkan dalam Gospel-gospel

Rencana utama: Pandangan Perjanjian Baru mengenai kehidupan Yesus

Oleh sebab tidak banyak daripada perincian-perincian kehidupan Yesus dapat ditentusahkan secara berasingan,
adalah susah untuk mengukur ketepatan sejarah tentang pemerian-pemerian kitab Bible. Keempat-
empat gospel hukum gereja merupakan sumber maklumat utama bagi kisah Kristian yang tradisional mengenai
kehidupan Yesus.
Salasilah dan keluarga

Rencana utama: Salasilah Yesus dan Desposyni

Jesus dan Mary: Madonna Hitam dari Częstochowa

Daripada keempat-empat injil, hanya injil Matius dan Lukas memberikan pemerian tentang salasilah Yesus. Pemerian
Matthew memberikan nasab bapa melalui bapa sahnya, Yusuf; Lukas memberikan nasab bapa, atau menurut lagi satu
tafsiran, nasab ibunya, Maria.[10] Kedua-dua pemerian mengesan nasab Jesus sehingga Raja Daud dan dari situ,
ke Abraham. Kedua-dua senarai itu adalah serupa antara Abraham dan David, tetapi berbeza antara Daud dan Yusuf.
Matius bermula dengan Solomon dan menerusi raja-raja Judah, berakhir dengan Jeconiah, raja terakhir
apabila Babylon menaklukkan Judah. Oleh itu, Matthew menunjukkan bahawa Jesus ialah pewaris takhta Israel yang
sah. Salasilah Luke adalah lebih panjang daripada salasilah Matthew; ia bermula dengan Adam dan memberikan
lebih banyak nama antara David dan Jesus.

Joseph muncul hanya dalam pemerian masa kanak-kanak Jesus. Dengan Jesus menyerahkan Mary kepada jagaan
pengikutnya yang dikasihi semasa penyalibannya (John 19:25–27), adalah mungkin bahawa Joseph telah meninggal
dunia menjelang masa Jesus berkhutbah. [11] Tiga buah kitab Wasiat Baru, iaitu Matthew, Mark, dan Galatians,
memerikan saudara-saudara Jesus, termasuk mungkin adik-beradiknya. [12] Perkataan Yunani, adelphos, di dalam
ayat-ayat ini, sering diterjemahkan sebagai anak kandung lelaki, boleh merujuk kepada mana-mana saudara, dan
kebanyakan orang Katolik dan Ortodoks Timur menterjemahkan perkataan ini sebagai saudara atau saudara
sepupu dalam konteks ini (lihat Kedaraan abadi Mary).
Kelahiran dan kehidupan awal

Rencana utama: Anunsiasi, Kelahiran Jesus, dan Jesus semasa kanak-kanak

Pemujaan Gembala-gembala,Gerard van Honthorst, abad ke-17

Menurut Matthew dan Luke, Jesus dilahirkan di Bethlehem, Judea, kepada Mary, seorang dara, melalui mukjizat Roh
Kudus. Gospel Luke memerihalkanmalaikat Gabriel melawat Mary untuk memberitahunya bahawa dia telah dipilih
untuk melahirkan Anak Tuhan (Luke 1:26–38). Menurut Luke, suatu perintah Caesar Augustus memaksa Mary dan
Joseph meninggalkan rumah mereka di Nazareth dan pergi ke tempat nenek moyang Joseph, tempatDavid,
untuk Banci Quirinius. Selepas kelahiran Jesus, pasangan itu terpaksa menggunakan palung sebagai ganti untuk katil
bayi kerana tidak ada lagi bilik untuk mereka di rumah penginapan bandar itu (Luke 2:1–7). Menurut
Luke, malaikat mengumumkan kelahiran Jesus kepada gembala-gembala yang datang untuk melihat bayi baru dan
kemudian mengumumkan apa yang disaksikan mereka ke seluruh kawasan (lihat Noël Pertama). Matthew juga
mengisahkan "Tiga orang Majusi yang membawa hadiah kepada bayi Jesus selepas mengikut sebuah bintang yang
dipercayai mereka sebagai tanda kelahiran Messiah, atau Raja Orang-orang Yahudi, (Matthew 2:1-12), dan pelarian
ke Mesir selepas kelahiran Jesus untuk melepaskan diri daripada Pembunuhan Beramai-ramai Orang-orang
Teraniaya.

Rumah Jesus semasa kanak-kanak dinyatakan dalam kitab Bible sebagai terletak di bandar Nazareth di Galilee.
Menurut Luke, Joseph dan Mary tinggal di Nazareth sebelum kelahiran Jesus dan kembali ke sana selepasnya.
Sebaliknya, Matthew mengatakan bahawa keluarga Jesus masih tinggal di Mesir dan hanya berpindah ke Nazareth
selepas kematian Herod untuk mengelakkan kehidupan di bawah kuasa Archelaus, anak dan pewaris Herod.
(Matthew 2:19-23).
Selain daripada pelarian ke Mesir dan satu perjalanan pendek ke Tyre dan Sidon, semua peristiwa yang lain dalam
Gospel berlaku di Israel kuno. [13]Mengikut Luke (Luke 3:23), Jesus berumur "kira-kira tiga puluh tahun" ketika
beliau dibaptiskan. Peristiwa tunggal yang disebut antara masa bayi dan masa pembaptisan dalam mana-mana Gospel
hukum gereja ialah dalam Pencarian dalam Kuil oleh Luke (Luke 2:41–52). Dalam gospel Mark, Jesus ialah seorang
tukang kayu (Mark 6:3), dan dalam gospel Matthew, beliau ialah anak tukang kayu (Matthew 13:55). Kedua-dua
gospel itu menunjukkan bahawa Jesus menghabiskan sebahagian masanya untuk berlatih pertukangan kayu dengan
ayahnya.
Pembaptisan dan Godaan

Rencana utama: Pembaptisan Jesus dan Godaan Jesus

Godaan Christ, Ary Scheffer,abad ke-19.

Gospel Mark bermula dengan Pembaptisan Jesus oleh John si Baptis yang diperihalkan oleh cendekiawan-


cendekiawan Bible sebagai permulaan pengkhutbahan awam Jesus. Menurut Mark, Jesus datang ke Sungai Jordan di
mana John si Baptis sedang berkhutbah dan membaptiskan orang ramai.Matthew menambah kepada pemerian ini
dengan memerihalkan percubaan John untuk menolak permintaan Jesus untuk dibaptiskan, dengan mengatakan
bahawa Jesuslah yang harus membaptiskan John. Bagaimanapun, Jesus mendesak dan mendakwa bahawa
pembaptisannya diperlukan untuk "memenuhi semua kewajaran". (Matthew 3:15). Selepas Jesus telah dibaptiskan
dan muncul dari air, Mark menyatakan bahawa Jesus "melihat syurga berpisah dan Roh turun kepadaNya
bak merpati. Kemudian, suatu suara dari syurga berkata: "Kamu ialah AnakKu yang disayangi, dengan siapa Aku
amat gembira." (Mark 1:10–11).

Selepas pembaptisannya, menurut Matthew, Tuhan membawa Jesus ke dalam gurun di mana beliau berpuasa selama
40 hari dan 40 malam. Semasa ini, syaitan menjumpainya dan menggoda Jesus untuk menunjukkan kuasa ghaib
sebagai bukti bahawa beliau adalah benar-benar Anak Tuhan, walaupun setiap godaan ditolak oleh Jesus dengan
suatu petikan kitab daripada Buku Deuteronomy. Pada keseluruhannya, Jesus digoda tiga kali. Gospel-gospel
menyatakan bahawa selepas kegagalan, syaitan bertolak dan malaikat datang dan memberikan khasiat kepada Jesus
(Matthew 4:1-11).

Pemerian Pembaptisan dan Godaan terdapat dalam Sinoptik, tetapi tidak terdapat dalam Gospel John.
Tempoh Pengkhutbahan Jesus

Rencana utama: Tempoh Pengkhutbahan Jesus, Khutbah di atas Gunung, Khutbah di Dataran, Dua Belas Hawari,


dan Perubahan Rupa Jesus

Khutbah di atas Gunung, Carl Heinrich Bloch, abad ke-19


Judæa dan Galilee pada masa Jesus

Gospel-gospel menyatakan bahawa Jesus, sebagai Messiah, telah dihantar untuk "memberikan nyawanya sebagai
tebusan untuk banyak[orang]" dan untuk "mengkhutbahkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ". [14] Pada sepanjang
tempoh pengkhutbahannya, Jesus dikatakan melakukan berbagai-bagai mukjizad, termasuk menyembuhkan
pesakit, menghalau hantu, berjalan di atas air, mengubahkan air menjadi wain, dan menghidupkan semula banyak
orang, umpamanya Lazarus (John 11:1–44).

Gospel John memerihalkan tiga perayaan passover yang berbeza pada sepanjang tempoh pengkhutbahan Jesus. Ini
membayangkan bahawa Jesus berkhutbah selama tiga tahun, walaupun sesetengah tafsiran Gospel
Sinoptik mencadangkan hanya setahun. Tumpuan pengkhutbahannya adalah kepada pengikut-pengikutnya yang
paling rapat, iaitu Dua Belas Hawari, walaupun banyak orang dianggap sebagai pengikutnya. Jesus berkhutbah
bahawa hari kiamat akan datang dengan terkejut dan oleh itu, beliau memanggil pengikut-pengikut agar sentiasa
berhati-hati dan beriman.

Pada puncak tempoh pengkhutbahannya, Jesus menarik beribu-ribu orang, khususnya di kawasan-
kawasan Galilee dan Perea (masing-masing di Israel dan Jordan kini). Sesetengah ajaran Jesus yang paling masyhur
datang dari Khutbah di atas Gunung yang mengandungiBeatitud dan Doa Tuhan. Jesus sering mempergunakan cerita
ibarat, seperti Anak Boros, dan Cerita Ibarat Penyemai. Ajaran-ajarannya menumpukan kepada kasih sayang yang
mengorbankan diri tanpa syarat bak Tuhan kepada Tuhan dan semua orang. Jesus berkhutbah tentang perkhidmatan
dan rendah hati, pengampunan dosa, kepercayaan, memalingkan pipi yang lain, kasih sayang kepada musuh sendiri,
serta keperluan untuk menurut maksud yang tersirat dan yang tersurat dalam Torah. [15]

Jesus sering bertemu dengan orang-orang terbuang, seperti publicani (pemungut-pemungut cukai empayar yang
dibenci kerana memeras wang), termasuk hawari Matthew; apabila Farisi membantah tentang pertemuan dengan
orang-orang dosa berbanding dengan orang-orang yang salih, Jeses menjawab bahawa hanya orang yang sakit
memerlukan pakar perubatan, bukannya orang-orang yang sihat (Matthew 9:9–13). Menurut Luke dan John, Jesus
juga berusaha untuk berkhutbah kepada kumpulan Samaritan yang mengikut sejenis bentukagama Israel yang
berbeza. Ini dibayangkan dalam khutbahnya kepada kumpulan Samaritan dari Sychar, dan menyebabkan mereka
memeluk agama Kristian. (John 4:1–42).
Penangkapan, pembicaraan, dan kematian

Rencana utama: Jesus dan Pengurup Wang, Santapan Terakhir, Penangkapan Jesus, Perbicaraan Jesus oleh


Sanhedrin, danKeghairahan (agama Kristian)
Ecce Homo (Lihatlah Orang Itu!), Antonio Ciseri, abad ke-19: Pontius Pilate memaparkan Jesus yang disengsarakan
kepada orang-orang yang melihat: motif yang amat popular dalam seni Kristian.

Menurut Gospel-gospel, Jesus datang dengan pengikut-pengikutnya ke Jerusalem semasa perayaan Passover dan
disambut oleh ramai orang yang bersorak, "Hosanna! Berkatlah dia yang datang di atas nama Tuhan! Berkatlah Raja
Israel! [16] Selepas pemasukan kejayaannya, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus mengakibatkan kekacauan di Kuil
Herod apabila beliau menterbalikkan meja-meja pengurup wang yang berniaga di sana dan mendakwa bahawa
mereka telah menjadikan Kuil itu sebagai "sarang perompak" (Mark 11:17). Pada lewat minggu itu, menurut gospel-
gospel sinoptik, Jesus merayakan makan Passover dengan hawari-hawarinya (kemudiannya dikenali
sebagai Santapan Terakhir dan semasa itu, meramalkan pengkhianatan oleh salah satu hawari dan pelaksanaan
hukuman mati ke atasnya. Dalam upacara amal ini, beliau mengambil roti dan wain dan berkata: "ini ialah badanku
yang diberikan kepadamu" dan "cawan ini yang dituang untuk kamu ialah Perjanjian Baru dalam darahku", dan
mengarahkan mereka "membuat ini sebagai kenangan bagiku" (Luke 22:7-20). Selepas makan lewat malam, Jesus
dan hawari-hawarinya pergi bersembahyang di Taman Gethsemane.

Semasa di taman itu, Jesus ditangkap oleh askar-askar Rom atas perintah Sanhedrin dan sami


[17]
besar, Caiaphas.   Penangkapan itu dilakukan secara rahsia pada waktu malam untuk mengelakkan rusuhan kerana
Jesus telah menjadi popular dengan orang ramai (Mark 14:2). Menurut gospel-gospel sinoptik, Judas Iscariot, salah
satu hawari, mengkhianati Jesus dengan mengenal pastinya kepada pengawal-pengawal dengan ciuman. Lagi seorang
hawari menggunakan pedang untuk menyerang salah seorang penawan dan memotong telinganya. Menurut Luke,
Jesus menyembuhkan penawan itu dengan segera. [18] Jesus memarahi hawari itu, dan menyatakan "semua mereka
yang mengambil pedang akan mati dengan pedang" (Matthew 26:52). Selepas penangkapannya, hawari-hawari Jesus
menyembunyikan diri mereka.
Penyaliban, Diego Velázquez, abad ke-17

Semasa Perbicaraan Jesus oleh Sanhedrin, sami-sami besar dan orang-orang tua menanyakan Jesus, "Adakah
kamu Anak Tuhan?" dan apabila Jesus menjawab "Kamu yang berkata", mereka menghukumnya untuk menyebut
kata-kata kufur terhadap Tuhan (Luke 22:70–71). Sami-sami besar kemudian menyerahkan Jesus kepada Prefect
Rom Pontius Pilate, berdasarkan tuduhan hasutan untuk menuntut diri sebagai Raja Orang-orang Yahudi. [19] Semasa
di hadapan Pilate, Jesus ditanyakan, "Adakah kamu merupakan raja orang-orang Yahudi?" Jesus menjawab, "Adalah
seperti yang kamu berkata." Menurut Gospel-gospel, Pilate sendiri berasa Jesus tidak bersalah terhadap apa-apa
jenayah terhadap orang-orang Rom dan oleh sebab terdapat adat pada perayaan Passover untuk gabenor Rom
membebaskan seorang banduan (suatu adat yang tidak direkodkan di luar Gospel-gospel), Pilate menawarkan orang
ramai pilihan antara Jesus dari Nazareth dan seorang pemberontak bernama Barabbas. Orang ramai memilih untuk
Barabbas dibebaskan dan Jesus disalib. Pilate mencuci tangannya untuk menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak
terlibat dalam ketidakadilan keputusan ini (Matthew 27:11–26).

Menurut keempat-empat Gospel, Jesus meninggal dunia sebelum lewat petang. Seorang Judea yang kaya,Joseph dari
Arimathea, dan menurut Gospel Mark dan Luke merupakan seorang ahli Sanhedrin, mendapat kebenaran Pilate untuk
mengambil mayat Jesus dan memasukkannya di dalam kubur. [20] Menurut Gospel John, Joseph disertai
oleh Nicodemusdalam pengebumian Jesus, dan ini juga ditulis dalam bahagian-bahagian lain dalam gospel John
(John 19:38–42). Ketiga-tiga Gospel Sinoptik mengisahkan gempa bumi dan pengelapan langit dari pukul dua belas
sehingga pukul tiga pada petang itu.
Kebangkitan Jesus dan Naiknya ke Langit
Christ en majesté, Matthias Grünewald, abad ke-16:Kebangkitan Jesus

Rencana utama: Menyikat Neraka, Kebangkitan Jesus, Penugasan Agung, Naik Jesus ke Langit, dan Kedatangan


Kedua

Menurut Gospel-gospel, Jesus dibangkitkan semula pada hari ketiga selepas penyaliban. [21] Gospel Matthew


menyatakan bahawa malaikat muncul dekat kubur Jesus dan mengumumkan kebangkitan Jesus kepada wanita-wanita
yang telah tiba untuk menyapukan minyak pada badannya. Menurut Luke, adalah dua malaikat, dan menurut Mark,
adalah seorang pemuda yang berpakaian putih. Mark menyatakan bahawa pada pagi kebangkitan, Jesus bertemu buat
pertama kali dengan Mary Magdalene (Mark 16:9). John menyatakan bahawa apabila Mary melihat ke dalam kubur,
dua malaikat menanyakannya mengapa dia sedang menangis; dan apabila dia berpusing, dia gagal mengenal Jesus
pada mula-mulanya sehingga Jesus memanggil namanya. (John 20:11-18).

Gospel Perbuatan-perbuatan Hawari menyatakan bahawa Jesus muncul di hadapan berbagai-bagai orang di pelbagai


tempat selama empat puluh hari kemudian. Beberapa jam selepas kebangkitannya, Jesus muncul di hadapan dua
orang pengembara di jalan raya yang menuju ke Emmaus. Kepada pengikut-pengikutnya yang berkumpul, beliau
menunjukkan diri pada petang selepas kebangkitannya. Walaupun pengkhutbahannya sendiri adalah khusus untuk
orang-orang Yahudi, Jesus dikatakan menghantar hawari-hawarinya untuk berkhutbah kepada orang-orang bukan
Yahudi denganPenugasan Agung dan naik ke syurga sementara suatu awan menyembunyikannya daripada
penglihatan. Menurut Perbuatan-perbuatan Hawari, Paul dari Tarsus juga nampak Jesus semasa mengalami
peristiwa di Jalan ke Damascus. Jesus berjanji akan datang semula lagi untuk menunaikan ramalan Messiah yang
tinggal. [22]
Kesejarahan
Cendekiawan-cendekiawan menggunakan kaedah sejarah untuk mengembangkan binaan semula yang mungkin
tentang kehidupan Jesus. Ini harus dibezakan dengan Jesus dalam kitab Bible yang berasal daripada pembacaan
teologi teks-teks Gospel. Sesetengah cendekiawan mempertikaikankesejarahan Jesus. [3]
Binaan semula sejarah dan arkeologi kehidupan harian Jesus

Rencana utama: Jesus sejarah dan Latar kebudayaan dan sejarah Jesus

Ahli-ahli sejarah sekular pada umumnya memerihalkan Jesus sebagai seorang ketua gerakan agama Yahudi yang
pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk berkhutbah. [23]
Latar sosial

Kebanyakan cendekiawan bersetuju bahawa Gospel-gospel ditulis tidak lama sebelum atau selepas pemusnahan Kuil
Yahudi pada tahun 70 oleh orang-orang Rom. Pemeriksaan pemerian-pemerian Wasiat Baru mengenai Jesus
berdasarkan pengetahuan sejarah tentang tempoh Wasiat Baru ditulis telah menyebabkan banyak cendekiawan
mentafsirkan semula banyak unsur pemerian-pemerian dalam Wasiat tersebut. Banyak orang telah mencuba membina
semula kehidupan Jesus dari segi aliran politik, budaya dan agama sezaman di Israel, termasuk perbezaan-perbezaan
antara Galilee dan Judea; antara berbagai-bagai mazhab seperti Farisi, Sadducee, Essene dan Zilot; [24] dan dari segi
pertikaian antara orang-orang Yahudi dalam konteks kedudukan orang-orang Rom.
Ikatan-ikatan kepada Kumpulan-kumpulan Agama

Gospel-gospel merekodkan bahawa Jesus berasal dari Nazareth, tetapi maksud perkataan ini adalah
kabur. [25] Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Jesus pada dirinya ialah seorang Farisi. [26] Pada masa Jesus,
dua aliran fikiran yang utama antara orang-orang Farisi ialah Keluarga Hillel dan Keluarga Shammai. Kenyataan
tegas Jesus tentang kepura-puraan mungkin ditujukan kepada ahli-ahli Keluarga Shammai yang lebih tegas, walaupun
Jesus bersetuju dengan ajaran-ajaran mereka mengenai perceraian (Mark 10:1–12).[27] Jesus juga mengulas tentang
ajaran-ajaran Keluarga Hillel (Talmud Babylon, Shabbat 31a) mengenai rukun teragung (Mark 12:28–34)
dan Peraturan Keemasan (Matt 7:12).

Cendekiawan-cendekiawan lain menegaskan bahawa Jesus ialah pengikut Essene, satu mazhab agama Yahudi yang
tidak tersebut dalam Wasiat Baru. [28] Terdapat juga cendekiawan-cendekiawan yang menegaskan bahawa Jesus
mengetuai mazhab hari kiamat yang mungkin berkait dengan John si Baptis, [29] dan yang kemudian menjadi agama
Kristian awal selepasPenugasan Agung menyebarkan ajaran-ajarannya kepada orang-orang bukan Yahudi. [30] Ini
adalah berlainan dengan penugasan Jesus yang lebih awal yang diberikan kepada dua belas Hawari yang dihadkan
kepada "biri-biri hilang Israel" dan tidak termasuk orang-orang bukan Yahudi atau orang-orang Samaritan (Matt 10).
Nama dan gelaran

Yang membangkitkan minat yang khas adalah nama-nama dan gelaran-gelaran yang diberikan kepada Jesus.Menurut
kebanyakan ahli-ahli sejarah yang paling kritis, Jesus mungkin tinggal di Galilee untuk kebanyakan hayatnya dan
beliau mungkin bertutur dalam bahasa Aramia dan Ibrani. Nama "Jesus" ialah transliterasi bahasa
Inggeris daripada bahasa Latin (Iēsus) yang pula berasal daripada nama Yunani (Ιησους). Oleh sebab kebanyakan
cendekiawan menganggap bahawa Jesus adalah orang Yahudi yang bertutur dalam bahasa Aramia dan tinggal di
Galilee pada sekitar 30 Masihi, adalah amat mungkin bahawa beliau tidak mempunyai nama peribadi Yunani.
Pemeriksaan Septuagin dengan lanjut menunjukkan bahawa perkataan Yunani itu merupakan transliterasi
nama bahasa Ibrani Yehoshua (‫( )יהושוע‬Yeho - Yahweh [ialah] shua` - bantuan/penyelamatan) atau singkatan perkataan
Ibrani/Aramia, Yeshua atau Jeshua ( ‫)ישוע‬. Oleh itu, cendekiawan-cendekiawan mempercayai bahawa salah satu
daripada nama-nama ini amat mungkin merupakan nama yang Jesus dikenali oleh orang-orang yang setara semasa
hayatnya. [31]

Christ (yang merupakan gelaran dan bukan sebahagian nama Jesus) ialah penginggerisan istilah Yunani
untuk Messiah, dan secara harfiah bermaksud "orang yang telah disapukan minyak". Ahli-ahli sejarah
memperdebatkan tentang maksud gelaran ini pada masa hidup Jesus; sesetengah ahli sejarah mencadangkan bahawa
gelaran-gelaran yang digunakan untuk Jesus dalam Wasiat Baru (umpamanya Lord, Anak Manusia, dan Anak Tuhan)
mempunyai maksud-maksud yang amat berbeza pada abad pertama dengan maksud-maksudnya pada hari ini:
lihat Nama-nama dan gelaran-gelaran Jesus.
Kesejarahan teks

Lihat juga: Kesejarahan Jesus

Kebanyakan cendekiawan moden yang mengkaji Bible menganggap bahawa kitab-kitab yang memerihalkan Jesus
pada asalnya dikomunikasi melalui tradisi lisan, dan tidak tertulis sehingga banyak dekad selepas penyalibannya.
Teks-teks terawal yang masih wujud adalah surat-surat Paul yang biasa dianggap ditulis pada pertengahan abad
pertama. Paul menulis bahawa beliau hanya melihat Jesus dalam visi-visinya tetapi visi-visi ini merupakan wahyu-
wahyu ketuhanan dan oleh itu, adalah berwibawa (Gal 1:11–12). Teks-teks terawal yang lebih perinci dan yang masih
wujud ialah keempat-empat Gospel Wasiat Baru. Teks-teks ini yang merupakan sebahagian Hukum Gereja
Bible telah dianalisis dengan lebih teliti dan diterima oleh lingkungan Kristian berbanding dengan sumber-sumber
maklumat yang lain.

Banyak lagi teks-teks awal Kristian memperincikan peristiwa-peristiwa dalam hayat Jesus dan ajaran-ajarannya,
walaupun teks-teks itu tidak dimasukkan ke dalam kitab Bible ketikahukum gereja disusun kerana:

 kepercayaan bahawa teks-teks itu merupakan pseudepigrafi yang bukan diilhami; atau


 penulisan dibuat terlalu lama selepas kematian Jesus,

manakala yang lain disekat kerana kandungannya bercanggah dengan kepercayaan ortodoks Kristian. Penyusunan
kitab Bible mengambil masa beberapa abad untuk memutuskan apakah yang harus merupakan sebahagian kitab dan
apa yang bukan. Pada sebahagian besar peringkat awal, Buku Ilham tidak dimasukkan ke dalam kitab,
sedangkan Gembala dari Hermasdimasukkan.

Buku-buku yang tidak termasuk dalam senarai terakhir kini dikenali sebagai Apokrifa Wasiat Baru, dengan buku
utama antaranya merupakan Gospel Thomas, sebuah himpunan logiatanpa rangka naratif — frasa-frasa dan pepatah-
pepatah yang dikatakan dikata oleh Jesus — yang hanya ditemui semula pada abad ke-20. Karya-karya apokrifa lain
yang penting dan yang amat mempengaruhi pembentukan kepercayaan-kepercayaan Kristian tradisional
termasuk Ilham Peter, Protevangelium James, Gospel Masa Bayi Thomas, dan Perbuatan-perbuatan Peter. Sebilangan
tradisi Kristian (seperti vel Veronica dan Asumpsi Mary) juga tidak didapati dalam gospel-gospel hukum gereja tetapi
terdapat dalam karya-karya ini serta karya-karya apokrifa yang lain.
Teks-teks awal yang mungkin

Sesetengah teks lebih awal yang mempunyai maklumat sejarah atau mitos mengenai Jesus diteka wujud sebelum
Gospel-gospel, [32] walaupun teks itu tidak dapat ditemui. Berdasarkan persamaan dan perbezaan yang luar biasa
(lihat masalah sinoptik) antara Gospel-gospel Sinoptik — Matthew, Mark dan Luke yang merupakan gospel-gospel
hukum gereja yang pertama — banyak cendekiawan Bible mencadangkan bahawa tradisi
lisan dan logia (seperti Gospel Thomas dan dokumen Q teori [33] ) mungkin pada mula-mulanya memainkan peranan
yang kuat dalam menyampaikan cerita-cerita mengenai Jesus dan mungkin mengilhami sebahagian Gospel-gospel
Sinoptik.

Khususnya, banyak cendekiawan mempercayai bahawa dokumen Q dan Gospel Mark merupakan dua sumber yang
digunakan untuk gospel-gospel Matthew dan Luke; bagaimanapun, teori-teori yang lain seperti hipotesis
Augustine yang lebih lama masih mempengaruhi sesetengah cendekiawan-cendekiawan Bible. Lagi sebuah dokumen
teori ialah Gospel Tanda-tandayang dipercayai merupakan salah satu sumber bagi Gospel John.[33]

Terdapat juga gospel-gospel bukan hukum gereja yang awal yang mendahului Gospel-gospel hukum gereja,
walaupun tidak banyak cebisannya dapat ditemui. Antaranya ialah Gospel Berlin Yang Tidak Diketahui, Gospel-
gospel Oxyrhynchus, Gospel Egerton, Cebisan Fayyum, Dialog Penyelamat, Gospel Ebionit, Gospel Ibrani,
dan Gospel Nazarene. Sedangkan manuskrip dan cebisan teks-teks terawal ini yang masih wujud bertarikh selepas
manuskrip dan cebisan teks-teks terawal Gospel-gospel hukum gereja, kesemua ini mungkin merupakan salinan
manuskrip-manuskrip terawal yang tarikh tepatnya tidak diketahui.
Persoalan kebolehpercayaan

Diakibatkan oleh lompang selama mungkin banyak dekad antara waktu penulisan Gospel-gospel dan peristiwa-
peristiwa yang diperihalkannya, ketepatan kesemua teks-teks awal yang menuntut kewujudan Jesus atau perincian
hayatnya telah dipertikaikan oleh berbagai-bagai pihak. Sebagai tradisi, pengarang-pengarang Gospel dianggap
menyaksikan peristiwa-peristiwa yang diperihalkan dengan mata sendiri. Selepas cerita-cerita lisan yang asal telah
ditulis, ia ditranskripsikan dan kemudian diterjemahkan kepada bahasa-bahasa yang lain. Banyak ahli sejarah Bible
telah menjawab tuntutan ketidakbolehpercayaan pemerian gospel dengan menunjukkan bahawa kesemua
dokumentasi sejarah seringnya adalah bersifat tidak berkecuali serta tidak asli, dan biasanya ditulis banyak dekad
selepas peristiwa yang diperihalkan.

Zaman Kesedaran dan Revolusi Saintifik telah menyebabkan keraguan tentang ketepatan sejarah teks gospel-gospel
ini. Walaupun sesetengah cendekiawan kritis, termasuk ahli-ahliarkeologi, masih meneruskan penggunaannya
sebagai rujukan dalam kajian sejarah Timur Dekat kuno, [34] yang lain menganggap teks-teks ini sebagai dokumen-
dokumen kebudayaanserta kesusasteraan. Secara umumnya, mereka menganggap teks-teks ini sebagai
sebahagian genre sastera yang dipanggil hagiografi, iaitu pemerian tentang seorang tokoh suci yang dianggap sebagai
mewakili ideal moral dan ketuhanan. Hagiografi mempunyai tujuan utama untuk mengagungkan agama, dengan
contoh yang ditunjukkan oleh seorang tokoh suci yang sempurna merupakan tumpuan utamanya.

Sesetengah orang mengatakan bahawa pemerian Gospel bukan sahaja tidak objektif tetapi juga tidak tepat kerana
karya-karya itu ditulis atau disusun oleh pengikut-pengikut dan kelihatan hanya menggambarkan pandangan yang
positif dan ideal tentang Jesus, sedangkan yang lain menunjukkan kekurangan sumber-sumber bukan Kristian
sehingga Josephus pada tahun 93 Masihi. Mereka yang menyokong pandangan naturalis terhadap sejarah umumnya
tidak mempercayai campur tangan ketuhanan atau mukjizad seperti kebangkitan Jesus yang disebut dalam Gospel-
gospel. Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur ketepatan fakta cerita di dalam gospel-gospel dikenali
sebagai "kriteria rasa malu" yang menganggap bahawa cerita mengenai peristiwa-peristiwa yang mempunyai aspek-
aspek rasa malu (seperti penafian Peter terhadap Jesus, atau pelarian hawari-hawari selepas penangkapannya)
mungkin tidak akan dimasukkan jika pemerian-pemerian itu tidak benar.
Pengaruh luar terhadap perkembangan gospel

Lihat juga: Kesejarahan Jesus, Jesus sejarah, dan Latar kebudayaan dan sejarah Jesus

Mozek Vatican (abad ke-3): Sol Invictus

Banyak cendekiawan, umpamanya Michael Grant, tidak mengesan persamaan yang penting antara mitos pagan dan
agama Kristian. Grant menyatakan dalam bukunya, Jesus: An Historian's Review of the Gospels (Jesus: Ulasan Ahli
Sejarah mengenai Gospel-gospel) bahawa "agama Yahudi merupakan suatu agama yang mana doktrin-doktrin
kematian dan kelahiran semula, serta dewa-dewa mitos, kelihatan adalah perkara-perkara asing bagi mereka sehingga
kemunculan pemalsuan ini adalah amat susah untuk dipercayai." [35]

Bagaimanapun, sesetengah cendekiawan mempercayai bahawa pemerian gospel tentang Jesus tidak mempunyai atau
tidak banyak mempunyai asas sejarah. Sekurang-kurang pada sebahagiannya, ini adalah disebabkan oleh banyak
persamaan yang diperhatikan mereka antara cerita-cerita mengenai Jesus dengan mitos-mitos yang lebih lama
mengenai dewa-dewa pagan seperti Mithras, Apollo, Attis, Horus dan Osiris-Dionysus. Ini telah menyebabkan
dugaan-dugaan bahawa mitos-mitos pagan telah diterima oleh sesetengah pengarang dalam pemerian awal mereka
tentang Jesus untuk membentuk asimilasi dalam agama Kristian. Sebilangan kecil seperti Earl
Doherty memutarbelitkan konsep ini dengan mencadangkan bahawa gospel-gospel sebenarnya merupakan usaha
penulisan semula mitos-mitos yang lebih lama dan tidak berdasarkan seorang tokoh sejarah. Walaupun kaitan-kaitan
ini telah dipertikaikan oleh banyak orang, adalah benar bahawa banyak unsur cerita-cerita tentang Jesus sebagaimana
yang dikisahkan oleh Gospel-gospel mempunyai persamaan dengan mitologi pagan, di mana mukjizat-mukjizat
seperti kelahiran dara amat dikenali. Sesetengah penulis Kristian seperti Justin Martyr dan C.S.
Lewis mempertahankan dakwaan ini dengan mengatakan bahawa mitos-mitos itu dicipta oleh orang-orang pagan
kuno yang mempunyai pengetahuan lebih dahulu yang kabur dan tidak tepat tentang Gospel-gospel; dengan kata
yang lain, orang-orang pagan memberikan sifat-sifat ramalan terhadap Christ yang ditunjukkan di dalam Torah
Yahudi dan Nabi-nabi kepada dewa-dewa mereka. Sebenarnya, Lewis menulis bahawa agama Kristian akan kurang
dipercayai jika ia tidak mempunyai tema-tema yang sama dengan mitos-mitos pagan yang tersebut.
Warisan

Pietà, Michelangelo, abad ke-16: Ibu Jesus mengangkat mayat anaknya.

Lihat juga: Gambar-gambar Jesus, Penggambaran dramatik Jesus, dan Jesus dalam budaya popular

Menurut kebanyakan tafsiran Kristian mengenai kitab Bible, tema khutbah-khutbah Jesus adalah taubat,
pengampunan dosa, limpah kurnia, dan kedatangan Kerajaan Tuhan. Jesus melatih pengikut-pengikutnya dengan
perinci dan selepas kematiannya, mereka mentafsirkan dan menyebarkan ajaran-ajarannya. Dalam tempoh beberapa
dekad, pengikut-pengikutnya membentuk sebuah agama yang jelas berbeza dengan agama Yahudi. Agama Kristian
tersebar di seluruh Empayar Rom di bawah versi yang dikenali sebagai agama Kristian Nicene dan dijadikan
sebuah agama negara di bawahConstantine Agung. Pada abad-abad yang berikut, agama ini tersebar ke kebanyakan
bahagian Eropah, dan di seluruh dunia.

Jesus telah dilukis, diukir, dan digambarkan di atas pentas dan dalam filem dalam banyak cara yang berbeza,
termasuk kedua-dua jenis serius danlucu. Sebenarnya, kebanyakan seni dan kesusasteraan zaman pertengahan, dan
banyaknya juga sejak masa itu, ditumpukan pada tokoh Jesus. Sebilangan novel popular, seperti The Da Vinci Code,
juga menggambarkan berbagai-bagai idea mengenai Jesus. Banyak pepatah yang dikatakan dikata oleh Jesus telah
menjadi sebahagian budaya tamadun Barat. Terdapat juga banyak benda yang dikatakan merupakan relik-relik Jesus.
Yang termasyhur ialah Kafan Turin dan Sudarium Oviedo.

Warisan-warisan lain termasuk pandangan Tuhan sebagai lebih bersikap seperti seorang bapa, lebih menaruh belas
kasihan, dan pertumbuhan kepercayaan tentang hidup selepas mati dan Kebangkitan Semula. Ajaran-ajarannya
mempromosikan nilai mereka yang biasanya dianggap berkedudukan rendah: wanita, orang miskin, orang luar
etnik, kanak-kanak, pelacur, pesakit, banduan, dan sebagainya. Jesus dan ajaran-ajarannya telah ditafsirkan,
dijelaskan, dan difahami oleh banyak orang. Jesus telah diterangkan, terutamanya oleh Paul dari Tarsus, Augustine
dari Hippo, Martin Luther, dan baru-baru ini oleh C.S. Lewis.

Bagi sesetengah orang, warisan Jesus merupakan sebuah sejarah panjang anti-Semitisme Kristian, walaupun selepas
kejadian Holokus, banyak kumpulan Kristian telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berdamai dengan
orang-orang Yahudi dan mempromosikan dialog antara agama serta perasaan saling hormat menghormati. Bagi
orang-orang yang lain, agama Kristian sering dikaitkan dengan dasar penjajahan Eropah (lihat Empayar
British, Empayar Portugis, Empayar Sepanyol, Empayar Perancis, Empayar Belanda); sebaliknya, orang-orang
Kristian sering mendapati diri sebagai golongan-golongan minoriti yang tertindas di Asia, Afrika, Timur Tengah, dan
di Maghreb.

You might also like