Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Isteri kaki pukul: Kes dera

suami membimbangkan, kata


polis
Thursday December 3, 2015
01:51 PM GMT+8

ICYMI

The Edit: Post-divorce, Gwen Stefani pours feelings into new


album

After eight years, its curtains for The Malaysian Insider

sodok

ProjekMMO: Padah parkir tiga lapis di stadium bola, kena

The Edit: Chill zones Travel spots with teenagers in mind

Iklan
6
2
0
2

TOOLS
INCREASE TEXT

DECREASE TEXT

RESET TEXT

PRINT ARTICLE

Kebanyakan kes dera fizikal suami melibatkan kejadian pukul menggunakan kayu, penyapu, besi dan
pelbagai objek keras, kata pegawai kanan polis Bukit Aman. Paparan skrin Google Street
ViewKUALA

LUMPUR, 3 Dis Selalunya isteri menjadi mangsa keganasan rumah


tangga. Namun, kes-kes penderaan suami, termasuk dipukul dan dibelasah isteri,
juga membimbangkan, kata polis.
Sebanyak 234 laporan kes suami didera dari segi mental dan dipukul direkodkan
sejak 2011, lapor Harian Metro yang memetik ketua penolong pengarah Bahagian
Seksual, Wanita dan Kanak-kanak.
Kebanyakan kes dera fizikal melibatkan kejadian pukul menggunakan kayu, penyapu,
besi dan pelbagai objek keras, kata ACP Jenny Ong Chin Lan lagi.
Pada tahun ini sebanyak 33 kes dicatatkan, manakala 2014 pula 50 kes, 2013 (46
kes), 2012 (44 kes), 2011 (61 kes).
Walaupun statistik menunjukkan jumlah kes masih rendah tetapi ia cukup
membimbangkan, kata Ong.
Beliau menambah, kes keganasan rumah tangga turut melibatkan penderaan mental
apabila isteri suka menyeksa emosi suami dan mencercanya.

Si isteri sengaja tidak mahu bercakap berminggu-minggu, menjauhkan diri dengan


anak dan tidak tidur bersama suami sehingga menimbulkan perasaan kecewa serta
tekanan perasaan, Ong dipetik berkata.
Antara punca isteri mendera suami yang dikenal pasti polis akibat perbuatan curang
iaitu sama ada isteri atau suami menjalin hubungan sulit dengan orang lain.
Faktor lain termasuklah perselisihan faham, masalah anak, kewangan, cemburu,
mabuk dan dadah.
Polis percaya masih banyak lagi kes seperti ini berlaku tetapi jarang diketengahkan
mangsa atas faktor menjaga maruah.
Lelaki yang dicederakan isteri mempunyai hak membuat laporan polis berikutan ia
membabitkan perlakuan ganas dan bahaya, katanya.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/isteri-kaki-pukul-kesdera-suami-membimbangkan-kata-polis#sthash.ESghA0yX.dpuf

You might also like