Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

BERASASKAN SEKOLAH
Nama : Asnidar Binti Patawari
Sekolah : SK Kopok

A. Maklumat daripada Buku Rekod mengajar


Tarikh

: 13 Julai 2015

Masa

: 8.10 pagi 8.40 pagi

Kelas

: 5 Amanah

Tajuk

: Masa dan Waktu

Objektif/ hasil pembelajaran


dapat;

: Pada akhir sesi p dan p, murid murid akan

Menukar masa daripada sistem 24 jam kepada sistem 12 jam dan sebaliknya.

Refleksi PdP
15/36 orang murid tidak dapat menjawab soalan menukar masa daripada sistem
24 jam kepada sistem 12 jam dan sebaliknya. Murid juga tidak dapat menyatakan
masa dalam sistem 12 jam apabila diminta. Saya perlu menyediakan satu medium
sebagai alat yang membantu murid memahami pdp.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah : Memperkenalkan botol pintar penukaran masa saya sebagai bahan bantu
belajar (BBB).
Penyelesaian :
Langkah 1 :
Guru menyediakan template beberapa soalan dan jawapan dalam bentuk
jadual. Murid tidak diberitahu kedudukan nombor tersebut telah disusun oleh
guru.
1

Murid diminta membawa bahan- bahan seperti berikut;


i.
ii.
iii.

Botol mineral kecil


Gunting
Selotape

Semua murid diminta menghasilkan botol pintar penukaran unit masa


masing- masing.

Langkah 2 :
Guru meminta murid menjawab soalan yang diberi dengan merujuk kepada
carian jawapan pada botol pintar yang dibina.
Contoh soalan :
Langkah 3:
Guru memberikan penerangan teknik pengiraan bagaimana menukar waktu
dalam sistem 24 jam seperti berikut:
Selepas 12.00 tengah malam hingga sebelum 12.00 tengah hari = +
jam 0000
Sistem 12 jam
Jam 0000
Sistem 24 jam
+
=

Selepas 12.00 tengah hari hingga sebelum 1200 tengah malam = +


jam 1200
Sistem 12 jam
Jam 1200
Sistem 24 jam
2

Semasa pdp, saya memberi penerangan kepada murid bagaimana cara


menggunakan botol pintar penukaran unit masa. Murid berasa sangat
seronok dengan bahan yang mereka hasilkan sendiri. Saya meneruskan
dengan sesi kembang idea bersama murid untuk memastikan mereka tahu
menggunakan rumus dan juga cara membina soalan dan jawapan sendiri,

C. Hasil pelaksanaan tindakan ialah

Contoh botol pintar penukaran unit masa yang telah dihasilkan oleh murid.
Murid lebih bersemangat belajar tajuk penukaran unit. Hal ini menunjukkan
kemajuan murid dalam subtopik ini. Murid diberi latihan pengukuhan secara
berterusan bagi membantu mereka menguasai kemahiran yang diajar. Soalan
yang diberikan juga telah dikembangkan merangkumi sub topik yang lain.

You might also like