Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Isi tempat kosong dengan rangkai kata yang betul.

KARANGAN : Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba dan
mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
Nyatakan punca-punca yang menyebabkan banjir kilat berlaku.

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap
berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh
mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh
mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di meratarata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah
yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air
dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai
dan Jalan Air Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap
manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.
Di samping itu, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat.
Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di
merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan
sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku.
Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang
tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan
punca terjadinya banjir kilat.
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan
longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan
sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan
tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa
sistem perparitan yang tidak
sempurna menjadi punca banjir kilat.
Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadang-kadang
hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini semakin buruk
dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat berterusan. Dengan ini, jelaslah faktor
iklim menjadi punca kepada banjir kilat.
Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat
perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak
memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu
projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal
ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.
Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak
perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar
masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat
dapat dikurangkan.
Banjir kilat

Oleh itu jelaslah bahawa

Bagai aur dengan tebing

You might also like