Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERLEMBANGAAN

1. KEAHLIAN
1.1. Dibuka kepada semua pelajar sekolah.
1.2. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan aktiviti persatuan ini.
2. GURU PENASIHAT
2.1. Guru penasihat adalah daripada guru sekolah ini.
2.2. Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang,
melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
2.3. Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan
2.4. Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.
3. AHLI JAWATANKUASA
3.1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
3.2. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai AJK.
3.3. Pemilihan AJK secara mento-mendee oleh bekas AJK.
3.4. AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat letak jawatan kepada
Guru Penasihat.
3.5. Ahli yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat letak jawatan kepada
AJK selepas melalui Guru Penasihat.
3.6. Ahli AJK persatuan hendaklah terdiri :
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK
4. KEWANGAN
4.1. Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
4.2. Peruntukan daripada sekolah
5. KEHADIRAN / PENYERTAAN
5.1. Ahli-ahli kelab dikehandaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
6. AKTIVITI
6.1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK.
6.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh AJK selepas berbincang dengan
Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.
7.

PERATURAN-PERATURAN
7.1. Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.
7.2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
7.3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

8. TINDAKAN DISIPLIN
8.1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :
1. Amaran lisan
2. Amaran bertulis
3. Gantung keahlian
4. Pecat keahlian
8.2 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.
8.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.
9. PINDAAN PERLEBMBAGAAN
9.1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda
9.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
9.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
9.4. Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan persatuan
dan disahkan oleh Pengetua.
10. PEMBUBARAN PERSATUAN
10.1.
Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
10.2.
Segala hutang wajib dijelaskan baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.
11. HAL-HAL LAIN
11.1.
Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan
11.2.
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

You might also like