Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran

Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi
pembelajaran abad ke 21. Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student- centred ini membolehkan pelajar
untuk terhubung secara aktif semasa sesi pdp. Berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan
juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks.

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan strategi Gallery Walk ini sebagai strategi pengajaran
dengan pelajar saya. Subjek Sains dan tajuknya adalah 'Ciri-ciri Mikroorganisma'. Masa pdp adalah 2 waktu,
dengan lebih kurang masa 80 minit.

Bahagi Kumpulan
Langkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam pengajaran ini, saya
menggunakan tajuk 'Ciri-ciri Mikroorganisma' dengan membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.

Tugasan Kumpulan
Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk adalah seperti
berikut:
Kumpulan 1 : Ciri-ciri Virus
Kumpulan 2 : Ciri-ciri Bakteria
Kumpulan 3 : Ciri-ciri Protozoa
Kumpulan 4 : Ciri-ciri Alga
Kumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi

Pelajar Sedia Bahan


Lebih kurang 20 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan bahan pembentangan mereka.
Saya mengarahkan pelajar supaya membahagikan tugasan dengan baik supaya menjimatkan masa. Mereka juga
dibekalkan dengan marker, kertas mahjong, pensil warna, krayon dan beberapa lagi bahan bantu jika nak
digunakan.

Sesi Pembentangan
Selesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk menampal kertas mahjong mereka di
sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan akhir dengan memilih seorang
daripada kalangan mereka untuk menjadi pembentang di sudut tersebut.

Mula!
Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke sudut lain
mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut mereka dengan kumpulan
baru. Pembentang akan menceritakan segala info yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.

Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang terbaik.
Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap sudut.
Saya juga memberi kebebasan kepada pelajar untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-bahan lain. Jika
mereka berjaya mengesan sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh dilakukan pada persembahan kawan
mereka, mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan marker. Tetapi dengan syarat, menulis nama siapa

yang membetulkan info tersebut.

Penutup
Selesai semua bergerak ke setiap sudut, maka tiba giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula untuk bergerak ke
sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar rakan mereka membentangkan kepada mereka.
Pelajar lain pula mengemaskini nota mereka dan melakukan semakan semula apa yang telah dinyatakan oleh
rakan-rakan mereka tadi.

Fungsi Guru Sepanjang Gallery Walk


1) Guru berfungsi sebagai perancang kepada pelaksanaan aktiviti dengan memilih topik yang sesuai,
pembahagian kumpulan dan juga menyediakan bahan yang mungkin digunakan oleh pelajar
2) Guru berfungsi sebagai fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung dengan memberi bimbingan kepada pelajar
dari setiap kumpulan mengenai apa yang perlu diceritakan dalam pembentangan mereka kelak.
3) Guru berfungsi sebagai pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan belajar sepanjang
tempoh pembentangan setiap kumpulan.

Pemerhatian Saya
Saya mendapati pelajar saya sangat bersemangat untuk berkolaborasi sesama mereka semasa menjalankan
aktiviti ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik, dan teratur bagi memastikan tugasan dapat dilaksanakan
dengan sesempurna mungkin pada masa yang ditetapkan.

Mereka juga nampak lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan berusaha dengan lebih

bersungguh-sungguh ketika mencari maklumat. Paling penting mereka sangat aktif semasa pembelajaran ini.

Semasa sesi pembentangan pun mereka nampak lebih santai dan selesa membentangkan tajuk kepada rakanrakan mereka berbanding pembentangan di depan guru. Ini adalah sesuatu yang baik dalam menaikkan
keyakinan diri pelajar untuk aktiviti pembentangan seperti ini.

You might also like