Hbpe2203 - PJ

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

HBPE2203(700430115084002)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER SEPTEMBER/2015
HBPE2203
UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

NAMA

SITI ROZI BINTI DAUD

NO. MATRIKULASI

700430115084002

NO. KAD PENGENALAN

700430115084

NO. TELEFON

012-7659258

E-MEL

roziammar@yahoo.com

NAMA PENSYARAH BERSEMUKA

ENCIK MOHAMMAD YUNUS

BIN IBRAHIM
NAMA PENSYARAH ATAS TALIAN :
PALANIAPPAN

PUAN VANITHA

HBPE2203(700430115084002)
PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN

TERENGGANU

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

PROSEDUR/SPESIFIKASI UJIAN KEMAHIRAN


ASAS PERMAINAN HOKI

Ujian Kemahiran Asas Memukul /Membuat


Hantaran Tepat Ke Sasaran

2.1

2.2

2.1.1 Analisis Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Ujian


Kemahiran Memukul Bola Tepat Ke sasaran

Ujian Kemahiran Menahan Dan Menerima Bola

11

2.2.1 Analisis Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Ujian

14

Kemahiran Menahan/menerima bola.


3.0

Refleksi Pelaksanaan Ujian Kemahiran Memukul

17

bola Tepat ke Sasaran dan Ujian Kemahiran


Menahan/Menerima Bola
3.1
4.0

Cadangan Penambahbaikan Bagi Ujian Dua Ujian

18

Yang Dilaksanakan.
Rumusan

19

RUJUKAN

20

LAMPIRAN 1 Keratan Akhbar

21

HBPE2203(700430115084002)

1.0

PENGENALAN

Jika disebut tetang hoki, sudah pasti ramai yang akan terfikirkan tentang kayu hoki. Uniknya
permainan hoki ini ialah terletak pada kayu hoki yang membezakan permainan hoki dengan
permainan bola sepak dan permainan yang lain. Telah dikenalpasti, permainan hoki adalah salah
satu permainan yang tertua di Malaysia dan terkenal dalam kalangan murid-murid sekolah
menengah dan rendah, maktab, institusi pengajian tinggi dan dikembangkan diperingkat negeri,
kebangsaan seterusnya hingga ke peringkat antarabangsa.
Permainan hoki di sekolah-sekolah juga semakin popular dan kebanyakan sekolah mempunyai
pasukan hoki masing-masing. Berbagai kaedah yang digunakan untuk mencungkil bakat pelajar,
antaranya seperti mengadakan latihan, ujian, kursus dan sebagainya. (Rujuk lampiran1).
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh para pemain.
Strand dan Reeder (1996), menyarankan guru dan jurulatih mempelbagaikan bentuk latihan bagi
meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kecergasan, taktik, minat dan sikap pelajar. Antara
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah seperti yang ditunjukkan
pada rajah di bawah:

Menggelecek
Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola
sambil melepasi pemain lawan.Aspek yang perlu dititik beratkan
semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dankemahiran
mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu

Memukul/Hantaran
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya
pada jarak yang agak jauh ataumembuat pukulan ke arah gol. Bagi
tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalahketepatan
arah dan kederasan bola

Menahan/Menyerkap
Kemahiran yang mengawal bola dengan memberhentikannya
bergerak sama ada darihantaran rakan sepasukan atau hantaran
pihak lawan

Menolak/Menguis
Merupakan kaedah penghantaran yang paling pantas kepada
rakan. Sasaran hantaran disembunyikan untuk mengeirukan pihak
lawan.
3

HBPE2203(700430115084002)

Rajah 1: Kemahiran Asas Dalam Permainan Hoki


2.0

PROSEDUR/SPESIFIKASI UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Sebagai seorang guru pendidikan jasmani, saya telah memilih dua kemahiran asas dalam
permainan hoki iaitu kemahiran memukul bola hoki dan juga kemahiran menahan atau lebih
dikenali dengan kemahiran menyerkap bola. Kedua-dua kemahiran ini sangat penting dan perlu
dikuasai oleh para pelajar dalam pemainan mahupun perlawanan hoki. Menurut Veal (1991),
bagi memotivasikan pelajar belajar, guru mestilah menghargai nilai aktiviti tersebut dan
memastikan pelajar dapat mencapai dan mampu berjaya jika mereka mencurahkan usaha yang
setimpal. Beberapa teknik ansur maju boleh diajar bagi memantapkan kemahiran-kemahiran asas
dalam permainan Hoki. Saya melakukan ujian kemahiran asas permainan hoki ini kepada 10
orang pelajar lelaki tingkatan 1 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang. Rujukan
gambar ditunjukkan di bawah:

Gambar 1: Pelajar-Pelajar Tingkatan 1 dari SMK Seberang Marang

2.1

Ujian Kemahiran Asas Memukul /Membuat Hantaran Tepat Ke Sasaran


Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak
dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang boleh dicapai dengan latihanlatihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.

HBPE2203(700430115084002)

Gambar 2: Sesi percubaan Sebelum Ujian Sebenar dijalankan


a) Nama Ujian
Memukul/membuat hantaran bola menuju sasaran dalam jarak 10 meter.
b) Objektif Ujian
Menguji kemahiran memukul bola ke tiga arah yang berlainan tepat ke sasaran.
c) Kesahan
Ujian kemahiran ini sah kerana menunjukkan kemahiran memukul dengan jarak dan sasaran
yang tepat.
d) Kebolehpercayaan
Pita ukur digunakan untuk mengukur jarak pukulan ke sasaran yang sepatutnya.
e) Alatan
o Kayu hoki
o Kon 8 unit
o Bola 6 biji
o Pita ukur I unit
o Borang skor
o Alat tulis
f) Organisasi Pentadbiran Ujian
Aktiviti diadakan secara individu
Kon diletak dalam jarak 10 meter dari pemain melalui 3 arah iaitu kiri, tengah dan kanan
Guru melakukan pemerhatian bagi mencatat skor markah pemain.
Semua pelajar berada di kawasan atau petak memukul untuk menjaga keselamatan
pemain.
g) Prosedur Pentadbiran Ujian
1. Tandakan tempat hantaran menolak dan 3 lorong sasaran dengan 2 kon selebar 1 meter.
Jarak antara tempat hantaran ke lorong sasaran ialah 10 meter.

HBPE2203(700430115084002)

2. 6 biji bola diletakkan di tempat membuat hantaran memukul. Dari kedudukan berdiri
murid membuat hantaran menolak bola statik (dead ball) ke arah tiga lorong yang
berlainan.
3. Setiap pukulan ke satu sasaran lorong diberikan percubaan sebanyak 2 kali
4. Bermula ke kiri kemudian ketengah dan seterusnya ke kanan(kiri-tengah-kanan) sehingga
kesemua bola habis digunakan.
5. Mata diberikan untuk pukulan yang menepati sasaran pada lorong kon yang telah ditanda
tanpa menyentuh atau mengena pada kon.

h) Borang Skor
6

HBPE2203(700430115084002)
Memukul Bola Menepati Sasaran
Lorong A
Lorong B
Lorong C
Cuba
Cubaa Cubaa Cubaa Cubaa an
Cuba
n1
n2
n1
n2
1
an 2

Bil Nama Pelajar


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Min/Purata

Jumlah
Skor

Peratus

Jadual 1: Borang Skor


2.1.1

Analisis Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Kemahiran Memukul Bola Tepat
Ke sasaran
Setiap hantaran menolak bola yang tepat ke lorong sasaran yang betul mengikut urutan bermula
dari kiri, tengah dan kanan akan diberi 1 mata.(bola mesti melalui lorong dan tidak mengenai
kon yang ditanda). Setiap lorong diberi 2 percubaan pukulan. Jadual di bawah menunjukkan
dapatan ujian bagi 10 orang pelajar yang melaksanakan ujian kemahiran memukul dalam jarak
10 meter dan tepat ke sasaran.

Dapatan Ujian Kemahiran Memukul Bola Tepat Ke Sasaran

Bil

Nama Murid

Cubaan
Lorong A

Memukul bola menepati sasaran


Cubaan
Cubaan
Jumla
Lorong B
Lorong C
h
7

Peratus

HBPE2203(700430115084002)
Ahmad Mubin Bin
1 Razali
2 Irfan Danish Bin Zam
Ammaruddin Bin
3 Azamuddin
Tuan Nizam Bin Tuan
4 Zaki
5 Ahmad Zahari Bin Zaidi
Muhammad Fakrul Bin
6 Ali
7 Mustaqim Bin Arsad
8 Mohd Nazri Bin Ismail
Iqbal Zamdy Bin
9 Hasyim
10 Jamaludin Bin Jamal
Min/Skor Purata

1
2

1
2

0
1

2
5

33.33
83.33

50.00

0
0

0
1

0
1

0
2

0.00
33.33

1
2
0

2
2
1

1
1
2

4
5
3

66.67
83.33
50.00

1
1
0.9

2
2
1.4

2
0
0.9

5
3
3.2

83.33
50.00
53.33

Jadual 2:Dapatan Ujian Kemahiran Memukul Bola Tepat Ke Sasaran


Daripada jadual 2 di atas menunjukkan 10 orang pelajar yang melakukan ujian kemahiran
membuat pukulan pada jarak 10 meter dan menepati sasaran. Di dapati Irfan Danish dan
Mustakim mendapat skor markah tertinggi iaitu 5 mata daripada 6 mata penuh melalui 6
percubaan pukulan. Terdapat Seorang pelajar mendapat 4 mata, 3 orang mendapat 3 mata, 1
orang mendapat 2 mata, manakala seorang lagi tidak mendapat sebarang mata, iaitu Tuan Nizam.
Min bagi setiap percubaan 10 pelajar pada lorong A dan C ialah 0.9, manakala min untuk
percubaan pukulan bagi lorong B agak membanggakan iaitu 1.4. Ini dapat diperjelaskan lagi
dengan carta bar di bawah:

Graf Pencapaian Ujian Kemahiran Memukul tepat ke Sasaran

HBPE2203(700430115084002)

2.5
2
1.5
1
Cubaan Lorong A

0.5

Cubaam Lorong B
Cubaan Lorong C

Rajah 2: Graf Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Memukul bola Tepat Ke Sasaran
Carta Bar menunjukkan 10 orang pelajar yang melakukan ujian kemahiran memukul dengan 2
kali percubaan pada setiap lorong. Perhatikan dengan teliti, dimana kebanyakan pelajar iaitu 9
orang berjaya melepasi cubaan pada lorong B, kecuali seorang pelajar iaitu Tuan Nizam yang
tidak melepasi tahap yang dikehendaki. Ini adalah kerana lorong B merupakan lorong tengah
yang memudahkan pelajar membuat pukulan lurus menepati sasaran. 2 pelajar gagal melepasi
cubaan pada lorong A, 3 pelajar gagal pada cubaan lorong C. Ini adalah disebabkan kedudukan
sasaran yang bersudut 45 darjah agak sukar untuk mencapai sasaran.

Peratusan Ujian Memukul Tepat Ke Sasaran


9

HBPE2203(700430115084002)

90.0
80.0
70.0
60.0
50.0
40.0
30.0
20.0
10.0
0.0

Peratus

Rajah 3: Carta Bar Peratusan Ujian Kemahiran Memukul Bola Ke Sasaran


Melalui Carta di atas, dapatlah diterangkan peratusan pencapaian pelajar dalam kemahiran
memukul bola tepat ke sasaran. Sramai 3 pelajar mendapat peratusan tertinggi iaitu 85%.
Peratusan terendah pula ialah 0% iaitu seorang pelajar sahaja, selebihnya 3 pelajar mencapai
tahap 50% dan 2 pelajar mendapat 36%. Peratusan yang dicapai ini menujukkan pencapaian
pelajar dalam ujian memukul bola ke sasaran adalah pada tahap sederhana.

Skor
Cemerlang
Baik
Sederhana
Lemah

Norma Pemarkahan
Pukulan mengikut
Bilangan Pelajar
jarak dan tepat ke
sasaran
5-6
2
3-4
4
1-2
3
0
1
Jadual 3: Norma Pemarkahan Ujian

Dari jadual norma pemarkahan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 2 pelajar
menacapai skor cemerlang, 4 pelajar mencapai skor baik, 3 pelajar mendapat skor sederhana,
manakala hamya 1 pelajar yang mencapai skor lemah. Dari 10 orang pelajar yang menjalani
ujian memukul bola dengan jarak dan ketepatan sasaran secara keseluruhannya ialah mencapai
Skor Baik.
10

HBPE2203(700430115084002)

2.2

Ujian Kemahiran Menahan Dan Menerima Bola


Kebolehan

menahan / menerima dan

mengawal bola menggunakan pegangan forehand.

Pemain yang boleh menhan dan menerima bola dengan kemas akan menguasai permainan hoki
dan dapat menetukan corak dan strategi permainan.

Pemain boleh melakukan kemahiran

menerima bola samada dalam keadaan statik atau sedang bergerak. Dalam pelaksnaaan ujian
kemahiran menahan dan menerima bola ini saya memilih dalam keadaan statik. Rajah
menunjukkan tunjukcara teknik menahan bola yang betul dilakukan oleh pelajar yang telah
menguasai kemahiran semasa sesi latihan.

Gambar 3: Tunjuk Cara Teknik Menahan bola Yang Betul

Gambar 4: Pelajar menunggu giliran untuk melakukan ujian kemahiran asas menahan
bola

a) Nama Ujian
11

HBPE2203(700430115084002)

Menahan/menerima bola dalam keadaan statik


b) Objektif Ujian
Untuk menguji kebolehan dan menahan dan menerima bola dari 3 arah yang berlainan
c) Kesahan
Paras kesahan diterima dalam ujian ini kerana ia mengukur kemahiran asas menahan/menerima
bola melalui aktiviti kemahiran yang dilakukan
d) Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan dari segi alat yang digunakan, iaitu pita ukur bagi mengukur jarak boleh
diterima.
e) Alatan
-

Kon 4 unit
Bola - 6 biji
Jadual keputusan
Alat tulis

f)
-

Organisasi Pentadbiran Ujian


Ujian ini dilakukan secara berpasangan/berkumpulan
Kawasan menerima hantaran dan membuat hantaran ditandakan dengan 2 kon
Jarak antara tempat menerima dan membuat hantaran adalah 12 meter
Guru akan mencatat skor yang diperolehi oleh peserta ujuan

g) Prosedur Pentadbiran Ujian


Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 5 orang untuk kumpulan meolak

hantaran dan 5 orang lagi untuk menahan/menrima hantaran


Pertukaran dilakukan setelah satu set percubaan dilakukan.
Pemain diberi peluang melakukan 3 percubaan dalam

menahan/menerima bola.
Daripada kedudukan berdiri pemain dalam petak A menghantar bola secara

kemahiran

tolakan kepada pemain yangmenahan dan menerima bola yang berada di petak B
Setelah selesai menahan bola, pertukaran hantaran bola dilakukan, di mana
pemain di petak A pula menahan dan menerima bola daripada hantaran pemain
yang berada di petak A.

Pemain yang menahan /menerima bola perlu berdiri di antara 2


kon yang telah ditanda.

Murid

menahan/menerima
12

dan

mengawal

bola

dengan

HBPE2203(700430115084002)

menggunakan forehand
Setiap bola yang diterima dalam kawalan diberikan 1 mata.

-Pemain

-Bola

-Kon

-Penguji

h) Borang Skor
Bi
l

Nama Pelajar

Menahan/Menerima Bola
Cubaa Cubaa Cubaa
n1
n2
n3

Skor

Peratus

Min/Skor Purata
Jadual 4: Borang skor Ujian Kemahiran Menahan/Menerima Bola

13

HBPE2203(700430115084002)

2.2.1

Analisis Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Kemahiran Menahan/menerima


Bola.

Hasil dapatan ujian Kemahiran menahan/menerima bola dalam jarak 12 meter adalah seperti
jadual dapatan di bawah:

Bil

Nama Pelajar

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ahmad Mubin Bin


Razali
Irfan Danish Bin Zam
Ammaruddin Bin
Azamuddin
Tuan Nizam Bin Tuan
Zaki
Ahmad Zahari Bin
Zaidi
Muhammad Fakrul Bin
Ali
Mustaqim Bin Arsad
Mohd Nazri Bin Ismail
Iqbal Zamdy Bin
Hasyim
Jamaludin Bin Jamal
Skor Purata

Menahan/Menerima
Bola
Cuba Cubaa Cubaa
an 1
n2
n3

Skor

Perat
us

1
0

0
1

1
0

2
1

66.7
33.3

100.0

33.3

66.7

1
0
1

1
1
1

0
1
1

2
2
3

66.7
66.7
100.0

0
1
0.6

1
1
0.8

1
0
0.6

2
2
2

66.7
66.7
66.7

Jadual 5: Dapatan bagi ujian kemahiran/menerima bola


Daripada jadual daptan di atas, dapat diperhatikan skor purata/min bagi ujian menahan bola 10
pelajar lelaki melalui 3 percubaan iaitu:
Percubaan 1
Min = 0.6

Percubaan 2
Min = 0.8

Percubaan 3
Min = 0.6

Purata yang ditunjukkan di atas menunjukkan pencapaian secara keseluruhan oleh pelajar dalam
ujian menahan dan menerima bola adalah di tahap yang membanggakan bagi semua pelajar yang
melakukan ujian dimana min yang ditunjukkan adalah 0.6 ke atas. Min yang ditunjukkan
menunjukkan pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran dengan begitu cemerlang sekali.

14

HBPE2203(700430115084002)
3

3
2.5

2
2

2
1.5
1

0.5
0

Skor

Rajah 4: Carta Bar- Pencapaian pelajar dalam Ujian Menahan?menerima Bola


Mari kita lihat pencapaian individu pelajar dalam ujian kemahiran menahan dan menrima bola.
Daripada carta bar di atas, 2 pelajar mendapat markah penuh iaitu 3, 6 pelajar mendapat 2 mata
dan selebihnya 2 orang mendapat 1 mata. Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa
kesemua pelajar dapat menguasai kemahiran dalam ujian menahan dan menerima bola.

Jamaludin Bin Jamal; 66.7 Ahmad Mubin Bin Razali; 66.7


Irfan Danish
Iqbal Zamdy Bin Hasyim;
66.7 Bin Zam; 33.3
Ammaruddin Bin Azamuddin; 100
Mohd Nazri Bin Ismail; 100
Tuan Nizam Bin Tuan Zaki; 33.3
Mustaqim BinAhmad
Arsad; 66.7
Zahari Bin Zaidi; 66.7
Muhammad Fakrul Bin Ali; 66.7

15

HBPE2203(700430115084002)

Rajah 5: Carta Pai- Peratusan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Kemahiran Menahan Bola
Pertusan pencapaian pelajar melepasi 33.3% ialah 2 orang, 66.7% ialah 6 pelajar dan amat
membanggakan ialah 2 pelajar iaitu Ammaruddin dan Mohd Nazri mendapat 100% dalam ujian
asas kemahiran tersebut.
Norma Pemarkahan
Skor
Pukulan mengikut
Bilangan Pelajar
jarak dan tepat ke
sasaran
Cemerlang
3
2
Baik
2
6
Sederhana
1
2
Lemah
0
Jadual 6: Norma Ujian Pelajar bagi Kemahiran Menahan dan Menerima bola
Mealui norma ujian pemarkahan di atas, daptlah ditentukan penguasaan pelajar dari kemahiran
yang dipelajari di mana 2 orang pelajar mencapai tahap cemerlang dengan markah penuh, 6
pelajar berada pada skor baik, 2 pelajar dalam skor sederhana dan tiada pelajar yang berada pada
skor lemah. Ini membuktikan pencapaian pelajar yang membanggakan dan menunjukkan
peningkatan penguasaan oleh pelajar-pelajar dalam kemahiran asas menahan dan menerima bola
dalam permainan hoki.

3.0

Refleksi Pelaksanaan Ujian Kemahiran Memukul bola Tepat ke Sasaran dan Ujian
Kemahiran Menahan/Menerima Bola

Setelah melaksanakan dua ujian kemahiran asas iaitu memukul tepat ke sasaran dan ujian
kemahiran asas menahan dan menerima bola bagi permainan hoki, saya dapati beberapa masalah
yang timbul hingga menyebabkan perlaksanaan ujian tidak sempurna seperti yang dirancang.
Beberapa masalah yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan pelajar yang langsung tidak
pernah didedahkan dengan permainan hoki dan kemahiran-kemahiran asas yang sepatutnya
diketahui . Situasi begini merupakan cabaran dalam saya mengorganisai dan mentadbir dua ujian

16

HBPE2203(700430115084002)

asas ini. Para pelajar lebih berminat dengan kayu hoki dengan memukul bola tanpa teknik yang
betul.
Semasa teknik tunjuk cara dan demonstrasi dilakukan, sebilangan pelajar tidak menunjukkan
minat serta tidak memberi tumpuan dan bermain-main. Mereka juga tidak mengendahkan
arahan yang diberikan. Sebilangan dar pelajar-pelajar tersebut juga tidak memakai pakaian sukan
yang lengkap iaitu mereka memakai seluar sekolah, bukannya seluar sukan. Ini menujukkan
kurangnya disiplin dalam diri mereka. Situasi sebegini memberi kesan terhadap pencapaian skor
pelajar itu setelah ujian dilaksanakan.
Masalah yang sangat kritikal dikesan apabila beberapa pelajar yang lemah menjalani ujian
memukul bola ini gagal menguasai kemahiran. Kelemahan ini dikesan semasa menjalankan ujian
dimana teknik pukulan yang salah, cara memegang kayu hoki dan posisi tubuh semasa memukul
juga salah. Ini memerlukan latihan pemulihan bagi pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasi
kemahiran asas dalam permainan hoki. Ianya menjadi lebih krtikal apabila pelajar tidak mahu
dan menunjukkan sikap tidak berminat dalam melakukuan dua ujian kemahiran asas yang ingin
dilaksanakan.
Satu lagi masalah yang timbul semasa menjalani ujian ini ialah kenkangan masa, di mana masa 1
jam yang diperuntukkan tidak mencukupi. Ini berlaku kerana, sebelum melakukan ujian,
penerangan berkaitan dengan peraturan, teknik tunjuk cara dan aktiviti memanaskan badan
mengambil masa yang agak lama. Ini menyebabkan Ujian yang dilakukan agak tergesa-gesa
yang seterusnya mempengaruhi keputusan ujian tersebut secara keseluruhannya.

3.1

Cadangan Penambahbaikan Bagi Kedua-Dua Ujian Kemahiran Asas Yang


Dilaksanakan.
Untuk

merealisasikan

ujian

yang

dilaksanakan

menacapai

kesempurnaan,

beberapa

penambabaikan perlu dilakukan. Masalah pelajar tidak memberi tumpuan semasa penerangan
dan demonstrasi dilakukan boleh diatasi dengan menarik minat pelajar melalui kaedah
17

HBPE2203(700430115084002)

pengajaran abad 21, iaitu penggunnaan multimedia seperti komputer dan LCD ditayangkan
kepada pelajar. Tayangan ini diselang selikan dengan muzik, animasi dan video yang dapat
menarik tumpuan pelajar bagi memahami dan melakukan ujian kemahiran dengan betul.
Menggunakan rakan sendiri yang telah menguasai kemahiran untuk mengajar pelajar yang lemah
juga boleh dijadikan strategi semasa melakukan sesi latihan. Ini bersesuaian kerana pelajar lebih
rapat dengan rakan-rakan mereka dan suasana santai memudahkan sesuatu kemahiran dikuasai.
Pelajar yang lemah tidak malu bertanya kepada rakan sebaya mereka berbanding dengan guru
mereka.
Penambahbaikan dari segi pengurusan masa perlu dititikberatkan, guru memastikan pelajar
mendapat latihan yang mencukupi sebelum melakukan ujian kemahiran asas. Beberapa kaedah
pemulihan boleh dilakukan untuk pelajar lemah yang tidak dapt menguasai dua kemahiran yang
telah dipilih. Contohnya, teknik ansur maju amat membantu pelajar yang lemah menguasai satusatu kemahiran yang harus dikuasai. Peruntukan masa yang baik seperti melakukan sesi
pengajaran di mulai dengan set induksi, aktiviti memanaskan badan, butiran mengajar yang
menarik akan melicinkn perjalanan ujian yang hendak dilaksanakan pada masa yang sesuai.
Amalan memberi sokongan, semangat dan ganjaran juga dapat memotivasikan pelajar dalam
melakukan kemahiran dengan bersungguh-sungguh. Secara tidak lansung ianya memberi kesan
afektif yang positif terhadap nilai-nilai seperti ingin mencuba sedaya upaya, berusaha,
berdisiplan, mengikut arahan yang seterusnya akan memastikan pelaksanaan ujian berjalan
lancer dan penguasaan kemahiran dapat dipertingkatkan.
4.0 Rumusan
Secara Keseluruhannya, mentadbir dua ujian kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu
kemahiran memukul dan menahan bola telah berjaya dilaksanakan. Hasil Dapatan dan analisis
ujian dapat saya lakukan dengan sebaik mungkin. Tidak dapat dinafikan, bahawa dalam
mengejar kesempurnaan semasa mentadbir kedua-dua ujian ini, terdapat beberapa kelemahan
dan masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun dengan kegigihan dalam melaksanakan ujian
18

HBPE2203(700430115084002)

kemahiran asas dalam permainan hoki ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Purata, Skor
markah dan peratusan dapat dicatat dan dibincangkan secara terperinci.
Kelemahan-kelmahan yang telah dikenalpasti akan dibuat penambahbaikan pada masa akan
datang supaya perjalanan dan perlaksanaan ujian dapat dipertingkatkan. Kita tahu peri
pentingnya melaksanakan ujian iaitu dapat memberikan maklum balas untuk mempertingkatkan
kemahiran yang perlu dikuasai, memilih wakil sekolah untuk pasukan hoki dan juga dapat
memotivasikan pelajar-pelajar. Diharapkan ujian-ujian kemahiran asas yang dilaksanakan ini
telah membawa kesan yang positif kepada pelajar, guru, sekolah, komuniti, masyarakat dan
negara.

2776 patah perkatan

RUJUKAN

Borhanudin Abdullah, Abd. Razak Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc. (2006). Buku Teks
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 5. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

John Cadman. (1981). Games For Hockey Training. Pelham Books LTD. London.

Larry, D.H. (1990). Current Measurement And Evaluation Practice In Proffessional Physical
19

HBPE2203(700430115084002)

Education. Journal Of Physical Education Recreation & Dance. Mac 1990. Academic
Research Library.
Strand & Reeder. (1996). University School Collaborative research: Heart Rate Intensity In
Middle School Physical Education Reacration And Dance Journal Times, 58(8) , 13-15,
34.

Suhaimi Mamat. (2015). Siri Sukan Hoki. Fargoes Book Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Tan, Helen, Haridas; M.P. ( 2006). Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

T. C. Sharma. (1994). Kejurulatihan Hoki. Season Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

http://www.slideshare.net/ainkunurulain/kemahiran-asas-hoki. Diakses pada 28 Oktober 2015.


https://www.academia.edu/9970028/Teknik-teknik_Permainan_Hoki. Diakses pada 01
November 2015

LAMPIRAN

20

HBPE2203(700430115084002)

21

You might also like