Alat-Alat Muzik Dondang Sayang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Alat-alat Muzik Dondang Sayang

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang.


Dondang sayang biasanya di iringi oleh empat orang ahli muzik, antaranya
permain biola, rebana, tetawak atau gong kecil.
1. Biola

2. Rebana

3. Tetawak/ Gong kecil

Permain biola memainkan peranan penting dalam dondang sayang. Ini kerana

permain biola merupakan ketua dalam dondang sayang.


Manakala rebana di mainkan oleh dua orang permain.

Tetawak atau gong kecil dimainkan oleh seorang daripada empat permain muzik

dondang sayang itu.


Selain itu, rebana boleh juga digantikan dengan peralatan muzik tradisional yang
lain seperti gendang dan kompang.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Persembahan Dondang Sayang diiringi dengan paluan gendang dan rebana

sahaja.
Namun begitu, kegemilangan negeri Melaka serta fungsinya sebagai pelabuhan
entrapot telah menyebabkan orang-orang Barat mula membawa masuk
seterusnya memperkenalkan alat-alat melodi seperti biola yang tanpa disedari
akhirnya biola telah menjadi alat muzik yang paling penting untuk memelodikan

lagu Dondang Sayang.


Selain itu, ketiadaan alat muzik lain sebagai alat muzik melodi seperti alat muzik
tradisional untuk mengatasi biola dalam memelodikan lagu Dondang Sayang
dengan sempurna menyebabkan biola dilihat sebagai alat muzik yang istimewa
dalam Dondang Sayang

Semasa Persembahan

Setiap peralatan muzik yang digunakan dalam Dondang Sayang sama ada biola,
rebana, tetawak atau gong adalah saling bergantungan antara satu sama lain
kerana kesemua alat muzik yang digunakan masing-masing mempunyai peranan

serta fungsinya yang tersendiri.


Persembahan akan dimulakan dengan gesekan biola bagi melahirkan melodi

lagunya seterusnya sebagai tanda menyulungi alunan pembukaan lagunya.


Gesekan biola kemudiannya diikuti pula dengan paluan rebana bertujuan untuk
menyusun serta memulakan rentak disamping paluan gong atau tetawak pula
adalah bertujuan untuk meningkah rentak tersebut.

Rujukan
Arzyanie Chee (2010). Muzik Tradisional Malaysia-Dondang sayang. Dicapai pada 28
Mac 2016. Daripada http://alunanmustika.blogspot.my/2010/08/dondang-

sayang.html

Norman (2011). Dondang sayang. Dicapai pada 28 Mac 2016. Daripada http://diarikunorman.blogspot.my/p/dondang-sayang.html

Wikipedia (2013). Dondang sayang. Dicapai pada 28 Mac 2016. Daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Dondang_sayang

You might also like