Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Penggunaan Big Book dan kemahiran konsep cetakan dalam kalangan murid

pendidikan khas.
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan murid mentafsir
simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.
Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca
kerana setiap yang dilihat hanya boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh
membaca. Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran membaca yang tepat dan berkesan
harus bermula pada awal lagi jika tidak mahu kanak-kanak ini kekal lemah sehingga tamat
sekolah rendah.
Clay (1989) menyatakan konsep cetakan adalah merujuk kepada pemahaman
kanak-kanak terhadap fungsi cetakan dan bagaimana cetakan digunakan. Melalui
pemerhatian, beliau mendapati kanak-kanak perlu mempelajari konsep cetakan sebagai pra
persediaan kepada membaca. Beliau juga mencadangkan agar konsep cetakan diajar
kepada pembaca baharu semenjak awal usia lagi. Kajian Adam (1990) juga menyokong
pendapat Clay (1989) ini, bahkan beliau turut menyarankan bukan hanya mengajar konsep
cetakan sejak dari awal lagi tetapi juga konsep mengenai perkataan, ayat dan juga cerita
bagi memastikan kanak-kanak memperoleh pengetahuan asas bacaan.
Menurut Supiah (2010), kesukaran membaca yang dihadapi oleh murid pendidikan
khas sangat tinggi terutama dalam komponen perkataan dan ayat-ayat dalam petikan.
Mereka juga bermasalah membezakan huruf dan perkataan dari ayat dan dari perenggan.
Kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid ini telah menyebabkan mereka gagal
memperolehi maklumat dan menghadkan kebolehan belajar mereka dalam kelas inklusif.
Kekurangan yang tersembunyi ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran menamakan
sesuatu, kesukaran mengingat susunan suku kata sehingga kurang upaya menyebut
perkataan yang panjang. Kesimpulannya penguasaan kepada kemahiran konsep cetakan
adalah sangat penting bagi murid pendidikan khas kerana konsep cetakan bermula daripada
konsep bahawa bahasa lisan boleh dicetak, seterusnya memahami bahawa cetakan tulisan
yang dibaca bagi memahami penulisan teks. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan
murid pendidikan khas menguasai konsep cetakan pada peringkat awal lagi.
1.2 Pernyataan masalah
Menurut Suwatno

(2008), murid yang mengalami kesulitan belajar dimanifestasikan

dalam perilakunya, baik dari aspek psikomotor, kognitif, konatif mahupun afektif. Beberapa
perilaku yang merupakan manifestasi gejala kesulitan belajar adalah seperti lambat dalam
melakukan tugas-tugas kegiatan belajarnya dan selalu tertinggal daripada kawan-kawannya

dalam tempoh waktu yang disediakan. Selain itu, hasil yang dicapai juga tidak seimbang
dengan usaha yang dilakukan.
Mereka lambat membaca, tidak aktif sewaktu belajar, tidak berupaya menyatukan
bunyi-bunyi dan membentuk perkataan serta ayat-ayat, lambat bertutur, sukar membezakan
sebutan-sebutan perkataan, tidak berupaya mengingati urutan dan kurang penumpuan
dalam proses pembelajaran. Kelemahan murid khas dalam membaca dan memahami
sememangnya menjadi masalah yang besar kepada guru-guru dan murid-murid sendiri.
Kelemahan- kelemahan ini boleh menimbulkan kesulitan belajar seterusnya.
Masalah ini agak ketara kepada enam orang murid di kelas khas ini. Kegagalan
murid menguasai kemahiran konsep cetakan khususnya di peringkat awal persekolahan
akan menyebabkan mereka gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang lain. Selain
itu juga, kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam konsep cetakan merupakan faktor
peramal bagi pencapaian mereka dalam kebolehan membaca dan kemahiran cetakan
merupakan elemen penting dalam komponen teori pemunculan literasi (Adam 1990, Stuart
1995 dalam Justice & Ezell 2001) dalam Zainiah, 2015.
Justeru itu, berasaskan permasalahan tersebut menyebabkan kajian ini
dilakukan terhadap murid-murid tersebut dan ingin mengetahui setakat mana penguasaan
murid pendidikan khas ini dalam kemahiran konsep cetakan dengan penggunaan Big Book
sebagai alat membantu mereka dalam aktiviti membaca. Membaca dengan menggunakan
Big Book " sangatlah berkesan. Kerana dengan menggunakan Big Book dapat menggali
kemampuan literasi yang ada pada diri murid-murid iaitu meliputi mendengar, bercakap,
membaca dan menulis (Purwanti, E., 2011). Dengan adanya kajian yang dibuat akan dapat
menjamin bahawa tidak ada diskriminasi terhadap murid-murid pendidikan khas yang lemah
dalam bacaan.
1.3 Tujuan kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penguasaan kemahiran cetakan
menggunakan big book dalam membantu masalah membaca dalam kalangan murid
pendidikan khas.
1.4 Objektif kajian
Meningkatkan kemahiran cetakan murid pendidikan khas melalui penggunaan Big
Book.
1.5 Persoalan Kajian
Adakah terdapat peningkatan kemahiran cetakan murid pendidikan khas melalui
perbandingan pra dan pos melalui kaedah membaca menggunakan big book.

1.6 Definisi
1.6.1 Murid pendidikan khas
Muridmurid dengan keperluan khas terdiri daripada tiga kumpulan. Mereka terdiri
daripada muridmurid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran
dan masalah pembelajaran. Menurut Samuel A. Kirk (1962) dalam Jamila (2005)
masalah pembelajaran merujuk kepada kerencatan, kerencaman (confesion) atau
perkembangan yang lewat di dalam satu atau lebih proses yang berkaitan dengan
pertuturan, bahasa, bacaan, ejaan, penulisan atau pengiraan yang mungkin hasil
daripada ketidakfungsian saraf dan emosi atau gangguan tingkah laku dan bukannya
dari faktor terencat akal, kekurangan deria, budaya atau faktor arahan. Kanak-kanak
keperluan khas (KKBP) perlu diberi pendidikan seperti mana kanak-kanak lain untuk
memberi peluang kepada mereka memperolehi ilmu pengetahuan bagi melengkapkan
diri untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran apabila dewasa kelak. Kanak-kanak
ini boleh dididik jika diberi peluang berkembang mengikut keupayaan masing-masing
1.6.2 Big Book
Big Book adalah buku bacaan awalan yang bersaiz besar, kebiasaannya ilustrasi dan
huruf bersaiz besar. Ianya lazim digunakan untuk kanak-kanak membaca bersama guru,
ibu dan bapa bagi memahami konsep penulisan (teks) serta memahami kaedah
membaca (menurut Hassan Sheikh Seylan 'Abad).
Langkah asas ke arah bacaan awalan ialah menarik minat kanak-kanak mendekati
buku bukan sebarang buku. Kanak-kanak dari semua golongan umur dan budaya suka
kepada buku walaupun mereka belum tahu membaca. Bahasa dan belum boleh
membaca bukannya satu masalah. Mereka lebih tertumpu kepada gambar. Mereka
merumus pengertian sendiri berdasarkan gambar. Kaedah Big Book menepati prinsip
bacaan awalan.
1.6.2 Kemahiran konsep cetakan
Kemahiran konsep cetakan adalah kefahaman kanak-kanak tentang fungsi sesuatu
bahan bacaan itu dan prinsip-prinsip yang melibatkan penyusunan bahan cetakan yang
terdapat dalam bahan bacaan tersebut, Zainiah 2015.
1.7 Kesimpulan
Oleh yang demikian, guru-guru haruslah menekankan kemahiran konsep cetakan ini pada
peringkat awal lagi. Bagi murid pendidikan khas, penggunaan big book akan memberi
kesan yang positif dalam membentuk minat mereka dalam menguasai kemahiran konsep
cetakan sama ada di dalam kelas mahupun ketika berada di rumah.

2.0 KAJIAN LITERATURE


2.1 Pendahuluan
Menurut pandangan Carrol (1993) dalam Anwar Ridzi (2000) yang mana beliau
menyatakan bahawa murid yang menghadapi masalah membaca adalah disebabkan oleh
beberapa faktor penting iaitu kelemahan kecerdasan mental, bakat, sikap, dan minat. Ada
beberapa cara untuk membantu murid-murid sekolah yang masih tidak boleh membaca.
Kanak-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya.
Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa. Keadaan ini perlu
diperbaiki. Kanak-kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan
yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.
Menurut Abu Basar (1998), masalah membaca ini sering terdapat dalam kalangan
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua
ketogori iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang
dibacanya (reading comprehension).
2.2 Teori kemahiran membaca
Membaca atau bacaan adalah sebahagian daripada proses perhubungan. Dari segi
kemahiran bahasa, bacaan adalah satu daripada susunan atau turutan penguasaan atau
pembelajaran. Dalam hal ini menurut Abu Basar (1998) peringkat-peringkat kemahiran
pengajaran bacaan terbahagi kepada empat iaitu:
i)

peringkat Pra bacaan (kesediaan membaca)

ii)

peringkat bacaan mekanis

iii)

peringkat bacaan dan kefahaman

iv)

peringkat memupuk sikap minat membaca.

Kepentingan membaca ini bagi murid-murid masalah pembelajaran ini, di mana dengan
membaca akan menjauhkan kanak-kanak daripada mendapat amalan pengamatan yang
salah. Ia juga dapat membantu kanak-kanak mengenal gambar, bentuk dan perkataan.
Selain itu, dengan adanya kemahiran membaca akan dapat menambah (memperkayakan)
perbendaharaan kata serta keupayaan bertutur. Membaca juga dapat menyuburkan sikap
bekerja dengan tekun serta menyuburkan perkembangan sosial dan rasa hati atau pun
emosi.

2.3 Kepentingan mengajar kemahiran konsep cetakan menggunakan big book dalam
Kalangan Murid Masalah Pembelajaran
Menurut Zainiah, 2015, kemahiran konsep cetakan ini juga berkembang selari dengan
pertambahan usia kanak-kanak. Antara kemahiran yang paling awal adalah kanak-kanak
tahu menggunakan buku. Kemahiran ini dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak yang
berusia 2 ke 3 tahun yang memegang buku dengan betul (tidak terbalik), menyelak muka
surat dan bermain buku dengan cara yang berbeza bermain alat mainan yang lain (Snow &
Ninio, 1986). Kemahiran ini berkembang kepada kemahiran konsep cetakan yang lain
melalui pembacaan buku yang berterusan dan juga peluang untuk kanak-kanak meneroka
bahan bacaan. Seterusnya bagi kanak-kanak berusia 3 tahun, kajian oleh Mason (1980)
dalam Justice& Ezell (2001) mendapati bahawa kanak-kanak ini telah dapat mengenal
konsep cetakan. Beliau menegaskan lagi bahawa berlakunya transformasi ketika itu di mana
kanak-kanak tertarik terhadap cetakan dan meneroka sendiri tanpa bantuan orang dewasa,
antaranya, kanak-kanak menggunakan cetakan untuk berkomunikasi, membaca huruf serta
mengenal pasti huruf dan perkataan di media massa seperti surat khabar.
Oleh itu dapat dilihat dengan mengajar kemahiran konsep cetakan ini kepada murid
pendidikan khas memberi peluang kepada murid-murid ini meneroka bahan bacaan.
Malahan, kemahiran konsep cetakan berkembang selari dengan perkembangan usia kanakkanak. Ini kerana semakin bertambah usia semakin banyak pendedahan dari orang dewasa
dan juga persekitaran yang dapat mempertingkatkan kemahiran murid-murid pendidikan
khas dalam kemahiran konsep cetakan.
2.4 Kajian Membaca menggunakan Big Book
Program Membaca dengan menggunakan Big Book adalah satu kajian tindakan yang
dirancang oleh pengkaji untuk menangani masalah membaca dalam kalangan muridmurid
dengan keperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran (Learning Disabilities).
Muridmurid ini dikenali dengan panggilan insan istimewa, bertujuan untuk mengelak
tanggapan negatif yang lazim dikaitkan dengan muridmurid yang bermasalah.
Big Book merupakan buku cerita yang bercirikan khusus dan telah dibesarkan,
baik teks mahupun gambarnya.

Buku

ini

memiliki ciri-ciri yang khusus seperti dipenuhi

dengan warna-warni, memiliki perkataan yang diulang-ulang, dan memiliki pola teks yang
sederhana.
Big Book sesuai digunakan di kelas awal kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai
dengan peringkat awal kanak-kanak khususnya murid pendidikan khas yang baru bermula
untuk membaca. Dengan menggunakan Big Book guru dapat memilih isi cerita yng
disesuaikan dengan tema dalam pembelajaran. Selain itu, Big Book sangat sesuai

digunakan dalam peringkat menguasai kemahiran konsep cetakan. Hal tersebut selari
dengan pendapat Curtain dan Dahlberg tentang Big Book bahawa Big Book
membolehkan kanak-kanak belajar dan mengulang bacaan. Ramai pengkaji yang
menyatakan bahawa Big Book sangat baik digunakan di kelas awal kerana membantu
meningkatkan minat kanak-kanak dalam membaca USAID, 2014. Big Book bukan hanya
mengajar kanak-kanak membaca malah dalam Big Book itu juga dapat mengembangkan
sikap dan karakter baik untuk kanak-kanak. Selain itu, Big Book juga dapat menambah
pengetahuan kanak-kanak. Menyedari akan pentingnya bahan pembelajaran yang tepat
dalam menguasai kemahiran konsep cetakan, maka pengkaji memlih Big Book sebagai
bahan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid
pendidikan khas.
2.5 Kajian Kemahiran konsep cetakan
Melalui kajian yang dilakukan oleh Zainiah, 2015, bagi mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran dan kriteria konsep cetakan kanak-kanak TASKA di Malaysia. Responden yang
terlibat dalam kajian adalah 155 orang kanak-kanak yang berumur 2, 3 dan 4 tahun dari
pusat Taska di sekitar Perak dan Selangor. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang
menggunakan borang senarai semak. Implikasi dari kajian ini menunjukkan kemahiran
konsep cetakan perlu diberikan perhatian serius dalam kurikulum TASKA. Menerusi kajian
ini

juga

dicadangkan

supaya

pendidik

melaksanakan

penilaian

konsep

cetakan,

memperbanyakkan aktiviti membaca bersama kanak-kanak, menyediakan modul kemahiran


konsep cetakan dan juga program penglibatan ibu bapa.
Selain itu, dalam kajian oleh Justice dan Ezell (2001) mengenai kesedaran cetakan
dan perkataan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Sampel kajian adalah 30 orang
kanak-kanak yang berusia 4 tahun selama 6 minggu. Semasa kajian berlangsung kanakkanak didedahkan dengan aktiviti yang berkaitan dengan rutin bacaan bersama. Hasil kajian
mencadangkan bahawa kanak-kanak memperoleh konsep cetakan terlebih dahulu sebelum
mula mempelajari perkataan dalam cetakan atas beberapa sebab. Kajian ini juga mendapati
pemahaman pemunculan literasi adalah berbeza antara setiap kanak-kanak berdasarkan
kepada pengalaman dan pendedahan yang diberikan oleh ibu bapa atau pendidik kepada
kanak-kanak (Mason, 1980; Goodman, 1986; Chaney, 1992). Lebih banyak pendedahan
yang diperoleh oleh kanak-kanak lebih mudah mereka menguasai konsep cetakan dan
seterusnya mudah membaca perkataan.
Mengajar membaca kepada kanak-kanak pada usia awal merupakan dalam proses
memberi rangsangan. Oleh itu, kegembiraan dan suasana menyenangkan adalah kunci
kejayaan kepada belajar membaca. Tabiat membaca yang dipupuk sejak kecil, selain baik
untuk perkembangan otak, ia juga membuat kanak-kank lebih berfikiran rasional dan lebih

mampu mengawal diri. Intinya adalah kebiasaan membaca sejak kecil akan memperkaya
wawasan anak yang bermuara pada jati diri manusia yang lebih berkualiti. Semakin awal
seseorang kanak-kanak itu belajar membaca, maka akan memupuk tabiat kecintaannya
pada aktiviti membaca.
Kesimpulan
Melalui kajian-kajian tersebut, jelaslah menunjukkan penguasaan kemahiran konsep
cetakan menggunakan big book ini sangat sesuai digunakan dalam kemahiran membaca
seseorang kanak-kanak itu. Murid-murid pendidikan khas merupakan kanak-kanak yang
baru bermula untuk belajar membaca. Dengan adanya kemahiran ini, maka pengajaran di
dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan murid-murid pendidikan khas ini tidak mudah
berasa bosan apabila di ajar membaca.
3.0

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah dengan menggunakan model

Kajian Tindakan yang telah

dirumus oleh Kim (1992) dalam Buku Kajian Tindakan yang telah diterbitkan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) di
bawah Program PIER ( Program For Innovation, Excellence ang Research).
3.1. Kumpulan Sasaran (Sampel Kajian)
Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar pendidikan khas sahaja. Mereka mempunyai pelbagai
masalah yang disahkan oleh doktor pakar seperti ADHD, perkembangan lewat, lembam,
disleksia dan cerebral palsy. Para responden tidak sama umurnya dan mempunyai
kecerdasan mental yang berbeza.

Namun mereka merupakan responden terbaik di

program pendidikan masalah pembelajaran sekolah ini. Para responden yang dilibatkan
termasuklah:
Bil

Responden

Jantina

Umur

Pengesahan masalah

14

Slow learner(lembam)

11

ADHD

12

Cerebral Palsy

11

Slow learner (Lembam)

Slow learner (lembam)

13

Perkembangan lewat

3.2. Instrumen Kajian


3.1

Pemerhatian terhadap tingkahlaku

3.2

Temuramah dengan ibu bapa dan guru

3.3

Analisis ujian dalaman

3.4

Ujian prabacaan dan analisis

3.5

Ujian pos dan analisis

You might also like