Contoh Article Review

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Kefahaman Guru Tentang Nilai Metematik

Wan Z. W.A., Sharifah K., Habsah I., Ramlah H., Mat R. I., M.N. K.& Rohani A. T. (2005)
Jurnal Teknologi : Kefahaman Guru tentang Nilai Matematik. 43(E), 45-62.

Antara jurnal yang dipilih ialah satu kertas kerja yang membentangkan hasil kajian dengan
isu kefahaman guru tentang nilai matemtik. Penerangan yang agak mendalam tentang topik
penyelidikan ini cukup untuk menerangkan perbezaan nilai matematik, nilai intrisik dan nilai
murni. Menurut Adnan Kamis (1993) yang dipetik dari jurnal ini,

nilai murni sesuatu

masyarakat biasanya diasaskan kepada agama yang memandu penganutnya-penganutnya


sentiasa berakhlak mulia sehingga dapat membina satu masyarakat yang baik, aman dan
progresif. Manakala nilai matematik adalah ciri-ciri afektif yang dihayati dengan mendalam
terbit daripada pemahaman tentang sifat dan kebenaran ilmu matematik.

Jurnal ini juga

menyatakan nilai intrinsik merupakan nilai yang terbit daripda tabii matematik dan tabii
matematik merupakan nilai kepastian atau kejituan walaupun matematik dianggap satu ilmu
yang abstrak.
Noraini Idris (2013) menyatakan sesuatu penyelidikan tidaka kan dapat dilaksanakan
apatah disempurnakan jika masalah penyelidikan tidak dikenalpasti terlebih dahulu.
Pernyataan masalah yang diketengahkan berkaitan dengan isu kajian iaitu kefahaman guru
tentang nilai matematik melalui beberapa mazhab yang wujud dalam menyampaikan ilmu
matematik. Antara mazhab dalam matematik ialah logikisme, formalisme, intuisisme dan
kuhnisme. Fahaman logikisme ini memberi penekanan bahawa konsep teori set sebagai asas
matematik dengan mempercayai bahawa hakikat matematik ialah logik di mana kebenaran
diperoleh melalui prinsip-prinsip logik. Fahaman formailisme percaya pemikiran matematik
tertumpu kepada penyelesaian matematik dalam bentuk rangkaian simbol sahaja. Fahaman
yang seterusnya ialah intuisisme menyatakan proses pemikiran matematik adalah satu proses
binaan mental semata-mata. Jurnal ini menyatakan aliran logikisme, formailisme dan
intuisisme merupakan matematik bebas nilai kerana nilai matematik yang wujud tidak

1 Wan Zah Wan Ali,SHarifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah,
Mat Rofa Ismail, Mohd Majid Konting & Rohani Ahmad Tarmizi.(2005) Kefahaman
Guru Tentang Nilai Matematik.

dikaitkan dengan komponen budaya berbeza dengan aliran kuhnisme yang dikatakan sarat
nilai.
Persoalan kajian yang diketengahkan ialah :
i.
ii.
iii.

Apakah yang ditanggapi oleh guru tentang nilai matematik ?


Apakah cara yang digunakan oleh mereka untuk menerapkan nilai matematik ?
Apakah masalah yang dihadapi dalam usaha menerapkan nilai ini ?
Persoalan kajian yang pertama, penyelidik cuba mengetahui taggapan guru tentang nilai

matematik bersesuaian dengan isu yang diketengahkan iaitu mengkaji kefahaman guru
tentang nilai matematik. Persoalan kajian yang kedua iaitu mengenai cara ilmu matematik
disampaikan dapat membantu penyelidik mengetahui fahaman yang digunakan oleh guru dan
secara tidak langsung, penyelidik dapat mengetahui persepsi mereka tentang nilai matematik.
Persoalan ketiga kajian, penyelidik dapat mengetahui masalah usaha menerapkan nilai juga
secara tidak langsung dapat memahami tentang isu dengan lebih mendalam. Pembolehubah
yang ditakrif dalam kajian ini bersesuaian dengan persoalan kajian kerana penyelidik dapat
mengumpul data yang berkaitan dengan kefahaman guru tentang nilai matematik.
Jenis persampelan yang digunakan ialah homogeneous sampling kerana dalam kajian ini,
penyelidik memilih sampel empat orang guru matematik yang terbaik, daripada dua buah
sekolah harian dan dua buah sekolah harian di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jenis
persampelan ini biasa digunakan untuk mengkaji kumpulan-kumpulan berfokus. Kajian ini
lebih menjurus kepada guru matematik. Saiz sampel yang dianggap bersesuaian dengan
persoalan kajian kerana membolehkan pengumpulan makklumat yang optima tentang nilai
matematik di kalangan guru. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam yang dilakukan
beberapa kali sehingga mencapai tahap ketepuan data yang dikehendaki. Penyelidik
menjelaskan pengumpulan data melalui penerangan. Transkripsi data temubual dianalisis
secara induktif. Penyelidik juga menyatakan bilangan sampel terpilih yang kecil tidak
memungkinkan generalisasi dilakukan. C. F. Meng & Jaizah Mahmud (2011) menyatakan
kejayaan sesuatu temubual bergantung antara lain kepada kualiti soalan-soalan yang
ditujukan kepada sasaran yang dikaji. Prosedur pengumpulan data dilaksanakan bersesuaian
dengan persoalan kajian. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah
kualitatif.
Bagi menguji pembolehubah kajian, penyelidik mengemukakan soalan-soalan susulan
bagi membolehkan responden menyatakan pendirian mereka dengan yakin dan selesa.

Penyelidik membuat rumusan berdasarkan dpaatn yang diperoleh dan disokong oleh beberapa
pandangan. Dapatan kajian yang diperoleh boleh dirujuk oleh mana-mana guru atau
penyelidik untuk memperbaiki atau proses menambah ilmu. Namun, untuk mewakili semua
guru tentang kefahaman nilai matematik, kajian boleh dijalankan dengan menambah variasi
sekolah contohnya, sekolaha amanah, sekolah kluster, sekolah kurang murid, sekolah
bekeperluan khas dan lain-lain.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, paradigma bagi kajian ini, kaedah kualitatif yang
digunakan bersesuaian dengan objektif, persoalan kajian dan objektif kajian. Kaedah
penyelidikan yang digunakan dapat menjawab persoalan yang diketengahkan. Penyelidik
dapat merungkai tentang kefahaman guru tentang nilai matematik. Ini jelas dinyatakan dalam
dapatan kajian. Nilai matematik telah ditafsirkan dari 3 sudut perspektif pemikiran iaitu nilai
matematik sebagai nilai murni, nilai matematik sebagai nilai intrinsik dan nilai matematik
sebagai nilai yang berguna dalam kehidupan.

Kajian yang diterbitkan oleh Universiti

Teknologi Malaysia menunjukkan terdapat pelbagai perspektif tentang nilai yang cuba
diterapkan. Namun dapatn menunjukkan responden lebih cenderung ke arah pemikiran
mazhab logikisme dan formalisme. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan masih banyak
yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahamn guru tentang nilai.

Model Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Di Institusi


Pengajian Tinggi (IPT)
Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa(1999) Jurnal teknologi E : pengurusan, pendidikan dan sains
sosial,UTM
Jurnal kedua yang dipilih mempunyai sorotan kajian mengenai model penerapan nilai yang
telah dibentuk oleh pengkaji terdiri daripada lima komponen Model Nukleitik. Model ini
digubal daripada Falsafah Pendidikan Islam yang berteraskan hati ( Iman kepada Allah s.w.t)
dan disusuli oleh Taksonomi TRNOC iaitu bermula dari Tahap I hingga V, T bermaksud
Terima, R bermaksud respon, N bermaksud nilai, 0 bermaksud organisasi dan C bermaksud
ciri. Pengkaji juga menerangkan pendekatan proses input dan output (penanaman nilai). Oleh
itu, kajian ini menggunakan model urutan penerapan nilai kesedaran nukleitik dan kitaran
TRNOC. Pengkaji menegaskan pendekatan ini disesuaikan dari pemikiran Iman Ghazali
dalam Ihya dan rujukan kajian model pelaksanaan nilai dalam pengajaran di IPT oleh UTM
pada tahun 1997.
Penerangan Model Nukleitik oleh penyelidik dengan terperinci. Model Nukleitik
bermula daripada konsep nukleus iaitu hati yang dapat merasa nilai baik atau buruk. Model
ini berasaskan bertitik tolak iman kepada Allah s.w.t dapat melahirkan insan yang baik ini
perlu melalui proses input atau output serta TRNOC. Menerusi model ini penyelidik
mengharap pensyarah akan dapat melaksanakan penerapan nilai melalui proses model-model
berikut yang bergerak secara sistematik dan berterusan.
Penyelidik menerangkan penerapan nilai menurut Barat terdiri daripada aspek
pendidikan yang terbatas pengertiannya iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Ini berbeza
dengan Pendidikan Islam yang menekankan kesyumulan dalam membentuk manusia. Kajian
ini mengkaji sejauh mana model penerapan nilai dalam pengajaran yang boleh diaplikasikan
di dalam bilik kuliah serta peranannya dalam perhubungan formal dan informal proses
pembinaan kemanusiaan individu yang terbabit. Artikel ini membentangkan laporan kajian
yang meninjau sejauh mana model penerapan nilai pengkaji boleh diaplikasikan dalam
pengajaran di IPT.

Persoalan kajian ialah sejauhmana model penerapan nilai pengkaji iaitu Model
Nukleitik

boleh diapplikasikan dalam pengajaran di IPT? Persoalan kajian bersesuaian

dengan jurang yang ada dalam topik penyelidik kerana model yang dikaji dibina sendiri oleh
pengkaji berdasarkan penulisan Imam Ghazali dan Falsafah Pendidikan Islam serta Falsafah
Pendidikan Negara. Jawapan kepada persoalan kajian belum diketahui sebelum ini dan
persoalan merupakan sesuatu yang asli. Pembolehubah ditakrifkan bersesuaian dengan
persoalan kajian ini kerana Pensyarah dianggap sebagai Pembolehubah bebas dan hasil dari
ciri penerapan nilai dalam pengajaran dijadikan pembolehubah bersandar.
Ini dijelaskan lagi oleh penyelidik dalam bentuk kerangka konsep. Melalui kerangka
konsep, Input ialah nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui proses kaedah
penanaman nilai dan terhasillah Output iaitu Tahap Penanaman Nilai dalam Pengajaran.
Sampel yang digunakan ialah pensyarah dan pelajar dipilih secara rawak. Namun demikian
dalam kajian ini jumlah saiz persampelan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik.
Kaedah pengumpulan data terdiri daripada temubual, pemerhatian dan soal selidik.
Responden terlibat telah diberikan penerangan tentang model. Prosedur ini sesuai kerana
penyelidikan abstrak memerlukan kajian yang lebih terperinci dan mengambilkira pandangan
pengguna dan pandangan pengeluar.
Kaedah penyelidikan yang digunakan kaedah diskriptif dan menggunakan rekabentuk
kajian kes.Penyelidik menyelidik menerusi kaedah pengamatan dalam pengajaran dan
temubual yang dijalankan ke atas responden daripada pelbagai bidang di UTM. Data telah
dianalisis selepas proses temubual dan pemerhatian dijalankan, kebanyakan pensyarah yang
di temubual dapat menilai kembali pengajaran reponden. Responden meminta maklumbalas
daripada penyelidik dan dan komen membina yang dapat diutarakan. Seterusnya penyelidik
mengadakan kembali perbincangan dengan mereka secepat mungkin dengan tujuan untuk
mengukur sejauh mana mereka memahami Falsafah pendidikan dan menggunakan model dan
soalan kajian yang dibincangkan.
Penyelidik telah menerangkan kerangka konsep namun kurang menerangkan
mengenai menguji kebergantungan , kepengesahan dan kredibilti data dalam kajian kecuali
menerangkan dalam beberapa perenggan bahawa penyelidik mendapat persetujuan daripada
pensyarah dan pelajar mengenai mdel kajiannya. Selain itu, penyelidik menyatakan
responden menyokong model ini perlu dilaksanakan.

Rumusan dapatan kajian penyelidik mengemukakan 4 cadangan untuk kajian lanjut


dan penyelidik juga menyarankan Kementerian pendidikan Malaysia perlu mengkaji semula
sistem pendidikan di Malaysia agar benar-benar selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Penyelidik mencadangkan agar model ini diketengahkan supaya
diamalkan oleh beberapa buah IPT sebagai percubaan bagi memastikan keberkesanannya.
Penyelidik juga mengharapkan model ini diperbaiki sekiranya ada kelemahan dan hasil kajian
akan dapat dimanfaatkan oleh setiap insane sebagai ibadah kepada Allah s.w.t dan
diredhaiNya. Penyelidik ada menyakan reaksi responden yang negatif, namun penyelidik
dapat membawa kembali kepada persoalan pokok, iaitu hati mesti dididik.
Kaedah kajian kes ini dapat menunjukkan mengukur sejauhmana responden
memahami Falsafah pendidikan dan menggunakan model dan soalan kajian . Penyelidik
menyatakan dapatan semasa sesi temubual dengan pensyarah dan pelajar, catatan telah
dibuat hasil perbincangan yang dijalankan. Penyelidik menunjukkan keyakinan modelnya
diterima kerana kebanyakan pensyarah dan pelajar menyetujui model penerapan nilai dalam
pengajaran harus diperkenalkan dalam silibus pengajaran. Penyelidik juga mengaitkan rangka
model penerapan nilai, keseluruhan responden merasakan tiada nilai dalam pengajaran dan
system pendidikan sekarang dari segi amalannya, khasnya pelajar dari Fakulti Pendidikan
atau bakal guru yang sememangnya melalui pedagogi pengajaran. Malah, responden dari
fakulti lain turut merasakan perlu kepada pendedahan pedagogi pengajaran dalam bidangbidang lain untuk melahirkan pengajaran yang berkesan.
Penyelidik menyatakan bahawa responden yang ditemubual merasakan bahawa
soalan-soalan yang diajukan adalah penting serta perlu untuk memantapkan lagi mutu
pengajaran. Penyelidik juga membincangkan tahap penanaman nilai boleh dilakukan menurut
model pengkaji. Namun, penerapan nilai bermual daripada intipati tauhid kepada Allah s.w.t
untuk melahirkan insan yang soleh dan seterusnya masyarakat sejahtera. Tahap penanaman
nilai yang perlu ditunjukkan oleh pensyarah ialah tahap pengajaran di bilik kuliah yang
meliputi tahap penerimaan nilai yang semuanya dikaitkan dengan ketuhanan dan ketauhidan.
Berdasarkan tahap ini maka penyelidik mengemukakan satu modul Nukleitik
sehingga kitaran TRNOC yang dibincangkan. Penyelidik juga menegaskan bahawa
pengajaran yang berkesan lahir dari rasa hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t dan diikuti
dengan menurut perintahnya. Ini akan membuahkan hasil yang lebih baik dan produktif.

Penyelidik juga menyatakan analogi langkah demi langkah penerapan nilai melalui
pelaksanaan solat yang bermula dengan niat.

KESIMPULAN
Kedua-dua jurnal yang dipilih mempunyai tajuk yang berkisarkan nilai murni dalam
pendidikan. Jurnal pertama tentang kefahaman guru, manakala jurnal kedua tentang
penerapan nilai. Perbezaan kedua-dua jurnal ialah bagaimana isu nilai ini dapat dikaji dalam
pelbagai aspek. Kertas kerja yang dipilih mempunyai sarat definisi istilah untuk memberi
penerangan yang mendalam tentang apa itu nilai matematik ? Manakala jurnal kedua
menerangkan lebih mendalam tentang kajian melalui sorotan kajian yang menyatakan tentang
model yang direka untuk penerapan nilai. Persoalan kajian, objektif dan metodologi kajian
jelas dinyatakan secara terperinci. Aspek tersebut disusun selari. Kedua-dua jurnal
menggunakan kaedah penyelidikan yang sama iaitu kualitatif. Namun rekabentuk kajian
yang berbeza.

BIBLIOGRAFI
Buku
Noraini Idris. 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam : McGraw-Hill Education
(Malaysia) Sdn.Bhd.
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud . 2011. Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam
Pengajaran.Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Jurnal
Wan Z. W.A., Sharifah K., Habsah I., Ramlah H., Mat R. I., M.N. K.& Rohani A. T. (2005)
Kefahaman Guru tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, 43(E), 45-62.
Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa(1999) Jurnal teknologi E : pengurusan, pendidikan dan sains
sosial,UTM

You might also like