Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TUGASAN 1

PENGURUSAN MAKMAL

PENGENALAN
Pembelajaran sains menekankan pembelajaran secara hands-on yang berfokus kepada
kaedah inkuiri-penemuan. Ia melibatkan aktiviti menguji hipotesis, mencari perkaitan,
mendapatkan hubungan antara pemboleh ubah serta mengkaji perubahan sesuatu sistem dan
kesannya (Gyllenpalm & Wickman 2011). Dalam pendidikan sains di Malaysia, hands-on
biasanya dirujuk sebagai kerja amali, eksperimen, ujikaji atau kerja makmal yang biasanya
dijalankan di makmal yang berorientasikan pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM
2002). Aktiviti hands-on akan melibatkan alatan dan bahan kimia, spesimen segar atau awet,
model atau rekaan (Jordan et al. 2011; Nurzatulshima 2002; Samsudin 1999).
Menurut Harlen (2000) dan Hayward (2003), alatan dan bahan merupakan material yang
penting dalam pengajaran sains yang menggunakan kaedah eksperimen. Apabila menjalankan
eksperimen, pengurusan alatan dan bahan seperti memastikan interaksi dengan betul dan
cermat antara pelajar dan peralatan dan bahan, tentunya membawa kepada pemikiran kritis,
kreatif dan analitis (Hayward 2003; Sweeney & Paradis 2003). Ia juga dapat mendedahkan
suasana dan perasaan sebagai seorang saintis yangsedang menyelesaikan sesuatu masalah
(Harwood 2004). Justeru, bagi memastikan pembelajaran sains di makmal berjalan lancar, guru
perlu bertindak sebagai pengurus yang cekap. Guru perlu merancang, mengendali, mengawal
dan memantau alatan dan bahan agar objektif pembelajaran melaluinya akan tercapai.

PENGURUSAN MAKMAL

Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis,
penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah.
Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang
berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain) menurut Kamus Dewan edisi
keempat . Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk
mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan.
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan pendekatan
inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan
sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman
mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.

Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang
dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah
menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti.Makmal
sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat
tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang
dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik
stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains

Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan Makmal dan Bilik Sains

Meja makmal
Bangku makmal
Komputer
Printer
DLP
Meja komputer
Skrin
Pembesar suara
Papan tulis
Papan putih beroda
Bakul sampah
Langsir 1 set untuk bilik
kabinet
Almari cermin
Rak buku
Penggantung carta
Rak peralatan sains
Kit Pertolongan Cemas
19 Pemadam api
20 Penggera kebakaran

Objektif Pengurusan bilik sains


1. Dapat mewujudkan bilik sains yang lengkap dengan alatan dan infra struktur bagi
memudahkan aktiviti PdP dijalankan.
2. memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif dan mengembangkan kemahiran
saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan
dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif.

3. Dapat menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga
untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.
Matlamat Pengurusan Bilik Sains
1. Untuk merealisasikan pengurusan makmal yang cemerlang ke arah pembentukan
makmal bestari
2. Menjadikan makmal sains sebagai tempat yang menarik dan seronok untuk murid
menjalankan aktiviti.
3. Menjadikan Bilik Sains mampu memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi
memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah
4. Menjadikan pengurus yang baik dalam mengurus aset kerajaan.

Aspek utama pengurusan makmal sains


1. Sumber manusia ( penyelaras pembantu makmal )
2. Keselamatan ( alatan pertolongan cemas,pemadam api,peraturan keselamatan )
3. Fizikal ( stor ,bilik,perabot,sumber elektrik,gas dan air,pengudaraan,pencahayaan dan
projektor.
4. Media pengajaran ( spesimen,cd,internet,buku rujukan,carta,model,alatan dan bahan
sains )

Sekolah Bestari

Sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran


dan pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan
segala keperluan ICT termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan Internet
yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat
melicin dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang
tinggi, tetapi kepelbagaian kebijaksanaan dalam mata pelajaran yang dipelajari.
(Hamizer,1997).

Sekolah bestari tidak bermaksud sekolah untuk pelajar bestari atau pintar semata-mata
tetapi juga merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah,
60616-03-5687 6 kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang paling sesuai dengannya. (Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001). Terdapat
enam unsur penting yang diberi perhatian dalam menjayakan pelaksanaan sekolah bestari iaitu
pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran, teknologi dan penilaian.

Matlamat Sekolah Bestari

Matlamat penubuhan sekolah bestari adalah bersesuaian dengan matlamat pendidikan negara
dan hasrat wawasan 2020. Antara matlamat tersebut ialah:
1. Untuk menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperolehi pengetahuan dan mampu
menjalankan pembelajaran mengikut kadar pembelajaran akses kendiri (selfpaced), minat
kendiri (self-directed) dan menilai kendiri (self assessed). Dengan ini mereka dapat
memaksimumkan potensi mereka ke tahap yang lebih cemerlang.
2. Untuk menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
bagi menghadapi cabaran era teknologi maklumat.
3. Untuk mengubah secara sistemik budaya pendidikan yang selama ini menitik beratkan
peperiksaan kepada yang berfokus kepada aspek kreatif dan inovatif.
4. Untuk melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran kehidupan
dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.
5. Untuk membentuk satu generasi warganegara Malaysia yang berilmu, bertanggung jawab,
berketrampilan, penyayang, mempunyai nilai kekeluargaan dan peka terhadap pemeliharaan
alam sekitar.
6. Untuk menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran kritis dan kreatif untuk
industri tempatan Malaysia

Cadangan bagi menambah baik pengurusan dan penggunaan Makmal

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sepang mempunyai sebuah bilik sains yang mampu
memuatkan 30 orang murid dalam satu satu sesi pengajaran. Bilik Sains dilengkapi dengan
kemudahan infrasuktur yang sama.Guru Sains bertanggungjawab menjaga makmal sains .Sesi
pengajaran sains dijalankan sepenuhnya di dalam Bilik sains melibatkan semua aktiviti
termasuklah menjalankan eksperimen.

Kelengkapan Infrastruktur dan Susun Atur Perabutt

Bilik Sains yang ada disekolah kami boleh dikategorikan sebagai bilik sains yang baik
kerana dilengkapi dengan alatan dan Infrastruktur . Meja dan kerusi yang disediakan adalah
kerusi makmal yang mampu menampung 30 orang murid dalam satu-satu masa. Meja yang
ada juga merupakan meja makmal yang boleh menempatkan 5 orang murid setiap kali
pembelajaran dan 30 buah kerusi bangku . Aktiviti yang dijalankan lebih ke arah pembelajaran
secara koperatif. Meja guru yang panjang diletakkan menghadap meja murid dan Papan putih
dipasang di hadapan kelas bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bagi menyimpan peralatan sains bilik sains dilengkapi dengan almari .Almari dipasang
siap di bahagian belakang bilik . Alatan yang disimpan di situ seperti penunu bunsen,silinder
penyukat,bikar,glob,mikroskop,binokular dan tabung uji. Kabinet ini juga dilengkapi dengan laci
yang boleh dimuatkan alatan yang kecil seperti termometer,jam randik,dan alatan yang kecil
yang lain.Setiap tempat penyimpanan itu dilabelkan secara terperinci. Selain itu bilik ini juga
disediakan bilik tempat penyediaan bahan dan tempat penyimpanan barangan kaca yang
mempunyai cermin.Kabinet besi yang terdapat dibilik penyediaan itu juga digunakan untuk
menyimpan modul dan buku rujukan bagi pengajaran dan pembelajaran sains. Kabinet disusun
di belakang kelas menjadikan kelas lebih teratur dan tidak menggangu ruang pembelajaran
murid.

Kabinet
penyimpan alatan

Bilik penyimpanan alatan

Bekalan
terdapat dilengkapi

elektrik yang sempurna juga


dengan

lampu

dan

kipas

menjadikan makmal sains ini lebih berfungsi.Lampu berpendaflour dan 2 kipas angin syiling
disediakan bagi memberi kelesaan kepada murid dan guru.suis dipasang di bahagian hadapan
dan belakang kelas.
Pengaliran udara yang baik turut menjadikan bilik sains ini sesuai dijalankan aktiviti
pengajaran dimana terdapat tingkap disekeliling dan keadaan suhu yang sederhana menjadikan
makmal sains ini lebih sejuk dan nyaman.Keadaan ini juga turut dipengaruhi oleh kemudahan
kipas yang sentiasa memberikan pengaliran udara yang baik.Kemudahan yang disediakan ini
banyak memberi manfaat kepada warga sekolah terutamanya.

Suis kipas dan


lampu

Selain itu bilik sains ini dilengkapi juga dengan bekalan air paip dan singki yang dipasang di
hadapan meja guru ,dua di tepi tingkap serta di dalam bilik penyediaan alatan.Ini bertujuan
memudahkan aktiviti eksperimen dijalankan bagi kemahiran manipulatif iaitu membersihkan
peralatan dengan betul.Saliran longkang yang dibina di dalam makmal juga membantu
pengaliran air dari

singki ke luar dan membantu pengaliran dan mengelakkan masalah

longkang tersumbat.

Singki di tepi kelas

Notis Amaran dan peraturan

Di dalam bilik sains sekolah saya ada ditampal panduan keselamatan dan peraturan di
bilik sains. Di awal persekolahan murid-murid di terangkan tentang keselamatan semasa
berada di bilikl sains. Mereka juga diingat tentang larangan makan dan minum serta membawa
beg masuk ke dalam bilik sains.. Di bahagian sudut info maklumat ,turut dinyatakan tentang
perkara yang patut dan tidak sepatutnya dilakukan semasa berada di bilik sains.Selain itu jadual
penggunaan juga di tampal di sudut info dan ini dapat mengelakkan murid yang masuk ke bilik
sains dengan sewenang-wenangnya. Selain daripada itu pelan kebakaran turut ditampal di
papan info di sudut hadapan hujung kelas bagi rujukan murid dan tindakan yang patut di ambil

semasa berlaku kebakaran. Selain daripada itu peti kecemasan turut diletakkan di dalam bilik
sains bagi membantu murid yang mengalami kecederaan ringan sahaja,

Peti kecemasan yang diletakkan


di tepi dinding

Info maklumat berkaitan dengan pelan kebakaran

Peringatan mengutamakan keselamatan

carta simbol bahan berbahaya

Kekerapan penggunaan Bilik Sains untuk Pengajaran dan Pembelajaran


Penggunaan bilik sains di sekolah ini digunakan sepenuhnya oleh murid tahap 1 dan tahap
2..Banyak aktiviti yang dijalankan di dalam bilik sains ini seperti aktiviti berkumpulan,
eksperimen dan menyiasat tentang kehidupan. Secara keseluruhannya murid murid
menggunakan sepenuhnya bilik sains ini. Jadual di bawah menunjukkan jadual penggunaan
bilik sains sekolah.
Masa/Hari

Isnin

Selasa

7.45-8.15

5 Kalaivaani

8.15-8.45

5 Saraswathy

8.45-9.15

Rabu

Khamis

1 Kalaivaani
2Kalaivani

9.15-9.45

2
5 Kalaivaani

9.45-10.15
10.15-10.35

1 Saraswathy
R

10.35-11.05
11.05-11.35

6 Kalaivaani

5 Saraswathy

4 Saraswathy

11.35-12.05

12.05-12.35
12.35-1.05

3 Saraswathy

6 Saraswathy

4 Kalaivaani

1.05-1.35

6 Kalaivaani
Jadual penggunaan bilik sains

Pengurusan Aset
Aset merujuk kepada harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan
kerajaan yang diberi atau yang disewa beli dengan wang kerajaan,yang diterima melalui
sumbangan atai hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan. Manakala aset alih ialah
aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain termasuk aset yang dibekalkan
atau dipasang dengan bangunan. Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam tiga jenis. Buku Stok
Bekalan Pejabat - untuk merekodkanperalatan dan bahan kimia yang luak serta nilai harganya
adalah rendah Buku Stok Inventori - untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya
kurang RM500.00 Buku Stok Harta Modal - untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang
berharga RM500.00 dan keatas.
Di makmal sains sekolah ini pengurusan aset dijalankan sebaik mungkin. Bilangan dan
keadaan perabot sentiasa dipantau ( Rujuk lampiran )Setiap kerosakan akan dilaporkan dan
tindakan drastik akan di ambil dengan membaik pulih kepada keadaan asal. Ini bertujuan
mengelakkan pembaziran yang lebih besar berlaku.Kabinet dan almari bercermin sentiasa
dijaga bagi mengelakkan kerosakan. Buku stoks sains disimpan di pejabat dan dipantau oleh
pentadbir sekolah dan sepatutnya setiap kali pembelian ketua panitia akan mengisi dan
mengemaskini buku stok.

Penambahbaikan Bilik Sains


Dalam pengurusan bilik sains sekolah ,banyak perkara yang perlu ditambah dalam
meningkatkan pengurusan

dan penyusunan bilik sains sekolah. Kelengkapan kabinet dan

alatan sains boleh dikatakan mencukupi namun ada alatan seperti bateri , mentol, kertas litmus
yang tidak boleh digunakan dan dikira lupus. Bagi mengatasi masalah tersebut alatan atau
bahan akan dimohon untuk kegunaan 2015 dengan menggunakan peruntukan PCG bagi
panitia sains.Penambahan alatan bagi menggantikan yang

telah rosak dan habis

penggunaannya perlu dibuat dari semasa dan Alatan yang masih boleh digunakan diletakkan di
almari kaca bagi tujuan penyimpanan. Bagi alatan yang mudah rosak ,ia disimpan dengan elok
di tempat penyimpanan yang telah ditetapkan.contohnya seperti magnet disimpan dengan cara
penyimpanan yang betul bagi mengelakkan magnet hilang daya kemagnetan.
Pengurusan aset perlu ditingkatkan memandangkan buku stok alatan tidak dikemaskini
secara terpeinci. Perkara ini perlu dibawa ke mesyuarat pentadbiran dan mesyuarat panitia
dimana semua guru sains perlu bertanggungjawab dalam pengurusan stok bilik sains.Guru
sains perlu diberi kursus tentang pengurusan bilik sains dan pengurusan buku stok.Jika ini
didedahkan secara meluas ,guru guru dapat manfaat dalam pengurusan bilik sains. Langkahlangkah keselamatan di perbanyakkan dan ditampal di setiap ruang di dalam bilik sains. Guru
sains juga boleh memperbanyakkan salinan dan di tampal di setiap buku kerja sains murid.
Susunan meja dan kerusi rasanya tidak perlu di ubah suai memandangkan kedudukannya lebih
tersusun dan memudahkan aktiviti kumpulan dijalankan . Selain itu eksperimen dapat dijalankan
dengan baik.Penggunaan papan putih juga banyak membantu kepada aktiviti PdP di dalam
kelas.
Bilik sains sekolah ini masih lagi belum boleh diiktiraf kan sebagai makmal bestari
kerana infasukturnya masih lagi belum lengkap . Penggunaan LCD belum dilengkapi bersama
dengan penggunaan komputer di dalam bilik sains memandangkan setiap kali mesyuarat
panitia dan mesyuarat guru perkara ini sudah diusulkan namun sekolah mengalami masalah
kekangan kewangan . Langkah mengatasi masalah ini ialah
komputer

bagi

melayari

laman

sesawang

untuk

membawa murid ke makmal


tujuan

pengajaran

dan

pembelajaran.Contohnya tayangan video tentang alam semesta dan juga kejadian fasa- fasa
bulan serta tayangan slaid yang lain.

Keselamatan bilik sains juga perlu ditingkatkan lagi dengan pemasangan alat pemadam
api di dalam bilik sains. Buat masa ini alat pemadam api diletakkan di luar bangunan yang jauh
dengan bilik sains.Perkara ini juga pernah diusulkan dalam mesyuarat panitia,namun tiada
tindakan yang diambil bagi meningkatkan keselamatan bilik sains.Kelengkapan bilik sains juga
ditingkatkan dengan adanya akuarium di hadapan kelas dimana murid-murid dapat melihat
dengan jelas tentang hidupan air. Begitu juga dengan maklumat maklumat yang terdapat di
dinding kelas bilik sains. Murid dapat merujuk maklumat berkaitan mata pelajaran sains hanya
dengan menjadikan dinding sebagai sumber ilmu. Fakta fakta sains ditampal disekeliling bilik
sains. Dibahagian belakang kelas juga sudut bacaan disediakan bagi membantu murid
mendapatkan info tambahan bagi sains. Penyediaan sudut info maklumat dan sudut bahan
bacaan adalah salah satu daripada konsep Makmal Bistari. Dalam hal ini sebahagian sahaja
yang dapat kita ikuti dalam mewujudkan Makmal Bestari kerana bilik sains ini tidak ada
kemudahan talian internet dan LCD bagi pengajaran bestari di dalam kelas.

Sudut bacaan

maklumat di dinding kelas

Penutup
Melalui ciri-ciri makmal bestari didapati bilik sains sekolah masih lagi belum mampu
untuk mencapai gelaran makmal sains bistari. Ia berdasarkan kepada infrasuktur dan alatan
yang ada di dalam bilik sains. Pengurusan bilik sains juga kurang mantap dengan penggunaan
bilik kerja yang hanya semata-mata digunakan unuk menyimpan peralatan dan bahan rujukan.
Selain itu bilik sains sekolah rendah juga tidak dibekalkan dengan bahan kimia dan eksperimen
yang dijalankan adalah secara asas sahaja.Disamping itu juga makmal bestari juga dikaitkan
dengan penggunaan LCD dan akses internet untuk pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat
di bilik sains ini, untuk mengakses internet pelajar perlu bergerak ke makmal komputer dan
belum lagi boleh sama dengan ciri-ciri makmal bestari.Dari segi pengurusan aset, kelemahan
yang paling ketara ialah pengendalian buku stok dimana tidak dikemaskini secara teratur.
Secara keseluruhan boleh dikatakan bilik sains ini dalam kategori baik kerana
infrasuktur yang lengkap,susun atur meja dan kerusi serta perabot dalam keadaan teratur dan
baik serta arahan keselamatan dan peraturan penggunaan bilik sains yang lengkap di dinding
serta kemudahan lain seperti sudut bacaan dan satu set akuarium yang lengkap dengan
hidupan air.Kesimpulannya bilik sains ini perlu di naik tarafkan lagi dan pengurusan bilik sains
perlu dicemerlangkan dan

penggunaan komputer dan internet perlu diperluaskan agar dapat

mencapai ciri ciri makmal bestari seperti yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

You might also like