Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat pagi dan selamat sejahtera


Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang Berusaha Encik Phoon Chong Chee,
Pengetua, SMK St Michael, Ipoh
Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan,
Pemimpin-pemimpin pelajar,
seterusnya murid dan pelajar SMK St Michael, Ipoh yang dikasihi sekalian.
Saya, Cikgu__________________________________ bersama-sama dengan Cikgu
_____________________________ dan Cikgu ___________________________________
ialah guru bertugas sepanjang minggu ini, mulai dari 26 Julai hingga 30 Julai 2010; bersamaan
14 Syaaban hingga 18 Syaaban 1431 Hijriyyah. Seperti biasa, pelajar boleh merujuk guru
bertugas jika terdapat perkara yang perlu dibantu.
Sebagai guru bertugas, izinkan kami menyampaikan beberapa panduan yang boleh diambil
ingatan supaya segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sebab utama kita
berada di sekolah ini dapat berjalan lancar tanpa gangguan yang boleh menjejaskannya.
Marilah kita membetulkan semula niat kita bermula pada saat kita berhimpun pada pagi ini
bahawa kehadiran kita ke sekolah ialah untuk menggilap potensi dan fakulti yang ada dalam
diri masing-masing secara optimum. Maksudnya, murid dan pelajar hendaklah berfikiran besar
bahawa pengorbanan kecil yang bakal dilakukan sepanjang minggu ini pastinya menyumbang
terhadap kejayaan diri sendiri dan rakan-rakan. Pengorbanan kecil yang dimaksudkan ialah
kerjasama bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.
Persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik ialah sikap menghormati ilmu dan proses
menuntut ilmu. Hormati guru, hormati kawan-kawan dan hormati diri sendiri supaya proses
pembelajaran

di

bilik

kokurikulum)

berlangsung

darjah,

dan

dengan

juga

aktif,

di

luar

menyeronokkan

bilik

darjah

dan

(kegiatan

terkawal.

koakademik

dan

disiplin

dan

Jagalah

sahsiah diri.
Satu lagi perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam proses belajar ialah somatik, iaitu
ruang

pergerakan

dalam

bilik

disokong

darjah,

oleh

tubuh

badan

kemasukan

kebersihan

dan

yang
cahaya

menyokong
dan

keceriaan

udara
tempat

pembelajaran
yang

cukup.

belajar.

seperti
Selain

Justeru,

susun
itu,

setiap

atur

aspek
orang

kedudukan

somatik
murid

mesti
dan

pelajar
keceriaan

hendaklah
bilik

sentiasa

darjah

berpakat

masing-masing

dalam

memastikan

menggambarkan

kepekaan

bahawa

tahap

yang

tinggi

kebersihan
terhadap

dan
amalan

kesihatan diri dan sekeliling.


Kesimpulannya, ketiga-tiga orang guru bertugas akan memberi fokus terhadap sumbangan
murid dan pelajar SMK St Michael, Ipoh ke arah wujudnya persekitaran pembelajaran yang
selesa

dan

terbaik.

Saya

bagi

pihak

guru

bertugas

minggu

ini

percaya

kalian

boleh

melakukannya.
Sekian sahaja.
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat belajar dan terima kasih.

Everything is not perfect in this world. Sometimes any thing doesnt run
well as our hope. We have to do the best thing we could, when we
realized this we could be patient, and wise to overcome the problem, if
we face the worst thing that could have, so that it doesnt bear another
problem.
That is all about criteria of qualified teacher, thanks for all your attention.
Be the best or #1 good afternoon
Assalamualaikum Wr. Wb.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, selamat sejahtera.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru kanan, rakan guru, pemimpin
pelajar dan serta seluruh warga SKBPT yang dikasihi sekalian.
Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya cikgu Jumadil bersama seorang lagi rakan sejawat
saya iaitu cikgu Rasiah Atak telah diamanahkan untuk menjadi guru bertugas memantau dan
merekod keadaan persekitaran sekolah. sepanjang minggu lalu. Terlebih dahulu saya
mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada
majoriti atau sebahagian besar warga SK Batu Payong Tawau yang telah berusaha
menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.
Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang minggu lalu,
proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah laku melencong juga didapati tidak lagi
dominan dalam kalangan pelajar. Cuma beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki lagi agar
budaya positif sekolah menampakkan pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.

~Kehadiran murid~
Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma dalam hari-hari
tertentu menunjukkan sedikit penurunan akibat faktor cuaca yang tidak menentu. Faktor
hujan yang berterusan sepanjang hari menyebabkan sebilangan murid terutama yang berjalan
kaki ke sekolah tidak dapat menghadirkan diri ataupun terpaksa datang lewat ke sekolah.
(Majoriti murid di sekolah ini adalah datangnya daripada pejalan kaki yang tinggal
berhampiran dengan kawasan sekolah).
Beberapa pelajar juga khasnya daripada tahun 5 dan 6 telah terpliih untuk mewakili sekolah
dalam sukan MSSDT selama dua hari iaitu pada 8 dan 9hb Febuari (Rabu dan Khamis) di
Stadium Kompleks Tawau.
~Disiplin, dan Keselamatan~
Beberapa murid khususnya murid tahap 1 telah ditegur ekoran tindakan mereka bermain
dalam keadaan hujan. Akibatnya, pakaian dan kasut mereka basah kuyup sekaligus telah
menyukarkan mereka untuk belajar dalam kelas dalam keadaan yang selesa.
Hal ini dibimbangi akan mengakibatkan murid jatuh sakit. Pada minggu lalu juga, hanya
seorang murid tahun 6 sahaja yang datang membuat aduan akibat keadaan kesihatannya yang
kurang baik. Hasil keizinan daripada Penolong Kanan 1, murid tersebut telah dibenarkan
pulang bersama ibunya yang datang mengambil di sekolah.
~Sikap dan siasah~
"Budaya salam menyalam" sebelum ini pernah disebut dalam perhimpunan lalu. Namun
terdapat beberapa pelajar yang masih belum mempraktikkan sepenuhnya amalan ini. Murid
yang terserempak dengan mana-mana guru di sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan
lihat sahaja tanpa memberi salam atau hormat kepada guru yang mendidik mereka.
Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi yang berbudi bahasa.
Terima kasih diucapkan kepada mana-mana murid yang berusaha proaktif membantu guruguru mereka mengangkat barang-barang ke tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan
menjadi ikutan murid-murid lain.
~Kebersihan~
Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan terdapat beberapa kelas
walaupun tempat telah disediakan tong sampah, namun kertas dan plastik masih lagi
bertebaruan di bawah meja. Semasa pulang sekolah, adalah diharapkan semua murid untuk
mengangkat kerusi masing-masing ke atas meja bagi memperlihatkan ikilm kelas yang teratur
dan kondusif.
Sekian sahaja laporan kami selaku guru bertugas untuk minggu ini. Sekali lagi saya ucapkan
terima kasih kepada semua warga SKBPT yang selama ini berusaha untuk mencapai objektif
yang telah digariskan oleh dasar pendidikan negara. Teruskan tradisi kecemerlangan SKBPT.
Buktikan kepada diri sendiri, orang lain dan dunia luar, SKBPT sentiasa boleh diharap dan
boleh dipercayai.

Akhir kata, kami selaku guru bertugas minggu lalu ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul yang akan disambut pada esok hari.
Banyakkan amalan sunat dan senitiasa berselawat ke atas nabi junjungan kita Rasulullah
s.a.w. Sibukkan diri dengan amal kebaikan dan kebajikan. Mudah-mudahan Allah memberkati
kita, Insya-Allah.
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat belajar... Ngeee~ (",)

You might also like