Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KETUA SETIAUSAHA

Kementerian Kesihatan Malaysia


Aras 12, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA

,ffi,
Tel.: 03-8883 2533
Faks: 03-8889 5245

Rujukan : Bil.( 26 )dlm KK(S)-280(20I836) Jld. 4

Tarikh

: l1-November 2015

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
Pengarah-Pengarah Kanan
Setiausaha-Setiausaha Bahagian
Pengarah-Pengarah Bahag ian
Pengarah-Pengarah Kesihatan Negeri
Pengarah-Pengarah Hospital Negeri
Pengarah-Pengarah I nstitusi

SURAT PEKELILING KETUA SETIAUSAHA


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BIL. 9 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN


LUAR / KERJA SAMBILAN BAG! PENJAWAT AWAM DI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TUJUAN

1.

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

permohonan mendapatkan kelulusan melakukan pekerjaan luar

I kerja sambilan

bagi pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaras

dengan Peraturan

5, Peraturan-Peraturan

Tatatertib) 1993 tP U.(A) 3951.

Pegawai Awam (Kelakuan dan

LATAR BELAKANG

2.

Peraturan 5, Peraturan-Peraturan PegawaiAwam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam tidak dibenarkan untuk


melakukan sebarang pekerjaan luar tanpa terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

3.

Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai kawalan dalaman bagi memastikan

aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5 [P.U.(A) 395].

SYARAT.SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR / KERJA SAMBILAN DI


KKM

4.

Berikut ialah syarat-syarat meluluskan pekerjaan luar / kerja sambilan:-

4.1 Pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan


masing-masing tertakluk kepada prestasi kerja dan keperluan
perkhidmatan. Dalam menimbangkan untuk menyokong atau tidak

sesuatu permohonan, Ketua Jabatan hendaklah

mengambil

perhatian tentang tata kelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan


5 (3) [P.U.(A) 395] seperti berikut:

4.1.1 tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa


pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;

4.1,2

tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk

menjejaskan kegunaan pegawai

itu sebagai seorang

pengkhidmat awam; dan

4.1.3

tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk

bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi

tidak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai


seorang pengkhidmat awam.
4.2 Pemohon tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan

rasmi penjawat awam (Contoh. kenderaan, telefon dan lain-lain)


untuk sebarang tujuan berkaitan pekerjaan luar lkerja sambilan;

4.3 Tempoh kelulusan melaksanakan pekerjaan luar / kerja sambilan

adalah dua (21 tahun. Sebarang pelanjutan

memerlukan

permohonan baharu;
\-

4.4 Kebenaran melakukan pekerjaan luar

kerja sambilan adalah

terbatal secara automatik apabila pegawai/kakitangan berpindah

tempat kerja. Pegawai/kakitangan tersebut perlu

mendapatkan

kebenaran dari Ketua Jabatan yang baharu sekiranya masih ingin


melakukan pekerjaan luar lkerja sambilan.

PIHAK BERKUASA MELULUSKAN

5.

Kuasa untuk meluluskan permohonan adalah tertakluk

kepada

pertimbangan Ketua Jabatan masing-masing.

6.

Ketua Jabatan berhak menarik balik kelulusan yang telah diberikan jika

pemohon didapati melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

PERANAN KETUA JABATAN

7.

[P.U.(A) 395] menjelaskan definisi Ketua Jabatan adalah


seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan,
Peraturan

institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan

Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi


kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab.

8.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memberi penerangan serta

nasihat yang sewajarnya mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada


pegawai dan kakitangan yang terlibat.

9.

Semasa Ketua Jabatan meluluskan sesuatu=permohonan pekerjaan luar t

kerja sambilan, penglibatan pemohon dengan aktiviti lain selain dari tugas rasmi
serta kekerapan dan tempoh masa yang digunakan hendaklah diambil kira bagi
memastikan bahawa pekerjaan luar

I kerja sambilan yang dipohon tidak akan

menambah beban kerja hakiki di pejabat. Pihak berkuasa meluluskan hendaklah

memastikan perkara yang dinyatakan ini diperiksa balas seperti mana yang
diperuntukkan

di dalam setiap ruangan format borang permohonan yang

disertakan.

TINDAKAN TATATERTIB

10.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengawasi pegawai dan

kakitangan dari semasa ke semasa yang didapati melakukan pekerjaan luar lkerja

sambilan tanpa kebenaran ataupun pegawai dan kakitangan yang telah diberi
kelulusan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

11.

Tindakan tatatertib hendaklah diambil terhadap pegawai yang melakukan

pekerjaan luar lkerja sambilan tanpa kebenaran atau telah melanggar mana-mana
syarat seperti mana di bawah [P.U.(A) 395].

12.

Tindakan tatatertib juga boleh dikenakan kepada mana-mana Ketua


Jabatan yang didapati cuai menyelia aktiviti pekerjaan luar I kerja sambilan
pegawai dan kakitangannya atau tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN

13.

Pegawai dan kakitangan yang bercadang melakukan pekerjaan luar

t kerja

sambilan hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan dokumen


berikut:-

13.1 satu salinan Borang Permohonan Melakukan Pekerjaan Luar KKM


seperti di Lampiran A (sila sertakan bersama senarai tugas
pegawai untuk pekerjaan luar lkerja sambilan yang berkenaan);

13.2

Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Ketua Jabatan (jika perlu).

14.

Pihak yang menguruskan sumber manusia disarankan untuk menjadi urus

setia bagi menyelaras permohonan pekerjaan luar

I kerja sambilan di jabatan,

institusi, agensi atau unit masing-masing.

15.

Contoh surat pemakluman kelulusan permohonan menjalankan kerja luar

adalah seperti di Lampiran 81 dan Lampiran 82.

LAPORAN BERKALA MENGENAI STATUS PERMOHONAN MELAKUKAN


PEKERJAAN LUAR / KERJA SAMBILAN

16.

Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan kepada Kementerian / Jabatan

Kesihatan Negeri (JKN) laporan status pekerjaan luar

kerja sambilan yang

diluluskan di bawah organisasi masing-masing bagi tempoh dua (2) tahun sekali

atau mengikut keperluan dari masa ke semasa yang difikirkan perlu oleh Unit
lntegriti dengan menggunakan borang seperti di Lampiran C untuk tujuan rekod.
Laporan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantai ke alamat berikut:

Unit Integriti
Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 5, Blok E3, Kompleks

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

(u.p: Seksyen Pematuhan)

17.

Bagi memudahkan urusan pemantauan dan kawalan di peringkat pusat,

setiap JKN adalah dipohon untuk mengumpul dan menyelaras maklumat


berkenaan status pekerjaan luar I kerja sambilan daripada semua Pejabat
Kesihatan / Klinik Kesihatan / Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat.

TARIKH KUATKUASA

18.

Surat Pekeliling ini tidak terpakai untuk permohonan melaksanakan


pekerjaan luar I kerja sambilan (lokum) bagi Pegawai Perubatan, Pegawai
Pergigian

dan Pegawai Farmasi.

Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai

berkenaan masih perlu mematuhi Garis Panduan ini sekiranya hendak melakukan
pekerjaan luar lkerja sambilan selain daripada lokum.

19.

Surat Pekeliling ini adalah berkuat kuasa mulai daripada tarikh

ia

dikeluarkan.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

CHEN CHAW MIN)

s.k.

Ketua Pengarah Kesihatan

Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Kesihatan


Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Kesihatan

You might also like