Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PEKEBUN KECIL RISDA 2013

PANDUAN PELANTIKAN PEMBANCI

BAHAGIAN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK,


IBU PEJABAT RISDA,
KUALA LUMPUR

BAB 1
PELANTIKAN PEMBANCI
1. LATAR BELAKANG
RISDA akan menjalankan Banci Pekebun Kecil 2013 bagi mewujudkan Pangkalan
Data Pekebun Kecil Getah dan Sawit yang baru dan terkini. Peruntukan bagi Banci
Pekebun Kecil disediakan di bawah belanjawan pembangunan dan dikawal oleh
Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik yang juga bertanggungjawab
sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pemandu Banci Pekebun Kecil 2013.

2. PELANTIKAN PEMBANCI
Peruntukan kewangan Banci Pekebun Kecil RISDA 2013 menggunakan bajet
pembangunan. Kuasa Ketua Pengawal bagi pelantikan Pembanci diturunkan
kepada

PRN/PRD/PRJ/PRB

Tanggungjawab

di

mana

operasi

banci

dijalankan.

Pusat

akan menentukan bilangan Pembanci yang diperlukan dan

melantik Pembanci di kalangan penduduk tempatan yang menepati syarat


kelayakan

yang

ditetapkan

serta

berpengetahuan

berkenaan

dengan

masyarakat, loghat dan kebudayaan tempatan.


Syarat-syarat lain yang perlu diambilkira dalam memilih Pembanci adalah seperti
berikut :
2.1 Syarat-syarat Pengambilan Pembanci
a) Kerakyatan

b) Kelulusan Akademik:

Minimum Lulus Sijil Pelajaran Malaysia

dan Pengalaman

Warganegara Malaysia

(SPM) atau kelayakan yang


setaraf dengannya

c) Umur Minimum

18 tahun pada tarikh temuduga

d) Bahasa

Berkebolehan bertutur dan


memahami bahasa yang paling
2

meluas digunakan di
kawasan
bancian dibuat.
e) Berkebiasaan

i) Seberapa boleh calon-calon


hendaklah dipilih dari penduduk
tempatan.
ii) Pembanci hendaklah melaksanakan
kerja banci sepenuh masa.
iii) Pembanci juga tidak terikat dengan
kerja dari mana-mana organisasi
sepanjang tempoh kerja bancian
dilaksanakan.
f) Pengangkutan
:
Keutamaan
hendaklah diberi kepada calon-calon
yang mempunyai kenderaan sendiri dan
mempunyai lesen memandu kelas B2
atau D yang sah.

2.2

Ciri-Ciri Pembanci Yang Dikehendaki


a) Mempunyai pengetahuan tentang kawasan dan penempatan penduduk
di kawasan berkenaan
b) Mengetahui bahasa, budaya dan adat resam penduduk tempatan
c) Menetap di kawasan bancian
d) Mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk tempatan
e) Sanggup bertugas enam ( 6 ) hari seminggu

2.3

Norma Pembanci Dan Penyelia


a) Bilangan Pembanci yang akan dilantik bagi sesebuah kawasan banci
hendaklah diasaskan kepada komposisi etnik Pekebun Kecil dalam

kawasan tersebut. Secara purata seorang Pembanci akan dilantik bagi


setiap 240 orang Pekebun Kecil bagi Semenanjung dan 150 orang
pekebun kecil bagi Sabah dan Sarawak seperti di Lampiran 1.
b) Maklumat ini adalah anggaran sahaja berasaskan kepada data yang
disimpan oleh Ibu Pejabat. Namun demikian Pusat Tanggungjawab boleh
mengubahsuai senarai ini mengikut keperluan sebenar masing-masing.
Bagi memudahkan urusan mengenalpasti dan melantik Pembanci, adalah
disyorkan supaya Pusat Tanggungjawab menghubungi dan mendapatkan
kerjasama

pemimpin

tempatan.

Pusat

Tanggungjawab

hendaklah

menyediakan senarai bakal-bakal Pembanci secukupnya lebih awal


dari tarikh banci.
c) Pusat Tanggungjawab hendaklah menentukan semua urusan iklan
pengambilan, sesi temuduga dan perlantikan Pembanci diselesaikan
selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013 bagi membolehkan program latihan
Pembanci dimulakan pada awal bulan Jun 2013.
Dalam masa yang sama latihan kepada Penyelia banci hendaklah
dijalankan bagi memudahkan urusan latihan kepada Pembanci yang
dilantik.

3. PROSEDUR PELANTIKAN PEMBANCI


a) Pusat Tanggungjawab hendaklah mempamerkan iklan jawatan Pembanci
di tempat-tempat yang sesuai seperti di pejabat-pejabat kerajaan,
sekolah, dewan orang ramai, pejabat penghulu, masjid dan hebahan
melalui Ketua Kampung/imam. Contoh iklan adalah seperti di Lampiran 2
(Masa, tarikh dan tempat akan ditentukan oleh PT) dan Borang
Permohonan Jawatan di Lampiran 3.
b) Pusat Tanggungjawab hendaklah mendaftarkan borang permohonan yang
telah diterima secara manual sepertimana format di Lampiran 4.

c) Pusat Tanggungjawab hendaklah menubuhkan Ahli Panel Temuduga


Pembanci yang dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan RISDA dan
menjalankan temuduga untuk memilih Pembanci-Pembanci.
d) Dicadangkan Ahli Panel Temuduga Pembanci seperti berikut:a. Pengerusi

: Pegawai Kumpulan Profesional/Gred 36/32/27

b. Setiausaha

: Pegawai Kumpulan Sokongan I/Gred 26/22

c. Ahli

: Pegawai Kumpulan Sokongan II /Gred 17

e) Ahli Panel temuduga menggunakan Borang Penilaian Temuduga seperti


format Lampiran 5 dan kemudian mendaftarkan calon Pembanci yang
telah layak dan berjaya di dalam sistem i-census.

4. SURAT TAWARAN DAN PENERIMAAN KERJA


a) Surat tawaran kepada calon-calon yang berjaya sebagai Pembanci
dikeluarkan

oleh

PRN/PRD/PRJ/PRB

yang

berkenaan

dengan

menggunakan Surat Tawaran Sebagai Pembanci Sambilan RISDA seperti


di Lampiran 6 (Sem.) atau (S&S) dan disertakan bersama Syarat-Syarat
Perkhidmatan di Lampiran 6A(Sem.) bagi Pembanci di Semenanjung dan
Lampiran 6A(S&S) bagi Pembanci Sabah dan Sarawak. Manakala, Surat
Penerimaan Tawaran di Lampiran 6B. Hanya Lampiran Surat Tawaran
kepada pembanci yang boleh dijana melalui i-Census.

5.

SURAT SUMPAH PENYIMPAN RAHSIA


Pusat Tanggungjawab hendaklah menentukan setiap Pembanci sama ada
diwartakan atau tidak hendaklah menandatangani

a.

Surat Akuan Rahsia Rasmi, 1972 seperti di Lampiran 8.

6.

TEMPOH PERKHIDMATAN PEMBANCI


Setelah ditawarkan jawatan sebagai Pembanci, seseorang Pembanci akan
bertugas sepenuh masa sepanjang tempoh banci. Dalam konteks ini, tempoh
perkhidmatan Pembanci meliputi tempoh operasi seperti berikut:
Tempoh Banci
Latihan Pembanci

Tidak melebihi 3 bulan ( termasuk tempoh latihan )


:

2 hari di tempat yang akan ditentukan oleh


Setiausaha Banci Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian

7.

PEMBANCI TAMBAHAN
a) Pusat Tanggungjawab hendaklah menentukan bilangan Pembanci yang
dilantik adalah 10% lebih daripada angka sebenarnya yang diperlukan bagi
sebuah PRN/PRD/PRJ/PRB. Ini adalah kerana dijangka beberapa Pembanci
setelah dilantik akan menghadapi masalah tertentu dan tidak dapat
menjalankan tugas seperti yang diharapkan. Pembanci tambahan yang
dilantik ini akan menggantikan Pembanci yang mungkin meletak jawatan atau
ditamatkan perkhidmatan kerana kerja yang tidak memuaskan.
b) Pusat Tanggungjawab akan menentukan semua Penyelia dan Pembanci
termasuk Pembanci tambahan dilantik untuk tempoh yang sama seperti yang
telah disebutkan di atas. Mereka juga dikehendaki menghadiri latihan banci.

8.

SURAT PENGENALAN PEMBANCI


a) Pusat Tanggungjawab hendaklah memastikan semua Pembanci diberi Surat
Pengenalan Pembanci seperti di Lampiran 9 dan hendaklah dikeluarkan
kepada Pembanci sebelum operasi sebenar banci dijalankan.
b) Semua Pembanci dikehendaki membawa Surat Pengenalan ini sepanjang
masa bertugas sebagai Pembanci.

9.

TAG NAMA UNTUK PEMBANCI


a) Pusat Tanggungjawab hendaklah membekalkan tag nama kepada setiap
Pembanci.
b) Semua Pembanci dikehendaki memakai tag nama ini sepanjang masa
bertugas sebagai Pembanci.

10. SURAT PENAMATAN PERKHIDMATAN PEMBANCI


a) Sekiranya perlu, perkhidmatan seseorang Pembanci boleh ditamatkan.
Dalam hal sedemikian, Pusat Tanggungjawab hendaklah mengeluarkan
surat penamatan perkhidmatan kepada Pembanci yang berkenaan mengikut
surat seperti di Lampiran 10.

11. PEMBANCI BERHENTI KERJA


a) Semasa banci sedang berjalan, ada kemungkinan beberapa orang Pembanci
akan meletakkan jawatan atau perkhidmatan mereka ditamatkan kerana kerja
yang tidak memuaskan. Dalam hal seperti ini, Pusat Tanggungjawab
hendaklah mengagihkan semula Pembanci-Pembanci dengan menggunakan
Pembanci tambahan yang telah disebutkan di atas.
b) Sekiranya bilangan yang ditamatkan perkhidmatan melebihi 10%, Pusat
Tanggungjawab boleh mendapatkan Pembanci yang diperlukan itu daripada
senarai calon yang asal. Pusat Tanggungjawab hendaklah melaporkan
pengambilan tersebut kepada Urusetia Banci Ibu Pejabat dengan secepat
mungkin.

12. PERTUKARAN PEGAWAI/KAKITANGAN


a) Pusat Tanggungjawab hendaklah menentukan pertukaran pegawai dan
kakitangan yang terlibat dalam banci berada pada paras minimum dalam
tempoh jangka banci. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang gangguan ke
atas jadual-jadual banci yang telah disediakan.

13. LAPORAN PELANTIKAN PEMBANCI


a) Setiausaha Banci PRN/PRD/PRJ/PRB akan menyedia dan menyerahkan
senarai lengkap Pembanci kepada Urusetia Banci, Ibu Pejabat dan sesalinan
senarai Pembanci kepada Penyelia Banci bagi kawasan yang berkenaan.

14. SURAT PENGHARGAAN KEPADA PEMBANCI


a) Semua Pembanci yang telah menyempurnakan tugas dengan jayanya akan
diberikan surat penghargaan apabila

kerja-kerja operasi banci telah

ditamatkan. Surat dalam bentuk Sijil Penghargaan kepada Pembanci ini akan
disediakan oleh Urusetia Banci Ibupejabat iaitu Bahagian Dasar dan
Perancangan Strategik.

15. PERUNTUKAN KEWANGAN


a) Peruntukan bagi Banci Pekebun Kecil RISDA 2013 disediakan di bawah
Belanjawan Pembangunan dan dikawal oleh Pengarah Bahagian Dasar dan
Perancangan Strategik yang juga bertanggungjawab sebagai Ketua Pasukan
Petugas Banci Pekebun Kecil RISDA 2013
b) Waran Peruntukan akan dikeluarkan kepada Pusat Tanggungjawab daripada
vot ini bagi tujuan pembayaran gaji Pembanci dan perbelanjaan latihan
termasuk elaun tugas luar dan perjalanan.
8

c) Dalam semua urusan kewangan berkaitan dengan Banci Pekebun Kecil


RISDA 2013, Pusat Tanggungjawab hendaklah menentukan semua peraturan
kewangan RISDA dan peraturan lain yang berkaitan dipatuhi sepenuhnya.

16. PEMBAYARAN UPAH IKUT KERJA ( PIECE RATE) DAN INSENTIF PEMBANCI
a) Orang awam yang diambil bekerja sebagai Pembanci akan dibayar upah.
Kadar upah ikut kerja adalah seperti berikut :
Upah Pembanci

Semenanjung - RM 6.50 / Borang


Sabah dan Sarawak - RM 54.00 / Hari

Kaedah Bayaran

2 Minggu Sekali

Caruman KWSP

Rujuk Jadual 1 (Lampiran 12)


(Diuruskan oleh PRN/PRD/PRJ/PRB)

Perlindungan Insurans

Insuran Kemalangan Diri Berkelompok


diuruskan oleh Bahagian Dasar dan
Perancangan Strategik

Elaun Perjalanan

i)

Semenanjung - RM100/bulan

ii)

Sabah
dan
Sarawak
RM150/bulan atau mengikut
kadar elaun perjalanan bagi
tugas rasmi.

b) Jadual bayaran bagi caruman KWSP ditunjukkan dalam Jadual 1 di


Lampiran 12. Butir-butir pendaftaran dan borang

berkaitan KWSP

hendaklah diuruskan oleh PRN/PRD/PRJ/PRB. Bagi tujuan pendaftaran


KWSP, Ketua Pusat Tanggungjawab disyorkan untuk menjemput Pegawai
KWSP ke pejabat pada hari Pembanci melapor diri.
c) PRN/PRD/PRJ/PRB adalah bertanggungjawab dalam urusan pembayaran
upah ikut kerja, tuntutan perjalanan dan sebagainya kepada Pembanci yang
terlibat dalam projek banci di kawasan pentadbiran masing-masing.

d) Setiausaha

Banci

Negeri

hendaklah

memastikan

tanggungjawab

ini

disempurnakan dengan sebaiknya. Sehubungan itu, rekod pentadbiran


terperinci hendaklah disimpan supaya pembayaran dapat dibuat mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
17. PELANTIKAN KETUA PENYELIA/PENYELIA BANCI
a) Pengurusan RISDA telah mengambil keputusan supaya Ketua Stesen diberi
tanggungjawab sebagai Ketua Penyelia Banci Pekebun Kecil RISDA 2013
mengikut stesen yang dijaga.
b) Manakala Pembantu Pertanian akan diberi tanggungjawab sebagai Penyelia
Banci Pekebun Kecil RISDA 2013 mengikut kawasan/mukim yang dijaga
bersesuaian dengan tugas harian mereka.
c)

Oleh kerana taburan dan bilangan pekebun kecil berbeza-beza mengikut


kawasan, Setiausaha Banci Negeri/Daerah adalah dibenarkan membuat
pengubahsuaian mengikut keperluan.

18.

BILIK OPERASI BANCI PRN/PRD/PRJ/PRB DAN STESEN


a) Untuk melicinkan perjalanan kerja bancian, PRN/PRD/PRJ/PRB hendaklah
membuka bilik operasi banci disetiap stesen yang melaksanakan operasi
banci. Bilik ini akan diletak di bawah Penyeliaan Ketua Penyelia Banci.
b) Sementara

itu,

Setiausaha

Banci

membuka

bilik

operasi

di

PRN/PRD/PRJ/PRB bagi menyelaras semua operasi banci dari setiap stesen


di bawah seliaannya.
c) Kerja berkaitan dengan operasi banci hendaklah dijalankan di bilik
berkenaan.

Disamping itu bilik ini akan juga digunakan sebagai tempat

menyimpan maklumat banci.

10

d) Setiausaha Banci PRN/PRD/PRJ/PRB perlu mengumpul semua borang banci


yang lengkap dan menghantar ke Urusetia Banci Ibu Pejabat setiap minggu.

Jom Jayakan -

Disediakan oleh;
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik,
Tingkat 9, Ibupejabat RISDA.

11

You might also like