LAtest

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 31

1.

PENDAHULUAN
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula
sistem

pendidikan

negara

Malaysia

secara

menyeluruh

dalam

usaha

membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah


mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan
standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi
negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input
daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah mengubah sistem dengan memberi
sokongan

kepada

guru

dan

penekanan

kepada

kemahiran

teras.

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tentang kementerian yang


akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan
mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa tempoh
pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah
peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di
dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki
pendekatan pelantikan dan melaltih pengetuia dan guru besar.
Malah, akan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan
numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Selain itu, Kementerian juga
akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri
dan daerah untuk meningkat kualiti sokongan bagi membantu semua sekolah.
Menjeang peringkat akhir Gelombang 1, Kementerian akan
memastikan semua guru, pengetua dan guru besar dan juga sekolah mencapai
tahap minimum standard kualiti yang telah ditetapkan.

2. PELAN TINDAKAN: PEMBENTUKAN DAN APLIKASI KURIKULUM DAN


PENAKSIRAN ABAD KE-21
GELOMBANG 1 (2013-2015): PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM SEDIA ADA
DAN PERSEDIAAN UNTUK PERUBAHAN SEKITAR.
Hasrat kementerian bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti kurikulum dan
pentaksiran, tetapi juga mencapai kesepaduan yang lebih kukuh antara kedua-dua
aspek ini.
1. Memurnikan Dan Menilai Semula Kandungan Kurikulum Sejajar Dengan
Standard Antarabangsa
KSSR dan KBSM akan terus dimurnikan selaras dengan dasar yang menekankan
bahawa kurikulum kebangsaan perlu menggabungkan amalan terbaik pada peringkat
antarabangsa dan diolah dalam satu standard yang dapat membentuk warga
Malaysia yang mampu bersaing pada peringkat global.
2.

Mempergiatkan

Sistem

Sokongan

Bagi

Guru

Untuk

Meningkatkan

Penyampaian Kurikulum
Peranan SISC+ akan dipertingkatkan daripada separuh masa kepada sepenuh
masa. Mereka akan ditempatkan di pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan menjadi
pegawai penghubung antara BPK, LP, dan guru. SISC+ bertanggungjawab dalam
pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baharu, memperkukuhkan latihan guru
dalam kemahiran pedagogi, dan memantau keberkesanan pelaksanaan. Pengenalan
SISC+ ini akan membawa kepada dua faedah iaitu, mengurangkan lapisan birokrasi
dalam penyampaian kurikulum dan pentaksiran dan memberikan latihan langsung
kepada guru.
3. Penambahbaikan Kerangka Pentaksiran Bagi Meningkatkan Jumlah Soalan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pemantauan rutin yang kerap akan memastikan sekolah yang menghadapi
kesukaran untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dikenal pasti
dengan cepat. Guru dan guru besar daripada sekolah ini akan menerima latihan
daripada SISC+ di sekolah mereka tentang cara menetapkan dan menjalankan
pentaksiran berasaskan sekolah, terutamanya mengenai pemarkahan mengikut
rujukan standard. Disamping itu, KPM juga akan menambah secara sistematik
2

bilangan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah
dan peperiksaan awam.
4. Merintis International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP)
Sebagai Alternative Kepada Pembelajaran
Kementerian akan menjalankan projek rintis IB MYB untuk murid sekolah menengah
di 10 buah sekolah bermula pada tahun 2013. Sekolah yang menjadi sampel
merupakan sekolah band 1 hingga band 4 termasuk SMK Bandar, luar Bandar dan
Sekolah menengah kebangsaan agama. Sekolah yang dipilih berdasarkan kriteria
yang ditetapkan dengan member tumpuan kepada kepimpinan dan infrastruktur.
Program IB Middle Years ini akan menggunakan kurikulum kebangsaan. Pendekatan
pedagogi menekankan penggunaan aktiviti berasaskan projek, teknik menyoal bagi
membentuk keupayaan murid untuk berfikir aras tinggi, serta membolehkan murid
menggabung jalin pengetahuan dari pelbagai disiplin.
5. Memperkenalkan LINUS 2.0 Dan Meluaskan Skop Untuk Literasi Bahasa
Inggeris
Linus 2.0 akan dibentuk berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani isu
literasi bahasa Inggeris serta literasi bahasa Malaysia, dan isu numerasi. Murid yang
ketinggalan akan dikumpulkan di dalam kelas yang tertentu dan diajar berdasarkan
keperluan mereka. Guru yang mengajar murid ini akan menerima latihan khusus bagi
memastikan mereka dapat mengaplikasikan strategi terbaik yang dapat membantu
murid ini menguasai kemahiran yang dikehendaki dan akan diserapkan semula
dalam kurikulum arus perdana.

3. PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PENGUASAAN BAHASA SECARA


MELUAS
GELOMBANG 1 (2013-2015): MEMPERKUKUH SISTEM SEDIA ADA
Memberi tumpuan kepada penambahbaikkan sistem sedia ada. Dalam masa tiga
tahun akan datang kementerian akan menumpukan usaha kepada menyelaraskan
standard kurikulum Bahasa Malaysia yang sama di semua sekolah, meningkatkan
sistem penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, dan
menambahkan peluang untuk mempelajari bahasa tambahan bagi murid yang bukan
dari SJK .
1. Meningkatkan Standard Bahasa Malaysia Terutama Di Sekolah Jenis
Kebangsaan
Bagi mengatasi masalah tahap penguasaan bahasa Malaysia yang rendah di SJK,
pada tahun 2014 kohort Tahun 4 akan menggunakan kurikulum Bahasa Malaysia
yang sama dengan sekolah kebangsaan tetapi akan mengekalkan Bahasa Cina atau
Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran lain. Selain itu, untuk
Tahun 4 hingga 6, kelas pemulihan sehingga lima jam seminggu akan diadakan
untuk murid yang mengalami masalah dalam Bahasa Malaysia.
2. Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu
Selaras dengan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI), bahasa Malaysia akan menjadi bahasa pengantar di
semua sekolah kebangsaan, termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik .
Manakala SJK akan terus menjadi bahasa pengantar iaitu Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Selain itu, menggalakkan ahli akedemik menghasilkan lebih banyak penulisan
dalam bahasa Malaysia. Di samping itu institut Tejemahan buku Malaysia turut
diperkasa untuk menterjemah lebih banyak kajian antarabangsa dan istilah penting
dalam Bahasa Malaysia. Latihan kursus dan kursus juga dalam bahasa Malaysia
yang dikendalikan oleh dewan Bahasa dan Pustaka dan universiti tempatan
ditambah.
3. Memperkukuh Pengajaran Bahasa Inggeris
Kementerian akan menguji tahap kemahiran 70,000 guru bahasa Inggeris menjelang
akhir tahun 2012 menggunakan Cambrige Placement Test (CPT). Guru akan
diklasifikasikan mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka, iaitu

cekap, memerlukan latihan tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih setahun
untuk mencapai tahap kemahiran, dan memerlukan latihan tambahan separuh masa
berbentuk imersif lebih dua tahun untuk mencapai tahap kemahiran. Guru yang tidak
mencapai tahap kemahiran akan diberi kursus intensif bahasa inggeris pada tahun
2013. Kursus intersif ini melibatkan lapan minggu program imersi dan lapan minggu
kursus pembelajaran kendiri. Pada akhir tahun, guru ini akan dinilai dan mereka yang
maseh belum mencapai tahap kemahiran minimum dalam Cambrige Placement Test
akan diberi masa dua tahun untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka.
Hal yang demikian, peranan English Langguage Training Centre (ElTC)
dalam kementerian akan diperkukuhkan untuk memberikan latihan secara berkesan
kepada guru bahasa Inggeris serta membangunkan program dan bahan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kementerian juga akan melancarkan beberapa
siri inisiatif MBMMBI untuk memperkukuh sistem penyampaian bahasa Inggeris.
Program Oral Proficiency in English for Secondary School (OPS English) memberi
tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur yang
sekarang ini dalam proses pemurnian selepas menempa kejayaan dalam program
rintis yang dijalankan.

4. PELAN TINDAKAN: MEMPERCEPATKAN PENINGKATAN SEKOLAH MELALUI


DAERAH DAN NEGERI
GELOMBANG 1 (2013-2015): MENTRANSFORMASIKAN KEPIMPINAN NEGERI
DAN DAERAH
Kementerian telah membangunkan program transformasi negeri dan daerah
(Program Transformasi daerah) bagi membolehkan

semua negeri dan daerah

meningkatkan prestasi sekolah. Menjelang tahun 2015, program ini bermatlamat


mengurangkan sekolah Band 7 kepada sifar, mengurangkan jurang Bandar dan luar
bandar sebanyak 25%, dan meningkatkan kehadiran murid sebanyak 95%.
1. Mengupaya Kepimpinan Tempatan
Kementerian akan menganjakkan tanggungjawab yang melibatkan sekolah kepada
JPN dan PPD dan akan melaksanakan peranan yang strategik. Begitu juga, peranan
JPN yang akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong PPD dalam
melaksanakan tanggungjawab baharu dan mengurangkan penlibatan secara terus
dengan sekolah.
PPD akan bertindak sebagai barisan hadapan dan menyokong peningkatan
prestasi sekolah. PPD akan terlibat secara langsung dengan sekolah secara kerap
untuk untuk melatih, membimbing, dan memantau prestasi. Perluasan peranan ini
melibatkan;
a) Menetapkan sasaran untuk setiap sekolah.
b) Menyediakan bimbingan untuk guru dan pengetua/guru besar.
c) Memantau dan menggunakan data untuk memaklumkan aktiviti
penambahbaikan sekolah.
d) Memastikan pengetua/guru besar dan guru bertanggungjawab
terhadap prestasi dan mengadakan diolog prestasi.
e) Mewujudkan kerjasama antara sekolah, contohnya
f)

perkongsian amalan terbaik.


Menetapkan pemberian sumber

kepada

sekolah

memerlukan.

2. Menetapkan Sistem Untuk Mencapai Matlamat Yang Sama


6

yang

melalui
paling

Kementerian telah menetapkan satu set KPI berdasarkan matlamat sistem yang
berteraskan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. KPI ini disebabkan ke
peringkat bawah dari kementerian hingga ke sekolah untuk memastikan matlamat
yang hendak dicapai adalah tekal dan koheran. Pengesanan pencapaian
berdasarkan KPI ini akan dijalankan bermula dari peringkat kebangsaan, setiap JPN,
PPD dan sekolah.
3. Memberi Sokongan Kepada Organisasi Yang Paling Memerlukan
PPD akan mewujudkan dasar pengurusan berpusat untuk membangunkan satu
sistem intervensi yang menjurus kepada konteks tertentu di sekolah. JPN akan
menyalurkan sumber dan sokongan yang diperlukan untuk melaksanakan inisiatif ini.
Satu daripada isu yang akan dapat diselesaikan melalui kaedah yang fleksibel ini
ialah kehadiran pelajar. Masalah kehadiran murid biasanya berpunca daripada
pelbagai faktor antaranya kurang akses ke sekolah, sikap ibu bapa, persekitaran
sekolah yang tidak menarik kepada murid.

5. PELAN TINDAKAN: MENTRANSFORMASIKAN PROFESION KEGURUAN


MENJADI PROFESION PILIHAN
GELOMBANG 1 (2013-2015): MENINGKATKAN STANDARD DAN SISTEM
SOKONGAN
Menumpukan kepada peningkatan standard profesionalisme, dan menambah baik
sistem sokongan dan persekitaran kerja. Oleh itu empat langkah telah diambil
pertama meningkatkan standard kemasukan, kedua mengukur prestasi berdasarkan
kompetensi,

ketiga

profesionalisme

meningkatkan

berterusan,

dan

jumlah
akhir

peruntukan

sekali,

dalam

mengurangkan

pembangunan
beban

tugas

pentadbiran guru.
1. Meningkatkan Standard Kemasukan Bagi Guru Pelatih Dan Ambilan Guru
Baharu
Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan
memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang
tamat persekolahan.Selain itu kementerian bercadang mengecilkan saiz ambilan
guru sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan.
Seterusnya, bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan
yang setara bagi program latihan perguruan.
Kementerian juga akan menetapkan standard yang lebih ketat untuk
bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai
guru permulaan bawah Kementerian. Pada masa hadapan, guru permulaan akan
dipilih hanya apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka
perolehi melalui praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan.
2. Mengukuhkan Kaitan Antara Prestasi Dengan Kompetensi
Kementerian menyediakan satu instrument yang mengandungi kompetensi yang
perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka.
Kompetensi ini merentas empat dimensi yang berbeza iaitu pengajaran dan
pembelajaran, nilai-nilai profesional, aktiviti di luar bilik darjah, dan sumbangan
profesional. Instrumen ini akan dirintis pada tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun
2014 bagi menggantikan semua instrumen yang ada pada masa ini, termasuk LNPT.

3. Menekankan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


Kementerian akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap aspek
keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio
program latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua
guru, seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid.
Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru. Modul lain akan dijadikan
elektif bagi membolehkan guru membuat pilihan berdasarkan minat dan kekuatan
peribadi, atau mana-mana bidang yang dikenal pasti untuk meningkatkan
profesionalisme guru. Dalam membangunkan portfolio ini, Kementerian akan lebih
menumpukan kepada program pembelajaran berasaskan sekolah.
Dua inisiatif akan dilancarkan pada Januari 2013 untuk memperkenalkan
guru kepada program pembangunan profesionalisme baharu. Inisiatif pertama ialah
pewujudan

perpustakaan

video

e-Guru

yang

menyediakan

koleksi

contoh

pengajaran terbaik. Inisiatif kedua ialah peluasan program bimbingan guru iaitu
Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement

Specialist

Coaches SISC+) yang pertama kali diperkenalkan di bawah Program Transformasi


Kerajaan (GTP) 1.0.
4. Meningkatkan Kualiti Persekitaran Kerja Guru
Kementerian akan mengambil dua tindakan utama. Pertama, Kementerian telah
mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada untuk
menghapuskan pertindanan keperluan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan
bagi proses awal penyeragaman data iaitu, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid daripada
peperiksaan semester berasaskan sekolah, Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan

Sekolah

(SPPBS)

yang

digunakan

untuk menjejak

keputusan

pentaksiran berasaskan sekolah dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang


mengandungi data sekolah dan guru. Kedua, Kementerian akan mengenal pasti
kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas
melebihi 35 orang murid. Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik
darjah

tambahan,

penempatan

semula

penguatkuasaan kuota enrolmen.

guru

tambahan,

dan

mengetatkan

6. PELAN TINDAKAN: MEMASTIKAN SEORANG PENGETUA BERPRESTASI


TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH
GELOMBANG 1 (2013 HINGGA 2015): MENINGKATKAN STANDARD PEMILIHAN
DAN SISTEM SOKONGAN
Kementerian akan menyeragamkan standard dan menambahbaik proses pemilihan
dan penyediaan pengetua dan guru besar baru dengan mengambil kira 40%
daripada pengetua dan guru besar sedia ada akan bersara dalam tempoh lima
tahun. Selain itu, kementerian juga melabur dalam pembangunan keupayaan
pengetua dan guru besar sedia ada dengan melalui Program Continuous
Professional Development(CPD) yang lebih baik dan memperkukuhkan hubung kait
antara prestasi dan kompetensi.
1.

Menggunakan

Kriteria

Pemilihan

Yang

Tidak

Berasaskan

Tempoh

Perkhidmatan Dan Membangunkan Proses Pemilihan Yang Standard


Untuk meningkatkan kompetensi dan memastikan pengetua dapat berkihmat bagi
tempoh yang lama sebelum mereka bersama. Ianya adalah untuk memastikan
semua bakal pengetua dan guru besar mempunyai kompetensi kepimpinan
minimum. Contohnya, mempunyai pengalaman sebgai ketua bidang atau guru
penolong kanan. Selain itu, kementerian akan melantik hanya calon-calon yang
mempunyai perkhidmatan minimum tiga tahun sebelum persaraan dan yang telah
menyempurnakan program latihan NPQEL. Selain itu, kementerian akan melakukan
proses peralihan secara terus antara pengetua yang akan bersara denan pengetua
yang akan mengantikan beliau.
2. Semakin Semula Insetif Bagi Jawatan Yang Sukar Diisi
Menyemak set insetif sedia ada bagi jawatan yang sukar diisi seperti di luar bandar
dan sekolah berprestasi rendah. Selain itu, kementerian akan menyediakan laluan
pantas kenaikan pangkat kepada pengetua dan guru besar setelah mereka
menyempurnakan tempoh perlantikan luar bandar.
3.

Mewujudkan

Program

Residensi

Pengetua

Dan

Guru

Besar

Dan

Mengukuhkan Program Immersion Sedia Ada


Program residensi ialah suatu program setempat yang membolehkan bakal pengetua
berada selama satu bulan bersama-sama pengetua atau guru besar yang akan
keluar daripada sekolah tersebut. Ini membantu mereka menyesuaikan diri dengan

10

sekolah dan tidak langsung dapat menerima pementoran daripada pengetua dan
guru besar yang berpengalaman. Program immersion pula ilah suatu program rasmi
pementoran pengetua. Melalui program ini, pengetua akan menjalani tujuh hari dan
empat puluh dua jam bimbingan daripada pengetua berpengalaman atau Rakan
Peningkatan Sekolah (School Improvement Partnet SiPartner+).
4. Mengukuhkan Kaitan Antara Prestasi Dengan Kompetensi
Kementerian akan memperkenalkan satu instrument yang menyatakan dengan jelas
kompetensi yang diharapkan daripada pengetua dan guru besar pada setiap
peringkat perkhidmatan. Instrumen ini akan dijalankan pada tahun 2013 dan akan
dilaksankan sekali dengan instrument kompetensi guru pada tahun 2014. Penilaian
ini adalah berdasarkan empat dimensi, iaitu kepimpinan, nilai-nilai professional,
sumbangan dan jalinan kerjasama. Selain itu, kementrian mencadangkan penilaian
pengetua dan guru besar terhadap kedua-dua aspek utama iaitu kompetensi individu
dan impak mereka terhadap sekolah masing-masing. Oleh itu, skor akhir akan
mengandungi komposit skor prestasi individu yang akan ditmabah dengan skor
peningkatan sekolah. Namun begitu, peratusan tepat bagi setiap komponen belum
lagi diputuskan.
5. Memperkukuhkan Program Pembangunan Profesionalisme
Kementerian

akan

menambah

pelaburan

dalam

memberikan

sokongan

pembangunan professional bagi pengetua dan guru besar. IAB akan menambah
portfolio latihan dengan meningkatkan keberkesanan dan kerelevanan setiap
program. Ianya akan menekankan kepada pembinaan kemahiran kepimpinan
terutamanya berkaitan dengan kebolehan menyesuaikan struktur dalaman, kaedah
dan prosedur dalam memenuhi keperluan guru dan murid. Selain itu, IAB juga akan
memastikan pengetua dan guru besar mengikut pelbagai program yang bersesuaian
denga tahap prestasi yang berbeza beza. Sebagai contoh, pengetu berprestasi
tinggi berpeluang untuk menjalani program sandaran di agensi kerajaan lain atau
syarikat swasta tetapi pengetua dan guru besar yang berprestasi rendah akan
mendapat manfaat daripada bimbingan intensif daripada SiPartner+.

11

7. PELAN TINDAKAN: MERAPATKAN JURANG PELAKSANAAN


GELOMBANG 1 (2013 - 2015) : MENETAPKAN SEMULA PERANAN DAN
MENGUKUHKAN JPN DAN PPD
Mengabungkan perancangan jangka panjang tentang struktur dan fungsi yang
dihasratkan, dan langkah jangka pendek untuk meningkatkan peranan PPD yang
bertanggungjawab mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah melalui inisiatif
peringkat daerah yang sistematik.
1. Membangunkan Visi Yang Jelas
Kerjasama dengan agensi pusat, khususnya JPA akan dilakukan bagi menentukan
dengan jelas organisasi kementerian yang akan distrukturkan semula. Selain
merangkumi peranan, struktur organisasi, serta bilangan pegawai di peringkat pusat,
negeri dan daerah, ia juga merangkumi perincian tentang cara pelaksanaan. Pada
penghujung tahun 2013, pelan akhir akan dipersetujui oleh pihak berkaitan dan
pelaksanaannya akan berkuat kuasa pada tahun 2014.
2. Menghalusi Peranan Dan Tanggungjawab Di Peringkat Pusat, Negeri Dan
Daerah
Peranan dan tanggungjawab yang akan dicadangkan bagi setiap peringkat adalah
seperti berikut iaitu Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan
makro dan penggubalan dasar. JPN pula akan diberi tumpuan kepada penyelarasan
dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi penghubung yang penting di
antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah. JPN akan dapat
mengemaskini pelaksanaan program dan inisiatif berdasarkan keperluan daerah di
dalam negeri tersebut. Selain itu, JPN juga akan bertanggungjawab dalam
memantau kemajuan setiap PPD dan menggalakkan kerjasama dan perkongsian
amalan terbaik di sleurah daerah. Kemudian, JPN juga akan berurusan dengan pihak
berkepentingan di peringkat kementerian dan peringkat negeri untuk menyelaraskan
sumber untukm memastikan impak yang lebih berkesan. Bagi PPD pula, mereka
akan bertindak sebgai rakan pembantu dan pemantau sekolah. PPD perlu
mempunyai kebolehan untuk menganalisi data sekolah, mengesan punca masalah
dan mereka bentuk pelbagai bantuan dan sokongan kepada sekolah. Selain itu, yang
paling utama sekali adalah, PPD akan menyepadukan kesemua arahan daripada
Kementerian dan JPN. Ini dapat mengurangkan kerenah birokrasi serta ketidak
12

sampaian maklumat. Kemudian, JPN dan PPD juga akan diberi kuasa dalam
membuat keputusan dalam bidang tertentu seperti penempatan pengetua dan guru
besar.
3. Memperkukuh Kepimpinan JPN Dan PPD
Usaha ini dapat dilaksanakan dengan dengan menilai prestasi pemimpin JPN dan
PPD sedia ada berdasarkan kecekapan kepimpinan. Pemimpin akan dikategorikan
kepada kumpulan yang berprestasi tinggi, sederhana dan lemah. Pemimpin JPN dan
PPD yang gagal mempamerkan peningkatan walaupun setelah diberi sokongan akan
dinilai semula dan mungkin dipindahkan untuk mengisi jawatan lain.
4. Penempatan SISC+ dan SiPartners Sepenuh Masa
Dengan mewujudkan sepenuh masa di PPD, pembimbing guru dan pengetua atau
guru besar akan dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas sebagai mentor
dan membina hubungan yang kukuh dengan para guru, pengetua dan guru besar.
Jenis sokongan yang diberikan oleh SISC+ dan SiPartners+ akan disesuaikan
mengikut tahap prestasi sekolah tersebut.
5. Meningkatkan Pembinaan Keupayaan Dan Pengurusan Prestasi Semua
Pegawai JPN Dan PPD
Kementerian akan memberikan penerangan yang jelas tentang perubahan aktiviti
harian pejabat dan aktiviti pegawai. Pihak PPD juga akan diberi bimbingan untuk
beralih kepasa tugas memberi sokongan dan berkongsi amalan terbaik dengan pihak
sekolah. Selain itu, perubahan ini akan disokong dengan proses penilaian prestasi
yang baru yang dikaitkan dengan pencapaian keberhasilan utama dan kemahiran
yang diperlukan. Sasaran ini disesuaikan dengna tahap dan situasi yang berbeza di
setiap negeri dan daerah. Kementerian juga akan melakukan program pembangunan
professional berterusan (CPD) yang ditambah baik seperti tajaan atau pinjaman
kewangan kepada pegawai kementerian melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah,
sarjana atau kedoktoran, mengikut kesesuaian.
6. Menyatukan Sistem Pengumpulan Dan Pengurusan Data Untuk Membina
Platform Bagi Membuat Keputusan
Kementerian akan menghubungkan sistem data (merangkumi data operasi dan
kewangan) untuk mendapat pandangan yang jelas dan tepat tentang prestasi.
Kementerian akan menggunakan 1 BestariNet sebagai platform utama bagi menjalin

13

semua data. Antara usaha akan dilakukan adalah mengenal pasti set data utama
bagi membolehkan keputusan penting dibuat, menilai kemampuan pangkalan data
sedia ada malah meningkatkannya sekiranya perlu. Matlamatnya adalah untuk
memastikan data dapat diakses dengan mudah dan tepat pada masanya bagi
membantu proses membuat keputusan di semua peringkat.

14

8. PELAN TINDAKAN: MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID UNTUK


SETIAP RINGGIT YANG DIBELANJAKAN
GELOMBANG 1 (2013 - 2015): MEWAJARKAN KEJAYAAN SEGERA
Kementerian akan memberi tumpuan dalam mengkaji semula program-program dan
pembelanjaan mengurus dalam jangka masa pendek dalam usaha untuk
meningkatkan keberkesanan berbelanja dan mengagihkan semula sumber kepada
penggerak yang mempunyai impak yang besar ke atas keberhasilan murid. Setakat
ini, 37 billion telah atau disemak semula untuk pewajaran. Semakan semula
perbelanjaan mengurus tertumpu kepada program khusus dan perbelanjaaan
pengurusan pendidikan, malah semakan perbelanjaan pembangunan sedang
dilaksanakan.
1. Kajian Semula Dasar Dan Program Nasional
Penyusunan semula keutamaan dan pewajaran program dipandu oleh tiga prinsip
teras iaitu yang pertama iaah keberkesanan. Iaitu setiap program perlu mempunyai
impak yang signifikan, pulang positif dan boleh diukur berasaskan bidang
keutamaam. Teras yang kedua ialah Kecekapan bagi setiap program perlu
dilaksanakan dengan menggunakan sumber dengan cekap dan teras yang ketiga
ialah Bersepadu iaitu setiap program harus disepadukan dengan lancar dengan
program lain bagi mengelakkan pertindihan usaha atau percanggahan positif dan
impak. Melalui usaha pewajaran ini, Kementerian dijangka akan dpat menjimatkan
kos tahunan bagi inisiatif yang tidak diberi keutamaan sebanyak rm579 juta hingga
rm813 juta menjelang tahun 2015. Selain itu, sebarang inisiatif baru yang
diperkenalkan akan tertakluk kepada penilaian yang ketat. Perkara yang perlu
dikemukakan adalah impak positif yang berpotensi kepada murid, guru dan pengetua
atau guru besar. Tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan
program dan mengenal pasti sama ada sumber ini baru atau agihan semula dan
yang terakhir adalah keperluan keseimbangan (trade-offs) daripada pengagihan
semula sumber ini.
2. Menyemak Semula Proses Perolehan
Kementerian boleh mengambil peluang untuk mengetakan proses perolehan apabila
kontrak sedia ada tamat dan perlu diperbaharui bagi memastikan sistem pendidikan
mendapat nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan. Tujuan utamanya adalah untuk
membolehkan pemadanan antara permintaan dan juga penawaran. Selain itu,
langkah yang lain adalah menawarkan kontrak perkhidmatan tertentu yang tidak
15

dapat dilaksankan oleh Kementerian kepada pihak berkuasa. Usaha ini akan
dijangka dapat menjana penjimatan tahunan sebanyak rm190 juta. JPN dan PPD
juga perlu membuat penanda aras perbelanjaan berdasarkan prestasi rakan setara
dan memberi perjelasan sekiranya terdapat perbezaan yang ketara di dalam
perbelanjaan mereka.
3.

Menerapkan

Bajet

Berasaskan

Outcome

(OBB)

Dalam Pengurusan

Kewangan
Memberi tumpuan kepada hasil yang diharapkan dan keputusan dicapai daripada
perbelanjaan kerajaan. Inisiatif ini mengandungi beberapa komponen. Pertama,
Kementerian akan memastikan bajet mengurus dan pembangunan tahunan selaras
dengan keutamaan yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Kedua,
menghubungkan permohonan pembiayaan kepada sasaran berasaskan outcome.
Ketiga ialah menghubung dan meyelaras sistem data ke dalam dashboard
bersepadu. Tindakan ini akan menyediakan maklumat yang relevan dan tepat pada
masanya kepada Kementerian. Dan yang terakhir sekali ialah Kementerian akan
meningkatkan kemahiran semua kakitangan pentadbiran yang relevan menjelang
2015 dala disiplin yang kritikal seperti pengurusan perakaunan dan pengurusan nilai.

16

9. PELAN TINDAKAN: MENGGUNA PAKAI STANDARD INFRASTRUKTUR


SEKOLAH SERAGAM, DISESUAIKAN DENGAN KEPERLUAN SETEMPAT
GELOMBANG 1 (2013 2015): MEMASTIKAN INFRASTRUKTUR ASAS YANG
MEMPUNYAI STANDARD BAIK UNTUK SEMUA SEKOLAH
Semua sekolah akan memenuhi standard minimum yang boleh diterima
infrastruktur asas seperti yagn ditakrifkan menjelang 2015.

bagi

Kementerian akan

melaksanakan proses pembaikkan dan menaik taraf sekolah secara berperingkat.


Kementerian juga akan menguatkuasakan analisis pengurusan nilai dan penilaian
kos kitar hayat untuk projek besar yang bernilai lebih daripada rm50 juta.
Kementerian juga telah mengenal pasti langkah-langkah yang boleh menjimatkan
kos sehingga 70% untuk naik taraf projek. Sebagai contoh, dengan membenarkan
pihak sekolah dikawasan pendalaman memilih saiz sekolah mengikut keperluan
mereka dan menggunakan bahan alternative yang lebih tahan lama seperti komposit
fiber. Kesepaduan pangkalan data sedia ada bagi menyediakan keperluan
infrastruktur yang bersepadu dan tepat pada masanya.
Selain itu, kementerian akan memastikan tahap optimum penyelenggaraan
peralatan sekolah dan kemudahan sedia ada dengan menyediakan peruntukan
tahunan sekolah bagi tujuan tersebut.

17

10. PELAN TINDAKAN: MEMANFAATKAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN


GELOMBANG 1 ( 2013 HINGGA 2015 ): MEPERTINGKATKAN ASAS ICT
Di dalam Gelombang 1 ini, Kementerian meningkatkan keupayaan ICT dengan asas
sedia ada bagi memastikan kemudahan ICT asas dan kompentensi baik dan tidak
terikat dengan mana-mana landasan teknologi khusus. Keutamaan adalah untuk;
i.

Memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup dengan

ii.

peralatan ICT,
Menyediakan pendidikan dengan platform pembelajaran dengan

iii.

jaringan jalur lebar yang mencukupi bagi pemgunaan ICT,


Memastikan guru dan murid mempunyai kemahiran asas dalam ICT
dan

menambahbaik

sistem

pemantauan

bagi

menyediakan

pentaksiran yang tepat kemajuan ICT


1. Menyediakan Infrastruktur Untuk Jaringan Dan Landasan Pembelajaran
Melalui 1BestariNet
Di bawah projek ini, 10000 sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara akan
dilengkapi akses internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya ( virtual learning
environment (VLE) pada penghujung 2013. Kementerian akan memastikan semua
guru dilatih dan cekap mengunakan VLE menjelang 2015.
2. Pembekalan Lebih Banyak Peralatan ICT
Kementerian akan memberi tumpuan kapada pembekalan lebih banyak peralatan
ICT, kepada murid dan guru selain komputer seperti tablet atau komputer pintar,
kerana peranti digital semakin lama semakin bersepadu serta terbaru. Selain
alternatif kepada kemudahan ICT sedia ada ( makmal komputer), Kemeterian akan
menguji penggunaan kaedah terbaru yang kurang mengunakan sumber seperti
kaedah perpustakaan dan pusat sumber. Sasaran untuk nisbah minimum satu
komputer untuk 10 orang murid dalam usaha menyediakan komputer yang
mencukupibagi murid untuk mempelajari ICT.
3. Memastikan Semua Guru Damn Pegawai Celik ICT
Kerajaan akan memastikan semua guru berada dalam tahap mininum literasi ICT
pada

akhir

2015

bagi

mencapai

standard

sebahagian

daripada

latihan

praperkhidmatan guru dengan pembangunan profesional yang dikenali dalam VLE


1BestariNet. Kakitangan bukan Kementerian juga akan sentiasa dilatih dalam ICT
untuk memastikan mereka berkemahiran di dalam menyelesaikan tugas.
18

4. Peralihan Dalam Kandungan Yang Direka Pengguna


Melalui sistem 1BestariNet yang diperluas, Kemeterian memindahkan perkhidmatan
ICT sedia ada seperti EduWeb TV kepada VLE. Sokongan ini akan menghasilkan
lebih banyak kandungan yang dibina penguna seperti perpustakaan.
5. Pengurusan Data Bersepadu Untuk Sekolah Dan Kementerian
Kementerian akan menyatukan pelbagai pangkalan data dan sistem penerusan
maklumat.

19

11. PELAN TINDAKAN: PENYELARASAN DENGAN SISTEM PENDIDIKAN


BERPRESTASI TINGGI
GELOMBANG

1 (2012-2015): PELUASAN

SEGERA PRASEKOLAH

DAN

MEMPERTINGKATKAN ENROLMEN PADA SEMUA PERINGKAT PENDIDIKAN


Memberikan

tumpuan

lebih

melaksanakan

pengubahbaikan

segera

dalam

pendidikan prasekolah. Memasarkan tahap pencapaian akses sejagat dan


Kementerian fokus menggerakan usaha yang berterusan bagi meningkatkan
pendidikan lain.
1. Peningkatan Enrolmen Dan Penambahbaikan Kualiti Prasekolah
Kementerian memberikan tumpuan meningkatkan enrolmen dan kualiti prasekolah
secara serentak dalam Gelombang 1. Usaha ini mendapat peningkatan kesedaran
dalam kalangan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan prasekolah dan juga
menyediakan bantuan kewangan kepda keluarga berpendapatan rendah.
NKRA sedia ada meningkatkan enrolmen selari dengan insentif prasekolah.
Kementerian berkerjasama dengan sektor swasta memastikan terdapat tempat yang
mncukupi untuk menampun peningkatan permintaan. Pada tahun 2020, 50%
pendidikan prasekolah akan diusahakan oleh sektor swasta.
Kementerian akan meneliti semula geran per kapita bagi membolehkan
prasekolah menawarkan aktiviti kokurikulum yang lebih luas dan akan menkaji
semula geran bantuan makanan tambahan bagi memastikan murid mendapat
makanan berkhasiat untuk pertumbuhan kognatif murid.
Kerajaan telah menubuhkan Majlis ECCE pada 2011 yang bertanggungjawab
meningkatkan tahap profesionalisme swasta dan memenuhi piawai kebangsaan.
Semua prasekolah hendaklah menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan
Kementerian akan berkerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memastikan guru mempunyai akses
kepada pendidikan dan latihan yang sesuai dan juga menyediakan bantuan
pembiayaan kepada guru sedia ada yang tidak mempunyai Diploma dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi meningkatkan kelayakan.

20

2. Pengekalan Umur Permulaan Bagi Pendidikan Formal


Kemasukan ke sekolah rendah pada umur 6+ tahun akan diteruskan sebagai
permulaan pendidikan formal di Malaysia. Pengekalan dasar ini penting bagi
memberikan kanak-kanak masa yang mencukupi sebelum melangkah ke sekolah.
3. Peningkatan Enrolmen Pendidikan Rendah
Kementerian akan mengambil langkah spesifik untuk menangani isu yang melibatkan
kumpulan murid 5% kelompok kanak-kanak yang tidak berdaftar seperti anak-anak
Orang Asli dan Pribumi.
4. Pendidikan Menengah Diwajibkan Untuk Semua
Kementerian akan mewajibkan pendidikan menengah rendah dan menengah atas
mejelang 2015 bagi menjadikan pendidikan Malaysia sekata dengan piawai
antarabangsa. Langkah mengenal pasti murid yang dijangka akan tercicir di antara
sekolah rendah dan menengah.
5. Pengekalan Tempoh Pendidikan Formal Sedia Ada
Kementerian akan mengekalkan tempoh persekolahan diantara 12 hingga 13 tahun
bagi pendidikan formal.

21

12. PELAN TINDAKAN: PENCIPTAAN LALUAN PENDIDIKAN YANG PELBAGAI


GELOMBANG 1 (2013-2015): PENGUKUHAN PENDIDIKA VOKASIONAL
Kementerian menggunakan sumber tambahan dalam Pelan Tranformasi Vokasional
bagi memastikan pelan ini mencapai matlamat negara. Selain itu membangunkan
dan melaksanakan secara rintis intervasi bagi laluan pendidikan alternatif.
1. Meningkatkan Kesedarandan Bimbingan Terhadap Laluan Pendidkan Dan
Kerjaya Di Sekolah
Guru bimbingan dan kaunseling boleh membantu murid merancang laluan
pendidikan dan seterusnya mimilih hala tuju kerjaya. Kementerian aka meningkatkan
keutamaan dalam bidang kaunseling dan kerjaya ini disamping peranan lain
dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Disamping itu Kementerian
mrngeluarkan buku berkaitan akademik dan hala tuju kerjaya selain mengadakan
promosi yang berkaitan.
2. Membantu Pelan Tranformasi Vokasional
Pelan ini memerlukan lebih daripada 220,000 penempatan praktikum menjelang
tahun 2020. Kementerian akan mengukuhkan kerjasama denagn rakan industri bagi
menyediakan latihan semasa kerja kepada murid.
Kementerian

meneruskan

kerjasama

dengan

sektor

swasta

bagi

menyediakan penyelesaian yang kos efisien untuk pendidikan vokasional.


3. Pengukuhan Laluan Pendidikan Agama
Kementerian menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan
murid dengan ilmu berasaskan nilai Islam yang kukuh. Tambahan juga Kementerian
meningkatkan pengiktirafan antarabangsa bagi kelayakan pendidikan agama.
Mengekalkan bantuan kepada SABK dan meniliti peluang untuk memberikan
pembiayaan kepada SABK.
4. Penyediaan Bantuan Untuk Murid Berkeperluan Khas Dan Murid Pintar
Cerdas
Kementerian akan memberikan tumpuan untuk meningkatkan peluang pendidikan
kepada murid berkeperluan khas dan masalah pembelajaran, serta pelajar pintar. Ini
akan menderaskan program pendidikan pintar cergas yang berpotensi tingi bagi
mengenal pasti bidang yang boleh dipertingkatkan.
22

5. Penjenamaan Semula Tingkatan 6


Menjenamakan semula Tingkatan 6 dan STPM/STAM menggalakkan ramai murid
mengikuti pilihan kelayakan tersebut bagi memperkenalkan kemasukan ke universiti.

23

13. PELAN TINDAKAN: MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN DI SEKOLAH


GELOMBANG 1 (2013-2015): PENYEDIAAN ASAS
1. Pengukur Perpaduan Nasionalis Dalam Sistem Pendidikan
Pada 2014, Kementerian Pelajaran melancarkan kajian berbentuk longnitud tentang
perpaduan dalam kalangan murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 di seluruh negara.
Mengenal pasti perkara khusus dalam sistem pendidikan.
2. Menambah Baik Transisi Daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Kepada
Sekolah Menengah Kebangsaan
Memahami cabaran yang dihadapi oleh murid apabila bertukar daripada SJK (C) dan
SJK (T) yang menggunakan bahasa cina dan tamil ke SMK yang menggunakan
bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar, pelajar perlu menguasai bahasa
Malaysia untuk berjaya di sekolah Menengah.

24

14. PELAN TINDAKAN: MENUJU KE ARAH SISTEM PEMBELAJARAN


GELOMBANG 1(2013-2015): MENYOKONG PENGLIBATAN IBUBAPA DAN
INISIATIF SEKTOR SWASTA
1. Menggalakkan Kesedaran Melalui Kempen Pendidikan Kebangsaan
Akan menjalankan kajian kebangsaan tentang tahap penglibatan ibu bapa dan
komuniti dalam pendidikan. Kajian ini akan dijalankan di seluruh negara pada 2013
2. Pelancaran Sarana Penglibatan Untuk Sekolah
Kementerian akan mewajibkan sekolah membangunkan prospektus sendiri bagi
menyediakan ibu bapa dengan matlamat berkaitan aspirasi sekolah supaya ibu bapa
dapat merasai tanggungjawab bersama. Akan menyediakan instrumen untuk
mentafsir tahap penglibatan yang terkini di samping langkah-langkah yang jelas dan
menentukan bidang keutamaan .
3. Penyusunan Semula Bantuan Kewanag Bagi Mengukuhkan Penglibatan Ibu
Bapa
Kementerian Pelajaran bercadang untuk menyusun semula program bantuan
kewangan masa kini yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi
mengurangkan kos untuk menghantar anak ke sekolah. Bantuan akan diagihkan dua
kali setahun dengan menetapkan kehadiran murid yang minimum dan diwajibkan
sebagai syarat pengagihan kedua.
4. Meningkatkan Program Pengambilan Sekolah Angkat
Kementerian telah melancarkan program PINTAR (Promotion Intelligrnce, Nurturing
Talent And Advocating Responsibility) pada tahun 2006 bagi menggalakkan syarikat
untuk berkerjasama denagn sekolah yang kurang mendapat kemudahan dengan
memperkenalkan teknologi baru, aktiviti lepas sekolah, projek literasi, klinik
pendidikan dan ceramah motivasi kepada murid.

25

15. 11 ANJAKAN STRATEGI PELAN PEMBANGUNAN PELAJARAN


MALAYSIA(PPPM)
1. MENYEDIAKAN

KESAMARATAAN

AKSES

KEPADA

PENDIDIKAN

BERKUALITI BERTARAF KEBANGSAAN


Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,matematik dan

sains dengan taraf antarabangsa


Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) dan

semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017


Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk
meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada

2016
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada

100% menjelang 2020


Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6tahun kepada 11tahun
bermula pada umur 6 + tahun, disokong dengan program pengekalan
yangdisasarkan dan latiahn vokasional sebagi persediaan untuk

pekerjaan
Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada

murid dengan keperluan khusus


2. MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA
DAN BAHASA INGGERIS
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada
peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid

yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan


Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa

Inggeris
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan

peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris


Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang

2025
3. MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
Memperkukukan pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan

komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017


Memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih

focus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
Memperkembangan murid secara holistic dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan , 1 Kelab dan 1 Badan
Beruniform

26

Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk


memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan
sosio ekonomi

4. TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN


Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan

graduan 30% teratas


Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas

keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah


Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran

mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran


Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan

prestasi mulai 2016


Meningkatkan laluan

pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016


Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja

guru

untuk

peranan

kepimpinan,

pakar

dan proses pensijilan mulai 2025


5. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPAT SETIAP
SEKOLAH
Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan
memperkukuhkan

proses

perancangan

penggantian

bagi

pengetua/guru besar mulai 2013


Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua dan guru besar
mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian
bagi menambah baik sekolah, kurikulum, serta lebih akauntabiliti

terhadap meningkatkan keberhasilan murid


6. MENGUPAYAKAN JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN
PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program

yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014


Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk
lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan
pelaksanaan kurikulum, mulai dengan sekolah yang mencapai

prestasi tinggi dan menunjukan peningkatan prestasi besar


Memastikan 1005 sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas

menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak


7. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN
DI MALAYSIA
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui 1BestariNet bagi semua 10000 sekolah menjelang 2013

27

Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan


terbaik

bermula

dengan

perpustakaan

video

guru

terbaik

menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013


Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan
berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran

lebih khusus
8. MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN
KEMENTERIAN
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat
keputusan

terhadap

bajet

dan

personal,

serta

meningkatkan

akauntabiliti bagi KPI mulai 2013


Sekurang kurangnya 2500 lagi personel ditempatkan daripada KPM

dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014


Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150 200 jawatan

kepimpinan utama mulai 2013


Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian

mulai 2016
9. BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
SECARA MELUAS
Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka
melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada

kemajuan anak di sekolah (SAPS)


Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai

pelaksaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016


1000 biasiswa daripada sector swasta untuk murid berbakat daripada

komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa


Memperluas modal Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang
2025 dengan melibatkan kumpulan dan NGO yg berpotensi sebagai

pengajur
10. MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan
merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras
dengan anjakan keseluruhan kerajaan kea rah Buget Berasaskan

Keberhasilan (OBB)
Memanfaatkan peluang meningkatkan efisensi,dengan mengagihkan
peruntukan kepada

bidang

paling

kritikal

seperti peningkatan

kemahiran dan latihan guru


11. MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA
LANGSUNG
Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan
Insiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
28

Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan


2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan
dengan memasukkan meklumbalas daripada pihak berkepentingan
dan mengambilkira perkembangan persekitarannya

29

16. Rumusan

30

RUJUKAN
http://www.moe.gov.my/ppdlipis/v2/index.php/en/info-ppd/121-gelombang-1-pelantransformasi-pendidikan-malaysia-2013-2015
http://ppgb5upsi.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-20132015.html
http://psssksa.wordpress.com/category/isu-semasa-pendidikan/
http://www.moe.gov.my/ppdlipis/v2/index.php/en/info-ppd/121-gelombang-1-pelantransformasi-pendidikan-malaysia-2013-2015
http://www.google.com.my/search?
newwindow=1&biw=1366&bih=631&q=gelombang+pelan+pembangunan+pendidikan
+malaysia&oq=GELOMBANG+pelan+pembangunan+pendidikan&gs_l=serp.1.0.0l2j
0i5i30j0i8j0i8i5.4951640.4951640.0.4955417.1.1.0.0.0.0.154.154.0j1.1.0...0.0...1c.1.
14.serp.JjuqOW3brmo
http://www.moe.gov.my/ppdlipis/v2/index.php/en/info-ppd/121-gelombang-1-pelantransformasi-pendidikan-malaysia-2013-2015?showall=&start=2
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2012%2F9%2F11%2Fmstar_berita
%2F20120911120901&sec=mstar_berita
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

31

You might also like