Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PENGAJIAN MALAYSIA

Tajuk: Raja Berpelembagaan


TTO: Mohamad Azri Bin Ibrahim

Kumpulan: A.P.G
Disediakan dan dibentangkan oleh:

1. Mohamad Shayrul Idzni Bin Mohamad Akib


2. Muhammad Fathi Bin Mohd Ashif
3. Muhd Harris Bin Mohd Azri
4. Muhammad Naim Bin Shuhaimi
5. Mohd Sharul Ezuan Bin Mat Shah

Problem Statement
Seorang lelaki Penygroes yang bernama Keith Williams, telah
menulis sepucuk surat kepada anda selaku editor utama akhbar
The News Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sistem
Raja Berpelembagaan Malaysia. Beliau berminat untuk
mengetahui lebih lanjut perihal Yang di-Pertuan Agong Malaysia
dari pelbagai aspek termasuklah Perlembagaan, sistem
perlantikan dan penggiliran serta maklumat terperinci tenteang
kuasa Seri Paduka Baginda yang meliputi hal yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh baginda. Bantu Keith dalam pencariannya!

Sumber:
http://www.mirror.co.uk/news/uknews/man-adopted-62-years-ago7202498

Pengenalan
Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan

Persekutuan mengadungi 183 perkara, adalah undang-undang


tertinggi di Malaysia.
Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah

dibentuk berasakan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan
1957.
Raja Berpelembagaan ialah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem

berpelembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan


Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi Negara.

RAJA BERPELEMBAGAAN
Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berpelembagaan
yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan
Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Sistem Raja Berperlembagaan.
Sistem Demokrasi Berparlimen.
Sistem Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja merupakan

institusi dalam sistem Raja Perlembagaan.


Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara

bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.


Urutan: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu,

Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.


Menyandang jawatan selama lima tahun.

Keseimbangan Dalam Sistem Raja


Perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang

mempunyai kedudukan istimewa.


Mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh

didakwa dalam mahkamah melainkan di dalam Mahkamah


Khas Raja-raja.
Bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak

dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai


warganegara.

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan


Agong
1. Sebagai Badan Eksekutif
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara
dalam tiga fungsi perlembagaan:
i. Melantik seorang Perdana Menteri.
ii. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan
membubarkan parlimen.
iii. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata
mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat
itu.

2. Sebagai Badan Perundangan


Kuasa Perundangan adalah terletak kepada parlimen yang
mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa:
i. Memanggil parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
ii. Memberhentikan dan membubarkan parlimen.
iii. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
iv. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

3. Sebagai Badan Kehakiman


Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam bidang
kehakiman. Antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut:
i. Melantik:
Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.
Presiden Mahkamah Rayuan.
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
Hakim Mahkamah Agung.
Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat
Perdana. Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

ii. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim


Mahkamah Tinggi untuk Pesuruhjaya kehakiman ( yang
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ) atas
nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan.
( satu langkah sementara sebelum perlantikan tetap sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi ).

iii. Sebagai Ketua Agama Islam negeri:


a. Melaka
b. Pulau Pinang
c. Sabah
d. Sarawak
iv. Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan.
a. Kuala Lumpur
b. Putrajaya
c. Labuan
v. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka
dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan.
*di Sabah dan Sarawak, kuasa perlantikan diturunkan kepada yang Dipertua Negeri.

Fungsi-Fungsi Lain Yang di-Pertuan Agong


Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah

dan Sarawak.
Sumber penghormatan dan kebesaran.
Menghadiri pelbagai majlis dan acara.
Berkuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan
hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Kebaikan Sistem Raja


Perlembagaan
Hanya terpilih sahaja boleh dipilih, iaitu menurut darah

keturunan tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip


peraturan yang bercorak demokrasi moden (pemilihan secara
moden).
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengatasi segala
Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Pemilihan Ketua Negara datang daripada kalangan sembilan
Sultan yang memerintah negeri-negeri Melayu jika
dibandingkan dengan Sistem Beraja England di mana sistem
mereka hanya datang daripada satu keluarga sahaja.

Pemilihan Yang di-Pertuan


Agong
1. Diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam
perlembagaan.
Hanya raja yang membuat pemilihan (mengikut kekananan)
2. Raja yang berhak mengundi.
Anggota Majlis Raja-raja yang bukan anak raja dan Tuan Yang
Terutama
gabenor-gabenor tidak boleh hadir dalam perjumpaan memilih
Yang di-Pertuan Agong.

3. Pemilihan secara giliran


Raja sesebuah negeri tidak dipilih dua kali dalam pusingan
yang sama.
4. Seorang sultan atau raja boleh melantik seorang lain dari
negeri baginda sebagai proksi mewakili baginda.

Fungsi Majlis Raja-raja


1. Melantik Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-

Pertuan Agong.
2. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa amalan,

perbuatan, atau upacara agama yang meliputi seluruh


persekutuan.
3. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal(1)

perkara 182 dalam perlembagaan negara.

4. Memberi pengampunan serta menangguhngkan atau merigankan

hukuman-hukuman di bawah Fasal 12 perkara 42 dalam


perlembagaan negara.
5. Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara (seperti

perubahan tentang dasar imegresen) dan apa juga perkara yang


difikirkan perlu.
6. mempersetujui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-

undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa


perlantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan
majlis ini atau selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Cabang Kuasa Pentadbiran


Negara.
Terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran peringkat persekutuan, pentadbiran

peringkat negeri dan pentadbiran peringkat kerajaan tempatan.


Kerajaan persekutuan bertanggungjawab dalam semua aspek pentadbiran

berkaitan dengan senarai persekutuan dan senarai bersama sahaja.


Pada peringkat negeri, Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri akan

melaksanakan fungsi-fungsi eksekutif di samping menjadi Ahli Dewan Undangan


Negeri yang menggubal undang-undang.
Dalam pentadbiran peringkat kerajaan tempatan ,badan yang memegang kuasa

eksekutif ialah pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah atau Majlis
Perbandaran.

Konteks dan Sifat


Pembahagian Kuasa
Bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau permuafakatan di

antara badan-badan tertentu bagi menjamin hak rakyat.


Doktrin pengasingan kuasa
Dimajukan oleh Montesquieu.
Idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang atau
badan yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat
undang-undang. Menguatkuasakannya dan menghukum orangorang yang melanggarnya.
Matlamatnya untuk mengelakkan pemusatan kuasa. Mesti ada
sistem sekatan dan imbangan (check and balance).

SEKIAN

You might also like