Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
2.0 Faktor-Faktor Wujudnya Kepelbagaian Makna Dari
Aspek Sinonim Dan Antonim
2.1 Faktor-Faktor Wujudnya Kepelbagaian Makna Dari Aspek Sinonim
2.2 Faktor-Faktor Wujudnya Kepelbagaian Makna Dari Aspek Antonim
3.0 Faktor-Faktor Wujudnya Kepelbagaian Makna Dari
Aspek Polisemi
4.0 Kesan Kepelbagaian Makna Terhadap Penggunaan Bahasa
5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

MUKA SURAT

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur
yang dinamik, bahasa boleh dianalisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan
untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah
pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada
ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak
akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada perkataan
Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda
atau sesuatu yang bermakna.

Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk

kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa
atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means
kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Sementara itu, S. Nathesan (2001) pula telah menyatakan bahawa semantik ialah suatu
bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik amat berbeza jika
dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji
struktur bagi sesuatu sistem tanda. Abdullah Yusof (2007) berpendapat bahawa makna
memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak
akan dapat difahami dan tidak berguna. Pengkajiaan makna juga memerlukan tinjauan daripada
beberapa ilmu lain seperti psikologi dan falsafah.
Asmah Haji Omar (1995) turut menjelaskan bahawa makna ialah suatu hal yang luas.
Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur. Unuk mengetahui makna dengan
setepat-tepatnya, individu mestilah dapat mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh otak si
penutur pada masa membuat satu-satu penuturan. Dalam kata lain, individu mestilah dapat
memasukkan dirinya ke dalam diri si penutur supaya dapat berasa dan berfikir sama seperti apa
yang dirasakan dan difikirkan penutur.
Menurut Nik Safiah Karim (2001), dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang
mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Dalam bidang semantik, terdapat beberapa makna yang
perlu diketahui oleh pengguna bahasa. Dengan mempelajari jenis makna, pengguna bahasa akan
didedahkan dengan makna-makna tersebut dan dapat menggunakan jenis makna ini dan

disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa
Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,
makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan
gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat.
Jenis-jenis makna dapat dihuraikan seperti berikut iaitu makna denotatif bermaksud
makna yang bersifat objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak dan makna dasar.
Seterusnya, makna konotatif pula ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif
mahupun negatif. Makna konseptual pula bermaksud makna konsep dapat menentukan makna,
memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah
fikiran contohnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), konotasi antara perempuan
dan wanita adalah berbeza tetapi mempunyai makna yang sama.
Di samping itu, makna leksikal adalah berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata
dalam sesuatu bahasa iaitu makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya
dalam ayat. Makna etimologis ialah kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan.
Makna afektif pula adalah berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikir
yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat
reaksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak"
(kasar atau halus).
Makna gramatikal pula memberi maksud makna baru yang wujud akibat daripada proses
pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan,
terbatas dan lain-lain lagi. Makna tematik disampaikan melalui susunan bunyi, susunan kata,
fokus dan juga tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif contohnya
Abu anak cikgu Kasim kemalangan semalam. Makna tidak akan terhasil melalui penulisan
kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas sepertimana ayat yang diujarkan.
Selain itu, makna gaya merupakan gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh
penulis dalam karya mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila
bercakap, menulis dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya atau bentuk
peribahasanya. Makna asosiatif pula adalah makna yang sama dengan lambang atau
perlambangan digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan

sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut contohnya merah berasosiasi dengan
sesuatu yang berani dan garang.
Di samping itu, makna stilistik pula adalah makna dalam sebuah kata yang menunjukkan
lingkungan sosial penggunaannya contohnya naik : bergerak ke atas, mendaki dan sebagainya.
Makna kolokatif bermaksud makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya
merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya contohnya cantik dan tampan bermaksud
indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis. Makna kata pula
adalah makna dasar sesebuah kata berhubung dengan makna sesuatu perkataan apabila berada
dalam sesuatu konteks ayat contohnya makan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam mulut,
manakala makan hati pula bermaksud tersinggung atau tersentuh.
Selain itu, makna kontekstual pula berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut
Abdullah Yusoff (2007), makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada
di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu
dan lingkungan penggunaan bahasa itu contohnya kepala : rambut di kepala, sebagai kepala
sekolah, kepala surat.
Menurut Abdullah Hassan (2007), setiap perkataan dalam suatu bahasa dikatakan
mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Banyak faktor yang melibatkan
interpretasi makna dan amat sukar memastikan ketepatan makna. Kepelbagaian makna
termasuklah

kata

sinonim

(kesamaan

makna),

kata

antonim

(perbezaan

makna/berlawanan/bertentangan), kata homonim (kesamaan ejaan dan sebutan), kata polisem


(banyak makna), dan kata hiponim (struktur makna).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sinonim bermaksud kesamaan makna
perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama contohnya
lawatan sama dengan rombongan, tiba sama dengan sampai dan sebagainya. Antonim pula
ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama
contohnya gerun sama dengan berani, bersih sama dengan kotor dan sebagainya.
Di samping itu, hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata
yang lain contohnya melur, mawar, dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya,
hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Homonim pula

merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada
bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna contohnya kesempitan membawa maksud
ruang atau masa yang tidak mencukupi manakala kesempitan dalam kontek lain pula
membawa maksud sebagai kesusahan yang dihadapi oleh seseorang.
Seterusnya, polisemi merupakan perkataan yang mempunyai beberapa makna yang
berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Berdasarkan takrif Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005), polisemi ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih
dan mempunyai etimologi yang sama. Polisemi memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan
homonim, iaitu mempunyai banyak makna contohnya perkataan berada membawa maksud
sedang menetap di sesuatu tempat, manakala dalam situasi lain perkataan berada boleh
membawa maksud orang kaya.
Oleh sebab sesuatu perkataan boleh mengandungi makna yang berbeza-beza apabila
digunakan, maka pembahagian makna kepada beberapa jenis ini dikatakan adalah amat perlu dan
wajar supaya kita dapat memahami makna yang sebenar. Justeru, makna sesuatu perkataan harus
dilihat dari pelbagai sudut yang lain iaitu situasi dan logik. Secara ringkasnya, sesuatu ayat
ataupun ungkapan itu adalah tidak bermakna sekiranya ia didapati mengandungi unsur-unsur
yang tidak logik dan akhirnya ia juga akan menjadi kurang senang diterima bagi sesetengah
pengguna bahasa.

2.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KEPELBAGAIAN MAKNA DARI ASPEK


SINONIM DAN ANTONIM

2.1 Faktor-Faktor Wujudnya Kepelbagaian Makna Dari Aspek Sinonim

Kepelbagaian makna boleh wujud disebabkan oleh beberapa aspek tertentu contohnya aspek
sinonim dan antonim. Menurut Adenan Ayob (2007), sinonim merupakan hubungan kesamaan
makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau
mengikut konteks. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah onoma dan syn
yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud onoma ialah nama manakala syn bermaksud
nama lain untuk benda atau hal yang sama.
Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang
mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga
diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama
dengan makna ungkapan lain. Perkataan sinonimdikatakan berasal daripada bahasa Yunani
kuno iaitu onoma bermaksud nama dan syn yang bererti nama lain.
OGrady (2000) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan
atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam ilmu semantik terdapat
beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks, sinonim laras bahasa dan
sinonim kolokasi. Sinonim pinjaman datang daripada pinjaman daripada bahasa asing. Contoh
kata yang dipinjam daripada bahasa asing seperti politik dan siasah serta iktisad dan
ekonomi. Kedua-dua kata ini datang daripada bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Menurut Nik
Safiah Karim (2008), hal ini terjadi disebabkan oleh pertembungan bahasa Melayu dengan
kedua-dua bahasa ini secara serentak.
Contoh;
a)
b)
c)
d)

belalang patung (dialek Melayu), cakcibau (Perak)


bankrap (Inggeris) muflis (Arab)
munsyi-guru
makbul-mustajab

Menurut Abdullah Hassan (2007), sinonim mengikut konteks pula ialah perkataan yang
sama makna dalam bahasa Melayu pada awalnya. Misalnya, perkataan jemput dan undang.

Perkataan jemput, digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam konteks tulisan. Dalam
hal ini, konteks dikatakan boleh mewujudkan perkataan sama makna.
Contoh:
(a) ayah - bapa
Penggunaan sinonim jenis ini dapat dilihat melalui ayat di bawah :
i.
Bapa ayam itu telah ditangkap polis.
ii.
Ayah ayam itu telah ditangkap oleh polis.
Walaupun kata ayah sama makna dengan bapa namun pada sesetangah frasa ayat, kata
bapa tidak sesuai digantikan dengan ayah. Jadi, jika kita menggantikan kata bapa menjadi ayah,
bunyi simpulan bahasa ini agak janggal dan kurang sesuai. Jelaslah, dalam penggunaan sinonim
yang melibatkan ayat, pemilihan kata hendaklah sesuai menurut konteks ayat yang dibina dan
dipertuturkan.
Selain itu, sinonim laras sosial pula terbentuk kerana wujudnya laras sosial yang
berlainan. Menurut Abdullah Hassan (2007), untuk melihat bentuk sinonim laras sosial, laras
bahasa yang digunakan adalah berlainan iaitu beberapa perkataan yang mempunyai makna
denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan. Contohnya, perkataan wafat
untuk nabi, mangkat untuk raja, mati untuk orang biasa, kojol, kejang dan kerpus adalah bahasa
yang tidak sopan. Penggunaan perkataan-perkataan ini menunjukkan perbezaan darjat dan status
namun mempunyai pengertiaan yang sama iaitu tidak bernyawa lagi.
Di samping itu, sinonim kolokasi ialah satu kelompok perkataan yang setiap satunya
berlaku dalam konteks penggunaan masing-masing. Abdullah Hassan (2007) memberi contoh
perkataan banyak adalah sama makna dengan perkataan ramai. Perkataan banyak digunakan
dengan pelbagai kata nama manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja.
Jika diamati penggunaan kata dalam perbualan mahupun penulisan, bahasa Melayu
mengandungi banyak kata sinonim. Oleh itu, pelbagai faktor wujudnya kepelbagaian makna dari
aspek sinonim iaitu serapan antara bahasa, dialek dan ragam bahasa merupakan faktor utama
wujudnya kesinoniman dalam sesuatu bahasa. Kepentingan sinonim dapat dilihat sebagai faktor
yang telah menambahkan lagi kosa kata dalam bahasa Melayu. Di samping itu, kepelbagaian
kata yang mempunyai makna yang sama dan hampir sama memberi kesan ke atas pemerkayaan
bahasa dan penggunaan bahasa itu sendiri.

Oleh hal yang demikian, S. Nathesan (2001) telah merumuskan dua hal penting berkaitan
sinonim. Pertama, tidak ada sinonim yang seratus peratus sama dengan kata yang dikelompokkan
dengannya. Dengan kata lain kesamaan maknanya tidaklah bersifat mutlak. Kedua, sesuatu kata
itu lazimnya mempunyai pelbagai makna, iaitu makna denotasi atau makna literal, dan makna
konotasi. Selain dari penjelasan di atas, kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu juga dapat
disimpulkan sebagai membantu seseorang penutur bahasa atau penulis lebih berwibawa dengan
keterampilan berbahasa yang kaya, tepat dan bermakna.

2.2 Faktor-Faktor Wujudnya Kepelbagaian Makna Dari Aspek Antonim


Selain daripada aspek sinonim, faktor kepelbagaian makna juga terdiri daripada aspek antonim.
Secara dasarnya, antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan. Menurut
Lyons (1979), hubungan makna yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau

ungkapan dengam suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai
berantonim dengan perkataan laut. Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno,
iaitu "anoma" yang bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim
bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan
lain contohnya ialah baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek.
Selain itu, menurut Kuiper & Allan (2004), antonim pula ialah perkataan yang berlainan
bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Contoh bagi antonim pula
ialah tinggi yang lawannya rendah. Bagi perkataan yang tergolong dalam kata (adjektif) sifat,
biasanya perkataan lawannya mudah dikaji tetapi bagi kata kerja, tidak semua kata kerja
mempunyai lawan. Contohnya kita tidak dapat menentukan lawan bagi berjalan, bermain, duduk,
memasak, mandi, dan sebagainya.
Pertentangan makna ini juga bergantung pada konteks dan budaya. Contohnya perkataan
tinggi mungkin bertentangan makna dengan rendah atau pendek, kaya dengan fakir
atau miskin dan sebagainya. Bagaimanapun kita boleh melawankan atau mempertentangkan
perkataan seperti menolak-menerima, keluar-masuk, membuka-menutup, menangis-ketawa,
mendedahkan-menyembunyikan dan sebagainya.
Antonim juga terdapat dalam pelbagai jenis antaranya adalah antonim berpasangan yang
terdiri daripada dua kata nama yang memiliki makna berlawan makna namun lebih kepada
berpasangan. Contohnya;
a)
b)
c)
d)
e)

malam lawannya siang


subuh lawannya senja
matahari lawannya bulan
kakak lawannya abang
kaki lawannya tangan

Selain itu, jenis antonim berperingkat pula bermaksud antonim tersebut terdapatnya
peringkat. Peringkat ini berasal daripada kata adjektif atau kata yang menunjukkan keadaan
dalam kategori yang sama seperti kecil lawannya besar, tua lawannya muda dan tinggi lawannya
rendah.
Contoh :
a) letih lawannya segar

b)
c)
d)
e)

pucat lawannya berseri


pintar lawannya bodoh
pemurah lawannya kedekut
lembut lawannya keras

Di samping itu, antonim berhubungan pula ialah perkataan berlawan makna tetapi
maknanya berhubungan. Sebagai contoh perkataan berlawan makna ialah guru-murid, turunnaik, penjual-pembeli dan sebagainya. Pasangan perkataan yang berlawan makna ini
menunjukkan kewujudan perhubungan makna.
Contoh;
a) doktor lawannya pesakit
b) emak lawannya bapa
c) majikan lawannya pekerja
d) makanan lawannya minuman
e) bunga lawannya buah

3.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KEPELBAGAIAN MAKNA DARI ASPEK


POLISEMI
Selain daripada aspek sinonim dan antonim yang menjadi faktor wujudnya kepelbagaian makna,
terdapat juga aspek polisemi. Mernurut Kuiper & Allan (2004), polisemi bermaksud perkataan
sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual. Abdullah Hassan
(2007) pula memberikan maksud polisemi sebagai perkataan yang semula jadi mempunyai
banyak makna.
Polisemi ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada
secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Polisemi memiliki ciriciri yang hampir sama dengan homonim, iaitu mempunyai banyak makna. Berikut beberapa
contoh untuk membantu pemahaman definisi polisemi dengan merujuk pada kata kepala
mengikut takrif Kamus Dewan Edisi Keempat (2005):

a) Bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke


hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu.
b) Bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali.
c) Ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain), pemimpin (negara
dan lain-lain), penghulu (kampung dan lain-lain).
d) Otak, akal, fikiran.
e) Orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan).
Polisemi terbahagi kepada dua jenis iaitu polisemi tulen dan polisemi konteks.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kata polisemi mengandungi satu senarai
makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan di bawah satu kata masukan sahaja. Terdapat
dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada situasi lain pula, jika sesuatu
perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan
berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak
makna.
(a) alamat :
i) Langit mendung alamat hendak hujan.
ii) Alamat kampungnya tidak diketahui.
(b) jarang :
i) Susunan gigi nenek agak jarang.
ii) Ibu jarang ke pasar akhir-akhir ini.
iii) Kakak memakai baju yang agak jarang.
iv) Rambut saya agak jarang kerana gugur.
Di samping itu, dalam aspek polisem konteks pula, jika dilihat secara teliti makna sesuatu
perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung
pada konteks contohnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada
masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan, seperti dalam ayat Kita tentang
secara habis-habisan.
a)

Atas :

i.

Dia berada di atas awan

ii.

Segalanya atas kerelaannya

iii.

Pihak atas akan berusaha

iv.

Segalanya bergantung atas bukti

4.0 KESAN KEPELBAGAIAN MAKNA TERHADAP KEPELBAGAIAN BAHASA


Wujudnya kepelbagaian makna telah memberi kesan terhadap kepelbagaian bahasa. Antara
kesannya adalah berlaku perluasan maksud. Menurut Adenan Ayob (2007), perluasan maksud
berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang
lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu.
Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali
perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua,
terutamanya kepada lelaki.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan
untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian, dan
kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.

Di samping itu, perkataan semangat juga mengalami perubahan kerana perluasan


maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini
kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan contohnya semangat kemerdekaan,
semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam
contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.
Kepelbagaian makna juga telah memberi kesan terhadap kepelbagaian bahasa dari segi
pembatasan atau penyempitan maksud. Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk
tujuan-tujuan tertentu contohnya perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan
untuk merujuk orang yang pandai atau bijak iaitu seorang cendekiawan. Pada masa kini,
perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang
telah lulus ijazah pertama, seperti Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau selepas ijazah pertama,
seperti Sarjana Kesusasteraan Melayu.
Selain itu, menurut Arbak Othman (2000) perkataan pendeta asalnya membawa makna
orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini,
telah disempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu, dalam bahasa
Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu
sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab,
sedangkan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), makna perkataan itu ialah isi
pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang.
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya
adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam
ilmu bahasa perkataan sendi ditujukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi
menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.
Selain itu, kepelbagaian makna juga memberi kesan terhadap kepelbagaian bahasa dari
segi perubahan perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami
perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya
perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja,

tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa
tenaga.
Begitu juga perkataan tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.
Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat
seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah
menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering
menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa dalam kalangan pengguna
bahasa melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur
negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana
sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Di samping itu, selain daripada kesan terhadap perkembangan bahasa itu sendiri,
tanggapan penutur juga menjadi kesan terhadap perubahan maksud sesuatu perkataan itu.
Sebagai contoh, perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang
lebih tua, tetapi sekarang digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa
mengira saudara atau tidak. Di samping itu, ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan
abang sebagai panggilan untuk suaminya.

5.0

KESIMPULAN

Perkataan semantik adalah sebahagian dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan
penyelidikan makna serta erti dalam suatu bahasa pada umumnya. Mengetahui ciri semantik bagi
sesuatu perkataan itu dapat membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau
ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Makna
perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri
daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya merupakan inti makna.
Selain itu, kepelbagaian makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu
berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifatnya yang dinamis, evolusinya
serta akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa
lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu

baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna yang
pelbagai.
Sesungguhnya, kajian hubungan perkataan dengan makna dapat memperkayakan lagi
perbendaharaan kata bahasa Melayu. Penggunaan kata yang pelbagai makna dapat
mengindahkan bahasa di samping menyatukan kepelbagaian kaum di negara ini
Oleh yang demikian, menurut Abdullah Hassan (2007), kata-kata mengandungi makna
dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung kepada bagaimana pengguna
sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk katakata. Setelah memahami makna perkataan, komunikasi yang terjalin akan dapat membantu
menambahkan lagi keberkesanan bahasa dan kegramatisan kata atau ayat yang digunakan.

(3000 patah perkataan)

RUJUKAN
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am - Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Yusoff. (2007). Proud of your Own Language. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Adenan Ayob. (2007). HBML 3803: Ilmu Makna dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open
Universiti Malaysia.
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. (2000). Pengantar Linguistik Am. Kuala
Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Asmah Haji Omar. (1995). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuiper, K. and Allan, W.S. (2004). An Introduction to English Language: Word, Sound and
Sentence. Basingstoke: Macmillan.
Lyons, N. P. (1979). Two perspectives: On self, relationships, and morality. Harvard Educational
Review, 53(2), 125-145
Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
OGrady. (2000). Contemporary Linguistic Analysis: An Introduction. Canada: Pearson
Education.
Palmer, F.R. (1981). Semantics (Edisi ke-2). Cambridge. Cambridge University Press.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1988). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur (Bab 2: Kepelbagaian Makna bagi perkataan, hlm 19-26).
Verhaar, J.W.M. (1978). Pengantar Linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

You might also like