Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Latar Belakang Kes

Kajian kes ini dijalankan bermatlamat untuk membantu guru memahami,


meneroka dan mencadangkan pilihan terhadap kanak-kanak yang dikenalpasti
menghadapi masalah sama ada dari aspek sosial, emosi mahupun tingkah laku
dalam bimbingan dan kaunseling peringkat kanak-kanak prasekolaha. Selain itu,
maklumat berkenaan kanak-kanak termasuklah maklumat tentang latar belakang
keluarga dan kesihatan kanak-kanak diambil kira. Maklumat

yang diperolehi

akan digunakan untuk proses kaunseling. Proses yang dijalankan membawa


lanjutan kepada cadangan yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak.
Di dalam proses kaunseling yang dijalankan, beberapa tahap telah
digunakan bagi membantu guru dalam membimbing kanak-kanak tersebut.
Antaranya adalah tahap membina hubungan guru dengan kanak-kanak, tahap
penerokaan, tahap membuat keputusan, tahap perlaksanaan dan tahap yang
terakhir menamatkan sesi kaunseling. Pada peringkat awal beberapa kaedah
digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kanak-kanak tersebut temu
bual dan penilaian dinamik. Penilaian dinamik melibatkan dialog ataupun
interaksi antara saya dengan kanak-kanak. Interaksi ini membolehkan saya
membuat kesimpulan terhadap proses pemikiran kanak-kanak dan respons
kanak-kanak terhadap situasi pembelajaran.

Latar Belakang Murid


Nama kanak-kanak yang dikenalpasti ialah Nur Edlin Edlina binti Mohd
Samsul. Kanak-kanak lahir pada 1 dan kini berumur 4 tahun. Edlina memasuki
tadika pada awal tahun ini. Kanak-kanak ini adalah anak sulung dan mempunyai

seorang adik lelaki yang baru berumur setahun. Secara keseluruhan, kanakkanak ini tinggal dalam sebuah keluarga sederhana besarnya.
Dalam tugasan ini, aspek yang dinilai dalam kajian yang dijalankan iaitu aspek
tingkah laku bermasalah iaitu tingkahlaku agresif.
1. Tahap 1- Membina Hubungan Guru dengan Murid
Tahap ini merupakan penentuan awal antara guru dan pelajar yang dkenalpasti
untuk menjalin dan menstrkturkan hubungan. Peranan saya sebagai guru dan
kaunselor pada tahap ini ialah menjadikan pelajar berasa selesa dan menaruh
kepercayaan kepada guru. Guru akan bertanya perkara-perkara biasa, seperti
bertanya khabar sebagainya.
Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmoni dengan kanak-kanak
perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru.
Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama,
hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu
menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi
tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal
sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint
(2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif
dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan
sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan
selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh kanak-kanak
disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok
untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang
seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.
Dalam membantu kanak-kanak yang agresif ini, beberapa strategi boleh
digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan
positif dengan kanak-kanak:
Strategi 1: Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masingmasing.

Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan


mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Saya
cuba elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau
nama-nama ganti diri am,contohnya, awak...,kamu..., atau berdasarkan posisi
di dalam kelas contohnya awak yang duduk di belakang sekali.... kebanyakan
murid berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi ini
menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan
usaha guru yang bersunguh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Saya
percaya guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat
menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong
saya mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku
saya boleh memanggil nama murid dan menegurnya.
Di samping itu juga, saya menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya
tidak pasti akan sebutan nama murid itu, saya akan mendekati murid tersebut
dan bertanya tentang sebutan yang betul. Ini adalah untuk mengelakkan
daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan
murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang
lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru.
Selain itu juga saya tidak menunding jari, awak... bangun, kamu... dengar sini.
Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan guru-murid.
Dalam situasi di tadika, saya cuba mendekati Edlin dengan selalu
menyebut namanya dan sering kali meminta dia membuat atau menolong
sesuatu. Dengan tindakan ini, memberikan kesan positif hubungan saya dengan
dia. Dia mula menunjukkan rasa percaya dan mula memberi tindakbalas positif.

Strategi 2: Tunjukkan Keprihatinan


Untuk strategi seterusnya, saya mengambil berat dan prihatin terhadap
keperluan klien saya, adik Edlin sekaligus akan membantu

menjalinkan

hubungan yang baik saya dengan dia. Sikap ini juga akan menjadi contoh yang
baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di

persekitarannya. Saya perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan


keprihatinan.

Elakkan

daripada

bersikap

berat

sebelah

dengan

hanya

memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja.


Selain itu, berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Murid-murid dapat
mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.
Di samping itu juga saya perlu mengetahui latar belakang dan personaliti
klien saya. Oleh itu, saya sebagai seorang guru perlu tahu cara yang sesuai
untuk mengenali latar belakang murid-murid. Saya telah membuat semakan
butir-butir peribadi melalui rekod yang disimpan. Adalah penting untuk seseorang
guru mengetahui personaliti anak didiknya. Selain itu, saya telah memberi ujian
personaliti yang ringkas supaya saya boleh mendapat gambaran awal tentang
perawakan Adik Edlin. Selain itu, saya membuat pemerhatian sendiri terhadap
adik Edlin. Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti klien saya,
saya gunakan maklumat yang ada untuk mendekati dan memahami

dan

seterusnya membantu klien saya menghadapi masalah sama ada dari segi
akademik, sosial dan emosi.
Pada peringkat seawal ini, mereka tidak dapat dan tidak tahu meluahkan
perasaan mahupun masalah kepada orang lain. Saya sebagai seorang guru
hendaklah pandai mengambil hati dan prihatin terhadap murid. Saya selalu
bertanya khabar kepada adik Edlin dan bertanya jika dia mempunyai masalah
menyiapkan kerja atau tugasan yang saya beri. Dengan cara ini, ia memberi
impak positif kepada adik Edlin.
Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid
menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid.Edlin semakin
rapat dengan saya dan ini dapat membantu saya menjalankan proses
seterusnya.

2. Tahap 2- Penerokaan

Fokus hubungan pada tahap ini ialah memahami masalah klien iaitu pelajar
yang telah dikenalpasti. Pada peringkat awal, saya telah menggunakan beberapa
kaedah untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah melalui pemerhatian dan
temubual.
Pemerhatian dijalankan ke atas adi Edlin sepanjang waktu pengajaran dan
pembelajaran. Pemerhatian juga dijalankan sewaktu rehat

bagi mendapatkan

maklumat tentang tingkah laku dan sikapynya antara kanak-kanak yang lain.
Pemerhatian yang dijalankan menggunakan senarai semak yang disertakan di dalam
bahagian lampiran.
Temu bual dijalankan ke atas ibu bapa kanak-kanak tersebut. Temu bual yang
dijalankan banyak menanyakan tentang latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak. Selain itu, ujian secara spontan juga dijalankan ke atas kanak-kanak lain
untuk memperlihat tingkah laku dan respon Edlin sewaktu di dalam kelas.
Melalui dapatan saya, saya klasifikasikan adik Edlin tergolong dalam golongan
kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku agresif. Menurut Azizi (2004), agresif ialah
sebarang tingkah laku yang dirancang untuk mencederakan orang lain, iaitu tingkah
laku yang harus dielakkan. Kekecawaan, kejengkelan, dan serangan semuanya mudah
menyebabkan seseorang itu berasa marah. Perasaan marah ini adalah satu daripada
unsur yang penting untuk menghasilkan tingkah laku agresif. Biasanya seseorang yang
marah lebih cenderung untuk bersikap agresif. Ada juga seseorang itu bertindak agresif
tanpa merasa agresif. Oleh itu, faktor untuk mengawal tingakah laku agresif sama
penting dengan menimbulkan perasaan agresif.Tingkahlaku agresif di sini ialah dia
mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda apabila marah. Edllin juga tidak
suka berkongsi alat mainan dengan orang lain, dan apabila melakukan sebarang aktiviti
berkumpulan dia menunjukkan sikap manopoli sesuatu pemainann atau melantik
dirinya secara automatik menjadi ketua. Edlin akan marah jika barang permainannya
hilang, dipindahkan atau diambil orang lain. Edlin juga kerap mengalami perasaan
marah. Dia akan bertindak untuk memukul rakannya yang mengambil permainan
kegemarannya atau apabila dia tidak suka perbuatan rakan yang lain contohnya apabila

rakan yang lain menangis dia tiba-tiba akan memukul rakan tersebut. Edlin juga tiada
perasaan takut kepada bahaya dan tidak memikirkan tentang kesakitan yang
dialaminya.

3. Tahap- Membuat Keputusan


Masalah tingkah laku yang di alai Edlin dilihat perlu kepada tindakan segera.
Tingkah laku bertindak agresif terhadap rakan dan orang lain yang memukul dan
mencederakan orang lain merupakan masalah utama klien yang perlu diubah. Tingkah
laku gemar menganggu kanak-kanak lain membuatkan Edlin ditakuti dan hilang rakan
kerana rakan merasa takut. Sikap suka berkongsi dan tidak mudah memukul orang
perlu diterapkan supaya kanak-kanak dapat mengawal tingkah laku yang menganggu.

Tahap - Perlaksanaan

Terdapat beberapa cadangan langkah untuk mengatasi masalah tingkah laku


adik Edlin yang suka bertindak agresif terhadap rakan apabila permainannya diambil
rakan lain.
1.Mengawal tingkah laku bermasalah di dalam kelas.
Guru memainkan peranan penting untuk langkah pertama ini. Menyatakan
peraturan kelas secara jelas dapat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara
yang boleh dilakukan dan perkara yang dilarang. Saya perlu menyatakan dengan jelas
tingkah laku yang sesuai dan konsekuen jika tidak mematuhinya. Pelaksanaan secara

konsisten amat penting untuk memastikan Edlin tidak lupa tentang peraturan yang telah
ditetapkan.
Contohnya, tingkah laku bertindak agresif terhadap rakan apabila permainan
diambil oleh rakan, saya membuat peraturan setiap permaianan perlu dikongsi
bersama. Denda atau hukuman akan dikenakan jika Edlin tidak berkongsi permainan
dengan rakan lain. Saya juga perlu menyatakan tingkah laku menganggu rakan adalah
kesalahan dan akan mendapat hukuman.
2.Menyediakan program bagi memastikan kejayaan akademik klien.
Masalah tingkah laku yang dihadapai oleh Edlin sudah semestinya akan
mempengaruhi pencapaian akademiknya. Oleh itu, program untuk meningkatkan
pencapaian akademiknya juga penting. Penilaian tahap akademik perlu dilakukan ke
atas dia. Pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
menarik dapat membantu dalam kejayaan program pendidikan tersebut. Saya sebagai
guru perlu maju dengan langkah kecil sedikit demi sedikit supaya anak didik saya boleh
berjaya.
Langkah ini dapat mengelakkan Edlin hilang tumpuan semasa dalam kelas dan
hanya berfikir tentang permainan yang diminati. Saya mendapati juga, Edlin seorang
yang mudah bosan terhadap pengajaran yang dijalankan, perngajaran secara interaktif
akan menarik akan membuatkan dia lebih berminat dengan pengajaran.
3.Pengajaran kemahiran sosial yang sesuai.
Kemahiran sosial seperti komunikasi, interaksi spontan dan sikap untuk
berkongsi perlu dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia membantu untuk kanak-kanak
mengekspresikan keinginannya dan kanak-kanak dapat menyatakan secara komunikasi
bukan dengan tingkah laku agresif. Teknik modeling, latihan dan maklum balas dapat
diaplikasikan untuk pengajaran kemahiran sosial ini. Selain itu, gaya pembelajaran

kooperatif juga dapat membantu kanak-kanak untuk tingkah laku boleh berkongsi
dengan kanak-kanak lain.
Kemahiran berinteraksi adalah perlu untuk kanak-kanak supaya kanak-kanak
dapat membina interaksi yang baik dengan sesama rakan yang lain. Tingkah laku Edlin
menganggu rakan juga dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dihapuskan apabila
dia mengamalkan sikap berinteraksi terlebih dahulu sebelum menganggu kanak-kanak
lain. Komunikasi yang berlaku juga dapat mengeratkan hubungan dengan sesama
rakan yang lain. Hubungan ini membantu kepada tingkah laku berkongsi dengan rakan
lain.
4. Hubungan guru dengan pihak ibu bapa.
Perhubungan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa adalah penting untuk
memastikan wujud penerusan pengajaran yang dilakukan di sekolah untuk diteruskan
juga di rumah. Saya telah berhubung dengan ibu bapa untuk menjelaskan teknik yang
digunakan di sekolah. Saya menyarankan garis panduan tingkah laku kanak-kanak
yang sesuai dan peneguhan yang dapat digunakan. Dorongan kepada ibu bapa untuk
mendapatkan bantuan dari agensi yang sesuai juga penting untuk membantu
memahami masalah yang dialami oleh kanak-kanak.
5. Modelling
Selain itu, strategi modeling juga telah dijalankan. Kanak-kanak yang lain yang
mempunyai tingkahlaku positif saya jadikan contoh kepada Edlin untuk tingkah laku
yang ingin diterapkan. Saya menekankan dan memberitahu kepada kanak-kanak
tentang tingkah laku yang ditunjukkan dan kepentingannya kepada kanak-kanak.
Contohnya saya memberikan pujian kepada rakan Edlin iaitu Syakira kerana selalu
membantu saya mengemas kelas. Strategi modeling memerlukan kanak-kanak untuk
sedar akan tingkah laku yang ditunjukkan, oleh itu guru perlu sentiasa mengingatkan
dan menyedarkan kanak-kanak tentang tingkah laku tersebut.

6. Peneguhan dan hukuman


Strategi untuk mengubah tingkah laku seperti menggunakan peneguhan dan
hukuman juga telah dapat membantu saya mengubah tingkah laku Edlin yang tidak
diingini. Kontrak antara strategi yang telah saya laksanakan.Diawal pengajaran dan
pembelajaran kontrak telah dibuat yang dipersetujui oleh Edlin. Perjanjian ini adalah
untuk tingkah laku positif yang ingin diterapkan dibuat supaya Edlin sedar bahawa dia
sudah membuat perjanjian dengan saya tentang tingkah laku tersebut.Saya sentiasa
mengingatkan Edlin tentang perjanjian tersebut. Misalnya pada setiap pagi, saya akan
memintanya berjanji untuk tidak memukul rakan lain dan saya akan cepat
mengingatinya jika saya ternampak dia menunjukkan ciri untuk membuat tindakan
tersebut.

Ganjaran juga dapat telah saya laksanakan dan ia menarik perhatian Edlin dan
kanak-kanak lain. Saya telah membuat ganjaran berbentuk sticker. Bagi mereka yang
membuat tingkahlaku positif akan diberikan sticker. Setiap hari Jumaat sticker akan
dikira jumlahnya dan bagi mereka yang memungut sticker yang terbanyak akan diberi
hadiah. Ganjaran ini telah menambah minat Edlin untuk melakukan tingkah laku yang
diingini secara berulang kali. Masalah tumpuan yang dihadapai sewaktu di dalam kelas
telah dapat diatasi dengan menempatkan edlin duduk di hadapan kelas. Strategi ini
dapat membantu saya untuk memberi perhatian yang lebih dan dapat mengawal
tingkah laku hilang tumpuan Edlin terhadap pengajaran yang sedang berlangsung.
Selain ganjaran, hukuman juga telah dijalankan dengan tujuan untuk menghapus
tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya ialah, Times Out iaitu. Saya akan
menyediakan satu ruang di belakang kelas jika dia dikenakan hukuman, Dia berdiri di
dalam gelung rotan dan akan menjalani hukuman tersebut mengikut tempoh tertentu.
Biasanaya saya menghukum sepanjang matapelajaran tersebut 20 hingga 30 minit.

Namun, saya perlu menyatakan sebab tindakan tersebut dijalankan dengan jelas
kepada Edlin dan kanak-kanak yang lain.. Biasa kaedah ini memberikan kesan
mendalam kepada kanak-kanak di tadika saya. Saya sebagai guru perlu tahu cara
terbaik untuk menjalankan strategi ini supaya kanak-kanak tidak berubah agresif atau
tidak mahu masuk ke dalam kelas.
Menurut model tingkah laku, peneguhan positif lebih digalakkan untuk
pembentukan tingkah laku. Hukuman atau dendaan perlu dikurangkan supaya emosi
kanak-kanak tidak terganggu.

Tahap- Menamatkan Sesi

Rumusan
Matlamat intervensi yang dijalankan sebagai pembuka jalan untuk kajian dan
tindakan lain dijalankan ke atas kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan perlu
kepada tinjauan yang konsisten dari guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Masalah
tingkah laku yang dihadapi oleh Danial iaitu bertindak memukul rakan lain jika
sesuatu yang diminati diambil darinya. Langkah-langkah yang diambil untuk
menghapuskan tingkah laku tersebut dan menggantikannya dengan tingkah laku
suka berkonsi dengan rakan lain memerlukan kepada komitmen semua pihak

You might also like