Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tidak perlu bantah DLP

15 Februari 2016 12:11 AM


0 0 Google +0
Hanya 300 daripada 10,154 sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam program
rintis Dual-Language Programme (DLP) subjek Sains dan Matematik bermula tahun ini
di seluruh negara.
Malah, bukan semua sekolah rintis melaksanakan DLP sepenuhnya kecuali di 69 Sekolah
Berasrama Penuh (SBP).
Ada yang satu kelas dan ada yang lebih tertakluk kesediaan sekolah dari segi sumber
manusia atau guru yang mencukupi, bahan rujukan dan bahan bantu mengajar di samping
bahan sokongan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lain.
Yang nyata, DLP bukan dasar Kementerian Pendidikan seperti Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun mata
pelajaran yang terlibat adalah sama.
DLP ini pilihan. Tiada paksaan. Terbuka kepada pelajar yang layak selepas melalui proses
saringan yang tertakluk dan di bawah kuasa pentadbiran sekolah.
Ketika ini, pelajar yang layak dan dengan kebenaran bertulis ibu bapa sahaja diterima
menyertai DLP.
Untuk ibu bapa yang enggan membenarkan anaknya menyertai DLP, mereka masih boleh
menarik diri dan akan ditempatkan di kelas biasa yang bukan DLP.
Tempatnya akan diganti oleh pelajar lain yang berminat dan layak atau dibiarkan tanpa
pengganti jika tiada permintaan.
Bagaimanapun, kelas DLP terbubar secara automatik sekiranya bilangan pelajar di dalam
satu kelas itu kurang daripada 15 orang - syarat minimum yang ditetapkan Kementerian
Pendidikan.
Satu syarat lagi, sekolah tidak boleh menambah bilangan kelas khusus untuk DLP. Kelas
DLP mesti sebahagian daripada bilangan kelas sedia ada.
Sebagai contoh, jika Sekolah A ada lapan kelas untuk darjah satu maka kelas DLP boleh
jadi satu daripada lapan atau dua daripada lapan kelas sedia ada.
Pihak sekolah tidak dibenarkan menambah bilangan kelas menjadi sembilan atau sepuluh
hanya untuk DLP.
Mulai Mac, semua pelajar yang mengikuti DLP akan ditag dan tidak dibenarkan
keluar dari program DLP sehingga tamat tingkatan lima.
Hal ini bagi memantau keberkesanan program ini. Perkembangan pelajar direkodkan
sebagai asas bagi pelaksanaan dasar baharu pada masa akan datang.
Sekiranya pelajar DLP perlu berpindah sekolah disebabkan faktor-faktor tertentu seperti
mengikut ibu bapa berpindah tempat kerja, mereka akan ditempatkan di sekolah yang ada
DLP dan paling hampir dengan kawasan kediaman barunya.
Ini bagi memastikan pelajar DLP dapat mengikuti program ini dalam satu kitaran
lengkap.
Bagi memenuhi keperluan ini, pastinya program DLP akan diperluas pada masa depan.
Secara tidak langsung, peluasan ini dapat menampung permintaan yang mungkin
bertambah untuk menyertai program ini.

Pada peringkat rintis ini, program DLP hanya melibatkan pelajar tahun 1, tahun 4 dan
tingkatan 1.
Berbeza dengan PPSMI, program DLP dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Soalan peperiksaan juga sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan bukannya dwibahasa
seperti dalam PPSMI.
Mata pelajaran dalam program DLP ialah Dunia Sains dan Teknologi (Tahun 1),
Matematik (Tahun 1 dan Tahun 4) dan Sains (Tahun 4) manakala di peringkat sekolah
menengah pula ialah Sains dan Matematik bagi Tingkatan 1.
Untuk rekod, 300 sekolah rintis yang dipilih ini juga telah memenuhi syarat prestasi
subjek terbabit termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris melepasi atau setaraf
prestasi peringkat kebangsaan.
Sekolah lain yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon untuk
melaksanakan program DLP apatah lagi jika ada permintaan yang tinggi daripada ibu
bapa.
Oleh itu, berilah peluang DLP dilaksanakan sehingga tempoh matangnya. Usahlah
dibantah secara semberono. Jika tidak setuju, usah tanda tangan surat akujanji kebenaran
mengikuti program DLP. Itu sahaja, mudah bukan?
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/tidak-perlu-bantah-dlp1.190505#sthash.OMCgFUlw.dpuf

You might also like