Peristiwa Kampung Rawa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Peristiwa Kampung Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Peristiwa Kampung Rawa 1998 merujuk kepada sengketa kecil antara orang Melayu
dan India di Kampung Rawa, Jelutong, Pulau Pinang,Malaysia. Ramai penduduk
kawasan ini terdiri daripada penduduk Islam keturunan India (Mamak), India dan
Cina.

Punca rasa marah


Tanah-tanah milik Melayu semakin berkurang di situ kerana dijual pada harga yang
tinggi. Kedudukannya yang terletak di tepi jalan , berhampiran dengan Jelutong dan
Gelugor menyebabkan nilai tanah semakin tinggi.

Puncanya di[katakan berpunca dari pembinaan kuil Hindu dan masjid sebelahmenyebelah di situ, kira-kira 20 meter sahaja . Rasa tidak puas hati wujud sejak
sekian lama kerana suasana bising mengganggu di antara satu sama lain yang
menyukarkan mereka untuk bersembahyang. Loceng kuil dibunyikan setiap subuh
dan waktu sembahyang. Penganut Hindu juga mendakwa masjid itu juga bising
kerana bunyi azan 5 kali sehari dan majlis ceramah agama. Runtuhnya Masjid Babri
di Gujerat ,India turut menyebabkan rasa tidak puas hati.

Kemuncak
Pada 27 Mac 1998 ketegangan memuncak selepas sembahyang Jumaat setelah ada
yang saling membaling batu. Kira-kira 1500 - 2000 orang Islam berkumpul untuk
sembahyang Jumaat. Ada saksi yang menyatakan jumlahnya mencapai 5000 orang
termasuk [[India Muslim[[ dari Kedah, Kelantan dan Perak.Masjid Kampung Rawa itu
hanya menampung 200 orang sahaja. Kira-kira 200-300 penganut Hindu berkawal
di kuil mereka. Tidak ada sebarang pertumpahan darah , kecederaan atau kematian
. Polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata setelah 4 orang cedera.

Beberapa hari kemudian , sebuah kuil di tengah-tengah bandar Georgetown telah


dibaling dengan bom petrol oleh seorang penunggang motosikal. Api tersebut
berjaya dipadamkan oleh seorang petugas kuil bernama Krishnan .

Polis telah menahan 185 orang dan dibebaskan setelah disoal siasat. 25 orang lagi
ditahan reman untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu ialah Datuk
Abdul Hamid Mustapha.

Jalan penyelesaian
Selaku penduduk Pulau Pinang , Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk
Seri Anwar Ibrahim telah turun padang dan mendamaikan kedua-dua AJK masjid
dan AJK kuil supaya berunding dan mencari jalan persefahaman. Berikutan itu
ketegangan berjaya dikendurkan kerana tidak menyangka Timbalan Perdana
Menteri prihatin terhadap permasalahan mereka. Sehingga kini tidak diketahui butirbutir perbincangan tersebut.

Tan Sri Koh Tsu Koon selaku Ketua Menteri Pulau Pinang turut mendamaikan
kumpulan-kumpulan terbabit.

You might also like