Sekolah Menengah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Sekolah Menengah

Kebangsaan Mantin
-LOMBOL BERGALAH-

NAMA : Muhammad Sharizan Bin


Nizam
Kelas : 5 Perakaunan 1
Guru : Pn. Jasmanin Binti Hassan

PENGHARGAAN
Saya Muhammad Sharizan Bin Nizam ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan saya iaitu cikgu Jasmanin yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan kata semangat dalam
menyediakan projek ini dan beliau membimbing saya
sehingga saya berjaya menyiapkan projek ini.
Selain itu, tidak ketinggalan juga saya ingin
mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa saya yang
telah banyak member teguran, bimbingan dan
peransang kepada saya untuk menjayakan projek ini.
Selain itu, banyak-banyak terima kasih juga saya
ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberikan
komitmen yang baik semasa melakukan aktiviti
perbincangan ini.

Acara Lombol Bergalah


Acara Lombol Bergalah telah disenaraikan dalam Sukan
Olimpik moden yang pertama di Athens, Greece pada
tahun 1896. Acara ini adalah acara Olahraga yang
Paling Kompleks. Atlet perlu berkemampuan dalam
membuat pecutan, mempunyai koordinasi yang baik
seperti memecut, menampan dan melombol. Atlet
juga perlu mempunyai kesedaran kinestetik yang tinggi.

Asas Lombol Bergalah


Acara Lombol Bergalah memerlukan peralatan seperti
galah, tilam mendarat, tiang dan palang serta kotak
penampan galah. Landasan larian juga perlu untuk
acara lombol bergalah.

Galah
Galah yang di gunakan diperbuat daripada gentian
kaca atau bahan lain yang sesuai seperti aluminium.
Pemilihan galah berdasarkan kesesuaian ketinggian,
berat, dan bentuk badan serta tahap kemahiran atlet.
Ukuran panjang galah adalah di antara 3.05 hingga 5.18
meter.

Tilam Mendarat
Tilam Mendarat Yang diperlukan dalam acara Lombol
Bergalah adalah lapisan lembut yang boleh menyokong
berat badan atlet. Sebagai contoh, tilam getah atau
foam yang tebal.Tilam mendarat berbentuk Segi Empat
Sama dengan ukuran 5 meter lebar dan 5 meter
panjang. Ketebalan tilam mendarat adalah mengikut
kesesuaian peringkat pertandingan yang diadakan.

Tiang dan Palang


Tiang dan palang terletak di hujung landasan larian.
Jarak di antara kedua-dua tiang ialah 4.30 hingga 4.37
meter. Palang yang digunakan berbentuk silinder dan
diperbuat daripada gentian kaca atau aluminium.
Panjang palang adalah diantara 4.48 hingga 4.52 meter
dengan garis pusatnya 30 milimeter. Berat maksimum
palang ialah 2.25 kg. Penyokong palang yang terletak
dikedua-dua tiang berukuran 75 milimeter.

Kotak Penampan
Kotak Penampan berfungsi sebagai penahan galah
semasa atlet hendak melakukan lonjakan. Kotak
Penampan di hadapan kawasan mendarat di antara
Kedua-dua tiang. Panjang kotak penampan ialah 1
meter dan lebar pada bahagian hadapannya ialah 60
cm. Kotak Penampan ditanam dengan bahagian dengan
bahagian atasnya separas tanah. Bahagian bawah
kotak penampan bercuram ke bawah (dalam tanah)
pada paras 200 Milimeter. Kotak ini diperbuat daripada
kayu atau gentian kaca. Jika Kotak Penampan diperbuat
daripada kayu bahagian bawah dalamnya disalut
dengan kepingan logam.

Kemahiran Lombol Bergalah


Kemahiran Melombol dalam acara lombol bergalah
dibahagikan kepada lima fasa iaitu:
Fasa persediaan
Fasa lari landas
Fasa lonjakan
Fasa layangan
Fasa pendaratan

Fasa Persediaan
Aspek teknikal yang dilatih dalam fasa persediaan ialah
teknik pegangan galah. Teknik memegang galah yang
betul memberi kelebihan kepada atlet dalam mengawal
galah sama ada semasa lari landas atau semasa
melakukan lonjakan. Ketinggian pegangan atau jarak di
antara genggaman galah adalah berbeza dalam situasi
tertentu. Jika atlet berlari melawan arah angin
melintang, teknik pegangan yang sesuai adalah
pegangan rendah dengan larian yang pendek.
Sekiranya atlet berlari mengikut arah angin, teknik
pegangan yang sesuai adalah adalah pegangan tinggi
dengan larian yang panjang

Fasa Lari Landas


Atlet perlu melakukan larian landas untuk mencapai
kelajuan optimum sehingga galah ditampan ke dalam
kotak penampan. Keadaan ini akan menghasilkan daya
esplosif untuk melonjak. Pada kebiasannya jarak larian
adalah diantara 30 hingga 50 meter dan jarak ini
berbeza bagi setiap atlet.

Teknik Larian Bergalah


Pegang galah disisi atau kekiri badan. Tangan dominan
genggam dalam dengan sekap supinasi. Tangan bukan
dominan genggam galah dengan sekap pronasi. Bawa
galah rapat pada sisi pinggul. Bengkokkan kedua-dua
belah siku. Hujung hadapan galah pada paras mata dan
berada ditengah landasan larian. Badan tegak semasa
larian. Tingkatkan kelajuan larian.

Penanda Di Landasan Larian


Penanda digunakan oleh atlet sebagai penunjuk atau
panduan untuk melakukan tampanan dan lonjakan
ketika lari landas. Terdapat tiga penanda pada landasan
larian :
Permulaan larian
Penanda jurulatih
Titik lonjakan

Penanda Pendek
Penanda pendek digunakan larian yang pendek dengan
6-10 langkah ketitik lonjakan. Dalam pertandingan
penanda ini digunakan apabila atlet berlari bertentangan
arah angin.

Penanda Panjang
Penanda panjang digunakan larian yang panjang
dengan 18-21 langkah ke titik lonjakan. Dalam
pertandingan, penanda ini digunakan apabila atlet
berlari dengan bantuan angin.

Fasa Lonjakan
Terdapat dua jenis aspek yang perlu dikuasai iaitu :
Teknik menampan galah
Teknik lonjakan

Fasa Layangan
Dalam fasa ini atlet perlu membawa keseluruhan badan
keatas dengan bantuan galah untuk melepasi palang.

Fasa Penadaratan
Sebaik sahaja melepasi palang dan melepasi galah,
atlet perlu jatuh bebas dan mendarat menggunakan
bahagian belakang badan.

Ansur Maju Kemahiran Lombol Bergalah


Latihan-latihan tersebut adalah latihan lonjakan yang
merangkumi latihan lmelangkah dan mendorong, latihan
melonjak, latihan lonjak dan berpusing, serta latihan
melonjak dengan jarak dan ketinggian.

Latihan Lonjakan

Melangkah dan mendorong.

Melonjak.

Melonjak dan berpusing

Undang-Undang Dan Peraturan


Giliran atlet melakukan percubaan akan dijalankan
secara undian atau seeding.
Palang di naikkan 5 cm (minimum)bagi setiap
pusingan.
Kedudukan tiang boleh di ganjak sebelum percubaan
pertama dilakukan.
Tiang tombol bergalah boleh dianjak ke arah landas
larian tidak melebihi 40 cm atau kearah kawasan
mendarat tidak melebihi 80 CM.
Atlet dibenarkan menggunakan MgcO2 samada pada
tangan atau pada galah untuk membantu mengukuhkan
pegangan.
Masa bagi setiap percubaan adalah seperti berikut :
Tempoh 90 saat diberi bagi pusingan awal.
3 minit bagi peringkat akhir jika tinggal dua atau tiga
orang atlet.
Enam minit bagi peringkat akhir jika tinggal seorang
atlet.

Seseorang atlet dikira gagal jika melakukan kesilapan


seperti yang berikut :
Setelah melombol, palang jatuh ketanah disebabkan
lompatan tersebut.
Menyentuh kawasan mendarat tanpa melepasi atas
palang.
Semasa melombol, atlet dengan sengaja menahan
palang daripada jatuh dengan menggunakan tangan
atau jari.
Sekiranya galah patah ketika melakukan percubaan,
percubaan itu tidak di ambil kira.
Atlet terkeluar setelah gagal tiga kali berturut-turut
dalam melakukan percubaan.
Ketinggian palang akan dinaikkan atau di turunkan 5
cm apabila terdapat keputusan seri pada kedudukan
tempat pertama.

Aspek-Aspek Keselamatan
Memeriksa dan memastikan semua peralatan dalam
keadaan baik sebelum digunakan.
Memastikan galah dan stopper dalam keadaan baik.
Memilih galah yang sesuai dengan tahap kemahiran
atlet.
Menyediakan alat perlindungan tambahan di keduadua sisi kotak penampan sebagai langkah keselamatan
sekiranya galah tidak dapat ditegakkan.
Melatih cara bangun semula dari tempat pendaratan
dengan menghadap palang.

You might also like