Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN

DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN


KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK
Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling
mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan
pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang
tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung
untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003,
Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat
17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah
kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup
memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah
bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada
dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan
yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana
keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih
terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih
mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan
inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan
menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah
kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era
globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi
untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya
mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan
merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang
dan bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang
lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan
keselesaan yang secukupnya kepada anak-anakbagai menatang minyak yang penuh.
Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak
mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup
susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak
mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini
menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk
menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan
Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih
sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan
cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi
anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang
pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anakanak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan
agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran.
Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak
mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam
masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM
2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu
meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah
buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama

yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi
kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anakanak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur
dengan tebingdan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat
melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan
mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan
kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak
lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era
globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk
negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

Malaysia terkenal sebagai destinasi pilihan kepada pelabur asing untuk mencari
peluang perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi, perlaksanaan pelbagai
dasar, dan insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Malaysia Truly Asia
Kenyataan di atas merupakan istilah atau gelaran yang diguna pakai oleh seluruh
penghuni dunia apabila ditanyakan mengenai Negara yang tercinta iaitu Malaysia.
Mengapakah istilah ini digunakan untuk melambangkan Malaysia? Apakah keistimewaan
Malaysia sehingga digambarkan sedemikian rupa? Dalam era modenisasi ini, Malaysia
terserlah sebagai antara sebuah Negara yang terpenting, bukan sahaja di Asia Tenggara
mahupun Asia bahkan di mata dunia. Malaysia terkenal sebagai destinasi pilihan kepada para
pelabur asing untuk mencari peluang perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi,
pelaksanaan pelbagai dasar, insentif dan inisiatif yang diperkenalkan serta faktor-faktor yang
lain. Bak kata peribahasa, Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang sesuai
menggambarkan usaha serta faktor yang membawa kepada kepesatan sebuah negara multi
races ini.
Sudah terang lagi bersuluh. Kehebatan tanah air berdaulat kita ini boleh dilihat sejak
zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka lagi. Empayar Kerajaan Melaka yang
meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta hampir keseluruhan kepulauan Sumatera
menjadi destinasi utama para pedagang untuk berdagang atas beberapa faktor. Faktor geografi
yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi pada masa itu ialah kedudukan Melaka yang
terletak antara laluan Barat ke Timur. Oleh itu, tidak hairanlah Melaka menjadi pilihan utama
para pedagang untuk memperdagangkan barangannya. Kenyataan ini disokong kuat lagi
dengan kehadiran arca, artifak, kapal-kapal dagang serta budaya pelbagai kaum yang boleh
dilihat di sekitar negeri Melaka ketika ini. Akan tetapi, malang tidak berbau. Kemanisan
yang dirasai sama sekali tidak bertahan lama apabila negeri bersejarah ini diserang penjajah
pada tanggal 24 Ogos 1511 iaitu pada abad ke-5. Lebih teruk lagi, kuasa ekonomi yang
dipegang kita dahulu diambil alih oleh kuasa dominan dunia. Bak kata pepatah Sudah jatuh
ditimpa tangga.
Namun begitu, kejatuhan negara kita tidaklah lama. Episod tragik in berakhir apabila
kita mencapai kemerdekaan berkat usaha nenek moyang kita dahulu. Bagai anak burung baru

belajar terbang, kita perlahan-lahan menaiki tangga dunia. Antara faktor yang membantu
kebangkitan Malaysia ialah sumber ekonominya yang banyak dan luas. Misalnya, bijih timah,
emas, petroleum serta banyak lagi yang menjadi punca perebutan kuasa dominan pada negara
kita. Kekayaan sumber negara kita inilah menjadi salah satu punca Malaysia menjadi
destinasi pilihan kepada pelabur asing. Jika diimbas kembali, para pedagang India
menggambarkan kepesatan ekonomi Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas. Disebabkan
kekukuhan asas ekonomi inilah sedikit sebanyak membangunkan Malaysia di mata dunia
seterusnya memainkan peranan penting dalam abad ke-21 ini.
Dalam era dunia ketiga ini, kita dikejutkan dengan pergolakan dan huru-hara yang
berlaku apabila manusia berlaga sesama sendiri demi kepentingan masing-masing. Persis
kata peribahasa, Anjing galak babi berani menggambarkan pihak yang masing-masing
mahu menunjukkan kebenaran, sama-sama tidak beralah hinnga menimbulkan kekacauan
seterusnya membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Misalnya, seperti yang kita dapat
lihat di Libya dan London baru-baru ini. Walakin begitu, kita bertuah kerana dilahirkan di
sebuah negara yang aman damai dimana warna kulit, budaya serta agama tidak menjadi
persoalan dan buah mulut seseorang. Atas faktor inilah nama Malaysia dipandang indah
justeru menjadi pilihan utama para pelabur asing yang dahagakan kedamaian terutamanya.
Persis kata cendiakawan dunia Kekuatan sesebuah kubu itu terletak pada askarnya.
Malaysia terkenal dengan dasar keterbukaan rakyatnya, tidak seperti di Afrika yang suatu
ketika dahulu mengamalkan Dasar Aparteid yang mementingkan warna kulit dalam
organisasi kerajaan. Di Malaysia, pelabur berasa lebih selamat untuk mencurahkan emasnya
di sini. Justeru, tidak hairanlah setiap perniagaan yang didirikan akan mendapat pendapatan
yang lumayan. Negara ini ibarat lubuk emas buat mereka.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Malaysia terkenal dengan para pemimpinnya
yang berkaliber serta memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sebuah negara
yang sedang membangun. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi menarik lagi minat pelabur
asing untuk melabur. Sebagaimana yang kita sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri
kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan pelan transformasi bagi menjana
ekonomi negara serta penduduk berpendapatan tinggi. Selain itu, kerajaan mengambil
inisiatif dengan menghantar wakil ke sesebuah negara contohnya di Australia bagi
memperkukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan ekonomi. Persis peribahasa negara
samurai Isseki nicho yang membawa maksud sambil menyelam minum air. Di samping itu,
kerajaan memperkenal dan mengadakan kempen serta mempromosi bagi mengukuhkan lagi
nama Malaysia di persada dunia. Bak kata peribahasa, Ditumbuk dikisar barulah lumat.
Berkat daripada usaha yang dijalankan serta membanting tulang empat kerat, Malaysia
menjadi destinasi pilihan kepada pelabur asing untuk mencari nafkah dan peluang
perniagaan. Persis kata mutiara Orang yang berjaya ialah orang yang berusaha tanpa jemu.
Tuntasnya, Malaysia berjaya menjadi sebuah negara idaman dan penting pada abad
ke-21 ini. Harus diingatkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang selain
daripada usaha-usaha yang dilakukan. Oleh itu, kita sebagai waris tampuk pemerintahan
negara haruslah memelihara usaha yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sejak dahulu
lagi untuk kelangsungan hidup. Selain itu, kita haruslah sentiasa bersatu padu kerana jika kita
tidak mejaga perpaduan yang dipelihara sejak dahulu lagi nescaya kita akan jatuh sama
sekali. Pepatah Melayu berbunyi Bulat pembentung kerana pembulat, bulat manusia kerana

muafakat. Selain itu juga, kita janganlah cepat terpedaya dengan hasutan anasir-anasir yang
cuba untuk menjatuhkan kita. Kita haruslah menanam sifat berani kerana benar dan berdikari.
Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

KARANGAN BAHAGIAN B
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA
ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
ANAK-ANAK
Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling
mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan
pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak
mempunyai keluarga, hidupnya sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk
menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003,
Malaysia telah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1
sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur
Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh
sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan
anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan
daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh
keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin
kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan keluarga ialah menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak
kerana kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak
langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anakanak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anakanak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba memotivasikan
diri mereka sekali gus mengubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada
ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai
anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat
dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa
kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk
kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang
dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang
lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan
yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa
menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang
cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang
tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sematamata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini,
pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa
bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak
mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan
bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup
mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini

membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa
bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan
untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anakanak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan
agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka
akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah
terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat
marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih
kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta,
manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang
sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi
kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan
anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai
aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat
melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan
mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan
kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak
lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era
globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara
maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.
PERANAN KELUARGA DALAM MELINDUNGI AHLI-AHLINYA DARIPADA
ANCAMAN DAN BAHAYA.
Keluarga boleh didefinasikan sebagai satu kelompok individu yang terdiri
daripada ibu, bapa dan anak. Institusi kekeluargaan yang cemerlang dan bahagia
perlu dipelopori oleh ibu dan bapa dengan baik. Keluarga merupakan tempat
perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya dan pengaruh
persekitaran. Namun begitu, mutakhir ini, kes-kes penderaan kanak-kanak dan kes
buli pelajar sekolah sering terpampang di dada-dada akhbar seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Hal ini amat membimbangkan kerana individu yang tidak
bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia yang alpa dengan arus globalisasi.
Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam melindungi ahli-ahlinya dan tidak
boleh hanya berpeluk tubuh sahaja.
Bapa merupakan ketua keluarga dan memikul tanggungjawab yang besar
dalam memastikan keselamatan anak-anak dan isteri. Bapa berperanan dalam
mengajar anak-anak dalam mempertahankan diri daripada bahaya dan perlu tegas
dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya, anak-anak perlu dididik dari kecil seperti
kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun begitu, ketegasan
bapa haruslah berpada-pada dan tidak sampai ke tahap memukul anak-anak. Bapa
juga perlu memastikan keselamatan anak-anak dan isteri semasa di luar kawasan

rumah. Bapa tidak boleh membiarkan anak-anak pulang ke rumah dengan berjalan
kaki bagi mengelakkan kes culik. Bapa harus sentiasa melengkapkan anak-anak
dengan alat pertahanan diri bak kata pujangga, sediakan payung sebelum hujan.
Ibu juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan
anak-anak dan tidak boleh hanya bersikap lepas tangan. Ibu bertanggungjawab
dalam mendidik anak-anak tentang ilmu agama dan ilmu fekah. Selain itu, ibu dan
bapa juga harus bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjamin
keselamatan anank-anak. Ibu bapa perlulah meluangkan masa secukupnya dengan
anak-anak dan mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Hal ini
adalah untuk memastikan anak-anak tidak menghabiskan masa mereka dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok dan melepak kerana
terpengaruh dengan rakan sebaya. Kasih sayang yang mencukupi juga adalah perlu
agar anak-anak tidak mencari alternatif lain bagi mendapatkan kasih sayang
sehingga memudaratkan diri sendiri.

Di samping itu,ibu bapa juga perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak


bagi menjamin keselamatn mereka. Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anakanak mereka tidak berkawan dengan orang yang berakhlak keji bagi mengelakkan
pengaruh yang negatif. Ibu bapa perlu tegas dalam situasi ini agar tidak menyesal di
kemudian hari seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna. Selain itu,ibu bapa juga perlu memantau keselamatan anak-anak di
luar rumah agar tidak menjadi mangsa buli di luar rumah. Pendekatan yang
berhemah oleh ibu bapa juga adalah perlu seperti ibu bapa berkongsi masalah yang
dihadapi oleh anak-anak agar anak-anak tidak tertekan dan mengelakkan anak-anak
daripada melakukan perkara yang membahayakan diri.
Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan teladan yang baik kepada
anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu,ibu bapa perlu
membesarkan anak-anak dengan baik dan tidak bertengkar di hadapan anak-anak
bagi meyakinkan anak-anak bahawa keluarga mereka merupakan tempat
perlindungan yang selamat. Bapa juga tidak boleh memukul isteri dan anak-anak
dengan
sewenang-wenangnya
disebabkan
oleh
sikapnya
yang panas
baran. Sebaliknya, bapa perlulah sentiasa melindungi ahli keluarga daripada
bahaya. Ibu bapa juga tidak boleh bersikap alpa sehingga tidak mengendahkan
keselamatan anak-anak. Anak-anak merupakan insan yang lemah dan perlu
dilindungi. Justeru itu, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak tinggal
bersendirian di rumah dan perlu ditemani oleh orang dewasa apabila mereka berada
di luar kawasan rumah. Janganlah ibu bapa menyesal apabila berlaku sesuatu yang
buruk terhadap anak-anakseperti sudah terhantuk, baru terngadah. Oleh itu,ibu
bapa haruslah prihatin terhadap keselamatan anak-anak walau di mana jua mereka
berada.

Kesimpulannya, ibu bapa memikul tanggungjawab yang sama dalam


memastikan keselamatan anak-anak. Namun begitu, tanpa kerjasama yang
menyeluruh, usaha untuk menjamin keselamatan mereka akan menjadi siasia seperti mencurahkan air ke daun keladi. Justeru itu, setiap ahli keluarga perlu
bekerjasama dan mengamalkan sikapsusah sama dipikul, ringan sama
dijinjing bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang selamat. Sesunggguhnya,
keluarga yang selamat dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan
seterusnya menjamin keamanan Negara. Keselamatan seseorang individu dapat
membantu dalam kstabilan fizikal dan mental . Oleh itu, anak-anak perlu diberikan
pendidikan yang sempurna seiring dengan keselamatan bagi melahirkan individu
yang cemerlang bagi memimpin Negara bak kata pujangga,pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap
anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti
berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam
situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap
saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan
keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian
kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti
pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh
mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam
mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku.
Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran
kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa
bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria
sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anakanak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang
besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja
mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini
kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan
perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng
sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat
untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan
sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan
terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan
dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa
mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan
perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih
bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan
menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu
anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar
supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi
dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh
teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka
bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran
anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan bukubuku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain
itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak
belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau
ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan
dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk
membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan
betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.


Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan
pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak
sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi
masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani
masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan
sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah
yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka.
Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan
terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang
memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya
mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat
tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain
agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa
hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti
sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga
sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan
masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Peranan Ibu Bapa memastikan Kecemerlangan Anak-anak


Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika
merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anakanak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut
ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan
jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak
mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama
menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak
mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain
harus ditimbal balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu mancis tidak
dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau
ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk
meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang
sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; suruh dan perintahlah anak-anakmu
mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu
dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan
menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti
menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan

oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika.
Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti
menjadi nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak
mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain tarik tali dengan anak-anak. Dalam usaha
mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas
dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga
mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti
rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu
diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum
apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan
tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi
sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah
laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi
membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.
Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih
dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk
menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja
yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit
penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh
anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai
keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan
pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya.
Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig
bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia
yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri
daripada sebarang musibah. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa
untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan
keinginan anak-anak. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak
berselerak, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan
dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud
bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan
harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa
mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan
sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu
bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang
dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalamdalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan
yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut
usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan
bumi sedia di tapak kaki.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa
yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam
memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu
mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu
meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat
perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal
mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut
kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus. Desakan dan
paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anakanak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah
dan baja ialah ibu bapa. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi
hak hakiki dan azali anak-anak.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi
insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, anak-anak ibarat simen basah,
sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil
sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya
perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi.
Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di
tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah
usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi,

SPM 2014:Soalan no.2:Setiap anak memerlukan sokongan dan


dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.
Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap ahli keluarga
dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu
masalah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ahli keluarga, khususnya ibu bapa menggalas
obligasi yang dominan dalam membantu anak-anak menyelesaikan kemelut yang ditelusuri oleh
mereka pada abad ini. Malah, anak-anak juga diibaratkan sebagai sehelai kain putih, dan ibu
bapalah yang menjadi penentu coraknya. Peribahasa ini izhar membuktikan peranan ibu bapa dalam
menentukan masa depan anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapalah yang menjadi pendorong utama
kepada anak-anak. Malah kajian membuktikan bahawa kebanyakan anak mudah terlibat dalam
kancah sosial disebabkan berlakunya kepincangan dalam keluarga. Kajian ini secara implisitnya
mendedahkan kepada kita akan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam pembentukan
keluarga bahagia. Anak- anak juga lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan ahli
keluarga daripada orang lain. Jadi, memang tidak dapat dinafikan sama sekali akan obligasi yang
dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika mengadapi sesuatu
masalah. Persoalannya, apakah peranan yang wajar dimainkan oleh setiap ahli keluarga sewaktu
anak-anak menghadapi sesuatu masalah? Dalam konteks ini, terdapat seribu satu peranan yang
dimainkan oleh ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi masalah.
Salah satu peranan dominan yang wajar dimainkan oleh setiap ahli keluarga, khususnya ibu bapa
adalah dengan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah memberikan kasih
sayang kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Mereka haruslah sentiasa
menyayangi antara satu sama lain supaya dapat mewujudkan keluarga yang harmoni. Ibu bapa
haruslah mengamalkan sikap keterbukaan iaitu bersedia memberi dan menerima pandangan
pembaharuan dan kritikan supaya dapat mewujudkan keluarga yang harmoni. Hal ini demikian
kerana salah satu punca anak-anak menghadapi masalah dalam kehidupan ialah ketandusan kasih
sayang daripada ibu bapa. Dalam konteks ini, ibu bapa harus bersedia memasang telinga kepada
segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Bukan sahaja ibu bapa, malah seluruh ahli keluarga
wajar berbuat demikian apabila mendapat tahu bahawa seseorang anak itu menghadapi masalah.
Setiap ahli keluarga tidak harus berpeluk tubuh atau bersikap nafsi, bak kata pepatah bagai enau
dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing ketika ahli keluarga menghadapi
masalah. Setiap masalah ahli keluarga juga wajar diselesaikan bersama-sama supaya masalah yang
dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah. Dalam konteks ini juga, setiap ahli keluarga harus
bertindak rasional dan tidak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi agar tidak
timbul konflik atau perselisihan faham yang mampu menggugat keharmonian keluarga. Jadi,
jelaslah bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga harslah menyayangi antara satu sama lain dalam
membantu anak-anak menghadapi sesuatu masalah.
Di samping itu, ibu bapa juga tidak harus bersifat materialistik atau kebendaan semata-mata.
Mereka tidak harus mengejar kekayaan dan kebendaan sehingga mengabaikan anak-anak. Dalam

konteks ini, ibu bapa sebagai ahli keluarga yang dominan wajar membahagikan masa bekerja dan
masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga. Dengan cara sebegini, anak-anak akan lebih
berkeyakinan untuk berkongsi segala pahit manis yang dilalui dalam kehidupan seharian. Hal ini
sudah tentu memudahkan ibu bapa untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak
dan seterusnya mengambil langkah yang efektif dan pragmatik semasa menangani masalah yang
dihadapi oleh anak-anak. Bukan itu sahaja, keluarga yang harmoni dapat diwujudkan apabila setiap
ahli keluarga bersama-sama untuk berkongsi masalah yang dilalui bersama-sama. Dengan cara
sebegini, sudah tentu anak-anak tidak akan berasa keseorangan semasa melalui segala kesukaran
dalam hidup dan seterusnya masalah yang dihadapi ini dapat ditangani dengan efektif. Jadi,
tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik sematamata dan harus meluangkan masa bersama anak-anak menghadapi masalah.
Sementelahan lagi, setiap ahli keluarga haruslah mengawasi perubahan tingkah laku yang dialami
oleh seseorang. Bukan sahaja ibu bapa, malah setiap ahli keluarga wajar menggalah obligasi yang
sama. Apabila mendapat tahu bahawa anak-anak menunjukkan perubahan tingkah laku, ibu bapa
haruslah menyiasat perkara ini secara terperinci supaya mendapat tahu akan peristiwa sebenar
yang berlaku. Setiap ahli keluarga haruslah bertindak dengan cepat sebelum sesuatu masalah
menjadi parah. Dengan berbuat demikian, setiap ahli keluarga akan mendapat tahu akan masalah
yang dihadapi. Dalam konteks ini, ibu bapa juga boleh mengawasi dengan siapa anak-anak mereka
bergaul. Mereka juga harus mengkaji perwatakan setiap rakan anak-anak mereka supaya mendapt
tahu apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini amat signifikan supaya, ibu
bapa akan tahu akan kemelut yang dihadapi oleh anak-anak dan seterusnya membantu mereka
dalam menghadapi sesuatu masalah. jadi, jelaslah bahawa setiap ahli keluarga harus mengawasi
perubahan tingkah laku anak-anak supaya dapat membantu ketika mereka menghadapi masalah.
Seterusnya, satu lagi obligasi atau peranan yang harus diimplementasikan oleh ahli keluarga
sewaktu mereka menghadapi maslah adalah dengan sentiasa memberi dorongan dan semangat
kepada anak-anak. Ibu bapa harusla menanam semangat tidak mudah putus asa dalam diri anakanak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka juga
harus mempamerkan nilai-nilai yang baik di depan anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Hal ini amat penting supaya anak-anak akan menjadikan yang baik sebagai teladan dan
yang buruk sebagai sempadan. Ibu bapa juga wajar menasihati anak-anak dengan cara yang betul
supaya anak-anak akan dapat memahami nasihat yang disampaikan oleh ibu bapa dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan tidak menjadi bagai mencurahkan air ke daun
keladi. Bukan itu sahaja, malah ahli keluarga harus sentiasa memberi motivasi secara berterusan
dan menanam semangat yang mendalam dalam diri anak-anak ketika mereka menghadapi maslah
supaya mereka tidak akan berputus asa dan bangkit semula selepas segala cabran yang dihadapi
oleh mereka. Ibu bapa juga tidak harus menjadi bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Hal
ini demikian kerana anak-anak mudah mengikut segala perlakuan yang dipamerkan oleh ibu bapa.
Segala perkara negatif tidak harus ditunjukkan di depan anak-anak. Oleh hal yang demikian,
memang tidak dapat dinafikan bahawa ahli keluarga harus sentiasa memberi dorongan kepada
anak-anak semasa mereka menghadapi sesuatu masalah.
Tambahan pula, setiap ahli keluarga harus menghantar anak-anak ke kelas pendikan tidak formal
atu pendidikan keagamaan. Ibu bapat tidak wajar memfokuskan pendidikan formal semata-mata
dan tidak harus menekankan pencapaian anak-anak dalam akademik sebagai indikator bahawa
anak-anak telah berjaya. Jadi, ibu bapa harus menghantar anak-anak ke kelas pendidikan agama.
Dengan pegangan agama yang kukuh, anak-anak akan berasa lebih berkeyakinan semasa
menghadapi pelbagai masalah. Setiap ahli keluarga juga harus mendorong anak-anak supaya
berpegang teguh kepada agama kerana tiada agama yang mendorong penganutnya untuk melakukan
aktiviti yang tidak baik. Dengan menghantar anak-anak ke kelas agama, anak-anak akan lebih

berani dan tabah menghadapi masalah yang dihadapi. Inisiatif lain yang boleh diambil oleh ahli
keluarga ketika anak-anak menghadapi masalah adalah dengan menghantar mereka ke kelas
bimbingan dan kaunseling. Dengan kaunseling yang diberikan ,sudah tentu anak-anak dapat
menyelesaikan masalah mereka dengan mudah. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap ahli
keluarga wajar menghantar anak-anak ke kelas pendidikan agama atau kelas bimbingan dan
kaunseling ketika anak-anak menghadapi masalah.
Konklusinya, memang tidak dinafikan betapa pentingnya peranan dan obligasi yang digalas oleh
setiap ahli keluarga amnya ibu bapa dalam membantu anak-anak sewaktu kemelut dalam kehidupan
seharian. Setiap ahli keluarga haruslah mengimplementasikan tanggungjawab mereka dengan
berkesan dan efektif dan bukan seperti melepaskan batuk di tangga. Setiap ahli keluarga wajar
menggembleng tenaga dalam membantu anak-anak ketika mereka menghadapi masalah. Bukan
sahaja ibu bapa yang memainkan peranan, malah ahli keluarga yang lain turut mempunyai obligasi
yang sama. Setiap ahli keluarga juga harus bertindak segera dalam membantu anak-anak ketika
menghadapi masalah sebelum gawat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. hal ini demikian kerana anak-anak merupakan aset paling berharga. Jadi, segala masalah
yang dihadapi oleh mereka tidak harus dipandang enteng dan sebaliknya sebagai ahli keluarga yang
bertanggungjawab kita haruslah sentiasa bersama-sama ketika melalui pahit manis. Jadi bolehlah
disimpulkan sekali lagi bahawa setiap anak memerlukan dorongan dan sokongan daripada ahli
keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.

You might also like