Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pembiakan Aseks

Pembiakan Menggunakan Keratan Batang Lembut, Kayu Sederhana Dan Kayu Keras

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang lembut ini termasuklah
Scindapsus atau Sireh Puteri, Tradescantia, Hedera serta banyak lagi.

Bahan yang diperlukan adalah:


a) Beberapa keratan batang pokok berkenaan (Scindapsus) sepanjang lebih kurang 1 kaki
b) Gunting pokok atau 'sekateur'
c) Bekas tanaman
d) Medium pasir sungai
e) Plastik atau bekas lutsinar
f)

Hormon penggalak akar Saradix, Hortomone A

g) Air siraman

Kaedah pembiakan:
1

Sediakan bekas dan medium tanaman dengan memasukkan pasir sungai ke dalam bekas
tanaman sehingga dua inci ke paras bibir bekas, ratakan. Goncang sedikit bekas tanaman
untuk memadatkan sedikit medium bagi menyenangkan pertumbuhan pokok.

Potong pokok Scindapsus di bawah buku batang dan pastikan sekurang-kurangnya dua
buku bagi setiap potongan. Buangkan daun di buku paling bawah bagi mencepatkan
pertumbuhan tunas baru dan mengelakkan pereputan batang. Jika terdapat akar udara
yang tumbuh di buku keratan, jangan dipotong kerana akar ini akan mencepatkan
pertumbuhan tunas baru. Sapukan hormon penggalak akar di bahagian buku dan akar
udara.

Buatkan beberapa lubang bagi memenuhi setiap ruang medium tanaman, tanam keratan
batang tadi sehingga medium menutupi buku batang yang paling bawah sekali dan
padatkan medium di sekeliling batang keratan.

Siram medium dan letakkan bekas tanaman dalam plastik atau bekas lutsinar serta di
tempat teduh. Tunas serta akar baru akan tumbuh dalam masa beberapa minggu.

Apabila pertumbuhan batang menjangkau melebihi lima ruas, anda bolehlah memindahkannya
untuk ditanam sama ada dalam beg politena atau pasu cantik menggunakan medium tanaman
untuk pokok berpasu. Selepas itu anda bolehlah mula membajanya dengan baja kandang (najis
ayam atau kelawar) atau baja kimia berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan batang yang
cepat.
Pembiakan dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek, hiasan, herba,
penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun pokok hiasan boleh dibiakkan dengan
cara keratan, tetapi pokok hiasan yang dibiakkan dengan biji benih kelihatan lebih tegap, sihat
dan berbentuk asli. Pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis
dahan (keras, sederhana dan lembut) ialah pokok bunga raya (Hibiscus sp.), pokok bunga
kertas (Bougainvilla sp.) dan lain-lain.

Rajah Keratan Kayu Keras Hibiscus( bunga raya), Bougainvilla(bunga kertas)


Kaedah Pembiakan Belahan Dan Pembahagian Rumpun
Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Sansevieria (lidah jin),
Chlorophytum, Caladium (keladi) dan sebagai-nya.

Rajah Belahan Rumpun Sansevieria


Kaedah pembiakan:
1

Siram air atau rendam pasu tanaman berkenaan di dalam air bertakung seketika. Ini
bertujuan

bagi

melembutkan

medium

tanaman

serta

memudahkan

kerja-kerja

mengeluarkan tanaman berkenaan daripada pasunya.

Pusingkan pasu dengan permukaannya ke bawah dan hentakkan permukaan pasu di atas
permukaan yang keras secara perlahan bagi memaksa rumpun pokok keluar daripada
pasunya. Keluarkan rumpun tanaman tadi daripada pasunya secara perlahan bagi
mengelakkan rumpun pokok terjatuh ke tanah.

Gunakan tangan atau cangkul serta pisau untuk memotong rumpun pokok kepada
beberapa rumpun kecil. Tanam rumpun ini dalam bekas tanaman dengan medium yang
baru. Pokok akan segera tumbuh segar selepas air disiram serta disembur ke daunnya.

Letakkannya di tempat teduh bagi menyesuaikannya dengan pasu dan medium yang baru.
Selepas seminggu bolehlah diberi baja dan diletakkan di tempat yang sesuai untuknya.

Kaedah Pembiakan Lenturan Batang Atau Ranting

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Scindapsus, Tradescantia, pokok
lelabah (Chlorophytum comosum) dan sebagainya. Kebanyakan pokok menjalar boleh
dibiakkan dengan kaedah ini.

Kaedah Pembiakan:

Kaedah 1:
1

Lenturkan batang atau ranting pokok berkenaan dalam air untuk merangsang pertumbuhan
akar baru.

Setelah berakar, panjangnya kira-kira setengah inci, kerat batang atau ranting tadi di
bahagian bawah tempat ia berakar untuk memisahkannya dari pokok asal dan tanam dalam
pasu dengan medium yang sesuai untuk pokok berkenaan.

Rajah Lenturan Dalam Air


Kaedah 2:
1

Lentur terus ke dalam medium tanaman dalam pasu.

Siram dan beri baja bagi menggalakkan batang pokok berakar dan boleh tumbuh dengan
sendirinya.

Apabila didapati tumbuh daun baru yang menunjukkan pokok berkenaan sudah boleh hidup
dengan sendirinya, potong bahagian bawah tempat yang berakar untuk memisahkannya
dari pokok induk dan terus hidup sebagai pokok baru.

Rajah Lenturan Di Pasu/Tanah

Kaedah Pembiakan Cara Mengetut atau Markot

Gambar Rajah Menunjukkan Kaedah Mengtut Atau Markot

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok berbatang keras berkayu
seperti bunga kertas, bunga raya dan sebagainya.

Kaedah Pembiakan:
1 Pokok dilukakan atau dipotong kulit sekeliling ranting atau batangnya.
2 Medium tanaman yang basah untuk menggalakkan pertumbuhan akar diletakkan di
sekeliling keratan tadi.
3 Balut medium tanaman dengan plastik yang lutsinar dan ikat di kedua bahagian hujung atas
dan bawah dengan tali rafia supaya medium tidak jatuh dan wap air tidak terkeluar daripada
medium tadi. Selang beberapa minggu, akar akan tumbuh di bahagian yang dipotong tadi
kerana pokok menggunakan bahan makanan daripada medium tadi dan merangsang
pertumbuhan akar.
4 Apabila akar sudah panjang kira-kira satu inci, bolehlah dipotong bahagian berkenaan di
bawah tempat berakar tadi untuk ditanam dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.

Terdapat tiga kaedah menyediakan medium tanaman untuk mengetut:


Kaedah 1:
2 bahagian tanah peroi : 1 bahagian bahan
organik Kaedah 2:
4 bahagian habuk papan : 2 bahagian baja
organik Kaedah 3:
Lumut sphagnum moss atau sabut kelapa lembap
Kaedah Pembiakan Menggunakan Keratan Daun

Pokok yang boleh dibiakkan melalui kaedah ini ialah Sansevieria, Begonia Peperomia dan
sebagainya. Kaedah ini tidak menjanjikan anak pokok yang tumbuh akan menyerupai
keseluruhan pokok induknya.

Gambar Rajah Pokok Setawar dan Senseviera Dibiak Dari Keratan Daun
Kaedah pembiakan:
1

Kerat daun pokok berkenaan kepada beberapa keratan kecil.

Letakkan hormon penggalak akar di bahagian bawah keratan tadi dan tanam dalam
medium pasir sungai.

Siram dan tutup pasu semaian dengan plastik lutsinar dan letak di tempat teduh. Kaedah ini
dilakukan bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman dan keadaan sekeliling keratan
pokok bagi mencepatkan pertumbuhan anak pokok yang baru.

2 Selang beberapa minggu, apabila anak pokok telah tumbuh pindahkan dan tanam dalam
medium tanaman yang sesuai untuk pokok berkenaan.
Kaedah Pembiakan Menggunakan Sulur Anak

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok Orkid, Bromeliad dan
Episcia.

Rajah Pembiakan Menggunakan Sulur


Kaedah pembiakan:

Biasanya sulur anak akan keluar dari sisi pokok induk yang menyerupai pokok induknya.
Ceraikan anak sulur berkenaan daripada induknya dengan menggunakan tangan atau
gunting pokok.

Potongkan serapat mungkin ke arah pokok induknya dan seboleh-bolehnya biar terdapat
sedikit akar untuknya mula tumbuh sendiri.

3 Tanam segera dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.


Pembiakan Melalui Cantuman
Cantuman satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan.
Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.
Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :
a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan
i) Sandingan
b) Cantuman mata tunas
i)

Cantuman 'T'

ii)

Cantuman tampal

iii)

Cantuman takuk

c) Cantuman Belahan
i)

Belahan tepi

ii)

Belahan rencung

iii) Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)


Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar
yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai
(berukuran lebih kurang 1 cm garis pusat) untuk menerima mata tunas.
Mata tunas(sion)
Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang
mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lainlain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata


tunas Contoh: Cantuman
tampal
a) Sediakan pokok penanti
b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok
penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.
c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.
d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama
ada kulit itu boleh dikopek.
e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok
penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan
kulitnya beserta mata tunas.
f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok
penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.
g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.
h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm 8cm daripada bahagian yang dicantum.
Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai
membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok
penanti hendaklah dibuang.
Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata
tunas menjadi kering

e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.


f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

You might also like