Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tingkatan 6A : Geografi 1 :Kitar Nutrien dan Kitar Karbon

a) Apakah dimaksudkan dengan kitar nutrien?


Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air,
zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen. Nutrien-nutrien ini akan
beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari. Nutrien-nutrien ini diperlukan
dengan banyak. Lain-lain nurien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum. Nutrien ini
merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat makanan seperti lemak,
karbohidrat dan protin. Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma
ini mati dan terurai. Kitar nutrien ini berlaku melaui atmosfera , hidrosfera litosfera dan
akhirnya biosfera. Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan
selagi tidak adanya gangguan.
b) Jelaskan bagimanakah kitar karbon berlaku?
Aliran karbon dalam pelbagaibentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi
karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam
bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya terhasil daripada
pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah permukaan bumi.
Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk
hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium
karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut dalam air dan
terdapat di udara.
Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan
melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran
bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas gas
karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik. Secara
semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksidan. Gasgas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera.
Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk
atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon.
Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan
oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak
karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon
dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan. Organisma laut
seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat.
Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan
dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.
c) Jelaskan baimanakah kitar oksigen berlaku?
Kitar oksigen adalah edaran gas oksigen dibumi melalui proses-proses fotosintesis,

pernafasan , pembakaran dan pereputan. Ini bermakna Kitar oksigen ialah proses
pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke atmosfera secara berterusan.
Dalam kitar oksgen, gas oksigen digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan
untuk mengoksidakan makanan dan menghasilkan tenaga karbon dioksida. Begitu juga
proses pereputan yang dilakukan oleh organisma dalam menguraikan bahan organik seperti
sisa-sisa tumbuhan dan bangkai bangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria.
Semasa prose ini berlaku oksigen digunakan. Pembakaran juga menggunakan oksigen
terutama dalam kehidupan manusia seperti memabakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan
bahan organik yang lain.
Oksigen pula akan dikembalikan ke udara oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses
fotosintesin. Semasa proses fotosintesis tumbuhan menggunakan cahaya matahari, dan
menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari
tanah untuk mensintesiskan makana. Oleh itu hasil sampingannya oksigen dibebaskan.
Proses ini berlaku berterusan.

d) Bagaimanakah kitar nutrien boleh diganggu oleh manusia?


Menambahkan nutrien - contohnya karbon dikosida akan bertambah melalui:
i)Pembalakan berlebihan tanpa tanam semula
ii)Pembakaran bahan fosil dalam industri
iii)Pembakaran sampah sarap secara terbuka
iv)Petani pindah membakar hutan
Mengambil nutrien karbon dioksida keluar dari sistem ini melalui:
i)Pemburuan
haiwan
hutan
dan
dibawa
ke
tempat
lain
ii)Perlombongan arang batu atau minyak, sumber ini diseksport ke tempat / negara lain.
iii) Kayu balak dieksport ke tempat lain.

Ciri-ciri Hutan Paya Bakau.


Hasil daripada kajian hutan paya bakau merupakan amat bernilai dari segi ekologi kerana
berfungsi melindungi pesisir pantai daripada terhakis oleh kuasa fizikal seperti ombak dan angin
yang kencang.Hutan paya bakau juga menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai
penanpam semula jadi terhadap ribut taufan.
Selain itu, bakau turut menjadi tempat perlindungan beberapa speseis flora dan fauna yang
mempunyai ciri penyesuaian yang unit. Terdapat banyak speseis udang marin dan ikan mencari
makanan, bertelur dan membesar di kawasan terbabit. Kawasan bakau dan dataran berlumpur
adalah tapak penting kepada burung mentap dan berhijrah mencari makanan serta bersarang.

Satu lagi ciri penting hutan bakau ialah persekitaranya yang agak kompleks dengan ekosistem
tanah becak produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen rendah di dalam air dan
tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok besar adalah
beberapa aspek persekitarannya.
Tumbuhan dan haiwan yang mediami kawasan bakau mampu menyesuaikan diri terhadap
persekitaran apabila ia membentuk ciri penyesuaian istimewa. Tumbuhan bakau mengatasi
kandungan oksigen rendah dengan akar udara khas, dikenali sebagai pneumatofor iaitu akar
yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen
Tanah berkelodak dan perubahan air pasang dan surut tidak sesuai bagi anak pokok bakau. Untuk
mengatasi masalah itu, tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih unik
dikenali
sebagai

vivipariti
.
Tumbuhan viviparus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan
pucuk muda ketika ia masih lagi berada berada pokok induk. Anak benih ini kemudiannya jatuh
daripada pokok induk dan tertanam dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal sehingga
dihanyutkan
arus
ke
tempat
lebih
sesuai
untuk
membesar.
Seperkara lagi yang menarik mengenai htuan bakau ialah kepelbagaian biologinya, terutama ia
menjadi tempat 60 spesies tumbuh-tumbuhan . Empat jenis tumbuhan yang utama ialah pokok
api-api ( avicennia), bakau ( rhizohora ) ,Perepat ( sonneratia) dan berus / tumu ( bruguiera).

( c ) Merngapa ekosistem paya bakau perlu dikekalkan.


Ekosistem hutan paya terdiri daripada pelbagai jenis hutan seperti paya bakau, paya nipah dan
hutan paya gelam. Ekosistem hutan ini amat perlu dikekalkan untuk;
1. Mengekalkan habitat pelbagai spesies hidupan seperti sebagai tempat pembiakan ikan,
kerang,udang, memerang dan juga pelbagai jenis burung tempatan dan burung hijrah. Hal ini
kerana kawasan hutan ini kaya dengan sumber makanan yang dihimpunkan dari pertembungan
enapan sungai dan laut. Habitat bakau dapat menampung sejumlah besar haiwan , daripada
paling halus( zooplankton), sehingga kepada reptilia besar iaitu buaya muara.
Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah ketam rebab,ketam lumpur, udang kara,
ular bakau, lotong kelabu, memerang licin, beruk dan kelawar. Banyak speies ikan, krustasia dan
udang menakluki kawasan bakau ketika air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan
teritip pula adalah hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung boleh dijumpai
pada akan dan pokok bakau. Haiwan paling menarik ialah burung air besar seperti bangau iaitu
bangau putih besar dan bangau kecil , burung pucung keladi dan cericap, burung upeh dan
burung botak adalah penghuni hutan bakau yang lazim ditemui. Burung lain yang terdapat
seperti helang merah, helang siput,burung bacat bakau, murai bakau, burung sambar biru dan
pekaka sungai.

2. Menjadi kawasan tadahan dan simpanan air. Hutan paya merupakan kawasan tanah bencah /
wetland yang berfungsi menyimpan air, khusunya air hujan. Justeru itu air hujan tidak boleh
mengalir limpah dan membajiri sesuatu kawasan saliran dengan cepat kerana disimpan di
kawasan hutan berkenaan. Fenomena banjir boleh dikurangkan apabila ekosistem hutan paya
dikekalkan.
3. Mengawal hakisan pantai. Hutan paya bakau dan nipah sebenarnya menjadi pelindung semula
jadi dan penahan kepada hakisan ombak yang cekap dan berkesan. Contohnya, sistem akar banir
pkok bakau mampu memperlahankan kuasa hakisan ombak di samping memerangkap enapan /
lanar. Manakala kanopi pokok yang tebal boleh menghalang angin kencang dari arah laut.
4. Pelbagai bekalan sumber kayu, damar, ubat-ubatan, pencelup, dan sebagainya diperolehi
daripada kawasan hutan paya. Kayu bakau misalnya amat berguna untuk dalam industri
pembinaan seperti membuat jeti, cerucuk panahan hakisan ombak dan juga membuat kayu arang.
Hal ini penting untuk memajukan industri pembinaan. Penduduk di pantai menggunakan bakau
untuk membina rumah dan bot iaitu sebagai rasuk,alang, pelancar dan tiang. Kayu bakau turut
digunakan untuk membuat perangkap ikan, dijadikan arang dan kayu api selain sumber bahan api
dan barangan rumah serta perabot. Tanin yang diperolehi daripada kulit bakau digunakan untuk
mewarnakan jaring, kain layar dan pelekat plastik.
5. Sumber ekopelancongan . Hutan bakau pada masa ini sudah dipopularkan sebagai destinasi
pelancongan yang baru seperti di Larut Matang, Perak dan juga di Kuala Selangor yang
dijadikan kawasan rekreasi dengan membangunkan pelbagai kemudahan seperti calet dan
kemudahan perhubungan.
6.sumber kajian. Selain itu, ia turut dijadikan sebagai kawasan penyelidikan / kajian terhadap
spesies fauna dan floranya.
7. Banyak bahagian tumbuhan bakau iaitu tunas, dedaun dan benih dijadikan sumber ubatan dan
kraf tangan. Daun pokok dari hutan bakau yang bersaiz besar seperti nipah digunakan untuk
membuat atap dan rokok daun serta menganyam bakul dan tikar seperti mengkuang laut.
Selain itu paya bakau menjadi tempat / sumber ekonomi kepada masyarakat nelayan trdisional di
tepi pantai untuk mencari sumber-sumber makanan laut seperti lokan, udang galah, getam, daun
atap , daun rokok dan sebagainya.

You might also like