Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEWA BELI: Perjanjian sewa beli - Keingkaran membayar ansuran - Tuntutan di bawah perjanjian terhadap

penjamin - Sama ada notis statutori diserah kepada penjamin - Sama ada kegagalan penyerahan notis-notis
statutori menjejaskan kes plaintif - Akta Sewa Beli 1967, s. 16

TC CAPITAL RESOURCES SDN BHD lwn. RUSMADI HAMID & SATU LAGI [2012] 1 SMC 322
MAHKAMAH SESYEN, KUALA LUMPUR
ALLAUDEEN ISMAIL HS
[SAMAN NO: 9-52-14308-2011]
16 DISEMBER 2011
Plaintif dan defendan pertama telah memasuki satu perjanjian sewa beli ('P2') bagi sebuah kenderaan pada
harga dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak manakala defendan kedua adalah penjamin di bawah
perjanjian tersebut. Apabila defendan pertama tidak mampu membayar ansuran yang ditetapkan di dalam P2,
plaintif telah menamatkan P2 dan menandatangani satu perjanjian variasi di mana ansuran bulanan dikurangkan.
Walaubagaimanapun, defendan-defendan telah ingkar untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat perjanjian
tersebut. Maka tuntutan ini oleh plaintif.
Diputuskan (menolak tuntutan plaintif terhadap defendan kedua dengan kos):
(1) Notis-notis statutori di bawah Akta Sewa Beli 1967 mesti dihantar/diserah kepada defendan kedua sebagai
penjamin. Tetapi, ia tidak dihantar kepada alamat terakhir defendan kedua yang diketahui. Dengan itu, defendan
kedua tidak diserahkan dokumen-dokumen yang perlu diserah mengikut undang-undang dan ini adalah 'fatal'
kepada tuntutan plaintif. Plaintif dengan itu telah gagal membuktikan kesnya terhadap defendan kedua.
(perenggan 10-11 & 13-14)
Perundangan yang dirujuk:
Hire-Purchase Act 1967, s. 16
Hire-Purchase (Amendment) Act 1992, s. 18(4)
Kaunsel:
Bagi pihak plaintif - T/n HL Lee & Co
Bagi pihak defendan-defendan - T/n M Raman & Assocs
Dilaporkan oleh S Barathi

You might also like