Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1

MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai


seperti contoh di bawah)

KANDUNGAN ISI
(Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar
memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi)
boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar.
Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk
semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG.
Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai
bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira
beban pembelajaran pelajar.)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------CATATAN:
1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.
2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:
a) FONT : ARIAL
b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA 14
SUB TAJUK 12
ISI KANDUNGAN 12
c) SPACING : 1.5
3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1

MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

1.1 SINOPSIS
Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep Prabacaan

Bentuk Aktiviti Prabacaan

Aktiviti-Aktiviti Prabacaan

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima


pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang
melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca
dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat
sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan
berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi
dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada
membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat
mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada
kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan
bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan
atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai
bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi
dan buatan).
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan
membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih
dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,
malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu
bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan
semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh
mereka.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah.
Meniarap (aktiviti
kesediaan
membaca)

Merangkak (aktiviti
mendirikan kemahiran
asas membaca)

Berjalan (kemahiran
membaca peringkat rendah)

Berdiri (aktiviti pengukuhan


kemahiran asas membaca)

Berlari (kemahiran
membaca peringkat tinggi)
Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan
membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.
Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran
pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan
tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan
bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk
membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca
adalah sama.
Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara
khusus dan berterusan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
(1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu;
I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan
berbeza.
II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan
berbeza.
III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.
IV. Kemahiran mengenal semua huruf.
V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan
kemudiannya menjadi kata yang bermakna.
VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya
huruf dan bunyi.
VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang
membandingkan perbezaan makna.
VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan
pengamatan murid.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan konsep prabacaan.

2.

Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan.

3.

Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan.

4.

Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan


strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah.
Pengamatan
Penglihatan
BENTUK
PRABACAA

Pengamatan
Pendengara

Membina dan
Menggunakan
Bahan Bantu

Pergerakan
Tangan dan
Mata

Laksanakan Latihan
Rajah 1.2 Kerangka Tajuk
1.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang
konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap
pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan.
1.4.1

Konsep Pengamatan

Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak


balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila
wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ
deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan
konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).
Menerima
Rangsangan

Merakam
Maklumat

Bertindak
Balas (Respon)

Memproses
Maklumat

Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Pengamatan

juga

bermaksud

proses

yang

memberikan

makna

kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu


yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai
proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera
(Noresah Baharom et al, 2002).
Penerimaan

Proses Data

Tindak Balas

Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.


1.4.2
Berikut

Komponen dan Bentuk Pengamatan


ialah

komponen

dan

bentuk-bentuk

pengamatan

yang

dapat

diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.


I.

Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi

visual-motor dan visual-kinestetik)


II.

Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi

visual-pendengaran)
III. Pergerakan tangan dan mata.
1.4.3
1.4.3.1

Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan.


Bentuk Pengamatan Penglihatan.
Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai

tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi


penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau
melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian
jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri,
pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.
(a) Diskriminasi Penglihatan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati
persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan
perkataan.
(i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama.
Contoh 1:
Bulatkan Gambar yang Sama

Contoh 2:
Bulatkan Bentuk yang Sama

Contoh 3:
Tandakan ( ) warna yang sama

(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Contoh 1:
Tunjukkan saiz yang tidak sama

Contoh 2:
Bulatkan bentuk yang tidak sama

Contoh 3:
Tandakan (x) yang ganjil

(b) Ingat Kembali.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah
diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan
gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa
melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai
gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar.
Contoh 1:
Lihat dan ingat gambar

(c) Orientasi Kedudukan.


Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama,
murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza.
Contoh 1:
Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan

Contoh 2:
Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan

(d) Mazing atau Cari Jalan Keluar


Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu
mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran
menyelesaikan masalah.
Latihan
Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan
hantar pada interaksi seterusnya.
1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran.
Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan
pendengaran,

iaitu

diskriminasi

pendengaran,

penerimaan

pendengaran,

perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan


percantuman bunyi.
(a) Diskriminasi Pendengaran
Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan
mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar
Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama
Dengar bunyi dan namakan haiwan
Ayam Betina
Anak Ayam
Ayam Jantan

Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza


Dengar bunyi dan namakan haiwan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata.


Tujuannya

adalah

untuk membantu

murid

menguasai

kemahiran

asas

pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua
yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan
menyalin corak.
(a) Menyambung Titik.
Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau
abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah
gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan
pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali,
kurang titik.
BUAT BBM
1. HURUF
2. GAMBAR
(b) Menyalin Corak.

TAJUK 2

BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK

2.1 SINOPSIS

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik


menekankan beberapa aspek berikut:

Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf.

Latihan membatang suku kata dan perkataan.

Latihan membaca frasa dan ayat.

Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan


kaedah fonetik.

Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan


membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf.
Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa
dan ayat.
Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas


KIA2M.

2.

Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M.

3.

Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai


untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran:
1.

Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan


setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


2.

Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam


portfolio anda.

3.

Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran


Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104.

2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK


Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut:

KAEDAH FONETIK

Latihan
membunyikan huruf
dan asosiasi benda
dengan bunyi huruf

Latihan
membatang suku
kata dan
perkataan

Latihan membaca
frasa dan ayat

Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk


2.4 KANDUNGAN ISI melaksanakan kaedah fonetik
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan
diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang
disediakan.
2.4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik
Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap
hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya
mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa
mengingat nama huruf.

L
a
t
i
h
a
n

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan
kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang
dilihat.
Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat
dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid,
diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut:
Bunyi vokal
a
e
i
o
u

aaaa
eeee
iiiii
oooo
uuuu

Bunyi konsonan
b
c
d
f
g
h
j
k
l
m

beh
ceh
deh
feh
geh
heh
jeh
keh
el
em

n
p
q
r
s
t
v
w
y
z

en
peh
qeh
rer
sss
the
vev
weh
yeh
zez

Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata,


dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar
sebagai sokongan.
Contoh:

Perkataan baju dieja dengan bunyi huruf:


[ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ]
[ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ]
= [ ba ] + [ ju ]
= [ baju ]
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf.
Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula
dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataanperkataan.
Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang
menggunakan perkataan-perkataan ini.
Contoh:

Ini baju saya


Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:
Kelebihan

Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang


bersifat fonemik.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Membolehkan

murid-murid

membaca

perkataan-perkataan

baharu,

walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf

vokal dan konsonan dengan baik.


Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta
memberi keyakinan kepada murid-murid.

Kelemahan:

Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah

abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya.


Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.
Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar.
Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak

mempunyai makna
Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf

Perbincangan
Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran
bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya?

2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK


Dalam

bengkel

kaedah

fonetik

pelajar

perlu

melaksanakan

latihan/aktiviti berikut:
2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan
Bunyi Huruf

beberapa

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan
latihan/aktiviti berikut:
(a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a z
Contoh:
i. Membunyikan huruf vokal:
a
e

e
i

o
u

ii. Membunyikan huruf konsonan


b
d

Kemudian,

selesai

f
g

membunyikan

kesemua

h
j

huruf,

pelajar

dikehendaki

melaksanakan latihan/aktiviti berikut:


(b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf .
Contoh:

ia
u
2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:
(a) Latihan membatang suku kata
Contoh:
a

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


d
g
k

da
ga
ka

de
ge
ke

di
gi
ki

do
go
ko

du
gu
ku

(b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku


kata.
Contoh:
dada
gigi

dadu
kuku

daki
dagu

kaki
kuda

kaku
duka

2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat


Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:
(a) Latihan membaca frasa.
Contoh:
ini kuda
(b) Latihan membaca ayat yang lengkap.
Contoh:

Ini kuda Ali


Kuda Ali lari laju

kuda Ali

lari laju

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk
Melaksanakan Kaedah Fonetik
Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah
fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki:
(a)

Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah


kaedah fonetik

(b)

Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik


seperti yang telah anda pelajari.
Latihan

1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai


digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda
dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut.
2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan
eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan
kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah.

http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedahmengajar-membaca-sukukata/ .
http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?
option=com_content&do_pdf=1&id=56
www.geocities.com/masihadayangsayang/ kaedah_membaca

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 3

BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD

3.1 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang
memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut:

Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.

Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.

Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.

Latihan membaca ayat

3.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad.

2.

Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca


kaedah abjad.

3.

Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan


pengetahuan murid.

4.

Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

3.3 KERANGKA TAJUK


Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangka
tajuk di bawah.
Kaedah Abjad

Menyebut nama
huruf abjad a
hingga z: huruf kecil
dan huruf besar.

Latihan menyebut
pola suku kata v
dan kv.

Latihan mengeja

Latihan

suku kata, perkataan

membaca

dan frasa.

ayat

Menggunakan Bahan Bantu


Belajar
Laksana Latihan

3.4 KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan
diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang
disediakan.
3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu
dan

diikuti

dengan

menyebut

nama

huruf-huruf

tersebut.

Setelah

itu

diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-murid


tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa
huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Juriah
Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang
terkandung dalam suku kata dan perkataan.
Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh
manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari
oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar
diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah
Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua
bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut
nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan
dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad
berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa
huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih
dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan.
Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum
didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.
Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:
Kelebihan

Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri

daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.


Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan

baharu,

walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf

dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.


Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan
kepada murid-murid.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Kelemahan:

Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa


memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan

dan kelancaran membaca.


Murid-murid terbawa-bawa

tabiat

membaca

sambil

mengeja.

Ini

menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham

apa yang dibaca.


Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan
psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang

bermakna.
Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih
tubi yang berlebihan.

3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z.


(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil
Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah
A B
a b

C
c

D E
d e

F
f

G H
g h

I J
i j

K L M N O
k l m n o

P Q R S T U V W X Y Z
q r s nama-nama
t u v huruf
w x y z
(b)p Menyebut
Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.
Aa
Bb
Cc
Dd
Ee
Ff
Gg
Hh
Ii

=e
= bi
= si
= di
= ei
= ef
= gi
= ech
= ai

Jj
Ky
Ll
Mm
Nn
Oo
Pp
Qq
Rr

= jay
= kay
= el
= em
= en
=o
= pi
= kiu
= ar

Ss
Tt
Uu
Vv
Ww
Xx
Yy
Yy

= es
= ti
= yu
= vi
= dabliu
= ex
= wai
= zek

3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV.


(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan
Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn
Huruf Vokal
Aa Ee Ii
Oo Uu Ee

Huruf Konsonan
Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky
Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt
Vv Ww Xx Yy Zz

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv


Contoh 1: Sebut suku kata di bawah
bu
da
ci
lu
ya

ji
bi
da
lu

bu
na
tu
sa

3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa.


(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa
Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa
i.....ni

a ..... bu

i .....bu

ka ...... ki

ma ....... na

a....bu

i....bu

ka....ki
ini

abu

sa ...... ni

na ....... si

ku ......ku

na ...... ni

na.....si

na.....ni

sa..... na

ku....ku

sa....ni
ibu

nasi

nani

kuku kaki

sani

ini

ibu

nasi

kuku

abu

sani

nani

kaki

WAJ 3104 LITERASI BAHASA


ini abu

ibu sani

nasi nani

kuku kaki

3.4.5 Latihan Membaca Ayat.


(a) Membaca ayat
ini
ibu
abu
ini ibu abu.
mana
ibu
abu
sani
mana ibu abu, sani.

mana
nasi
sani
ibu
mana nasi sani ibu.
ini
nasi
sani
ini nasi nani.

ini
kuku
kaki
sani
ini kuku kaki sani

You might also like