Usahawan Mydin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

USAHAWAN MYDIN MOHAMED

MARCH 21, 2015


USAHAWAN : MYDIN MOHAMED BIN GHULAM HUSSEIN
SYARIKAT : MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD.

BIOGRAFI USAHAWAN
Nama Usahawan

: Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein

Jawatan

: CEO MYDIN Mohamed Holdings Berhad

Keturunan

: India Muslim (Kathiawar di Gujarat, India)

Tempat/Tahun Lahir : 1928, Pulau Pinang


Umur

: 87 tahun (setakat 2015)

Isteri

: Rowshan Bhai (berkahwin pada 1949)

Bilangan Anak

: 7 orang (tiga perempuan dan empat lelaki)

PENGENALAN
Pasaraya Mydin bukanlah lagi suatu nama asing di Malaysia, malah syarikat MYDIN
MOHAMED HOLDINGS BHD. (MYDIN) ini telah pun dicalonkan dan memenangi
pelbagai jenis anugerah dari tahun ke tahun. Antaranya, adalah Anugerah Industri
Jualan Terbaik Bekalan Fama (PROSES), Asia Pacific Entrepreneurship Awards
2007,CIO Recognition Awards 2006. Hampir 60 tahun ini, MYDIN telah melakar
sejarah yang gemilang dalam industri keusahawanan. Hal ini kerana MYDIN mampu
berkembang dari hanya kedai secara kecil- kecilan dan kini telah menjadi syarikat
yang mampu meraih multi bilion RM. MYDIN pada mulanya diasaskan dan
diusahakan sendiri oleh usahawan Malaysia yang bernama Mydin Mohamed bin
Ghulam Hussein. Idea penubuhan syarikat ini bermula daripada Encik Ghulam
Hussein, iaitu bapa kepada Encik Mydin Mohamed. Bapa kepada Encik Ghulam
Hussein, iaitu Encik Jamal merupakan imigran Muslim dari India. Encik Mydin
berkahwin dengan isterinya yang merupakan gadis dari India pada tahun 1949.
Setelah bertapak hampir 58 tahun di Malaysia, iaitu bermula dari tahun 1957,
MYDIN kini mempunyai lebih daripada 90 cawangan di seluruh Malaysia. MYDIN
merupakan antara perniagaan terbesar di Malaysia yang mengusahakan aktiviti
peruncitan dan pemborongan.
MYDIN bermula dengan penubuhan kedai kecil-kecilan mereka pada tahun 1918 di
Penang oleh Encik Ghulam Hussein. Namun, kedai mereka telah terlibat dengan
kebakaran sewaktu Perang Dunia Kedua. Walaupun mereka kehilangan segala aset
mereka, namun itu tidak mematahkan semangat kumpulan MYDIN untuk terus
merancang strategi perniagaan mereka. Pada 1957, putera Encik Ghulam Hussein
iaitu Encik Mydin Mohamed membuka kedai kecil berpapan mereka di Jalan Tok
Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Kedai mereka dikenali dengan nama Syarikat Mydin
Mohamed. Kedai ini dibuka dengan hasil penat lelah duit yang dikumpul sendiri oleh

Encik Mydin Mohamed. Basikal dijadikan sebagai alat pengangkutan barang dan
untuk kegunaan menghantar pesanan kepada pelanggannya yang berdekatan.
Sekiranya belia menerima pesanan dari pelanggan di luar Bandar, beliau akan
menghantar pesanan dengan menaiki bas. Setelah perniagaannya mula
berkembang sedikit demi sedikit, beliau membuat keputusan untuk membeli
sebuah van untuk memudahkannya menyampaikan pesanan dalam kuantiti yang
lebih besar. Pada ketika itu, Syarikat Mydin Mohamed hanya menjual barang
keperluan harian dan juga alat permainan. Berkat rezeki dan pertolongan keluarga,
Syarikat Mydin Mohamed berjaya melebarkan perniagaan mereka ke Kuala
Terengganu pada 1979. Kemudian, mereka juga memulakan outlet mereka di
Lembah Klang di Jalan India pada 1989. Setelah itu, MYDIN semakin bertapak kukuh
di Malaysia dan berkembang pesat dari semasa ke semasa. Antara rangkaian
produk MYDIN termasuklah barang keperluan harian seperti makanan, peralatan
elektrik,alat permainan, alat tulis, pinggan mangkuk,barang basah,keperluan
muslim,makanan sejuk beku,makanan laut,produk kesihatan,hadiah,hiasan &
gubahan dan pelbagai lagi. MYDIN kini diterajui oleh putera kedua Encik Mydin
Mohamed, Dato Ameer Ali yang berkelulusan Masters in International Business dari
Sonoma State University, California. Beliau mula menyertai pengurusan MYDIN pada
1987 setelah hampir 6 tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank.

CIRI CIRI KEUSAHAWANAN


Usahawan Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein mempunyai banyak ciri ciri
keusahawan pada diri beliau yang boleh dicontohi terutamanya oleh usahawan
muda di Malaysia. Kesabaran dan semangat yang tinggi beliau amat memberi
impak kepada kejayaan MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk bertapak di
Malaysia selama hampir 58 tahun. Antara ciri cirinya adalah :

Daya Usaha (Initiative)

Perkembangan pesat perniagaan yang diusahakan oleh Mydin Mohamed Bin Ghulan
Hussein seperti pada masa ini mampu terhasil oleh kerana hasil daya usahanya
yang seakan tiada tanda noktah. Contohnya, walaupun bermula dengan hanya
modal yang kecil untuk menubuhkan kedai kecil berpapan di Jalan Tok Hakim, Kota
Bharu, Kelantan pada 1957. Namun, beliau tetap terus terdorong untuk merancang
strategi dan memikirkan langkah dan usaha untuk belia mengembangkan
perniagaanya. Daya usahanya yang tinggi tidak mematahkan semangat beliau
untuk terus mengumpul modal dan menimba pengalaman baru dalam
perniagaannya untuk memantapkan dirinya sebagai seorang usahawan. Hasilnya,
pada 1979, Encik Mydin telah pun membuka cawangan baru yang berpusat di Kuala
Terengganu. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membuka
cawangan keduanya iaitu hampir 22 tahun, namun perniagaan ini terus bergerak
maju dan sentiasa berkembang. Daya usaha Encik Mydin diteruskan lagi dengan
penubuhan cawangan cawangan baru MYDIN di Malaysia iaitu di kawasan Lembah
Klang di Jalan India pada 1989. Hasil berkat daya usaha Encik Mydin, kini wujud
lebih daripada 90 cawangan MYDIN di seluruh Malaysia termasuklah 50 cawangan
di Selangor, 5 cawangan di Terengganu, 4 cawangan di Melaka, 3 cawangan di
Kelantan, 1 cawangan di Putrajaya,8 cawangan di Kuala Lumpur, 2 cawangan di

Pahang, 3 cawangan di Pulau Pinang, 2 cawangan di Negeri Sembilan, 4 cawangan


di Johor,4 cawangan di Perak, 1 cawangan di Kedah dan lain lain. Daya usahanya
juga tidak terhad kepada penubuhan cawangan cawangan baru, malah Encik Mydin
juga sentiasa mencari peluang untuk menyertai aktiviti keusahawan yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan. Contohnya, pada tahun 2011, MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BHD. telah terlibat dengan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
yang turut disertai oleh Pasaraya Tesco dan Carrefour. Mydin berperanan untuk
memberi latihan dan tunjuk ajar kepada beberapa kedai runcit tradisi yang terpilih
dalam program untuk ditransformasikan kepada kedai runcit moden. Selain dapat
meluaskan sektor ekonomi negara, langkah ini juga dianggap sebagai daya usaha
Encik Mydin untuk memperkukuhkan nama MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. di
Malaysia. Contoh lain bagi daya usahawan Encik Mydin adalah untuk
mengvariasikan model perniagaan di bawah syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS
BHD. Bermula dengan perniagaan kecil, kini MYDIN turut mengusahakan 9 jenis
perniagaan iaitu pasaraya,emporium, kedai runcit mini, kedai keperluan 24jam,
pasar mini, pasaraya kompleks, pasaraya premium, dan restoran premium. Daya
usaha ini turut tersemat dalam diri bapa usahawan ini sendiri, iaitu Encik Ghulan
Hussein. Pada 1918, kedai kecil yang beliau tubuhkan telah pun dibakar semasa
Perang Dunia Kedua. Walaupun kehilangan segala harta, semangat beliau tidak
pernah luntur untuk terus memegang gelaran sebagai seorang usahawan.

Mempunyai Pandangan Jauh (Foresight)

Mempunyai pandangan yang jauh dan pemikiran yang bersifat futuristik adalah
antara faktor yang membolehkan Encik Mydin berjaya sebagai seorang usahawan.
Walaupun bermula dengan wang hasil simpanan sendiri yang terhad, beliau mampu
mengembangkan perniagaannya secara berperingkat peringkat. Ini adalah kerana
skop pemikirannya yang luas ke depan yang membolehkannya merancang strategi
perniagaan dengan berkesan. Maka tidak hairanlah jika syarikat MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BHD. mampu meraih jualan sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun kewangan
berakhir Mac 2012. Selain itu, ciri keusahawanan ini turut dipamerkan oleh Encik
Mydin melalui penetapan harga ke atas barang yang dijual. MYDIN amat terkenal
dengan harga barangannya yang murah berbanding harga pasaran, namun dalam
masa yang sama kualiti barang juga turut diberi perhatian. Jadi, tidak hairanlah
mengapa MYDIN amat terkenal dengan slogannya Mengapa bayar lebih? Beli pada
harga borong. Faktor ini amat membantu dalam menarik kepuasan dan kesetiaan
pelanggan terutamanya dari golongan individu dan isi rumah yang mahu berjimat
cermat. Ini sekaligus memberikan nilai tambah kepada kumpulan MYDIN untuk
menjadi pilihan pengguna dan mampu bersaing dengan pesaing terdekatnya
seperti Pasaraya Econsave, Tesco, Carefour dan lain lain. Antara contoh lain
adalah hasil pandangan yang jauh Encik Mydin mampu menimbulkan idea untuk
menvariasikan rangkaian produknya. Pada mulanya, Encik Mydin hanya menjual
barang keperluan harian dan alatan permainan di kedai kecilnya. Beliau telah
merancang strategi untuk mempelbagaikan jenis produk jualannya apabila
perniagaan berkembang kelak. Antara rangkaian produk baharu ialah peralatan
elektrik, pinggan mangkuk, alat tulis, aksesori, pakaian dan lain lain. Ini
membuktikan bahawa pemikiran Encik Mydin adalah sentiasa maju ke hadapan
walaupun pada ketika itu beliau hanyamempunyai modal yang terhad. Ciri ini juga
turut dipamerkan oleh putera kedua Encik Mydin, iaitu Datuk Ameer Ali. Usaha

beliau untuk mencari dana bagi penubuhan cawangan Mydin di Subang Jaya amat
sukar apabila kesemua bank menolak permohonan pinjamannya. Hal ini kerana
projek ini dianggap amat berisiko kerana lokasi penubuhannya yang terletak hanya
bersebelahan dengan pasaraya Giant yang juga turut menjadi pilihan pengguna.
Namun kerana pemikiran Datuk Ameer yang yakin dengan perniagaannya dan
ganjaran yang akan diterima pada masa akan datang kerana risiko yang
diambilnya, beliau terus berazam untuk mendapatkan dana. Akhirnya permohonan
pinjamannya diluluskan oleh Arab-Malaysian Bank Bhd. Hasilnya, terbukti bahawa
jangkaan Datuk Ameer Ali tepat. Hanya dalam tempoh setahun cawangan Mydin di
Subang Jaya terpaksa meluaskan kawasan parkir kereta kerana sambutan yang
amat menggalakkan dari pelanggan.

3) Muktamad (Decisive)
Sikap muktamad/tegas ini turut ditampilkan pada perwatakan Encik Mydin
sepanjang perjalanannya dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh, keputusannya
yang muktamad untuk mengubah nasib diri dan keluarganya telah memberi impak
yang cukup hebat kepada kejayaannya dalam industri perniagaan. Bermula dengan
bekerja sebagai peniaga pasar malam, beliau mula mengumpul modal sebelum
membuka kedainya yang pertama pada 1957. Pada ketika itu, beliau sedar bahawa
nasibnya sebagai peniaga pasar malam sentiasa berbeza beza dari segi
keuntungan dan kerugian. Sejak dari itu, beliah berikrar untuk mula mengorak
langkahnya sebagai seorang usahawan. Pendiriannya yang tegas dan muktamad itu
mendorong beliau untuk mengatur strategi perniagaanya. Beliau mula mencari
sumber untuk mendapatkan barang pada harga yang murah dan menjualnya
semula kepada pengguna akhir juga pada harga yang lebih murah dari harga
pasaran. Hasilnya, beliau mula mengimport barang daripada Thailand kerana
harganya yang lebih murah dan menjual semula barang itu di Malaysia dengan
harga yang lebih murang daripada pesaing. Kerana ketegasannya itulah yang
membolehkan syarikatnya kini iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk
berpegang teguh kepada slogan mereka iaitu Mengapa bayar lebih? Beli pada
harga borong. Rata rata pengguna memilih untuk mengunjungi dan menjadi
pelanggan setia MYDIN kerana harga barangnya yang murah dan mempunyai kualiti
yang baik. Ketegasan untuk meraih kejayaan yang ada pada diri Encik Mydin ini
juga banyak melatih beliau untuk terus mengatur langkah dan tidak berputus asa.
Contohnya, Encik Mydin mengambil masa selama 22 tahun untuk membuka
kedainya yang kedua, iaitu di Lembah Klang yang terletak di Jalan India. Walaupun
tempoh itu ternyata amat lama, namun sikap beliau yang muktamad untuk terus
mencapai kejayaan membolehkan beliau untuk tidak menghentikan langkahnya
sebagai usahawan dalam tempoh 22 tahun itu. Ketegasan beliau untuk terus
berjuang dibuktikan lagi dengan penubuhan cawangan cawangan Mydin yang baru
di sekitar Malaysia apabila beliau mula mempunyai modal yang lebih besar. Selain
itu, ketegasan beliau tentang nilai berjimat cermat yang diamalkan olehnya dan
keluarga turut menjadi faktor beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Walaupun beliau sudah memperolehi kekayaan hasil perniagaanya, beliau tetap
tegas dengan sikap berjimat cermat dan juga sentiasa merendah diri. Putera dan
puterinya sering diingatkan tentang amalan berjimat cermat dan peka akan kos
hidup. Ketekadan beliau untuk berjaya juga memberi semangat kepada beliau untuk
mempercukupkan ilmu perniagaannya terlebih dahulu sebelum memulakan

perniagaannya sendiri. Beliau mula bekerja dari bawah, iaitu di sebuah kedai runcit
milik Mr. Peerbhai.
4) Kesedaran Beretika (Ethical Consciousness)
Walaupun Encik Mydin sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan keuntungan
syarikat, namun beliau tidak lupa akan tanggungjawab sosial syarikatnya. Hal ini
seiring dengan konsep perniagaannya iaitu eiring dengan konsep perniagaannya
daripada masyarakat untuk masyarakat. Beliau berpegang teguh dengan
slogannya,iaitu untuk menjual barang pada harga borong. Penetapan harga ini amat
bermakna buat pelanggannya terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Selain itu, syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. juga turut sama terlibat
dalam penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M) dan telah diberi kepercayaan
oleh kerajaan untuk menjadi operator/pengedar dalam projek ini. KR1M yang
dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini (tahun 2011)
berperanan sebagai medium yang mengawal harga barang dan mengurangkan
monopoli bagi barang keperluan. Antara sumbangan syarikat MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BHD. adalah terlibat dalam aktiviti memasang peralatan kedai, bantuan
IT untuk sistem jualan, teknik kemahiran dan penjualan, dan juga menyediakan
latihan. Selain itu, MYDIN turut menjaga etikanya dalam perniagaan. Hal ini dapat
dilihat pada kualiti produk jualan MYDIN. Walaupun dijual pada harga borong iaitu
harga yang lebih murah berbanding pasaran, namun hal itu tidak menyekat
kumpulan MYDIN untuk memantau tahap kualiti produk jualannya. Antara contoh
lain nilai etika yang diamalkan oleh pentadbiran syarikat MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BHD. adalah dengan mementingkan label dan status halal produk yang
dijual di cawangan MYDIN. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada visi
syarikat itu sendiri iaitu untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi
barangan dan perkhidmatan yang halal. Ini menunjukkan bahawa kumpulan MYDIN
prihatin dengan keutamaan penduduk di Malaysia yang didominasi oleh golongan
Muslim sebanyak 61.3% (setakat 2010). Kumpulan MYDIN juga menitikberatkan
kesedaran beretika dalam pengurusannya dengan menglibatkan kakitangan dalam
aktiviti yang dapat menyumbang bakti kepada masyarakat. Sebagai contoh, pada
tahun 2012, Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dengan kerjasama MYDIN di
Kubang Kerian telah pun menjayakan sebuah program kemanusiaan yang
bertemakan kembali ke sekolah. Melalui program ini, pelajar yang terpilih akan
diberi bantuan dari segi kelengkapan persekolahan khususnya bagi anak-anak
yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di kawasan luar bandar. Menurut
Utusan Malaysia, Presiden IAM iaitu Zawahir Abdullah sangat menghargai kerjasama
MYDIN atas layanan istimewa yang diberikan. MYDIN juga pernah memberi
sumbangan iaitu sebuah van dan kelengkapan pengurusan jenazah kepada masjid
Kampung Surau Panjang. Terbaru, MYDIN turut terlibat untuk memberi sumbangan
kepada mangsa banjir 2014 melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir
dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).
5) Integriti dan Kebolehpercayaan (Integrity and Reliability)
Sikap berintegriti dan boleh dipercayai yang wujud dalam diri Encik Mydin turut
dititkberatkan dalam pengurusan syarikatnya iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS
BHD. Nilai kejujuran menjadi aspek penting dalam organisasi itu. Sebagai contoh,
pernah berlaku penyelewengan wang jualan oleh supervisor di salah sebuah
cawangan Mydin. Tindakan disiplin terpaksa diambil oleh kumpulan Mydin iaitu

menamatkan perkhidmatan supervisor berkenaan kerana budaya organisasinya


yang mementingkan kejujuran.

KESIMPULAN
Kejayaan Syarikat MYDIN Mohamed Holdings Bhd dalm industri keusahawanan ini
pastinya tidak akan mampu diraih tanpa ciri keusahawanan yang jitu dalam diri
Encik Mydin Mohamed sebagai CEO syarikat tersebut. Antara ciri ciri
keusahawanan tersebut adalah daya usaha, mempunyai pandangan jauh,
muktamad dan integriti dan kebolehpercayaan. Usahawan muda kini seharusnya
menjadikan kejayaan dan ketegasan Encik Mydin dalam meraih peluang dan
menghadapi risiko dalam mengembangkan perniagaan. Walaupun dibatasi dengan
modal yang terhad, namun kesabaran Encik Mydin membuatkan diri beliau kuat
untuk terus bergerak ke hadapan dengan perniagaannya. Hasilnya, beliau mampu
mengumpul modal dengan lebih banyak dan mampu menambah lebih banyak
outlet perniagaannya dan membeli aset asset perniagaan yang menelan belanja
yang besar. Sikap keluarga MYDIN yang tidak mengambil jalan pintas untuk
mencapai kejayaan patut dijadikan sebagai faktor motivasi untuk semua individu
terutama golongan usahawan. Bagi keluarga MYDIN, pengalaman pahit manis yang
mereka terima sepanjang menguruskan perniagaan itulah yang banyak mengajar
mereka untuk terus kekal kukuh dalam industri ini. Hal ini sangat bersesuaian
dengan kuotasi The only source of knowledge is experience oleh Albert Enstein.

RUJUKAN
1)
https://dahalmi.wordpress.com/2012/03/25/pasaraya-mydin-pengasas-dansejarah/
2) MYDIN, The Untold Story, oleh Datin Dr. Hjh. Siti Hawa

Mohd.

3) Website MYDIN Holdings Bhd.


4) Website Kedai Rakyat 1 Malaysia.
5)
http://bm.theantdaily.com/Terkini/Cerita-bangun-dan-jatuh-dan-bangun-semulaMydin
6) http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mydin-gong-badak-mula-beroperasi1.27640
7)
http://oldbm.theantdaily.com/Bisnes-disasarkan/Cerita-bangun-dan-jatuh-danbangun-semula-Mydin
8) www.focusmalaysia.my
9)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?
option=com_content&id=1215&Itemid= 89&lang=bm
10) http://www.utusan.com.my/

You might also like