Ayam Goreng KFC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Resepi 1: Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Hari ni nak kongsi resepi ayam kfc home made yang sangat mudah, masa mula-mula
buat seekor ayam habis licin tau . Suami puji rasa sebijik macam ayam KFC hehe
alhamdulillah suami suka saya tersenyum je, suka bila tengok orang yang kita sayang
makan masakkan kita kan?? Opss.. Bukan encik suami yang makan semua, adik ipar n
mak mertua pun makan jugak termasuklah saya.
Malas nak menaip panjang-panjang, jom kita cuba resepi di bawah ni, selamat masak
memasak :3

Perap untuk sejam:


1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada
ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan? :3
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut
kreativi masing-masing ya!

Source: http://gbaby-devila.blogspot.com/2013/03/resepi-ayam-goreng-ala-kfcrangup-dan.html

Resepi 2: ayam goreng ala-ala KFC

meragena82@myresipi.com
resepi sendiri yang di olah mase tingkatan 3 dulu..

Created on : 10-11-2011
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi meragena82

Bahan-bahan ( satu keluarga )

2 cawan tepung jagung

3 sudu makan serbuk secukup rasa MAGGI( dulu2 guna serbuk pati ayam)

2 sudu teh serbuk kunyit (kalu nak warne nya lebih kuning tambah lagi
serbuk kunyit tu)

2 sudu makan serbuk kari (ape2 jenama pon takpe)

2 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serbuk lada putih

2 biji telur dipukul dan campur sedikit lada hitam (lebih kurang 1 sudu teh
dah cukup)

1/2 ekor ayam cukup tuk resepi ney... potong ayam ikut citarasa sendiri...

resepi ni tak guna garam tau... tapi kalu yang suke masin tun tu boleh la
guna garam...

Cara-cara
1. campurkan tepung jagung, perisa cukup rasa maggi, serbuk kunyit, serbuk
kari, lada hitam lada putih ke dalam bekas... (kalu boleh dalam bekas yang
bertutup senang nak goncang tepung tuh...
2. panas kan minyak tuk menggoreng (goreng dgn minyak yang banyak yah)
3. celup ayam ke dalam telur yang dipukul tadi
4. pastu golekkan ayam ke dalam tepung.. pastikan semua bahagian ayam
tersadur dgn tepung
5. goreng ayam hingga warna nye menjadi kuning keperang-peranagan
6. angkat dan toskan minyak nye.. akhirnye masak la ayam goreng ala2
KFC... memang sedap tau... mase open house saye slalu buat ayam ney...
kadang2 ayam2 tu potong kecil2 buat mcm pop corn... semoga semua
member mencubanya yah...
source: http://www.myresipi.com/top/detail/16900

Resepi 3: Ayam Goreng Tepung Ala KFC ^_^ (*)

Assalamualaikum n salam sejahtera teman2 yg tersayang..Terlebih dahulu maaf


sesangat buat semua yg memberi komen,xdapat nak membalas lagi,bz cikit
ngan anak2,syifa lak merengek ajer,lunch tadi pun masak sambil duk kilik
dia,Aku Mandi pon letak dia lam walker n letak depan pintu toilet,bagi dia nmpak
aku duk mandi,haha..Nak wat camner kan,anak camtu lah..Papun komen2 n
kunjungan anda semua di sini amatlah aku hargai..Nipon dia tgh titon,sempat la
update dinner kami semalam,hehe..Amik resepi kat umah kak nurindah,resepi
asal dari ijan,papun tengs utk keduanya..Owhya b4 terlupa,ayam nih mmg rasa
ala ala KFC,betoi tarak tipu,kalo lagi pedas mmg best,tapi aku xla wat pedas
sgt,coz syazana nak mkn sama,hehe..Gpon hubby aku xmkn pedas sgt,aku jer
suke pedas..Hubby pon ckp sedap n mcm yg kfc,mmg aku akan simpan leklok

resepi nih,coz nak wat lagi,hehe..


Resipi Ayam Goreng Tepung
Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam 3 ulas bawang putih ditumbuk


Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
3 ulas bawang putih ditumbuk(AKU XLETAK DAH,JUST PERAP NGAN AYAM JER)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
1biji telur

Sodap betoi,sehingga
menjilat finger ok..
Cara:Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam(Aku perap pagi,mlm
baru goreng,mmg sedap,coz bahan dah sebati kat ayam)
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Nih la tidur dalam


IMAN,ngee,Suke pulak aku nengok dak ni tersenyum time titon,hehe..Titon lama
cikit nak yer,leh ummi merempit kat fb n b/w jab,hehe..

Source: http://ummiesya.blogspot.com/2011/06/ayam-goreng-tepung-alakfc.html

You might also like