Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan

perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan
Malaysia, [1] dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian
yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud
'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh
setiap daripada mereka.
Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun
erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".
Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang
menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman.
Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya
Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan
(menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan
individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm
kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya
belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya
(peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau
Keamanan Kedalaman).
Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan
sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat,
namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau
the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu
bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali.

:
- , - 10, - , - 2, - 2 , .
: , , , ,
. , . , ''
. , , ...
!
, .
.

You might also like