Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Hakisan sungai bermaksud proses pengukiran atau penghausan alur - alur sungai sama ada

pada bahagian tebing atau dasar serta pengankutan bahan - bahan oleh agen - agen hakisan
alur sungai seperti air mengalir dan glaseir. Menurut Delvis sungai dibahagikan kepada
kepada tiga bahagian atau peringkat. Peringkat muda terletak di kawasan hulu, manakala
peringkat dewasa terletak di kawasan tengah sungai dan peringkat tua terletak di kawasan
hilir sungai.
Hakisan sungai terbahagi kepada tiga jenis iaitu hakisan mendalam yang berlaku
dibahagian dasar sungai. Kedua ialah hakisan melebar yang terjadi di bahagian tebing sungai
dan yang ketiga ialah hakisan mengundur. Selain itu, di dalam tugasan ini saya juga akan
membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai, proses-proses
hakisan sungai dan kesan yang terhasil akibat hakisan sungai. Faktor dan kesan hakisan
sungai dilihat dari dua aspek iaitu faktor dan kesan hakisan sungai terhadap alam sekitar
fizikal dan alam sekitar manusia.

JENIS-JENIS HAKISAN ALUR SUNGAI


Hakisan mendalam
Hakisan mendalam juga dikenali sebagai hakisan menegak yang merujuk kepada hakisan
bahagian dasar sungai. Haisan ini berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di mana pada
peringkat ini aliran air sungai adalah deras. Seterusnya alur sungai lama kelamaan akan
menjadi dalam, sempit dan akan menghasilkan lurah berbentuk V.
Hakisan melebar
Hakisan melebar pula merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing
sungai iaitu pada pada bahagian tebing kanan dan kiri sungai. Hakisan ini lebih aktif di
kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai sudah mula perlahan. Hal ini akan
menyebabkan alur sungai menjadi semakin luas dan akan menghasilkan lurah berbentuk U.
Hakisan mengundur
Hakisan yang ketiga iaitu hakisan mengundur yang merujuk kepada hakisan sungai ke arah
belakang atau mengundur. Ia bertindak menghakis sungai dengan cara mengundur
kebelakang iaitu semaki ke hulu. Hakisan ini aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai

air terjun atau jeram. Hakisan air sungai yang semakin giat ke atas air terjun menyebabkan
lama kelamaan batuan yang membentuk air terjun tersebut runtuh dan lama kelamaan akan
mengakibatkan air terjun tersebut semakin mengundur ke belakang.
FAKTOR-FAKOTR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI
Faktor fizikal
Isipadu dan halaju air
Isipadu air sungai yang bertambah terutama pada musim banjir akan menggalakkan
berlakunya hakisan terutama pada tebing sungai. Manakala halaju air sungai yang bertambah
akan menggiatkan hakisan dari terus berlaku. Hal ini dapat dilihat di mana di kawasan arus
deras terdapat banyak hakisan yang berlaku ditambah pula dengan isipadu air sungai yang
turut bertambah.
Kecerunan sungai
Kecerunan sungai itu sendiri turut mempengaruhi berlakunya hakisan. Semakin curam
kecerunan sebatang sungai maka halaju air sungai akan bertambah dan menyebabkab hakisan
akan lebih giat berlaku. Sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam
menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat
giat pada peringkat ini. Sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin
berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih
giat berbanding hakisan dasar sungai. Di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah.
Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai
memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.
Bentuk- bentuk alur sungai
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan
menegak. Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju
pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya
bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.
Jenis batuan
Jenis batuan yang berada pada dasar dan tebing sungai turut mempengaruhi hakisan sungai.
tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus ,
maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat kerana ia merupakan

batuan yang keras. manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada
batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit
maka kadar hakisannya adalah lebih giat.
Bahan muatan sungai
Bahan-bahan muatan atau beban yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu
keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan. bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air
sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti
geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.
Faktor manusia
Pembalakkan
Pembalakkan atau penebangan pokok di kawasan tebing sungai akan menyebabkan berlaku
hakisan pada tebing sungai. Hal ini disebabkan tiada akar tumbuhan yang akan mencengkam
tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Ditambah pula dengan hujan yang
turun secara tidak langsung tanah akan menyerap air hujan melalui proses resapan yang boleh
menambahkan lagi jisim tanah tersebut. Hal ini menggalakkan aktiviti hakisan berlaku
dengan lebih mudah kerana struktur tanah yang longgar dan jisim tanah yang bertambah.

Perlombongan
Aktiviti perlombongan yang dijalankan oleh manusia seperti perlombongan pasir pada dasar
sungai mampu memberikan impak yang besar serta menggalakkan lagi hakisan berlaku
secara meluas dan pesat. Akibat aktiviti perlombongan ini lama kelamaan dasar sungai
menjadi semakin dalam serta kelebaran sungai turut bertambah sehingga menyebabkan tebing
sungai runtuh dan terus terhakis. Bahan muatan sungai seperti kelodak turut bertanbah. Sikap
segelintir pelombong yang hanya mahukan keuntungan semata-mata ini tanpa memikirkan
kesan akibat aktiviti perlombongan yang dilakukan amatlah tidak wajar.
PROSES- PROSES SUNGAI
Proses hakisan alur sungai
Proses hakisan sungai giat berlaku di bahagian hulu sungai iaitu pada peringkat muda. Halaju
arus sungai yang deras di hulu sungai menyebabkan hakisan giat berlaku dibahagian ini.
Berikut merupakan cara sunagi menghakis.

Tindakan hidraul
Tindakan hidraul berlaku melalui hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang,
rekahan, dan retakan batuan di lurah-lurah sungai. Cara ini lebih berkesan di bahagian alur
sungai yang terdapat pusaran air seperti di sekitar lurah sungai yang terdapatnya air terjun,
jeram dan lubuk. Seterusnya, tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang
berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut.

Geseran/lelasan
Kaedah ini berlaku apabila bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan
batuan, pasir, kelikir dan sebagainya menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing
sungai.
Lagaan
Cara lagaan merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan yang diangkut oleh aliran
sungai sama ada sesama sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau tebing
sungai. Bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain menyebabkannya pecahan,
lalu mengalami perubahan saiz dan bentuk bahan. Perlanggaran bahan berlaku disebabkan
sifat pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang kasar dan berat bergerak
secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak dengan kadar
yang lebih cepat. Kesannya bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain.
Larutan
Larutan merujuk kepada hakisan secara kimia di mana air sungai bertindak melarutkan
batuan yang terdapat pada dasar dan tebing sungai tersebut. Ianya melibatkan batuan yang
mudah larut seperti batu kapur, dan dolomit.

Proses pengangkutan sungai


Proses pengangkutan sungai berlaku dibahagian tengah sungai iaitu pada peringkat dewasa.
Isipadu air yang semakin bertambah pada bahagian tengah sungai membantu berlakunya
proses pengangkutan. Berikut merupakan cara pengangkutan sungai.

Apungan
Melalui cara apungan bahan diangkut oleh aliran sungai di atas permukaan air. Ianya
melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti sampah sarap, sisa pertanian, dan bahan yang
mempunyai daya apungan yang tinggi.
Ampaian
Ampaian merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai yang hampir dengan
permukaan serta melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk. Dengan erti kata yang
mudah, bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Golekan
Cara golekan melibatkan pergerakan bahan atau batuan secara bergolek di dasar sungai. Di
samping itu, bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat.
Loncatan
Cara loncatan atau lompatan melibatkan pergerakan bahan seperti serpihan batuan yang
bentuknya bersegi-segi atau bujur. Batuan ini bergerak secara melompat-lompat di bahagian
dasar sungai. Biasanya ianya dirujuk kepada bahan atau muatan yang dibawa sungai dalam
saiz dan jisim yang agak besar.
Seretan
Seretan berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol. proses ini
berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar sungai. Bahan muatan yang dibawa oleh arus
sungai ini dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain mengikut aliran air sungai.

Proses pemendapan sungai


Proses pemendapan sungai pula berlaku dibahagian hilir sungai iaitu pada peringkat tua. Pada
peringkat ini bahan muatan atau beban yang dibawa oleh arus sungai dimendapkan. Hal ini
kerana arus air sungai yang mengalir perlahan dan adakalanya tidak lagi mengalir kerana
bertembung dengan arus air laut.
KESAN HAKISAN SUNGAI
Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Hal ni dapat dilihat dengan jelas apabila hakisan meninggalkan kesan yang nyata pada bentuk
muka bumi di kawasan hulu, tengah dan hilir sungai. Berikut merupakan kesan daripada
hakisan sungai di kawasan tersebut.
Kesan hakisan di hulu sungai.
Air terjun
Air terjun terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun
secara mendatar dan berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut.Lapisan batuan
lembut akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras. Lapisan batuan keras yang tahan
hakisan akan tertinggal lalu menghalang aliran air sungai lalu membentuk air
terjun. Manakala batuan lembut pula akan terhakis . Gambar rajah 1 menunjukkan bagaimana
terhasilnya air terjun. Air terjun terhasil melalui tiga pering seperti mana yang ditunjukkan
pada rajah 1.
Jeram
Jeram terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan batuan lembut dan batuan
keras yang tersusun berselang seli secara tegak atau hampir tegak. Hakisan sungai yang giat
ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas.
akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-lomp at menuruni
bonjolan yang keras berkenaan. Berikut merupakan gambar rajah 2 yang menunjukkan
bagaimana terbentuknya jeram di hulu sungai.

Lubuk
Lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai. Tindakan aliran air
sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama di bahagian
dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar sungai
tersebut. Lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.

Gaung dan lurah


Merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di peringkat hulu sungai. Hakisan yang giat
terhadap dasar alur sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan sempit,
dan bertebing curam. Lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali sebagai gaung.

Kesan hakisan di peringkat dewasa


Lurah berbentuk U
Aliran arus sungai di peringkat dewasa tidak bergitu deras. Semasa peringkat ini tindakan
hakisan melebar lebih pesat berbanding hakisan menegak yang menyebabkan terhasilnya
lurah berbentuk U.

Susuh bukit berpanca


Susuh bukit berpanca terbentuk apabila cerun yang landai menyebabkan air sungai mengalir
berliku-liku untuk mengelakkan susuh-susuh bukit. Bahagian hujung susuh bukit berpanca
yang terhakis oleh tindakan hidraul dikenali sebagai tubir sunga.

Kesan hakisan di hilir sungai


Dataran banjir
Dataran banjir merujuk kepada banjir yang melimpahi tebing sungai akan memendapkan
bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur, kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.
Seterusnya kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan
bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.
Tetambak
Tetambak merujuk kepada permatang rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai.
Tetambak terbentuk apabila banjir yang melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada
tebingnya. Seterusnya timbunan bahan ini dibentuk secara berperingkat-peringkat setiap kali
berlakunya banjir.

Tasik ladam
Pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama hakisan
berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala pemendapan berlaku di tebing

dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai
menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat. Seterusnya kedua-dua
lengkok bertemu dan air mengalir terus. Akhir sekali pemendapan yang berterusan
membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur baru sungai. Likuan sungai asal yang
terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu menjadi sebuah tasik yang
dikenali sebagai tasik ladam.

Beting Pasir
Merujuk kepada timbunan pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari
dengan tebing sungai. Beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali
dan memendapkan semula pasir tersebut.
Delta
Merujuk kepada satu dataran mendap yang luas dan rata. Terbentuk apabila bahan-bahan
yang dibawa oleh aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di muara sungai.
Sebahagian besar bahan yang membentuk delta ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir
dan lain-lain.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Mewujud pusat rekreasi
Akibat daripada hakisan yang berlaku di hulu sungai menyebabkan wujudnya bentuk muka
bumi seperti air terjun yang menjadi tarikan kepada manusia untuk menjalankan aktiviti
berekreasi dan beriadah. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan pusat rekreasi.
Selain itu aktiviti ekopelancongan ini juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan serta
mampu menjana pendapatan penduduk setempat. Sebagai contoh perkhidmatan inap desa dan
chalet dapat ditawarkan oleh penduduk setempat kepada pengunjung yang datang.
Mewujudkan kawasan pertanian
Hasil daripada hakisan yang telah menyebabkan berlakunya pemendapan di kawasan hilir
iaitu delta. Kawasan delta amat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian seperti
penanaman padi. Sebagai contoh di kawasan delta terdapat kawasan yang bertanah lumpur
dan mempunyai jenis tanih aluvium yang sesuai untuk penanaman padi. Hal ini secara tidak

langsung menjadi memberikan manfaat kepada manusia terutama kepada petani dan
pesawah.
Mewujudkan kawasan penternakkan ikan
Kesan daripada hakisan yang berlaku di kawasan tengah sungai dan di hilir dewasa telah
menyebabkan terbentuknya likuan sungai dan tasik ladam sebagai contoh. Hal ini
membolehkan maanusia menjalankan aktiviti penternakan ikan air tawar dengan kaedah
penternakan ikan dalam sangkar. Aktiviti yang dijalankan ini mampu memenuhi pemintaan
pasaran ikan tawar bukan sahaja untuk pasaran tempatan bahkan untuk dieksport ke negara
jiran. Tambahan pula kegiatan ekonomi yang dijalankan ini mampu mendatangkan
pendapatan yang lumayan kepada pengusaha kolam ikan dalam sangkar ini disamping dapat
mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Ancaman kepada petempatan berhapiran tebing sungai.
Hakisan yang berlaku di tebing sungai akan menyebabkan berlaku runtuhan sedikit demi
sedikit pada tebing sungai. Hal ini akan menyebabkan kawasan darat akan terhakis dan akan
menjejaskan kawasan pertempatan berhampiran tebing sungai. Apabila berlakunya kejadian
ini secara tidak langsung ianya akan mengundang berlakunya kejadian tanah runtuh yang
boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda. Hal ini memberikan kesan yang negatif
kepada manusia kerana adakalanya mereka terpaksa berpindah dan mendirikan pertempatan
baru di kawasan yang lebih selamat.
Foto 1: kesan hakisan tebing sungai

PENUTUP
Secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan adalah hakisan sungai sememangnya
memberikan kesan dan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada alam sekitar fizikal
malahan juga kepada alam sekitar manusia. Hal ini dapat dilihat apabila hakisan telah
menyebabkan berlaku perubahan kepada bentuk muka bumi atau goemorfologi. Perubahan
ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perubahan landskap pada alur sungai bahkan
turut mengubah landskap sesuatu lembangan sungai.
Sungai juga merupakan nadi yang penting kepada manusia untuk menjalani
kehidupan harian. Hal ini kerana air amat penting untuk kegunaan domestik seperti untuk
mecuci pakaian, minuman, menyiram tanaman malah sungai turut menjadi jaringan
pengangkutan. Sekiranya sungai mempunyai banyak kadungan kelodak dan bahan terampai
serta bahan-bahan lain yang terlarut di dalamnya akibat daripada hakisan yang berlaku
samaada secara semula jadi mahupun disebabkan aktiviti manusia. Maka hal ini sudah pasti
akan menyebabkan air sungai menjadi keruh dan sudah pasti kualiti air sungai akan merosot.
Perkara yang demikian akan menjejaskan aktiviti seharian manusia.

RUJUKAN
Tom L. & Mc Knight. (1996). Physical Geography. United State of Amarica: University of
California, Lost Angeles.
Nurul Syair & Siti Mariam. (2007). Air Terjun, Tasik dan Teluk di Malaysia. Subang Jaya,
Selangor: Mika Cemerlang Sdn. Bhd.
Laurie Burnham. (2007) The Extreme Earth-River. New York: Chelsea House.
Andre Robert. (2003). River Proses. Great Britain: Arnold, a member of the Hodder
Headline

Group.

Elly Danish. (2012). Bentuk Muka Bumi Hasil Hakisan dan Pemendapan Sungai. Diperoleh
pada Oktober 15, 2014
daripada

http://www.slideshare.net/EllyDanish/bentuk-muka-

bumi-hasil-hakisan-dan-pemendapan-sungai
Azahar. (2009). Proses Geomorfologi dalam Alur Sungai. Diperoleh pada Oktober 18, 2014
daripada
http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2009/02/tema-sistem-geomorfologi-notaringkas.html

You might also like