Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kegunaan Elektrolisis dalam Kehidupan Seharian

Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya


apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Bila satu sebatian ion yang ringkas
dielektrolisiskan, logam terbentuk di katod dan bukan logam di anod. Misalan
dalam elektrolisis kalium iodida, kalium terbentuk di katod dan iodin terbentuk di
anod. Elektrod adalah rod-rod grafit atau kepingan-kepingan logam yang
dicelupkan ke dalam sesuatu elektrolit. Arus elektrik masuk ke dalam elektrolit
dan keluar darinya melalui elektrod. Anod ialah elektrod positif (ia disambungkan
kepada terminal positif bateri). Katod ialah elektrod negatif (ia disambungkan
kepada terminal negatif bateri). Elektrolisis berlaku apabila arus elektrik mengalir
melalui suatu elektrolit.Suatu elektrolit mempunyai ion-ion yang bebas bergerak.
Semasa elektrolisis, ion-ion positif bergerak ke katod (elektrod negatif) manakala
ion-ion negatif bergerak ke anod (elektrod positif). Di anod, ion-ion negatif
dinyahcaskan dengan menderma elektronnya. Elektron-elektron itu mengalir ke
katod melalui wayar. Di katod, ion-ion positif menerima elektron-elektron dari
elektrod dan dinyahcaskan. Proses ini menyebabkan elektrolit diuraikan. Dalam
proses elektrolisis, tenaga elektrik dialirkan ke dalam elektrolit bagi
menghasilkan tindak balas kimia. Oleh itu, semasa elektrolisis, tenaga elektrik
ditukarkan kepada tenaga kimia. Elektrolisis banyak digunakan dalam kehidupan
seharian yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita.
Pengekstrakan Logam
http://nzic.org.nz/ChemProcesses/metals/8G.pdf
https://archive.org/stream/cleaningelectrop02ream/cleaningelectrop02ream_djvu
.txt
Salah satu kegunaan elektrolisis dalam kehidupan seharian merupakan
penyaduran. Penyaduran merupakan penyaduran nipis satu logam pada
permukaan logam yang lain melalui proses elektrokimia (Osborne, n.d.).
Penyaduran bertujuan untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan atau
untuk memperbaiki rupa dan nilainya. Untuk melakukan proses ini, logam yang
hendak disadurkan perlu diletakkan di katod yang direndamkan ke dalam
elektrolit yang mengandungi ion logam yang akan menyadurnya, manakala pada
anod merupakan logam yang digunakan untuk menyadur. Contohnya, logam
silver dijadikan anod. Maka, larutan silver nitrat akan digunakan sebagai
elektrolit. Semasa elektrolisis, anod akan terlarut untuk membentuk ion logam.
Ion- ion ini kemudian bergerak ke katod dan terenap sebagai lapisan logam yang
nipis. Dengan itu, logam yang hendak disadur yang dijadikan katod akan dilitupi
lapisan logam yang nipis yang dijadikan anod. Logam yang digunakan untuk
menyadur biasanya argentums, aurum, nikel, kuprum, kromium atau platinum,
bertindak sebagai lapisan pelindung. Beberapa perkara yang perlu diambil kira
untuk mendapat hasil saduran yang cantik termasuklah membersihkan logam
yang hendak disadurkan dengan kertas pasir terlebih dahulu. Dalam konteks ini,
pembersihan bermaksud kebebasan dari sebarang tanda habuk, gris, minyak ,
kakisan, bahan pencemar dan bahan asing (Reama, 1917). Dalam proses
penyaduran, logam yang disadur diputar perlahan- lahan semasa dapat
menghasilkan penyaduran yang lebih sekata dan cantik. Dengan
mengaplikasikan elektrolisis dalam proses penyaduran, kehidupan seharian
menjadi lebih mudah dan lebih berkualiti. Contohnya, penyaduran logam yang

tidak berkarat pada pagar yang permukaannya besi yang bersifat mudah
berkarat, dapat menjimatkan wang kerana keluli tahan karat sangat mahal
berbanding dengan besi.

You might also like