Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tajuk: Jerebu Peranan Negara Jiran(Forum)

Nama: 1. Cheah See Chen (Pengerusi)


2. Ooi Si Song( Ahli Panel 1)
3. Mak Wen Shean( Ahli Panel 2)
4. Samuel Naden Francis( Ahli Panel 3)

See Chen: Selamat sejahtera kepada Pn. Atifah dan rakan-rakan sekalian. Saya merupakan
pengerusi bagi forum Jerebu- Peranan Negara Jiran. Ahli-ahli panel bagi forum ini ialah Ooi Si
Song, Mak Wen Shean dan Samuel Naden Francis. Terlebih dahulu, saya ingin memberitahu
sedikit maklumat tentang jerebu. Kita sering mendengar perkataan ini tetapi tidak tahu maksud
yang tepat. Isu jerebu juga sering terpapar pada dada akhbar kian hari. Dalam konteks Kamus
Dewan Edisi Keempat, jerebu bermaksud kabut yang bercampur debu yang terapung-apung di
udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor. Menurut
Wikipedia pula, jerebu ialah satu fenomena tradisi di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah
mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap
berkumpul pada hari yang kering. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Baiklah, izinkan saya
bertanya soalan kepada ahli-ahli panel. Pertama sekali, apakah langkah yang boleh diambil oleh
negara jiran untuk mengelakkan berlakunya fenomena ini?
Si Song: Langkah yang boleh diambil oleh negara jiran ialah memperkenalkan polisi.
Contohnya, negara Singapura mengamalkan polisi di mana jika orang asing menjalankan aktiviti
pembakaran terbuka akan disaman dan didenda. Polisi ini telah diluluskan supaya orang asing
mahupun orang tempatan tidak mengambil kesempatan ini untuk membakar hutan atau
membakar ladang untuk kepentingan sendiri. Saya rasa semua negara harus mencontohi negara
Singapura bagi mencegah masalah jerebu ini. Selain itu, polisi ini dapat mengelakkan syarikatsyarikat yang tidak bertanggungjawab terus membakar bagi menjimatkan kos.
See Chen: Terima kasih atas cadangan anda saudara Si Song. Selain daripada polisi yang
diamalkan oleh negara Singapura, apakah peranan negara jiran yang lain bagi menolong negara
yang dilanda jerebu teruk?
Wen Shean: Antara peranan negara jiran yang lain bagi menolong negara yang dilanda jerebu
teruk ialah dengan menggunakan kaedah sains dan teknologi.Sebagai contoh,negara jiran
memberi bantuan kewangan untuk membuat pembenihan awan. Pembenihan awan dapat
menghilangkan jerebu.Hal ini kerana pembenihan awan dapat menurunkan hujan dan hujan
merupakan pembersih udara yang terbaik.Selain itu, Singapura menggunakan helikopter untuk
memedamkan api di kawasan hutan yang terbakardengan alat pemadam api yang changgih untuk
mengurangkan asap jerebu.

See Chen: Terima kasih atas jawapan anda, saudari Wen Shean. Kerjasama negara jiran penting
dalam menangani masalah jerebu. Bagaimanakah kerajaan negara jiran dapat menolong
mengurangkan jerebu?
Samuel: Terdapat dua cara kerajaan negara jiran dapat menolong mengurangkan jerebu. Antara
caranya adalah untuk memberi tanah secara percuma kepada rakyatnya sendiri. Hal ini demikian
kerana ada di kalangan rakyat negara yang terlalu miskin untuk memperoleh tanahnya sendiri.
Maka apabila diberi tanah oleh kerajaan , rakyat yang miskin tidak akan membakar hutan secara
haram untuk memperoleh tanah mereka sendiri. Sehubung dengan itu , kerajaan dapat
mengalakkan rakyat untuk menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan untuk mengurangkan lagi
jerebu . Selain itu , kerajaan negara jiran boleh menghadkan jumlah tanah yang diperoleh oleh
syarikat-syarikat swasta. Didapati bahawa kebanyakkan pembakaran terbuka dilakukan oleh
syarikat-syarikat yamg ingin menjimatkan kos pertanaman mereka , maka dengan menghadkan
jumlah tanah untuk syarikat-syarikat , kerajaan boleh mengurangkan jerebu.
See Chen: Jawapan yang bagus sekali. Kesimpulannya, jerebu boleh berlaku secara semulajadi
atau oleh ketamakan manusia. Jerebu boleh menyebabkan pencemaran udara jika hal ini
berlarutan. Jerebu dapat dielakkan jika semua orang memainkan peranan terutamanya pihak
kerajaan. Kerajaan haruslah mengadakan pelbagai kempen kesedaran supaya rakyat akan sedar
bahawa jerebu bukan hal yang boleh dipandang enteng. Jerebu yang melanda Indonesia pada
2015 yang menyebabkan Indonesia iktiraf darurat di Riau pasti tidak mahu diulangi. Oleh itu,
rakyat dan banyak lagi pihak harus berganding bahu untuk mencegah masalah ini yang sering
dilanda pada hujung tahun di Indonesia. Marilah kita sama-sama menjalankan tugas bagi
memelihara alam sekitar. Sekian, terima kasih.

You might also like