Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


1.1 STRATEGI
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan
yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu
perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang
digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan
untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara
bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik
dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik
yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat
khusus dalam proses pembelajaran.
Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah
dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk
memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh
guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran,
proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya
pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.
Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada
teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan
untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran
merangkumi
pertimbangan-pertimbangan
seperti
penentuan
pendekatan
berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan
pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara
sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu,
pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah
mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut
keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas
mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,
menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan
pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh
diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran
bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran
dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam

berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan


kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahirankemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.
Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan
pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang
berkesan.

1.2 PENDEKATAN
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan
pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan
(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan
kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.
Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah
yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga
ditentukan oleh kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan
dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang
saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap
pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut
Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita
mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan
kemudiannya mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima
sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu
pendekatan dan pengajaran.

1.2.1 PENDEKATAN DEDUKTIF


Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula
daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan

diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau
hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk
mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum
yang baru.
Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai
contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk
mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan
menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan
meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan
tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang
dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab
soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai
konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap
orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya
cipta.

1.2.2 PENDEKATAN INDUKTIF


Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan
memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru
perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan
contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya
murid memahami dan melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut.
Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat
generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat
penyoalan serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid
dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat
kesimpulan yang tepat.
Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang
bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat
perlaksanaan
dan
penilaian
sendiri.
Mengikut
laman
webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan
sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan
murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini
sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik

1.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF

Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal


daripada istilah bahasa Inggeris elective bermakna pemilihan. Ia merupakan
gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk
mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai
digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan
dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi
berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).
Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai
untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid
dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas
rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input
terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh
dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat
kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran
dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan
murid. Kebiasaannya, pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains
dan matematik.

1.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF


Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini
mengutamakan
kecekapan
berkomunikasi.
Pengajaran
bahasa
mestilah
merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta
kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid
menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada
khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan
bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa
yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru.
Ragbir Kaur (1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif
digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti
berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur
ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini lebih bepusatkan murid.

KONSEP STRATEGI
Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan.
Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara

Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih


pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara
berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar
yang telah disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik
mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai
kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan
teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat
dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains,
matematik, sejarah, dan lain-lain.

PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat,
dan minat.
Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru.
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan
bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada
jangka masa yang ditentukan.

PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat
permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada
yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut
kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran.

Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis
tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain
mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum
kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

PENDEKATAN
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near
to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA


INDUKTIF
DEDUKTIF
EKLEKTIK
KOMUNIKATIF

INDUKTIF

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.


Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid
berfikir perkaitan antara sesuatu.

Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan


contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba
disampaikan oleh guru.

Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat


kesimpulan.

DEDUKTIF
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumusrumus atau teori yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumusrumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum


kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana
murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya
memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk
diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran
kepada murid-murid pada awal pengajaran.
Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu
yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat
kesimpulan baru.
EKLEKTIK
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan
segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam
satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif
dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi
pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu
itu.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti
dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan
generalisasi.
Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi
diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan
dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.

Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan
kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf,
bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah
bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur
ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar
murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah
murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai
secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum
dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pendekatan berpusatkan murid


Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan
peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka
sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahan


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru
atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.


Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.

Pendekatan berasaskan projek


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh
membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Pendekatan berasaskan masalah


Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong
minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa
untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran berasaskan aktiviti


Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional

Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar


dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh
untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan permainan


Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti
permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi
dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi

KAEDAH
Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan
yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan
yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

You might also like