Pandu Puteri Tunas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pandu puteri tunas

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada
mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun
1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju
untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan
perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan
Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan
menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan
kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat
warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia
7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai
Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri
Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas
dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan
kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini
menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undangundang yang telah ditetapkan.

Persetiaan Pandu Puteri Tunas


Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri
Tunas.

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat
Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka
dan Kenanga.
Melur

Melur taat dan setia


Berusaha setiap masa

Siantan

Siantan datang berkawan


Berani macam pahlawan

Teratai

Teratai nama kami


Bekerja setiap hari

Kesidang

Kami Kesidang datang


Menolong pagi petang

Cempaka

Cempaka bersuka ria


Menolong orang duka

Kenanga

Kami bernama Kenanga


Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1.

Kemeja hijau berlengan panjang

2.

Seluar panjang biru tua

3.

Skaf (berwarna coklat)

4.

Lambang kumpulan

5.

Lambang Negeri

6.

Woggle

7.

Lencana dunia

8.

`Shoulder Flashes'

9.

Stoking hitam

10.

Kasut hitam

11.

Tudung hitam

You might also like