Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli

PENDAHULUAN
Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan
segera supaya tidak menjadi barah yang akan
merosakkan pelajar dan sistem persekolahan.
Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan
kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga
menerima kesannya.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil
dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar
sekolah.

ISI 1
lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam
memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama
ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik.
Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anakanak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah.
Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap
masa.
Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting
kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan
baik dengan sesiapa sahaja.
Di samping itu, teguran secara berhikmah juga
wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan
negatif sejak kecil lagi.
ISI 2

Peranan media massa juga amat penting dalam


membendung masalah buli di kalangan pelajar.
Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda
pembaca memang tidak dapat disangkal lagi.
Banyak rencana-rencana yang dapat memberi
kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar sekolah
boleh disiarkan dalam media massa.
Media elektronik pula boleh menyiarkan berita
keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa.
Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar
tanggungjawab sosial mereka untuk menangani
masalah buli.

ISI 3
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan
peranan yang penting dalam membendung gejala
buli.
Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di
sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan
peraturan sekolah.
Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang
keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan
pihak lain.
Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli
hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak
sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar
berkenaan.
Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar
menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar
daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar
dapat diambil tindakan.

ISI 4
Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik.
Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.
Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan
sebaya yang baik.
Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada
berkawan dengan pelajar yang nakal dan
mempunyai tahap disiplin yang rendah.

PENUTUP
Akhir kalam, semua pihak harus berganding bahu
supaya masalah buli di sekolah menengah dapat
diatasi.
Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan
sekolah, malah kemajuan turut dicapai.

You might also like