Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PEMIKIRAN DAN PERSOALAN

PUISI TRADISIONAL DAN


PROSA MODEN PILIHAN
Disediakan oleh:
Muhamad Tajuddin
Mohd Affnan

PENGENALAN
Jenis karya sastera terbahagi kepada 2 iaitu:
Karya Puisi - karya sastera dalam bentuk rangkap
Karya Prosa - karya sastera dalam cerita

Karya puisi juga terbahagi kepada 2 iaitu:


Puisi Tradisional
Puisi Moden
Karya puisi tradisional yang terdapat dalam teks anda
adalah;
Pantun
Syair
Gurindam
seloka
Karya puisi moden tidak lain dan tidak bukan hanyalah
sajak.

Karya prosa pula terbahagi kepada 2:


Prosa Tradisional
Prosa Moden

Karya prosa tradisional adalah karya cerita yang


menggunakan bahasa klasik. Pembahagiannya
tidak perlu anda tahu setakat ini. dalam teks
anda, ia terdiri daripada beberapa buah petikan
cerita daripada teks yang asal.
Karya prosa moden yang terdapat dalam teks
anda ialah cerpen dan drama. Satu lagi karya
prosa moden yang pelajari secara lebih istimewa
ialah novel.

PUISI TRADISIONAL
PANTUN
Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk
menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu,
marah dan sebagainya.
Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata
toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang
digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk
kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun
dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan
bertatasusila dalam kesusasteraan Melayu.
Istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna
umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada
perbandingan atau kiasan. Contohnya, tuan umpama kilat cermin, di
balik gunung nampak juga.

SYAIR
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan
kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab
dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab shir
yang bererti puisi dan shar yang bererti penyair,
pengarang atau penyajak.
Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara
seperti sae, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi
Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan
dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri
Contohnya Syair Burung Punggak, Syair Perahu sekitar
abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam

GURINDAM
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua
Belas yang dikarang pada tahun 1846.
Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu
yang terikat dan yang tidak terikat.
Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap
mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan
skema rima a;a.
Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah
baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam
sebaris serta skema rima yang tidak tetap.
Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius.
Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran
serta pernyataan perasaan cinta.
Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea.

SELOKA
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu
shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka beerti berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang
paling tua dalam kesusasteraan Melayu.
Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks
Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang
ditulis dalam bentuk seloka.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa
berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau
senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau
namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi
pengajaran dan teladan kepada pembaca.
Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni
empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau
syair.

PROSA MODEN
Cerpen
Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai
kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga
15,000 patah kata.
Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya
melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain
seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya.
Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita
yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan
satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas.
Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang
terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya
tidaklah kompleks.

Drama
Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan
dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang
peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut.
Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi
mahupun sebagai cara persembahan.
Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan
manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan
dialog para watak.
Sebagai contohnya, skrip atau naskhah lakon drama
memang dirancang untuk dipentaskan.
Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung
dan tanpa henti pula.
Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh
terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat
untuk memikat perhatian penonton.

Novel
Novel bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam
bentuk prosa. Secara khususnya pula, novel merupakan
suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa
yang benar-benar berlaku
yang imaginatif dengan penyertaan watak yang
kesemuanya digarap menurut suatu pola tertentu.
Novel berbezadaripada cerpen dari segi panjangnya dan
penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu watak.
Peristiwa-peristiwa dan latar yang terkandung dalam
novel tidak terhad dengan mengambil jangka waktu yang
panjang.
Pertalian cerita dalam novel lebih kompleks daripada
cerpen.

MAKSUD PEMIKIRAN
Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan
utama yang menaungi sesebuah karya drama.
Dengan erti kata lain, pemikiran dalam drama
dapat sisama ertikan dengan tema dalam cerpen.
Pemikiran sesebuah karya drama terdiei daripada
kasih sayang, pengorbanan, ketabahan,
kegigihan, kemasyarakatan, percintaan,
kekeluargaan dan keagamaan

MAKSUD PERSOALAN
Persoalan ialah perkara-perkara kecil
atau sampingan yang ingin
dikemukakan oleh pengarang bagi
memantapkan tema dalam sesebuah
karya. Persoalan dalam sesuatu karya
biasanya lebih daripada satu.

Persoalan Dan Pemikiran Pantun


Ilmu pengetahuan amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu kerana
ia dapat membentuk dan menyuburkan fikiran masyarakat ke arah
kesejahteraan.
Sehubungan itu, lahirlah pantun-pantun yang menyeru masyarakat
Melayu supaya menuntut ilmu. Antara pantun tersebut ialah,
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 98)
Pantun ini pula menunjukkan bahawa budaya masyarakat Melayu yang
sentiasa ingin ditegur dan diberi tunjuk ajar ketika mereka menuntut ilmu
dan melakukan kesalahan. Sikap ini juga mencerminkan masyarakat
Melayu yang mementingkan ilmu pengetahuan dan mengharapkan
tunjuk ajar daripada orang lain.

Persoalan Dan Pemikiran Carpen


CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (Dirgahayu Bahasaku)
Oleh: S. Othman Kelantan
SINOPSIS
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain
selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa
peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan
hidup orang kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.
Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang,
orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.
Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang
mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain
dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa
demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
Pemikiran
Ketabahan hidup akibat peperangan antara penduduk kampung
dengan Jepun serta kesabaran yang tinggi akibat kecacatan anggota
tubuh badan dan juga kematian

Persoalan
Kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga
terutama semasa kesusahan hidup.
Keberanian dan kecekalan dalam
mempertahankan hak dan menentang musuh.
Kerjasama antara masyarakat dalam menghadapi
kesulitan.
Mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
Berusaha membina semula kehidupan selepas
kesengsaraan hidup.
Hormat kepada warga tua atau warga emas.

You might also like