Surat Permohonan Latihan Industri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

(name),

(address),
Tel no : 01*-*******

Kepada :
(address)

1 FEBRUARI 2016

Tuan/Puan,
PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
Merujuk perkara di atas, saya (name) ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat
memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan selama
tiga (3) bulan bermula dari 7 November 2016 sehingga 5 Februari 2017.
2.
Untuk makluman tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan (course) di (college).
Saya sedang mengikuti pengajian semester tujuh daripada lapan semester keseluruhan di
mana salah satu syarat bergraduat adalah mengikuti program latihan industri dengan
mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta. Ianya merupakan salah satu syarat bagi
kami untuk menamatkan pengajian.
3.
Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati ciri-ciri
organisasi yang mampu menyediakan latihan industi berkualiti bagi saya mempelajari
dengan lebih mahir dalam bidang Teknologi Elektronik. Saya juga yakin saya mampu
memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan/puan
ke arah yang lebih cemerlang. Saya percaya saya akan dapat menimba pengalaman dan
ilmu melalui latihan di organisasi tuan/puan.
4.
Bersama-sama ini saya sertakan resume untuk penilaian pihak tuan/puan.
Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya
daripada pihak tuan/puan dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

..
( name )

You might also like