Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 45

MS

1 Pentadbiran
11 Pentadbir
i Pengetua 2-3
ii Penolong Kanan 4
iii Penolong Kanan HEM 5-6
iv Penolong Kanan Kokurikulum 7
v Penyelia Petang 8
vi Guru Kanan Mata Pelajaran 9
12 Perancangan Sekolah
i Majlis Tertinggi Sekolah 10
13 Kewangan
i Jawatankuasa kewangan 10
2 Pengurusan Kelas
21 Guru Penyelia Tingkatan 11
22 Guru Tingkatan 12 - 13
23 Guru Mata Pelajaran 14
24 Guru Bertugas Harian / Mingguan 15
3 Pengurusan Kurikulum
31 Jawatankuasa Akademik 16
32 Setiausaha JKKS / Akademik 16
33 Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran 17
34 Jawatankuasa Jadual Waktu 17
35 Ketua Panitia / Setiausaha Peperiksaan 17
36 Jawatankuasa Penilaian Dan Peperiksaan 18
37 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 19
4 Pengrusan HEM
41 Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar 20
42 Lembaga Disiplin Pelajar 20 - 21
43 Jawatankuasa Penghayatan Islam 22
44 Jawatankuasa Pengahayatan Nilai-Nilai Murni 22
45 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 22
46 Jawatankuasa Kebajikan 23
i Guru Kesihatan 23
ii Guru Keselamatan 23
47 Jawatankuasa Biasiswa 24
48 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 24
i Guru Buku Teks / Rujukan Guru 25
49 Koperasi Sekolah
i Setiausaha Koperasi Sekolah 26
ii Bendahari Koperasi Sekolah 26
iii Juru Odit Koperasi Sekolah 26
410 Jawatakuasa Kantin Sekolah 27
411 Jawatankuasa Keceriaan Dan Kebersihan Sekolah 27
412 Jawatankuasa Asrama 28
5 Pengurusan Kokurikulum
51 Jawatankuasa Kokurikulum 29
52 Majlis Sukan Sekolah 29
53 Penyelarasan Persatuan / Kelab / Unit Beruniform 29
54 Setiausaha Sukan 30
55 Ketua Rumah Sukan 30
56 Guru Rumah Sukan 30
57 Guru Permainan 30
6 Pengurusan Am
61 Jawatankuasa Harta Benda Sekolah 31
62 Jawatankuasa Keselamatan Sekolah 31
63 Jawatankuasa Data 31
64 Jawatankuasa Majalah Sekolah 32
65 Guru Siaraya ( PA System ) 32
66 Jawatankuasa Jamuan Rasmi Sekolah 32
67 Jawatankuasa Upacara Rasmi Sekolah 33
68 Jawatankuasa PIBG 33
69 Jawatankuasa Kelab Staf Sekolah 33
610 Semasa Peperiksaan PMR / SPM / STPM 34

1
PENTADBIRAN

PENGETUA
Bidang Tugas :

1. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum seta memastikan


pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan dan RRPPS
2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah
3. Mewujudkan hubungan dua hala denagn komuniti dan agensi-agensi luar
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan)

Senarai Tugas :

1. Pengurus Kurikulum - Kerja Ikhtisas

1.1. Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras denga polisi Kementerian
Pendidikan
1.2. Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran
1.3. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan
1.4. Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar
1.5. Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data
analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan
1.6. Menyelia dan mencerap proses P & P
1.7. Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru,Buku Kemajuan Pelajar – Buku Profil, Buku
Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari semasa ke semasa
1.8. Mengajar sebilangan waktu
1.9. Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu
1.10. Menentukan keberkesanan penggunaan PSS
1.11. Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan
dengan berkesan
1.12. Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum

2. Pembangunan Diri Pelajar

2.1. Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti Kemahiran Mengurus
Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi
2.2. Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah

3. Pengurusan dan Pembangunan

3.1. Pelajar
3.1.1. Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar
3.1.2. Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar
3.1.3. Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada
pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan
3.1.4. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik
3.1.5. Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan
3.1.6. Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah
3.1.7. Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna
3.1.8. Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar
3.1.9. Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di
sekolah
3.1.10. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik

3.2. Pengurusan Personel


3.2.1. Menentukan proses pendaftaran,perlantikan,pengesahan dalam
jawatan,penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf
sokongan dilaksanakan
3.2.2. Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari
semasa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja
3.2.3. Menentukan tugasan dan bidang kerja(deployment of staff) dan menjalankan
penyeliaan sepanjang tahun
3.2.4. Memastikan guru memiliki permit mengajar/Buku Biru(Pendaftaran Guru)
3.2.5. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan
Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya
3.2.6. Menjaga kebajikan pegawai

2
4. Kewangan

4.1. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan


4.2. Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan,rekod
akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN
4.3. Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan
4.4. dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya
4.5. Mengawal stok dan harta benda sekolah
4.6. Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian

5. Kemudahan Fizikal

5.1. Memastikan keadaan fizikal bangunan,palang dan persekitaran sekolah


5.2. berada dalam keadaan baik
5.3. Mempertingkatkan keceriaan sekolah
5.4. Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan
baik
5.5. Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik
5.6. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatn harta benda sekolah

6. Pembangunan Organisasi dan Diri

6.1. Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman
6.2. Menggalakkan percambahan fikiran,perkongsian maklumat, budaya ilmu
6.3. serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri
6.4. Mengawal “Learning Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta
menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences”
pelajar
6.5. Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru
6.6. Menggalakkan guru melibatkan diri dalan aktiviti komuniti

7. Pembangunan Kendiri

7.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu


7.2. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
7.3. Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan pengurusan
7.4. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti
7.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya
7.6. Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah
7.7. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan

3
PENOLONG KANAN
Bidang Tugas :

1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengtua


2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengtua
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum,pentadbiran,hubungan masyarakat dan
keselamatan
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

Senarai Tugas :

1. Kurikulum

1.1. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain


1.2. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran
1.3. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan,pusat sumber,makmal dan bengkel
1.4. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan
1.5. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka
1.6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan
1.7. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan
peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan
1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan
1.9. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
1.10. Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan
1.11. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti

2. Pengurusan

2.1. Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
2.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan,kursus dan latihan untuk guru serta staf
sokongan
2.3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat
2.4. Membantu merancang takwim sekolah
2.5. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan
2.6. Membantu menyeliakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
2.7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan
2.8. Menyelaras semua jenis kutipan yuran
2.9. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
2.10. Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah
2.11. Menjaga dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah

3. Pembangunan Diri Pelajar

3.1. Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan/keindahan dan
kebersihan sekolah
3.2. Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran
3.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar

4. Pembangunan Organisasi

4.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibubapa/masyarakat


4.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personel

5. Pembangunan Kendiri

5.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu


5.2. Menghadiri kursus,seminar dan bengkel
5.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah(R&D)
5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
5.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya
5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan

4
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling,keselamatan dan kebajikan
murid,buku teks, biasiswa, penerbitan dan percetakan,perayaaan sekolah,kantin sekolah serta
penyeliaan asrama (jika ada).
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas :

1. Pembangunan Diri Pelajar

1.1. Disiplin

1.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni


1.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
1.1.3. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah
1.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salahlaku
1.1.5. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain
1.1.6. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah
1.1.7. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar
1.1.8. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga

1.2. Bimbingan dan Kaunseling

1.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling


bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling
1.2.2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta
menyediakan laporan yang diperlukan
1.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar
1.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi pelajar-pelajar baru

1.3. Program Perlindungan Pelajar

1.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah panyalahgunaan dadah dan


program lain di peringkat sekolah
1.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah
dilaksanakan

1.4. Kesihatan

1.4.1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar


1.4.2. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna
1.4.3. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain
1.4.4. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah
1.4.5. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar

1.5. Skim Pinjaman Buku Teks

1.5.1. Menyelaras pengeluaran,pengambilan, pengagihan dan hapuskan buku teks


1.5.2. Menguruskan kutipan data,mengawal buku stok dan bilik buku SPBT
1.5.3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks

1.6. Biasiswa dan Bantuan

1.6.1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan


1.6.2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
1.6.3. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar

2. Pengurusan

2.1. Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran pelajar


2.2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar
2.3. Menguruskan pertukaran pelajar
2.4. Menyemak kedatangan harian pelajar sesi pagi
2.5. Menguruskan surat akuan,sijil-sijil pelajar,pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah

5
2.6. Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001
2.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
2.8. Membantu merancang takwim sekolah

3. Kokurikulum

3.1. Sukan dan Permainan

3.1.1. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan


permainan di semua peringkat
3.1.2. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah

3.2. Kelab/Persatuan

3.2.1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik

3.3. Unit Beruniform

3.3.1. Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit


beruniform.Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah

4. Pembangunan Organisasi

4.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibubapa/masyarakat


4.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personel

5. Pembangunan Kendiri (Self-Development)

5.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu


5.2. Menghadiri kursus,seminar dan bengkel
5.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah(R&D)
5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
5.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya
5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan

6
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Bidang Tugas :

1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua


2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti kokurikulum iaitu sukan/permainan,
kelab/persatuan dan unit beruniform.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Senarai Tugas :

1. Kokurikulum

1.1. Sukan dan Permainan

1.1.1. Membantu merancang,melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan


di semua peringkat
1.1.2. Membantu,merancang takwim sukan dan permainan sekolah
1.1.3. Mengurus pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah
1.1.4. Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai
matlamatnya

1.2. Kelab/Persatuan

1.2.1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik
1.2.2. Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual

1.3. Unit Beruniform

1.3.1. Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah


1.3.2. Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah
1.3.3. Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual

2. Pengurusan

2.1. Mengurus dan menyelas kegiatan setiap bidang kokurikulum


2.2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
2.3. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil
2.4. Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah/artikel sekolah
2.5. Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian
prestasi aktiviti setiap rumah
2.6. Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum
2.7. Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik
2.8. Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas
untuk mereka

3. Pembangunan Diri

3.1. Membantu merancang program pembangunan diri pelajar seperti perkhemahan tahunan,
Hari Kokurikulum,Hari Kantin dan lain-lain

4. Pembangunan Organisasi

4.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat
4.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personel

5. Pembangunan Kendiri

5.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu


5.2. Menghadiri kursus,seminar dan bengkel
5.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah(R&D)
5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
5.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya
5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan

7
PENYELIA PETANG
Bidang Tugas :

1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sesi
petang
4. Membantu mengeratkan perhubungan antara guru sesi pagi dan petang.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas :

1. Kurikulum

1.1. Membantu dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sesi petang
1.2. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti
1.3. Menyelaras kegunaan pusat sumber,program radio dan televisyen pendidikan dan
sebagainya
1.4. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan bimbingan dan pemulihan
1.5. Menyelaras pengurusan peperiksaan dan penilaian
1.6. Menentukan pelaksanaan kursus sesi petang
1.7. Mengkaji,melapor kegiatan kurikulum dan tindakan susulan bagi guru dan pelajar sesi
petang
1.8. Memeriksa buku pelajar secara rawak

2. Kokurikulum

2.1. Menyelaras kegiatan kokurikulum,persatuan/kelab,sukan/permainan dan unit beruniform


2.2. Membantu merancang takwim kokurikulum sekolah
2.3. Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

3. Pengurusan

3.1. Merekod segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sesi petang
3.2. Menyelaras pungutan yuran,derma dan jenis pengutan lain
3.3. Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal, bengkel dan pekerja am sekolah
bagi sesi petang
3.4. Membantu merancang takwim sekolah
3.5. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
3.6. Menyemak buku kedatangan pelajar sesi petang
3.7. Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran pelajar sesi petang
3.8. Mengurus hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan
pemulangan
3.9. Mengurus hal-hal biasiswa
3.10. Membantu hal-hal berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan,kebersihan
dan keceriaan sekolah bagi sesi petang

4. Pembangunan Diri Pelajar

4.1. Menentukan penerapan amalan dan nilai murni disampaikan secara bersepadu dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar
4.2. Memastikan peraturan sekolah dilaksanakan dan dipatuhi
4.3. Merancang dan menyelaras program Bimbingan dan Kaunseling bagi pelajar sesi petang
4.4. Merancang dan melaksanakan program kebajikan pelajar sesi petang
4.5. Mengurus langkah-langkah keselamatan pelajar sesi petang semasa mereka berada di
sekolah
4.6. Mengurus kemudahan rawatan kesihatan pelajar sesi petang

5. Pembangunan Organisasi

5.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat
5.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personel

6. Pembangunan Kendiri

6.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu


6.2. Menghadiri kursus,seminar dan bengkel
6.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
6.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
6.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya
6.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan

8
GURU KANAN MATA PELAJARAN
Bidang Tugas :

1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan bidangnya
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan bidangnya
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang
berkaitan dengan bidangnya
6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak
luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru
pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu

Senarai Tugas :

1. Kurikulum

1.1. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal /Mingguan
dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya
1.2. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya
1.3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1.4. Membimbing guru terlatih,guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-
tugas mereka
1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan
1.6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya
1.7. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengkayaan
1.8. Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang
dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
1.9. Membantu dalam pemilihan buku teks,bahan pusat sumber,alat pandang dengar dan
bahan-bahan pendidikan lain
1.10. Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain yang
diarahkan oleh Pengetua
1.11. Membantu menjalankan kursus,taklimat,penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam
konteks perkembangan staf
1.12. Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru
1.13. Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum
1.14. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya

2. Kokurikulum

2.1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat
akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar
2.2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya

3. Pengurusan

3.1. Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah
bidang dan kawalannya
3.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan,kursus dan latihan untuk guru
3.3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya
3.4. Membantu merancang takwim sekolah
3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya
3.6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan
3.7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan
3.8. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya
3.9. Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik
darjah dan sekolah
3.10. Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan
menjaga keceriaannya
3.11. Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang

9
4. Tugas Lain

4.1. Berhubung dengan PKG, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pusat Sumber Pelajaran Negeri
tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah
dan guru
4.2. Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan
berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan
4.3. Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil
4.4. Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah
4.5. Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan,kegiatan sukan,penyediaan
jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber
4.6. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke
semasa

10
GURU

GURU MATA PELAJARAN

Senarai Tugas :

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


2. sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan
3. Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari
segi pengetahuan,kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap
tingkatan
4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua
pada masa yang ditetapkan
5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut
Rancangan Pelajaran yang disediakan
6. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada
Pengetua wakilnya pada masa yang dikehendaki
7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan
keputusan ujian dalanm Buku Rekod Mengajar
8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan
9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran,menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan
mesyuarat Panitia
10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran dan PPD
11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH.Bilik ERT/Sains Pertanian serta
mengawasi penggunaan peralatan
12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang
dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri/PPD. Menyampaikan semula
maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama
13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran
14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran
untuk tindakan selanjutnya
15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan
bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam
menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah
16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar
17. Membantu menguruskan Bank Soalan
18. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin
19. Bekerja sebagai ‘Team player’

11
GURU TINGKATAN
Senarai Tugas :

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan,Penolong Ketua
TIngkatan,Bendahari,AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK Kebersihan
mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap
tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan
sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa,
menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas
1.2. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas

1.2.1. Jadual waktu


1.2.2. Jadual tugas
1.2.3. Perabot kelas seperti kerusi meja dan meja guru dan papan hitam
1.2.4. diinventorikan
1.2.5. Moto Kelas
1.2.6. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut
1.2.7. sampah

1.3. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan
1.4. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan
1.5. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas
1.6. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut

1.6.1. Keceriaan kelas


1.6.2. Kebajikan pelajar

2. Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar

2.1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir
dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat
2.2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar
ditulis
2.3. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas
2.4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan seperti yang
diarahkan

2.4.1. Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang ditetapkan (Bilik
Disiplin)
2.4.2. Menjamin keselamatan buku tersebut

3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001

3.1. Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar


3.2. Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal
3.3. Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepasd ibu bapa
3.4. Mengambil kad 001 dari Penyelaras kad 001
3.5. Menyedia dan mengisi

3.5.1. “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah


3.5.2. kad 001
3.5.3. sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan
3.5.4. lulus

4. Masalah pembelajaran, Kesihatan diri dan Disiplin

4.1. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap


4.2. akademik
4.3. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan
4.4. hadiah (jika perlu)
4.5. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar
4.6. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan
pelajaran di kalangan pelajar
4.7. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah
kesihatan
4.8. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah

12
4.9. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut

4.9.1. Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang “Melanggar Peraturan
Sekolah” yang dapat diperolehi dari Penyelaras Tingkatan atau Bilik Tatasusila
4.9.2. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa

5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

5.1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan
buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar
5.2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa
5.3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar
yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada
guru SPBT
5.4. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepapda Guru Kebajikan
5.5. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan
pelajar yang mendapat biasiswa

6. Kutipan yuran dan derma

6.1. Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua
yuran sekaligus
6.2. Mengutip derma PIBG
6.3. Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan
6.4. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat
6.5. Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan
yuran kepada Penolong Kanan 1
6.6. Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG

7. Pendaftaran pelajar baru

7.1. Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Darjah/Tingkatan


7.2. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor
pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM
7.3. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan
memastikan pelajar ini mendapat buku teks
7.4. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada
guru biasiswa
7.5. Menentukan menerima kad kemajuan belajar dan kod 001 dari sekolah yang terdahulu
7.6. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan

8. Murid keluar

8.1. Menentukan borang SPBT,kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat
8.2. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Darjah Enam,
Tingkatan 3 dan 5
8.3. Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima
8.4. Menentukan buku teks telah dipulangkan
8.5. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat

9. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain

9.1. Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan


9.2. Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama
mereka mengikut persatuan,kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras
Kokurikulum
9.3. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum

10. Guru Kaunselor dan Guru disiplin

10.1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor


10.2. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin

13
GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan


bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan
kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan
3. Mengawasi disiplin di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama
dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika
perlu
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah,tandas,kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah,masa rehat dan masa
pertukaran guru
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan,persatuan-persatuan,unit beruniform dan
aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting, yang berlaku sepanjang hari/minggu
persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah

12.1. kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan


12.2. pelajar ponteng,tidak hadir atau sakit
12.3. lawatan-lawatan/pelawat

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil
14. Perhimpunan

14.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan


14.2. Memastikan bendera-bendera,pembesar suara dan tempat duduk guru telah
14.3. disediakan
14.4. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas

14
GURU PENYELIA TINGKATAN

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya.


Persetujuan Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu
2. Kuota pelajar mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/
Pengetua mesti dimaklumkan
3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan
minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4,5 dan 6
4. Membantu guru tingkatan membuat pangagihan buku bantuan kerajaan (SPBT)
5. Membantu Penolong Kanan(HEM) dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi
bantuan biasiswa
6. Memaklumkan kepada Pengetua Penolong Kanan/Penyelia Petang tentang jumlah pelajar dalam
setiap kelas dari masa ke semasa
7. Penyelaas Tingkatan 3,5 dan 6 sekaligus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan
PMR/SPM/STPM
8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut
Tingkatan) dengan kemas dan teratur
9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk
dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar

9.1. Buku Kad Kemajuan Pelajar


9.2. Kad Gerko/Buku Gerko
9.3. Kad 001M dan Kad Tenaga Asas
9.4. Borang Kelulusan Pinjaman SPBT
9.5. Keterangan-keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup,Pendidikan
9.6. Islam,Sejarah,Geografi dan Pendidikan Seni bagi pelajar Tingkatan 3

10. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran pelajar.Fail tersebut mesti disimpan di


pejabat.Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta
11. Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan Sijil-Sijil di peringkat sekolah iaitu

11.1. Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu


11.2. Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris
11.3. Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain

12. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR/SPM dan STPM


13. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan
14. Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru Tingkatan Peralihan
dan Tingkatan Satu untuk mengagihkan kemasukan pelajar
15. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan,nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir
pelajar dalam Buku Pendaftaran
16. Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini
17. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar.buku ini mesti disimpan
di pejabat
18. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas
19. Memastikan pelajar baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif
yang dipilih
20. Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Pengetua
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa

15
GURU BUKU TEKS / RUJUKAN GURU

1. Mengagihkan buku teks kepada guru serta buku rujukan lain


2. Mengurus dan mengemaskini buku stok
3. Memesan buku-buku teks untuk kegunaan guru
4. Bertanggungjawab mengumpul kembali buku-buku yang dipinjam kepada guru pada akhir tahun
atau bila guru bertukar/berhenti kerja
5. Bertanggungjawab menjaga almari buku rujukan guru di bilik guru
6. Mengisi borang pesanan pada setiap kali pesanan dibuat
7. Bekerjasama dengan Guru Pusat sumber dan Pembantu Tadbir dalam membuat urusan
pembelian buku teks dan buku rujukan

16
SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

JAWATANKUASA KEWANGAN
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan
Setiausaha : Pegawai Kerani
Ahli : Penolong Kanan HEM
Penyelia Petang
Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru Audit Sekolah

Tugas

1. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan


kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari masa ke masa
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan,Penyelia Petang,Penyelaras
Tingkatan,Guru TIngkatan dan Kerani
3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan
4. Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan dan penyelaras tingkatan
5. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank
6. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan(pesanan
tempatan,invois,bil,baucer dan cek)
7. Menyediakan Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang Runcit
8. Menyemak dan menandatangani penyata kewagan dalam Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar
Wang Runcit
9. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN

17
JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH
( MAJLIS TERTINGGI SEKOLAH )
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan
Setiausaha : Guru Kanan Mata Pelajaran
Ahli : Penolong Kanan HEM
Penyelia Petang
Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Kaunseling
Penyelaras Pusat Sumber
Penyelaras Keceriaan dan Kebersihan
Setiausaha Akademik
Setiausaha Sukan
Pembenatu Tadbir N7

Tugas

1. Menjadi Badan Tertinggi Sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat rujukan
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan,asrama,dewan,bilik rehat,surau
serta kawasan sekolah
3. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah
4. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah semasa yang timbul
daripada perjalanan sekolah meliputi akademik,kokurikulum, sahsiah dan lain-lain
5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya
6. Merancang Takwim Sekolah
7. Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual
8. Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik seperti peperiksaan PMR, SPM,
STPM dan peperiksaan-peperiksaan yang berkaitan

18
PENGURUSAN KURIKULUM

JAWATANKUASA AKADEMIK
( JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH @ JKKS )

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penyelia Petang
Setiausaha : Guru
Ahli : Guru Kanan Mata Pelajaran
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
Setiausaha Peperiksaan Awam dan peringkat Sekolah

Tugas

1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.


2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
3. Mencadangkan, membina dan mengurus bahan bantuan mengajar.
4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
8. Mengadakan mesyuarat.
9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar.
10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan.
11. Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan
sempurna.
12. Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru
dalam pendidikan.
13. Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru.
14. Mengkaji analisis keputusan PMR,SPM,STPM dan peperiksaan dalaman dan merangka
program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.
15. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-
pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.
16. Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
17. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.
18. Menggalakkan guru-guru menggunakan komputer serta Internet dalam pengajaran dan
pembelajaran.
19. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan pengetua dari semasa ke semasa.

SETIAUSAHA JKKS / AKADEMIK


( SETIAUSAHA AKADEMIK )
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

1.1. Menyediakan notis mesyuarat, tempat, peralatan dan agenda mesyuarat


1.2. setelah berbincang dengan pengerusi JKKS (Pengetua)
1.3. Mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya seminggu
selepas mesyuarat JKKS kepada semua guru

2. Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran dan Unit-Unit Kurikulum Lain.

19
2.1. Menyelaras mesyuarat-mesyuarat panitia mata pelajaran dan unit-unit akademik lain
dengan menyediakan takwim mesyuarat tahunan serta memastikan takwim dipatuhi
2.2. Membimbing ketua-ketua panitia yang baru dilantik

3. Menyimpan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua mata pelajaran
4. Memiliki, memahami dan menghayati semua Pekeliling Ikhtisas (Kurikulum)
5. Laporan dan Surat –Menyurat

5.1. Mendapat dan merumuskan status pelaksanaan keputsan-keputusan mesyuarat JKKS dan
unit-unit akademik lain untuk dikemukakan dalam mesyuarat berikutnya
5.2. Mengkaji, merumus dan mengemukakan cadangan-cadangan panitia mata pelajaran
kepasa JKKS
5.3. Mengendalikan urusan surat-menyurat

6. Pengurusan Fail / Data / Dokumen


7. Menguruskan fail-fail / dokumen JKKS secara teratur dan kemas kini
8. Mempamerkan maklumat mengenai pelaksanaan Program Peningkatan Akademik dan data-data
prestasi sekolah dalam bidang kurikulum

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan
Naib Pengerusi 2 : Penyelia Petang
Ahli : Penolong Kanan HEM
Guru Kanan Mata Pelajaran
4 guru pagi/petang

Tugas

1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.


2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu
blok.
7. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan.
9. Membuat pindaan, jika perlu.
10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk maklumat
semua.
11. Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu.

JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

Penasihat : Pengetua
Pen. Penasihat : Penolong Kanan
Pengerusi : Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan
Naib Pengerusi : Ketua Panitia Mata Pelajaran yang berkenaan
Setiausaha : Guru
Ahli : Semua guru mata pelajaran

Tugas

20
1. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akdemik dalam peperiksaan
PMR,SPM dan STPM.
2. Membincangkan hal-hal yang berikut:

2.1. Rancangan Pelajaran


2.2. Buku Teks
2.3. Sukatan Pelajaran dan huraian
2.4. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
2.5. Peperiksaan dan penilaian
2.6. Bahan Bantu Mengajar
2.7. Pemulihan
2.8. Kerja Latihan
2.9. Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka Pendek.
2.10. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran
2.11. Menyediakan SKU Panitia mata pelajaran.

3. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas(jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran
yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
4. Melaksanakan rancangan lima tahun akademik sekolah.
5. Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran.

TUGAS KETUA PANITIA

1. Mengetuai dan mengurus unit masing-masing berdasarkan perincian tugas yang disediakan oleh
sekolah
2. Memastikan keputusan / ketetapan mesyuarat dipatuhi dan dilaksana dengan berkesan
3. Menjaga bilik-bilik khas dan memastikan keberkesanannya menyumbang ke arah peningkatan
prestasi akademik
4. Menjalankan kajian tindakan bagi mengenalpasti keperluan
5. Menyediakan anggaran belanjawan
6. Merancang program dan menyediakan pelaporan / penilaian setiap program yang dijalankan
7. Mengurus data / dokumen dan fail unit masing-masing secara teratur dan kemaskini
8. Mewujudkan perkongsian idea dan bahan-bahan dengan unit-unit lain
9. Menyelesaikan masalah antara unit secara profesional

JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan
Naib Pengerusi 2 : Penyelia Petang
Setiausaha : Guru
Pen. Setiausaha : Guru
Penyelaras PMR
Penyelaras SPM
Penyelaras STPM
Ahli : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
Semua Ketua Panitia

Tugas

1. Setiausaha peperiksaan

1.1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.


1.2. Menyediakan jadual pembina soalan
1.3. Menguruskan percetakan,pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.

1.3.1. Memastikan keselamatan.

21
1.3.2. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan
sebelum peperiksaan dijalankan.

1.4. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubahan soalan.
1.5. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang
ditetapkan.
1.6. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
1.7. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincang kemajuan
pelajar.

2. Penyelaras PMR, SPM dan STPM

2.1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru
tingkatan.
2.2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah/Borang
Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
2.3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN dan
Lembaga Peperiksaan.
2.4. Mengumpulkan dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan
kerjasama guru tingkatan.
2.5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR/SPM/STPM.
2.6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan bagi Peperiksaan
dan sekolah.
2.7. Memaklumkan kepada Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu
membayar dan memerlukan bantuan PIBG/Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
2.8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM/STPM:

2.8.1. Analisis kertas soalan


2.8.2. Borang Kewangan
2.8.3. Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan
2.8.4. Borang-borang lain yang berkaitan

2.9. Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan
peperiksaan lisan.
2.10. Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dalam 4 salinan.
2.11. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
2.12. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:

2.12.1. almari
2.12.2. jam dinding
2.12.3. cop sekolah/lakri
2.12.4. kapur
2.12.5. pemadam
2.12.6. lain-lain

2.13. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.


2.14. Menyediakan jadual pelaksanaan Ujiian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR
dan SPM.
2.15. Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan
untuk calon persendirian jika ada.
2.16. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan
kelancaran perjalanan peperiksaan amali/pendidikan seni.
2.17. Penyelaras peperiksaan PMR,SPM dan STPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir
peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan
dikembalikan ke pejabat.
2.18. Mendapatkan 3 set soalan PMR,SPM dan STPM untuk rujukan sekolah.
2.19. Menyelaraskan persediaan Sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)
2.20. Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran.
2.21. Menggunakan analisis keputusan peperiksaan/ujian untuk tindakan susulan memulihkan
dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH


1. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.
2. Memperbanyakkan koleksi PSS.
3. Mempertingkatkan penggunaan PSS.
4. Memastikan kelengkapan PSS.
5. Memastikan keselesaan PSS.
6. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar.
7. Pengagihan beban tugas.

22
8. Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar PSS.
9. Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya.
10. Memastikan buku stok kemaskini.
11. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS.
12. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi.
13. Merancang aktiviti dan melaksanakannya.
14. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan.
15. Memastikan keselamatan semua bahan bantuan mengajar yang menggunakan elektrik.

Guru Media / Penyelaras PSS

1. Menyelaraskan semua program yang dirancang.


2. Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan mengadakan mesyuarat.
3. Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
4. Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.
5. Menceriakan PSS.
6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
7. Membantu melaksanakan program Perkembangan Staf.
8. Bertindak senagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.

Guru Perpustakaan

1. Mengurus perlantikan pengawas PSS.


2. Menyediakan peraturan-peraturan perpustakaan.
3. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
4. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di
perpustakaan.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
7. Menguruskan pembelian buku.
8. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
9. engkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
10. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
11. ‘Merawat’ buku.
12. Menguruskan hapuskira buku.
13. Membuat laporan tahunan untuk rekod.

Guru Bahan Bantu Mengajar BBM / APD / K (Komputer)

1. Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan software/hardware sentiasa
dalam keadaan baik.
2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
3. Mengemas,menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak
rosak selepas digunakan.
4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K.
5. Menguruskan penggunaan BBM/APD/K secara berterusan.
6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
7. Memastikan keselamatan BBM/APD/K.
8. Membantu Guru Besar/Pengetua dalam urusan pemilihan,sebut harga alat-alat BBM/APD/K.
9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
10. Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM

23
Naib Pengerusi 2 : Penyelia Petang
Setiausaha : Guru Disiplin
Pen. Setiausaha : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Ahli : Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Disiplin
Penyelaras Tingkatan
Tugas

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan
pandangan melaui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu
mengkaji semula dari masa ke masa.
2. Kes – kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas
pelajar berkenaan.
3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu
dalam menangani masalah tersebut.
4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dan pelajar,guru,serta ibu bapa mengenai
hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
7. Mesyuarat :
7.1. Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat
sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan terpulang kepada keperluan
dan budi bicara guru besar/pengetua.
7.2. Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan
membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan
cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli
Jawatankuasa dikehendaki hadir.
7.3. Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penyelia Petang
Setiausaha : Guru Disiplin
Pen. Setiausaha : Guru
Ahli : Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Disiplin
Penyelaras Tingkatan
Ketua Pelajar

Tugas

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling
Kementerian dan Jabatan Pelajaran.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam uasaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan
serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang
sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas
nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat
mengenai disiplin.

24
5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis
sekolah.
6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.
8. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.
9. Menanam semangat kekitaan melaui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya peraturan sekolah
menjadi satu budaya.
10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar yang
ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan
Pelajaran/PPD.
13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin
pelajar.
14. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.
15. Mendapat bantuan pihak polis sekira pelajar terlibat dalam kes jenayah.

Tugas Setiausaha Lembaga Disiplin

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.


2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru.
3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di perhimpunan
sekolah.
4. Bertanggungjawab:
4.1. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM
4.2. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
4.3. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
4.4. Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
4.5. Menyediakan laporan tahunan Lembaga Disiplin.
4.6. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.

Guru Disiplin

1. Membantu Guru Besar/Pengetua merangka peraturan sekolah.


2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar/Pengetua.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani
masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan
pelajar dan guru.
8. Mencatatkan semua kes disiiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku laporan
disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM
seminggu sekali.
10. Menghubungi pihak polis ; jika perlu.
11. Bekerjsama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check).
12. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti:

12.1. Penyalahgunaan dadah


12.2. Gambar lucah
12.3. Video lucah
12.4. Majalah lucah
12.5. Peras ugut

25
12.6. Kumpulan hawam
12.7. Bohsia
12.8. Bohjan dan lain-lain

13. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti:

13.1. Hari terakhir peperiksaan awam


13.2. Hari Sukan
13.3. Hari Keluarga
13.4. Majlis-majlis sekolah

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pengerusi : Penolong Kanan HEM


Naib Pengerusi : Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
Ahli : Guru Disiplin
Penyelaras Tingkatan
Pengerusi PRS (Pelajar)
Tugas

1. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.


2. Mengelolakan program orientasi:

3. Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan,satu,empat dan enam


3.1. Penerapan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah(KBSM).
3.2. Pemilihan mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas.
3.3. Bimbingan peluang –peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

4. Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan.
5. Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
6. Menubuhkan dan mengelola Kelab Kerjaya.
7. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan dan
Kaunseling(UBK).
8. Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan/agensi luar untuk mendapatkan khidmat nasihat.
9. Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling).
10. Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
11. Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risiko tinggi).
12. Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS.
13. Mengadakan kursus perkembangan staf untuk melatih guru-guru dalam bimbingan dan
kaunseling.

JAWATANKUASA KEBAJIKAN

Penasihat : Pengetua
Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Guru
Bendahari : Guru
AJK : Guru Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras Tingkatan
Pengerusi PRS (Pelajar)

Tugas

26
1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan.
2. Mengenalpasti sesiapa yang memerlukan bantuan kebajikan.
3. Menyediakan borang permohonan,mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat.
4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang,pakaian,peralatan dan lain-lain.
5. Menguruskan semua derma dan bantuan dalam/luar dari masa ke masa.Mengenalpasti badan
kebajikan/individu/peristiwa malapetaka yang memerlukan bantuan kewangan/benda.

6. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti:

1. pelajar miskin
2. kemalangan
3. rawatan berterusan (penyakit kronik)
4. kematian
5. kecemasan/bencana

7. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan
keperluan.
8. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan pelajar
terhadap kebajikan.
9. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang kemaskini dan disahkan oleh Pengetua.
10. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
11. Menubuhkan Unit Hilang/Jumpa.
12. Menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar.

GURU KESIHATAN

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
3. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru
tingkatan/penyelaras tingkatan.
4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan,ceramah,
pameran,tayangan dan lain-lain.
7. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

GURU KESELAMATAN

1. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat


kebenaran Pengetua sebelum berurusan di sekolah.
2. Mencadangkan lantikan pengawal lalulintas sekolah kepada Pengetua.
3. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas (jika perlu)
4. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
5. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
6. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan dalam
buku latihan pelajar.
7. Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya.
8. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi
sekolah.
9. Menetapkan laluan tertentu unutk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
10. Memastikan semua suis,alat elektrik dan pendawaian selamat.

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

27
Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Guru
AJK : Guru
Wakil Pelajar

Tugas

1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian


Pelajaran/Kesihatan.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan
senarai harga hendaklah dipamerkan.
4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan
yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.
5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan
penyepit untuk mengambil makanan.
6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih,kemas dan ceria.
7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad
kesihatan yang sah.
8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di permis supaya mudah dihubungi.
9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang
bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain muslin/ disimpan dalam bekas
yang ditutup.
11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
14. Membuat laporan mingguan dalam buku/ borang laporan Kantin.
15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke
semasa.
17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
18. Menjadi penasihat warden kantin(sekolah berasrama)
18.1. merancang dan menyelaras tugas Warden Kantin.
18.2. meneliti laporan warden kantin.
18.3. mengambil tindakan ke artas kes-kes yang dilaporkan oleh Warden Kantin.

JAWATANKUASA BIASISWA

Pengerusi : Penolong Kanan HEM


Naib Pengerusi : Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Guru
AJK : Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Kebajikan
Penyelaras Tingkatan

Tugas

1. Pengurusan biasiswa
1.1. Meneliti pekeliling dari Kementrian Pelajaran/Jabatan Pelajaran dan pihak penaja untuk
memastikan syarat dipatuhi.
1.2. Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan Tingkatan.
1.3. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar Tingkatan satu,empat dan enam mengikut
masa tawaran.

28
1.4. Menyemak permohonan biasiswa,menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian
dan perakuan.
1.5. Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
1.6. Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut Tingkatan setiap semester.
1.7. Memberitahu ibu bapa/penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.
2. Prestasi Pemegang Biasiswa
2.1. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Penolong
Kanan HEM.
2.2. Menghantar surat amaran ibu bapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya
merosot.
3. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro(tanpa kad) di Bank
Simpanan Nasional dan pelajar Tingkatan Enam Rendah juga mempunyai akaun sebelum akhir
bulan September tahun semasa.
4. Menentukan daftar buku/rekod penerimaan cek/baucer di pejabat.
5. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
6. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.
7. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Penyelaras SPBT
AJK : Penyelaras Tingkatan

Pasukan Bertugas Guru/Pelajar

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks


1.1. Mesyuarat diadakan dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun
1.2. Pembahagian tugas pagi/petang
1.3. Takimat untuk guru darjah tingkatan
1.4. Pembahagian tugas pentadbiran
1.4.1. buku stok (Mengikut Tingkatan)
1.4.2. pengedaran/pengumpulan
1.4.3. buku rosak
1.4.4. menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (pelajar)
2. Borang permohonan SPBT
2.1. Mengedarkan borang kepada setiap pelajar.
2.1.1. Borang yang lengkap dikumpul oleh guru Tingkatan dan diberi kepada guru
SPBT.
3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT
4. Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengetua/Penolong Kanan HEM bagi
menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.
5. Keputusan permohonan pelajar
6. Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru Tingkatan.
7. Membuat pesanan buku
7.1. Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
7.2. Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
7.3. Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
7.4. Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
8. Pengedaran
8.1. Mengedarkan mengikut Tingkatan.
8.2. Menentukan tarikh pengedaran.
8.3. Mengesan kelancaran pengedaran.

8.4. Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/bertukar sekolah.


8.5. Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk.

29
8.6. Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang baru bertukar.
8.7. Memastikan guru Tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar
yang layak
8.8. Memastikan semua guru Tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/borang G
mengikut jadual.
9. Pengurusan Rekod dan Dokumen
9.1. Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
9.2. Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Tingkatan).
9.3. Senarai tugas guru – pengedaran/pengumpulan.
9.4. Menyimpan rekod buku,hapuskira,rosak,hilang.
10. Pengurusan Keselamatan Buku
10.1. Memastikan ada bilik khas SPBT.
10.2. Mengurus bilik SPBT.
10.3. Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
10.4. Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
10.5. Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
11. Pengurusan Pemulangan SPBT
11.1. Menentukan tarikh pemulangan mengikut Tingkatan.
11.2. Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/Tingkatan.
11.3. Melaporkan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan.
11.4. peratus rosak/hilang
11.5. guru bertugas
11.6. hapus kira
11.7. kekurangan/lebihan
12. Pengurusan Stok dan Inventori
12.1. Surat menyurat kepaa Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran.
12.2. Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
12.3. Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.
12.4. Mengemaskinikan inventori SPBT.
12.5. Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.
13. Cadangan Buku Bacaan Tambahan
13.1. Mendapatkan maklumat dan Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran.
13.2. Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan.
13.3. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM.
14. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap Tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak
mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).

JAWATANKUASA ASRAMA

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Warden
AJK : Warden
Penyelia Asrama
Ketua Asrama (Pelajar)
Kaunselor Sekolah
Guru Disiplin Sekolah

Tugas

1. Menentukan objektif Kementerian mweujudkan asrama tercapai.


2. Mengatur pembahagian tugas.

30
3. Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi:
3.1. makanan
3.2. kebersihan
3.3. senarai aktiviti tahunan
4. Merancang aktiviti/kegiatan asrama.
5. Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
6. Meningkatkan hubungan jawatankuasa asrama dengan ibu bapa/penjaga penghuni.

Tugas Warden

1. Menguruskan kemasukan penghuni baru ke asrama.


2. Menyediakan jadual waktu harian dan menentukan penghuni mematuhinya.
3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni mematuhi peraturan asrama.
4. Mengawasi keluar masuk penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa
tertentu.
5. Bertanggungjawab atas semua hal makanan, termasuk menu asrama sekiranya tidak ada
Pengelola Makanan atau Penyelia Asrama.
6. Mengawasi prestasi pelajaran penghuni seperti memeriksa kad laporan,mengelola kelas
persediaan dan kelas tambahan (jika ada).
7. Merancang dan mengelolakan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani
dan sosial yang sihat di kalangan penghuni.
8. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni yang sakit.
9. Mengelolakan latihan keselamatan diri dan barang-barang penghuni asrama.
10. Bertanggungjawab ke atas keselamatan bangunan dan alatan asrama.
11. Mengawasi penggunaan air dan api oleh penghuni supaya tidak berlaku pembaziran.
12. Bertanggungjawab ke atas pungutan yuran asrama (jika ada) dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kewangan asrama serta menyelenggara rekod-rekod berkenaan seperti buku
kira-kira,buku resit dan buku stok.
13. Mengawasi kerja staf asrama.
14. Mengawasi keluar masuk pelawat dan memastikan tidak ada pelawat yang tidak diingini berada di
kawasan asrama.
15. Menyediakan laporan harian asrama unruk dikemukakan kepada Pengetua pada setiap hujung
minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan hendaklah dimaklumkan segera.
16. Mewakili Pengetua dalam Lembaga Guru Asrama dan bertanggungjawab mengenai dasar dan
tatatertib guru asrama.
17. Ketua Warden bertugas sebagai Pegawai Kerja yang menentukan tugas guru asrama
dilaksanakan dengan memuaskan.
18. Menyemak Buku Laporan Harian Guru Asrama dan melaporkan kepada Pengetua.
19. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan
diminitkan untuk disampaikan kepada Pengetua.
20. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

31
JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH

1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah
dari masa ke masa
2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah
3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti

3.1. Kempen Kebersihan


3.2. Pertandingan Kebersihan Kelas
3.3. Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
3.4. Ceramah-ceramah kebersihan
3.5. Pertandingan poster kebersihan
3.6. Menanam bunga/pokok di kawasan sekolah
3.7. Lawatan ke sekolah-sekolah lain

4. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar(PIBG,Persatuan


Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan
menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini
6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat
laporan kemajuan kerja

PENGURUSAN KOKURIKULUM

JAWATANKUASA KOKURIKULUM
Penasihat : Pengetua
Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi : Penyelia Petang
Setiausaha : Setiausaha Sukan
Pen. Setiausaha : Penyelaras Persatuan/Kelab/Unit Beruniform
Ahli : Ketua Guru Rumah Sukan
Ketua Guru Permainan
Penasihat Persatuan/Kelab/Unit Beruniform

Tugas

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang/Pendek.


2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.

32
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah,Meentas Desa,Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
13. Menggalakkan pelajr-pelajar Tingkatan 6 melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum untuk
mendapat markah sepenuh untuk masuk universiti.
14. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM/
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Setiausaha Sukan
Pen. Setiausaha : Penolong Setiausaha Sukan
Ahli : Ketua Guru Rumah Sukan
Guru-guru Permainan

Tugas

1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.


2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek.
3. Mengenalpasti TOV (Take Off Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman/luaran.
8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah menjamin
keselamatan,kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
9. Mendapat kerjasama badan sukan luar melatih guru dalam program pekerjaan staf.
10. Mendapat bantuan badan/individu luar melatih pemain-pemain sekolah.

PENYELARASAN PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

1. Mengatur dan menyelia peralatan persatuan/kelab/unit beruniform.


2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaraskan semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit
beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat direkodkan dan difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
8. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
8.1. Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
8.2. Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik
Bimbingan dan Kaunseling.
9. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
9.1. Borang memasuki persatuan.
9.2. Borang senarai AJK dan ahli.
9.3. Buku Laporan Kegiatan.
9.4. Fail-fail yang diperlukan.
10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran,rujukan dan rekod.
11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran,rujukan dan rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

SETIAUSAHA SUKAN

1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.

33
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSS.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran,rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum unutk
kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan paukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian
Sukan Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

KETUA RUMAH SUKAN

1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan
Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk
dicalonkan sebagai wakil sekolah.

GURU RUMAH SUKAN

1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.


2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan.Kedatangan dicatat dalan Buku
Kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.

GURU PERMAINAN

1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/ Sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi untuk digunakan.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan Negara).
16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia,Kehidupan & Sukan;Majlis
Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

KOPERASI SEKOLAH

Ahli Lembaga Pengarah

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM

34
Setiausaha : Guru
Pen. Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Guru
Pen. Bendahari : Pelajar
Pengurus Jualan : Guru
Penolong : Pelajar

Tugas

1. Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya
2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sebulan sekali
3. Mengawasi perjalanan Koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil Koperasi
4. Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul
5. Memastikan buku stok sentiasa kemaskini
6. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik
7. Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini dan disediakan untuk
dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung
8. Mewujudkan hubungan baik dengan Jabatan Pembangunan ‘Koperasi Kawasan’

SETIAUSAHA KOPERASI SEKOLAH

1. Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat


2. Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan mesyuarat
3. Menyimpan Daftar Nama Ahli serta Buku Laporan kegiatan dan surat-menyurat yang berkaitan
4. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan Pengerusi
5. Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan kepada ahli dan
menyediakan bahan keperluan untuk mesyuarat
6. Membantu Pengerusi memberikan maklumat dan penerangan
7. Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit mesyuarat untuk edaran
seterusnya
8. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah atau Pengerusi
dari semasa ke semasa

BENDAHARI KOPERASI SEKOLAH

1. Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran mengikut arahan
Lembaga
2. Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas penerimaan
3. Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi RM200.00 (atau yang
ditetapkan oleh Lembaga)
4. Menyediakan resit, baucer dan dokumen sokongan untuk bayaran dan menyimpannya dengan
baik
5. Mengemaskini semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa dan
menyimpannya dengan baik
6. Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada pihak Pembangunan
Koperasi dan dibentangkan dalam mesuyarat agung
7. Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskini dan direkodkan

JURU ODIT KOPERASI SEKOLAH

1. Memeriksa akaun-akaun koperasi sekali sebulan


2. Memeriksa Buku Tunai Koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan secara bertulis dalam buku
khas untuk makluman Lembaga Pengarah Koperasi
3. Melaporkan kewangan koperasi dalam mesyuarat agung

JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH

1. Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah Sekolah

35
2. Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek Majalah Sekolah
3. Menentukan mutu dan bentuk majalah
4. Merancang jadual kerja pada awal tahun sehingga Majalah Sekolah diterbit dan diedarkan
5. Menyediakan anggaran belanjawan
6. Menguruskan segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata-kata aluan dan individu tertentu
7. Mengumpul dan menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan sekolah untuk dimuatkan
dalam majalah
8. Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar
9. Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan
10. Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan
11. dalam majalah
12. Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan bertanggungjawab
menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi sehingga sempurna
13. Menguruskan penyerahan majalah kepada pelajar, guru, pengiklan dan lain-lain agensi yang
difikirkan perlu

PENGURUSAN UMUM

JAWATANKUASA HARTA BENDA SEKOLAH

1. Membaca,memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian,Jabatan


Pelajaran dan PPD
2. Semua penerimaan/pembeliaan mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal,Kad Inventori dan Buku
Bekalan Pejabat
3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskan mengikut peraturan
4. Mengenalpasti keperluan perabot
5. Memastikan sisntem inventori dilaksanakan
6. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun
7. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu
8. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat
9. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta
benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar
10. Memastikan semua pelajar memulangkan alat-alat sekolah yang dipinjam sebelum mereka
menerima Sijil Berhenti Sekolah

JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan
Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Guru
Ahli : Penolong Kanan Petang
Guru Keselamatan Lalu Lintas
Guru Keselamatan Kebakaran
Guru Disiplin
Pembantu Makmal
Jaga

Tugas

1. Membaca,memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan
Pelajaran dan PPD
2. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti

2.1. Keselamatan lalulintas

36
2.2. Keselamatan bangunan dan perabot
2.3. Keselamatan di makmal/bengkel/bilik ERT dan lain-lain bilik khas

3. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis/polis trafik,bomba,JKR/JKR Elektrik


4. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar
5. Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi
6. Memastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran
7. selamat
8. Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis sekolah
9. Memastikan semua alat elektrik suis dan pendawaian selamat

JAWATANKUASA DATA

1. Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tingkatan,kelas,kaum dan jantina


2. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina,gred,kategori,opsyen dan lain-lain.
3. Menyediakan Penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan butiran guru.
4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi,tempat tinggal penjaga
dan pendidikan penjaga,jenis pengangkutan ke sekolah,agama yang dianuti dan lain-lain.
5. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.
6. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.
7. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.
8. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.
9. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah.
10. Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses data menganalisis data.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa

GURU SIARAYA ( PA SYSTEM )

1. Bertanggungjawab memastikan bahawa sistem PA sekolah berfungsi dengan sempurna dan


disimpan di tempat yang selamat
2. Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran lain
yang dibuat melalui sistem PA sekolah
3. Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara
4. Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat PA oleh pihak awam dan
pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut
tarikh dan dalam keadaan baik
5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem PA berfungsi dengan
baik dan berkesan
6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan
7. Menyemak stok pada akhir setiap penggal
8. Memastikan alat-alat PA selamat digunakan, termasuk keselamatan pemasangannya sekira
terlibat pelajar

JAWATANKUASA JAMUAN RASMI SEKOLAH

1. AJK perlu mengadakan mesyuarat serta-merta apabila diminta oleh Pengetua


2. Kekerapan mesyuarat adalah mengikut sesuatu upacara lawatan-lawatan dari luar
3. Menyediakan menu jamuan dengan persetujuan Pengetua
4. Membuat anggaran perbelanjaan dan berbincang dengan Pengetua tentang sumber kewangan
yang hendak digunakan

37
5. Membuat tempahan barangan atau tempahan kuih/lauk,jika difikirkan perlu
6. Menyedia dan menghias tempat jamuan
7. Mendapat sebutharga serta menu

JAWATANKUASA UPACARA RASMI SEKOLAH


Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penyelia Petang
Setiausaha : Guru Kanan Mata Pelajaran
Ahli : Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil Upacara

Tugas

1. Menentukan upacara rasmi sekolah


2. Menentukan tarikh,tempat dan masa
3. Menentukan tetamu kehormat dan jemputan
4. Pengagihan tugas jawatankuasa dan jemputan

4.1. Jemputan 4.9. Hadiah/Cenderamata


4.2. Sambutan / Protokol 4.10. Teks Ucapan/Kata-kata aluan
4.3. Persiapan tempat 4.11. Buku Aturcara
4.4. Jamuan 4.12. Disiplin dan Keselamatan
4.5. Pengacara 4.13. Kebersihan & Keceriaan
4.6. Perhiasan Pentas 4.14. Persembahan
4.7. Teknik (Siaraya) 4.15. Pameran
4.8. Seranta 4.16. Penyelaras Upacara

5. Menentukan jadual kerja dan senarai semak


6. Laporan dan penilaian perjalanan majlis

JAWATANKUASA PIBG

Tugas

1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan.


2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan akademik dan kokurikulum.
3. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan disiplin dan sahsiah pelajar sekolah.
4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan/kebersihan sekolah.
5. Membantu mempertingkatkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi
mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
6. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
7. Menghadiri upacara rasmi sekolah.
8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.
9. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang mempereratkan hubungan antara guru-guru dengan ibu
bapa serta pelajar-pelajar.

JAWATANKUASA KELAB STAF SEKOLAH

Tugas

38
1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan
yuran/sumbangan guru.
2. Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Pengetua.
3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf.
4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staf.
5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar/pencen
dan menyambut staf baru.
6. Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau melangsungkan
perkahwinan dan waris staf yang meningal dunia.
7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-guru,Penolong Kanan
dan Lembaga Pengawas.
8. ertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau riadah untuk ahli.
9. emastikan semua guru dan staf sokongan menjadi ahli PSKPP.
10. Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan Terancang/Lawatan sambil belajar untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatan.
11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf.
12. Mengadakan perlawanan permainan antara staf sekolah atau badan luar.

JAWATANKUASA PENGHAYATAN ISLAM

1. Merancang program pembangunan Insan Kamil


2. Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah
3. Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam
4. Mengadakan Program Pengahayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan
5. Merancang dan menyelenggara surau sekolah
6. Menyediakan program-progam Nadwah Islamiah yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar. ( Jika
Pengetua seorang bukan Melayu,Penolong Kanan seorang Melayu menjadi Pengerusi )

JAWATANKUASA PENGAHAYATAN NILAI-NILAI MURNI


( JK KEROHANIAN )

1. Merancang program nilai-nilai murni


2. Memastikan program-program pengahayatan nilia murni dilaksanakan mengikut jadual.
3. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan nilai-nilai murni secara serius.
4. Memastikan nilai-nilai murni dipraktikkan oleh pelajar sepanjang waktu persekolahan.
5. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermoral tinggi sebagai ‘role model’.

GURU BERTUGAS SEMASA PEPERIKSAAN PMR / SPM / STPM

Tugas

1. Guru yang bertugas pada sesi pagi atau petang dikehendaki berada di sekolah elewat-lewatnya
20 minit sebelum kertas bermula
2. Guru hendaklah memastikan pelajar berkumpul di tempat yang ditetapkan (nyatakan tempat
tersebut) selewat-lewatnya 20 minit sebelum waktu peperiksaan bermula. Perkara yang perlu
dilakukan ialah
2.1. Pelajar membaca doa

39
2.2. memastikan pelajar berpakaian seragam sekolah
2.3. mengenal pasti pelajar yang tidak membawa Kad Pengenalan
2.4. memastikan pelajar bergerak ke bilik peperiksaan selepas perhimpunan dengan teratur
3. Bagi pelajar yang tidak mempunyai Kad Pengenalan guru dikehendaki menyerahkan kad 001 atau
surat akuan sekolah (bagi tingkatan 6 atas) kepada pengawas. Kad 001 dan surat akuan boleh
didapati di bilik Penolong Kanan. Pastikan dokumen ini dipulangkan semula di bilik Penolong
Kanan selepas peperiksan tamat
4. Guru dikehendaki menulis lapaoran dalam Buku Laporan Bertugas semasa peperiksaan
4.1. Nama guru bertugas
4.2. Hari, tarikh dan masa
4.3. Kod kertas dan nama pelajaran
4.4. Nombor pusat peperiksaan
4.5. Bilangan pelajar sepatutnya
4.6. Bilangan pelajar yang hadir
4.7. BIlangan pelajar yang tidak hadir
4.8. Nama pelajar yang tidak hadir
4.9. Perjalanan peperiksaan
4.10. Disipin pelajar
4.11. Hal-hal lain
5. Format laporan guru adalah seperti yang dicatat dalam buku laporan (pada hari pertama
peperiksaan)
6. Guru juga dikehendaki memberi bantuan sekiranya ada pelajar yang sakit semasa peperiksaan
7. Jadual waktu peperiksaan dan senarai nama guru pengawas dikepilkan dalam buku laporan untuk
rujukan guru

No. Siri :

40
SMK Khir Johari
36300 Sungai Sumun

HURAIAN
BIDANG
DAN
SENARAI TUGAS

Perhatian :
Buku ini adalah hak milik sekolah.
Ia hendaklah dikembalikan semula
pada hujung tahun

41
TINDAKAN TERHADAP MURID BERMASALAH
Takrif Murid Bermasalah :
pelajar yang memiliki / melakukan : ~

1. Gangguan emosi
2. Mengganggu ketenteraman kelas semasa P&P
3. Tidak hadir sekolah
4. Melanggar peraturan sekolah

Carta Aliran Tindakan Ke Atas Murid Bermasalah


Mengganggu
Gangguan Ketenteraman Tidak Hadir Melanggar
Emosi Kelas Semasa P&P Sekolah Peraturan Sekolah

Langkah 1 Langkah 1 Langkah 1 Langkah 1

Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas


atau Guru Mata atau Guru Mata memberi nasihat atau Guru Mata
Pelajaran Pelajaran murid Pelajaran
memberi nasihat memberi nasihat memberi nasihat
murid murid murid

Langkah 2 Langkah 2 Langkah 2 Langkah 2

Jika berterusan, Jika berterusan, Jika berterusan, Jika berterusan,


Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas Guru Kelas
atau Guru Mata atau Guru Mata menghantar Surat atau Guru Mata
Pelajaran Pelajaran Amaran Tak Hadir Pelajaran
membawa murid membawa murid membawa murid
kepada Guru kepada Guru ( Lihat Carta Aliran kepada Guru
Bimbingan dan Bimbingan dan Penghanataran Bimbingan dan
Kaunseling Kaunseling Surat Murid Tak Kaunseling
Hadir )

Langkah 3 Langkah 3

Jika berterusan, Jika berterusan,


Guru Kelas Guru Kelas
atau Guru Mata atau Guru Mata
Pelajaran Pelajaran
membawa murid membawa murid
kepada Guru kepada Guru
Disiplin Disiplin

Surat Pekeliling Prosedur – Ketidakhadiran Pelajar

42
Penghantaran Surat

Hari
Hari
Tidak Hadir
Surat Amaran Tidak Hadir
Bukan Berturut-
Berturut-turut
turut

Amaran 1 TH TH
( Surat Biasa ) pada hari ke 3 pada hari kali ke 10

TH TH
Amaran 2 pada hari ke 11 pada hari kali ke 20
( Surat Berdaftar ) ( 7 hari selepas ( 10 hari selepas
surat Amaran 1 ) surat Amaran 1 )

TH TH
Amaran 3 @ Akhir
pada hari ke 18 pada hari kali ke 40
( Surat Berdaftar
( 7 hari selepas ( 20 hari selepas
Akuan Terima )
surat Amaran 2 ) surat Amaran 2 )

TH TH
pada hari ke 32 pada hari kali ke 60
Buang Sekolah
( 14 hari selepas ( 20 hari selepas
surat Amaran 3 ) surat Amaran 3 )

Jumlah hari TH 31 hari 60 hari

Carta Aliran Tindakan Membeli Barang

43
Tindakan

44
berbincang dengan
Ketua
Patut beli Panitia dan Guru Kanan
1 Guru
atau tidak Mata Pelajaran ( GKMP )
atau Ketua Unit

berbincang dengan
Pembantu Tadbir
Kewangan untuk
Melihat Sumber GKMP /
2 mengetahui Kedudukan
Kewangan Ketua Unit
kewangan samada masih
ada baki peruntukan
atau sudah habis

Memaklumkan dan berbincang dengan


dapatkan GKMP / Pengetua Untuk
3
kebenaran Ketua Unit mendapat persetujuan
Pengetua dan kebenaran membeli

Jika belian 1 unit dapatkan : ~


GKMP /
4 lebih dari RM10 ~ kebenaran JPN
Ketua Unit
ribu, ~ sebutharga

Isi Borang Pesanan


( LO ) sebelum membuat
GKMP /
Mengisi dan belian dan daftarkan LO
5 Ketua Unit /
mendaftar LO ke dalam Buku Daftar
Ketua Panitia
LO ( di simpan oleh PT
Kewangan )

Ketua Unit / Beli barang daripada


6 Membeli barang
Ketua Panitia pembekal

1. Rekodkan ke dalam
Buku Stok
Setelah menerima Ketua Unit / 2. Serahkan invois
7
barang belian Ketua Panitia kepada Pembantu
Tadbir Kewangan
dengan segera

45

You might also like